WARGA SCP

Khamis, Mac 01, 2012

KUMAN DI SEBERANG TAMBAK NAMPAK, GAJAH DI DEPAN MATA TAK NAMPAK

Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak di mata , tetapi kesalahan sendiri tidak disedari walaupun sebesar gajah . Itulah maksud peribahasa bahasa untuk kita renungi bersama supaya kita sentiasa bermuhasabah diri dalam memperbaiki kelemahan diri.

Rata-rata individu sebegini ramai kita temui dalam pergaulan dan masyarakat sekeliling kita . Dalam institusi hidup bermasyarakat , individu sebeginilah yang sering merimaskan kita .


Dalam organisasi pekerjaan pasti ada , dalam kampung pasti ada dan dalam komuniti yang bijak pandai agama juga pasti ada.

Hukum tetap hukum yang tidak boleh kita pertikaikan , namun pendekatan yang digunakan kekadang tidak sesuai hingga menimbulkan suasana yang tidak baik.

Pada pandangan mereka yang selalu nampak kuman di seberang tambak, apa yang dilakukan oleh orang lain semuanya salah dan tidak betul berbanding mereka . Terus terang , jika aku bertemu dengan kelompok yang sebegini, aku pasti akan cuba menghindarinya . Kita semua insan yang lemah dan punya banyak kekurangan yang dijadikan oleh Allah S.W.T menghuni muka bumi ini .


Bukan tidak boleh kita menegur sesuatu kesalahan atau kesilapan , tapi tegurlah secara berhemah kerana itu lebih baik . Ini tidak , terus jatuhkan hukuman , itu salah ini salah dan dia je yang betul. Bukan tidak boleh mengajak ke arah kebaikkan , tapi perlu kena cara dan pendekatannya .

Individu yang bersifat dan bersikap sebegini sering mancari kesalahan orang lain dan seolah2 dia sahaja yang betul. Kemudian habis dijajanya dengan semua orang . Kena pulak orang yang dijajanya jenis mudah menerima, dah lain pulak jadinya .

Firman Allah S.W.T

"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu
tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab kejahilan
kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan."
(al-Hujuraat:6)




Cerita pasal kesilapan dan kesalahan bak kata pepatah, "Bumi mana yang tak ditimpa hujan". Kita bukan malaikat atau nabi , kita hanya insan yang lemah. Sedangkan nabi pilihan Allah juga ada yang melakukan kesalahan, ini pulakan kita manusia dan kita harus mengakui hakikatnya.

Akhir kalam, sebelum kita meneropong kuman di seberang tambak , cuba kita amati dulu gajah di depan pelupuk mata kita dan gajah-gajah yang berada di sekeliling kita .

Maafkan aku sepanjang 3 tahun lebih berblogging andaikata ada yang menguris hati dan andaikata ada gajah depan pelupuk mata aku yang terlepas pandang.

Maafkan aku.

11 ulasan:

  1. assalamualaikum pak itam,
    sy pun nmpk gajah di depan mata tuuu...x takut ke klu ke terkam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam zue

      dah kautim dgn gajah tu hehe

      Padam
  2. Nampak nampak nampak! Sape kate x nampak??? Huhuhuhu

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Tuan,

    Alhamdullilah...sentiasa cuba untuk melihat dengan mata hati supaya tidak terlepas pandang. Peringatan pada diri agar terus menjaga kata-kata kerana apa yang dibicarakan adalah siapa kita yang sebenarnya.

    Tulisan tuan sentiasa ada pengajaran, terima kasih.

    Semoga Allah sentiasa merahmati tuan sekeluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mieza

      alhamdulillah kiranya penulisan saya dapat memberikan pemahaman walaupun berkias

      moga kehidupan mieza sekeluarga juga sentiasa dirahmati Allah

      Padam
  4. Saya pun serabut dengan golongan sedemikian & cuba sedaya upaya untuk tidak jadi begitu jugak. Manalah tau, memang saya insan yg kerdil & penuh kelemahan.

    Bila saya buat kesilapan, saya pun mengharapkan orang menegur saya dengan cara yg berhemah kerana dah tua2 cam saya ni senang nau terasa hati, lama plak tu nak hilang sedihnya, sob sob..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bapak mmg tak masuk kepala kalau jumpa golongan mcm tu , malas nak campur dgn mereka krn diri kita sendiri tak sempurna

      menegur dgn berhemah dituntut dalam islam tapi sesetengah org lupa

      Padam
    2. Assalamualaikum..
      saya sangat bersyukur sebab ditemukan dengan blog nie..
      Kebetulan sy baru mengalami perkara seperti ini..Ada orang menyindir saya bukannya menegur saya sdgkan bla dia buat salah lagi teruk saya diam je sbb sy rs sy blum layak nk tgur dia, tkut trsalah nasihat. Tapi dia siap hebahkan kesalahan kecil saya kat smua..Sedih btul saya..Kalau ikt hati mrh nak je sy pn bgtau smua salah dia and suruh smua buat perbandingan sapa lagi teruk? tapi saya diamkan je sbb Allah maha adil..

      Padam
  5. Assalammualaikum, tq sharing peringatan utk diri sendiri juga...akan sentiasa muhasabahkan diri ini supaya sentiasa ikut landasan yg betul dan sama-samalah kita berdoa semoga dibukakan hati kelompok ini utk berubah..insyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      insyallah


      moga kita sebagai insan yg lemah sentiasa bermuhasabah diri dan jangan asyik cari salah org lain sedangkan kita sendiri tak sedar kesilapan kita

      Padam