WARGA SCP

Jumaat, April 20, 2012

ORIENTAL VILLAGE

ALHAMDULILLAH

Kalau ke Langkawi, tak sah kalau tak naik kereta kabel kat Gunung Machincang. Jadi untuk ke sana , kena pergi menghala ke Oriental Village yang merupakan pintu masuk utama ke Stesyen Kereta Kabel.

Bagus jugak depa buat satu pekan kecik macam tu , jadi banyaklah peluang2 pekerjaan dan aktiviti perniagaan diwujudkan supaya nampak meriah sikit .


Macam2 ada kat situ dari pelbagai deretan kedai termasuk kedai bebas cukai The Zone. Oriental Village terletak di kawasan Burau Bay di kaki Gunung Machincang merupakan salah satu komponen utama dalam Langkawi Geopark.

Ia dibawah LADA (Langkawi Development Authority) yang menjaga dan menyelenggara keseluruhan tempat tersebut. Di situ juga terdapat butik hotel bagi sesiapa yang terasa nak menginap di situ, tapi agak jauhlah sikit dari pekan lain.

Ok, aku dah nampak kabel yang merentangi dari kaki gunung ke atas , tapi nak kena beli tiket dulu yang pasti barisannya panjang entah sampai ke mana hehehe












3 ulasan:

  1. Salam bapak.

    Saya cukup berkenan bebenor dengan kereta kabel Gunung Machinchang tu.

    Weeeeeeee naik kudaaaaa!

    BalasPadam
  2. Salam bapak,
    Pembinaan stesen kabel di Gunung Machinchang itu, antara pengkaji struktur tanah sebelum pembinaan dan proses penanaman cerucuk besi kabel adalah rakan saya...

    Last time saya p Langkawi 3 tahun lepas...x sempat nak visit oriental village ni...ke masa tu belum ada...x ingat pulak.

    BalasPadam
  3. bile asik tgk entri Langkawi Pak itam.jer...Hubby kite pun dah siap list nak pi Langkawi...tapi bile. ?nice pic..anak2 dah khabor tak nak naik cable car...hiii hi,saya tengok kat TV3 je pasal ccar tu,tq for info.

    BalasPadam