WARGA SCP

Isnin, Mac 19, 2012

SHORT VACATION

ALHAMDULILLAH

Segala urusan percutian pendek sempena cuti sekolah diuruskan oleh isteri ku. Kerana cuti yang tak panjang, maka destinasi pilihan mak itam tak jauh dan tak memerlukan berejam2 dalam penerbangan .

Tiket penerbangan semua dah book dan confirm sebulan yang lalu , begitu juga dengan hotel penginapan. Tetiba pulak , anak dara aku pula ada last paper pagi isnin tu, maka terpaksalah adjust tarikh penerbangannya pula ke petang isnin manakala kami terbang dulu pada pagi Ahad .



Kami parking je motor roda tiga kami di KLIA di bahagian "long term parking" yang bayarannya secara pukal sebanyak RM 40.00 sehari tetapi mesti melebihi 3 hari sekali parking.Manakala hari ke empat dan seterusnya hanya RM15.00 sehari. Aku cari tiang besar dan tambat dengan rantai motor aku .

Takda kepingan tiket yang diberikan , cuma sekeping plastik atau "coins" yang terdapat cip dalamnya masa nak masuk ke aras pertama dan sekali lagi kena masukkan ke dalam mesin bila masuk ke aras lima pula . Kemungkinan sebagai langkah2 keselamatan kerana ada yang parking sampai berminggu2 kat sini .

Kelihatan banyak jugak kenderaan di kawasan "long term parking" yang terletak di tingkat 5 ni hingga ada yang aku rasa dah berbulan kat situ pasal dah berhabuk sakan hingga ada tangan nakal yang dah buat mural kat badannya.




Suasana di KLIA sibuk jugak pagi Ahad tu. Sana sini kelihatan jemaah umrah dari pelbagai travel agency dok dalam kumpulan2 mereka. Rindu ke Tanah Suci Makkah tetiba datang .

Check in tiket kat kiosk secara on line dan kemudian check in luggage pula di kaunter MAS yang agak panjang jugak kerana hanya beberapa kaunter sahaja dibuka pagi ni .

Macam biasa lepas tu kena lalu "security check" untuk hand luggage. Bag pack aku yang penuh dengan aksesori kamera dan DSLR sentiasa bersama aku . Berat jugak kerana aku bawak lens 18-200 serta lens 70-300 dengan beberapa filter serta tripod dan flash .

Alhamdulillah,
semua selesai, sekarang dah boleh terbang ke destinasi percutian kami .


4 ulasan:

  1. Salam bapak. Tak sabaq nak baca pasai percutian ke Pulau Langkawi tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      ok, cite hikayat ni panjang berjela tau, tapi jgn gelak lelebih bila baca hehehe

      Padam
  2. As Salam Pak Menakan,

    Sudah dikhabarkan oleh si penerima tentang ole2 oberc, cuma anakda enggak berkesempatan untuk p amik.. esok lusa tulat tungging, insya-Allah cheq p amik itew jajan arrr.. sib baik lum xpired! tengking yu in advance.. opsss, pak haji ismail ada kirim cekelat 'felelo loche' tak?? heh heh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      pak aji semail dah tak meniaga cokelat, dia sekrg meniaga kapet je heheheheheh

      Padam