WARGA SCP

Khamis, April 26, 2012

BONDA , KAU TETAP KEKAL DALAM INGATAN KU

ALHAMDULILLAH

Selasa 13 Mac 2012
Kami sekeluarga pulang ke kampung menziarahi bonda . Bonda seperti biasa berbaring di atas katil khas . Bonda teringin nak makan asam pedas kepala mayong . Aku mencari di pasar besar dan alhamdulillah, dapat juga mayong sejana buat ibu. Ia pesan supaya isteri ku masak buatnya .

Alhamdulillah, permintaan kecil ibu dapat ditunaikan .

Rabu 21 Mac 2012
Aku bergegas pulang ke kampung bila bonda dikejarkan ke hospital lebih kurang jam 11 malam. Ada aku catatkan cerita nya di
http://rezeki-suatucatatanperjalanan.blogspot.com/2012/03/ibu-gamat-dan-catatan-buat-ibu.html



Jumaat 30 Mac 2012
Kami pulang ke kampung sekali lagi ketika bonda masih di hospital. Isteri ku ambil keputusan untuk temankan bonda semalaman di hospital . Pada ketika itu kelihatan kesihatan bonda agak stabil walaupun menggunakan "oksigen mask" .

Sebelum tu semasa adik beradik bonda menziarahinya di hospital, bonda kelihatan riang sekali dan mulutnya asyik bercerita kisah2 lalu . Semuanya diceritakan kembali. Anak2 cucu yang menetap di luar negara semuanya pulang ketika itu.


Ahad 14 April 2012
Kami pulang ke kampung menziarahi bonda . Bonda kelihatan ceria tapi pandangannya mula kelihatan "jauh"

Betapa sukanya dia bila bercerita siap ketawa lagi yang pada malam jumaat sebelum ini dia dah bersiap2 nak balik " ke kampung halamannya" malam itu . Bonda sebelum lelap dah siap baca ayat2 suci al quran yang dia hafal serta beberapa doa yang lain. Tetiba pagi waktu subuh ,dia tersedar lalu berkata "aku tak jadi balik" kerana Allah bagi aku lagi sikit masa .

Sabtu pagi 21 April 2012
Aku menerima panggilan yg menyatakan bonda telah dikejarkan ke hospital dalam keadaan koma .

Menurut cerita malam sebelumnya dia dah mula diam . Kemudian dia berkata pada penjaganya,

"atuk dah nak balik"

"nak balik mana atuk memalam ni" soal Desmah

"nak balik kampung halaman, Ali dah datang nak jemput tu"

"Ali mana tok" soal Desmah lagi

"Ali suami aku "

Malam itu bonda minta agar Desmah yang setia menjaganya selama 6 tahun terlantar, tidur memeluknya hingga pagi . Ketika subuh untuk mengejutkan solat, bonda dah takda respon lagi .

Bonda dikejarkan ke hospital dengan ambulan terus ke bahagian kritikal dan kecemasan. Jantung ibu telah terhenti seketika dalam perjalanan lalu CPR diberikan sebanyak 15 kali dan 3 kali pula renjatan ke jantung menggunakan alat renjatan. Kemudian "alat bantuan hayat" dipasang bersama bantuan oksigen terus ke dalam mulut oleh doktor pakar bius . Morfin dimasukkan ke dalam badan sebagai rangsangan.

Doktor meminta kami anak2 berbincang samada untuk membawa pulang bonda kerana pernafasan dan tekanan darahnya serta degupan jantung hanya bergantung 100% pada "life support machine" . Abang ku meminta masa kerana semua adik beradik lain dalam perjalanan pulang .

Jam 11 malam kami ambil keputusan yang terlalu berat untuk melepaskan bonda pergi tapi biarlah di rumah di hadapan anak cucu .Kami redha akan ketentuan Allah ketika itu dan tentu bonda pun pasti begitu nak anak2 redha akan pemergiannya.

Pihak hospital menguruskan ambulan. Satu persatu wayar dan tiub yang melingkari tubuh bonda ditanggalkan. Sebelum itu sorang demi sorang anggota keluarga mencium pipi bonda dengan linangan air mata . Salur oksigen yang memasuki ke dalam rongga paru2 bonda hanya akan ditanggalkan di rumah nanti . Bantuan oksigen secara manual diberikan hinggalah tiba di rumah.


11.30 malam dengan dikelilingi anak2 cucu dan saudara mara , salur tersebut dikeluarkan secara perlahan2 . Bacaan Yassin tidak henti2 dibaca, kami bergilir mengajar kalimah syahadah di telinga bonda dan kelihatan mulut bonda terkumat-kamit mengikutinya tanpa suara walaupun dia dalam keadaan koma dan sedang nazak menghadap sakratul maut. Aku ketika itu sedang menghadap bonda sambil membacakan surah Yassin .

11.45 malam
Masih terbayang dalam ingatan ku nafas terakhir yang bonda lepaskan menandakan bonda ku telah pulang buat selama-lamanya . Namun yang pasti mukanya kelihatan berseri dan tersenyum dengan lelehan air mata dari kelopak mata buat kali terakhir sebagai tanda redha dan gembira. Muka yang sembab sebelum ini ketika di hospital semasa menerima rawatan susut dan hilang begitu sahaja dengan izin Allah. Aku pasti , hajat bonda untuk pulang dalam keadaan tenang dan redha telah tercapai dengan keizinan Allah jua. Sebelum ni, semua anak cucu dan adik beradiknya dapat bertemu semasa dia dimasukkan ke hospital buat kali pertama dulu.

Anak2 dan menantu perempuan bersiap membersihkan bonda yang kaku diperbaringan sebagai penghormatan terakhir. Semalaman kami bergilir membaca surah yassin dan ayat2 al quran disedekahkan kepadanya . Wajah ibu kelihatan tenang seperti lena yang panjang.

Waktu subuh , aku mengkhabarkan berita sedih ini kepada jemaah surau berdekatan rumah. Bunyi kentong kedengaran bergema selepas selesai solat subuh dengan pengumuman yang pasti akan aku kenang sepanjang hayat ku . Aku kini anak yatim piatu.

8.00 pagi
Kelihatan sanak saudara , sahabat handai serta rakan taulan mula datang. Adik ku yang masih dalam perjalanan dari luar negara yang dijangka sampai tengah malam nanti telah meminta agar jenazah bonda diuruskan tanpa perlu menantinya kerana itulah sebaik2nya seperti yang disarankan dalam Islam agar tidak dilewat2kan kerja2 pengebumian.

10.30 pagi
Jenazah bonda mula dimandikan buat kali terakhir oleh anak2 serta menantu perempuan serta cucunya dengan dipimpin oleh seorang ustazah . Kami anak cucu cicit lelaki pula yang mengangkat jenazah .

11.15 pagi
Bonda selamat dikafankan. Sebagai penghormatan terakhir, anak2, menantu, cucu dan sanak saudara memberikan ciuman terakhir buat bonda yang nampak tenang dan damai menuju ke alam baqa' . Ramai sekali yang tak lepaskan peluang untuk menunaikan solat jenazah pagi itu.

11.30 pagi
Bonda perlahan2 diusung meninggalkan rumah buat kali penghabisan.
Alhamdulillah, bonda dimakamkan sebaris dengan ayahnya, bondanya , dan dibelakangnya pula ialah ibu mertuanya serta arwah ayah seperti yang dipinta kerana tanah perkuburan ini diwakafkan oleh datuk2 ku yang terdahulu buat pengebumian orang2 kampung dalam kariah.

Segala urusan penyempurnaan jenazah bonda dapat dilaksanakan dan dipermudahkan oleh Allah.

11.00 malam
Kami adik beradik berkumpul selepas selesai kenduri tahlil arwah kerana beberapa perkara penting seperti pesanan dan wasiat bonda perlu diselesaikan .

Alhamdulillah,
Semua yang diamanatkan serta diwasiatkan oleh bonda diselesaikan secara musyawarrah dan perbincangan mengikut landas2 agama islam . Kami semua sebenarnya telah diberikan oleh arwah ayah dan bonda dengan ilmu dan agama yang secukupnya dan itulah sebenarnya harta yang paling bernilai yang ditinggalkan buat kami . Semua wang peninggalan yang banyak jugak serta barang kemas arwah ibu akan kami gunakan secara berpanjangan untuk tujuan sedekah dan amal jariah buat arwah nanti kerana amalannya sudah terputus ketika ini melainkan amal jariahnya sahaja.

Penjaganya pula yang hampir 6 tahun menjaganya menurut wasiatnya boleh pulang semula ke kampung halaman dan sebentuk cincin belah rotan yang selalu dipakai arwah bonda diberikan kepadanya seperti yang diwasiatkan olehnya sebagai tanda ingatan.

Kami semua pula sepakat sebagai menghargai jasa2nya yang menjaga bonda dan sebagai menghargainya , beberapa ribu ringgit dihadiahkan yang pasti jumlah tersebut bukanlah nilai sebenarnya pengorbanannya yang menjaga makan pakai dan berak kencing bonda selama 6 tahun. Bukan kami semua tidak mahu menjaga sendiri bonda, tapi biasalah orang tua yang tetap nak duduk menghabiskan sisa2 hidupnya di rumahnya sendiri .Selama beberapa tahun kami bergilir2 menjenguk bonda di rumah bila ada saja kelapangan atau hujung minggu , namun kini pastinya semua itu hanya tinggal kenangan.

Aku kini anak yatim piatu, Terputus sudah sesuatu yang paling berharga buat ku iaitu doa bonda buat kami anak2 yang tak pernah putus semasa ia masih hidup.

BONDA , KAU TETAP DALAM INGATAN KU

AL FATEHAH


30 ulasan:

  1. sabarkan hati pak itam, semua yang kita sayang hanya pinjaman, semoga bonda ditempatkan bersama orang² yang beriman

    BalasPadam
  2. Hj CR,

    Saya sebak baca entri you, fikiran saya jauh melayang teringat arwah ibu saya ketika dia meninggal tahun 1991.....sehingga kini saya masih terasa sedih....harap Hj CC tabah, sama2lah kita doakan ibu tuan Hjh Awa dan ibu saya Hjh Mahiam. Al Fatihah. Ameen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Al Fatehah buat kedua arwah ibu kita yang telah pergi

      Padam
  3. Hati kakak benar-benar tersentuh Pak Itam... airmata kakak luruh terkenang aruah mak yg telah pergi tika kakak masih belum pandai berdikari lagi. Membaca rentetan N3 ini kakak dapat rasakan bonda pak itam tenang dan bersyukurlah sebab dikurniakan anak-anak yg soleh/solehah moga itulah yg dapat membantunya ketika di sana.

    Alfatihah buat aruah bonda...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Al Fatehah buat kedua arwah ibu kita yang telah pergi

      insyallah

      mudah2han begitu

      Padam
  4. Amin....mudahan roh ibunda dicucri rahmat berterusan. Tenang dan damailah di sana...insyaALLAH kita juga menyusul juga nanti

    Salam takziah buat pak itam dan seluruh family...kehilangan dan keyataan yang pasti di hadapi..cuma masa dan keadaaannya kita tak tahu..mudahan 'yatim'nya kita masih berpaksikan kepada pegangan dan ilmu yang pernah mereka tinggalkan...terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih krn berkongsi kesedihan bersama2 kami

      alhamdulillah

      Padam
  5. semoga ALLAH mencucuri rahmat buat beliau..AMEEN.

    BalasPadam
  6. Alfatihah buat arwah ibu pak itam. Meskipun saya masih mempunyai ayah & ibu serta ayah mertua & ibu mertua, hati tetap sebak membaca n3 ini & hampir menitiskan air mata. Tp ada jugak terselit kelakarnya pak itam...yelah pak itam dh jd anak yatim piatu. Rasullullah paling sayang dgn anak2 yatim.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Bapak,

    Alhamdulillah jenazah arwah bonda bapak sudah selamat disemadikan. Semoga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang mendapat limpah dan rahmat Allah.
    Saya tidak boleh menipu, membaca entry bapak yg ini buat air mata saya bergenang. Pemergian bonda bapak ini sama seperti arwah mak saya, yang pada saat akhirnya ada air mata mengalir dari tepi matanya. Saya diberitahu mereka juga mendengar dan ingin berbicara dengan kita walaupun dalam keadaan koma. Ada peluh sejuk pada dahinya dan sesekali ketika memegang tangannya, terasa ada tindak balas cengkaman namun sangat sedikit dan saat itu saya tahu mak saya menyedari saya ada bersama dia. Sejurus bacaan graf oksigen dan tekanan darahnya mula menurun dengan cepat, saya sudah tahu dia sudah pergi dan doktor datang untuk mengesahkan keadaannya. Ketika itu juga saya tahu saya sudah menjadi yatim piatu...yang pergi tak akan kembali, bahkan kita yang akan menurut jejak langkahnya kerana dia tidak berpatah semula kepada kita. Seperti kata bapak, tiada apa lagi yang menghubungkan kita dengan dia, kecuali sedekah dan doa yang dilakukan atas nama mereka. 1 Jun ini genap setahun dia balik ke ‘rumahnya.’ Walaupun saya redha dengan pemergiannya, namun saya tetap berasa dia sentiasa menunggu saya balik kerja setiap malam...tidak ada siapa pun yang boleh menghalang perasaan ini...

    Maaf, saya buat macam entry saya sendiri pulak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Al Fatehah buat kedua arwah ibu kita yang telah pergi

      kehidupan harus diteruskan , namun pasti semua kenangan bersama mereka takkan luput hingga akhir hayat

      Padam
  8. Sudah 2 tahun saya kehilangan ibu tersayang...samalah kita....yang penting kita sentiasa berdoa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah uncle

      pasti doa buat mereka takkan putus sebagai tanda kasih sayang kita kpd mereka

      Padam
  9. salam

    alfatehah,,mengalir air mata cm baca ni ..

    BalasPadam
  10. Sayunya..

    Telah 18 tahun arwah bapak saya kembali ke rahmatullah tapi hingga kini saya masih belum punya kekuatan untuk menulis tentangnya sebagaimana yg bapak perbuat ini..

    Al-Fatihah buat arwah bonda bapak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih cikgu krn berkongsi kesedihan bersama2 kami

      Padam
  11. Tanpa NamaApril 27, 2012

    Salam Pak Itam,
    Agak lama jugak saya tak menjenguk Pak Itam disini. Datang jer kat sini, tau-tau bonda Pak Itam dah kembali kepada yang esa. Al Fatihah & doa di iringi untuk bonda Pak Itam. Semuga bonda dikumpulkan bersama para ibu solelah diatas sana. Salam Takziah buat Pak Itam sekeluarga.

    Daripada: Abg Sulong, Kuching, Sarawak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam abg sulong

      amin

      moga kehidupan abg sulong sekeluarga juga dirahmati Allah

      insyallah

      Padam
  12. Assalam bapak,

    Mengalir air mata baca n3 ni. Besar sungguh 'harta' peninggalan arwah. Ilmu dan amanah yang diturunkan adalah harta yang tak terhingga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam FM

      itulah sebenarnya harta yang tak ternilai yang sukar dicari ganti

      insyallah

      Padam
  13. alfatihah untuk arwah bonda.
    Bergenang air mata kpah kerana n3 ini mengingatkan kakpah pada arwah emak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Al Fatehah buat kedua arwah ibu kita yang telah pergi

      Padam