WARGA SCP

Rabu, April 18, 2012

BEACH BOY AT CENANG BEACH

ALHAMDULILLAH

Sempat juga pagi tu aku meronda2 kat Pantai Cenang kala belum ada pengunjung lagi masa tu. Sebelum tu sarapan dulu kat kedai mamak kat situ. Boleh tahan jugak mamak ni punya harga berbanding semalam aku makan seafood dengan siakap 3 rasa yang besar dan fresh , sotong goreng tepung, udang goreng butter, tomyam campur yang banyaknya isinya serta sayur tak sampai 100 ringgit.

Terperanjat jugak aku pasal kalau kat Senibung tu, mau dalam 150 ringgit jugak.

Betullah rata2 pengunjung yang pernah menjamu selera makanan laut mengatakan harga di sini agak murah berbanding di tempat lain di negara kita. Jangan pulak kita bandingkan dengan kat UK atau Dallas pula hehehe




Lepas tu aku dok merayap cari subjek untuk ditembak lalu aku sempat jugak berkenalan dan sikit interview dengan seorang beach boy kat sini . Perbualan kami berkisar tentang pengalamannya menjadi beach boy dan mcm mana dia boleh tercampak di sini . Menarik jugak perbualan kami hinggalah kepada gelagat pengunjung . Kalau mat salleh katanya nak pakai apa, lantaklah tapi katanya ni anak2 gadis kita ada yang jugak berbikini mengalah mat salleh di sini yang menyebabkan kekadang beach boy yang terdapat di sini rasa semacam je .

Cerita pasal beach boy, ada yang bagus dan ada jugak yang hanyut dengan tipu daya dunia dengan hidup secara bebas tanpa ikatan sah dengan minah2 salleh yang datang secara solo . Tapi ada jugak beach boy ni yang akhirnya kawin dgn minah2 salleh ni dan mereka membuka perniagaan berasaskan kepada produk pelancongan.

Kemudian mcm biasa secara sopan, aku minta dia pose untuk aku sebagai koleksi.

sambil pose dia kata, "bapak nak buat apa fotonya nanti"

Aku kata nak masuk dalam majalah kembang sekuncup sambil kami gelak sama2 lepas tu.

Aku tinggalkan Pantai Cenang kala "mat lampir dan minah lampir " telah mula kelihatan hehehe






4 ulasan:

  1. bila tengok gambar jeti teringat cerita '7 petala Cinta" tapi jeti kayu ler.......masyaallah, semua gambar menarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 7 petala cinta takpa, jgn 7 puaka cinta hehehe

      saya jurufoto cap ayam je hehehe

      Padam
  2. Salam bapak. Aiseh, saya baru ja nak bandingkan dengan harga di Alaska..kehkeh saya lawak saja, jangan marah naa.

    Ahh, kat situ pun ada anak gadis Melayu pakai bikini? Biaq betoi depa tu..Kalau pi negara omputeh, camana pulak pakaian depa gamaknya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam ciku

      alaska hahaha

      melayu mudah lupa hehehe

      sib baik saya keturunan kashmir hahaha

      Padam