WARGA SCP

Sabtu, Mac 31, 2012

ISLAND HOPPING PART 3 : PULAU DAYANG BUNTING

aku baru sampai
depa pulak dah nak balik

deretan bot "hopping island"
yg tengah tunggu turn nak turunkan penumpang


ALHAMDULILLAH

Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Tak jauh dari Pulau Langkawi lebih kurang 17.6 km .Kalau naik bot laju terus tanpa menyinggah kat kedai pak mail untuk beli cokelat, lebih kurang 15 minit ke 20 minit je perjalanannya , itu pun bergantung pada cuaca .

Menurut mitosnya, pulau ni asalnya dari sekor gergasi bernama Dayang Bunting. Tu sebab dalam perjalanan ke Pulau Dayang Bunting ni, dari jauh kelihatan macam sekor gergasi sedang terlena dengan perut yang hamil .



Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Tapi kalau sebut langsuir ni masa aku kecik2 , pasti aku dah berterabur lari tercicit-cicit kerana langsuir ni kira spesis hantu penanggal yang kejanya terbang sana , terbang sini dengan isi perut terburai mengilai2.

Kami diberi masa selama sejam untuk bersukaria di Pulau Dayang Bunting ni. Bukan ada shopping kompleks pun kat sini , cuma yang menjadi tarikannya adalah tasik sir tawar semula jadi yang terletak di tengah2 pulau ini yang dikenali sebagai Tasik Dayang Bunting.

Tapi bagi lelaki , awas jika nak mandi kat Tasik Dayang Bunting ni

Kenapa ,
Nanti aku ceritakan sebab musababnya di n3 yang akan datang.







syahdu betul depa dok cari kutu


memasing dok parking tunggu penumpang memasing
tapi katanya kalau hari biasa bukan cuti sekolah
lenggang sangat

Sekali lagi kami diingatkan agar kalau boleh janganlan bimbit plastik yang "keset-keset tu" kerana sebenarnya monyet2 di Pulau Dayang Bunting ni memang fobia jika terlihat plastik tu lalu mereka boleh histeria lalu beramai2 menyerbu dan merampas plastik tu yang mereka sangka pasti mempunyai bahan makanan.

Monyet2 kat sini agak "tak makan saman" sikit .

Tu sebab kalau boleh janganlah isi barang makanan ke atau apa pun dalam plastik "keset-keset" tu.

Pagi tu ramai juga pengunjung ke sini. Monyet2 yang lepak kat tepi2 tu mata dok meliar je usha pengunjung yang datang sementara ada juga monyet yang dok tengah pakat sesama mereka cari kutu .

Aku dok leka melayan monyet ni , tetiba ada pulak sekor tu dok mengacah aku nak tokak betis aku yang berbulu ni disangkakan drumstick KFC, Melompat aku ke belakang lalu aku terus sound kat monyet tu ,

"kalau nak mengacah pun bagi la salam dulu "

hehehe

Okey , aku nak teruskan perjalanan aku ke Tasik Dayang Bunting dulu yang terletak di tengah2 pulau ni agak jauh jugak perjalanannya dalam sepurnama

Selamat berhujung minggu utk semua ,
moga ceria selalu kerana aku kejap lagi pasti ceria mengadap hidangan tengahari nanti iaitu dalca lembu dan tetel yang kami beli pagi tadi di pasar tani larkin.
Tunggu Chef aku siap masak je kat bawah tu

Wasalam.

6 ulasan:

  1. oo.. cta lagi. tunggu update seterusnya. hehe, nak tau pasal pulau dyg bunting (:

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok, semoga ceria mengikuti kembara ke Tasik dayang bunting

      Padam
  2. Assalamualaikm Bapak,
    Ooo dah tau kenapa x boleh bawa plastik keset keset tu ya, takut gak kan kena serbu dek nyomet nyomet tu..ngeri! Saya ada pengalaman kena cakar makhluk ni dari belakang..

    Haaha tak boleh tahan la Bapak, singgah kedai pak mail beli cekelat...ahahahaha...ok saya belum sampai Tasik Dayang Bunting ini..kalau ada peluang memang nak melawat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      bahaya noo monyet2 kat sini hehehe

      u should try , satu pengalaman yg pasti menarik

      Padam
  3. subhanallah..sungguh indah sekali permandangan diMalaysia. saya dah lama tak ke Langkawi. cantik semua gambar ni.

    rep: kalau minat nk tour europe boleh join tour disini. http://www.kelanaconvoy.co.uk/eurotour.htm

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya kali pertama ke sini

      thanks for the info, saya rasa kalu nak pegi stail D.I.Y

      kelana convoy tu mmg top dikalangan student kita kat UK

      Padam