WARGA SCP

Isnin, April 16, 2012

ISLAND HOPPING PART12 : RASA NAK HOPPING JE ATAS KATIL HARI INI


ALHAMDULILLAH

Cerita pasal island hopping ni, aku rasa pagi ni nak hopping je atas katil, rehat . Terasa badan begitu letih sekali dan lenguh sana sini. Namun apakan daya , kerana kerja menimbun, aku gagahkan jugak .

Manakan tidak. Aku dan mak itam pulang ke kampung dok menjenguk dan menziarahi orang tua sepanjang hujung minggu ni . Kemudian pulang ke kampung aku pulak dok jenguk ibu ku pula yang sakit .

Jarak perjalanan yang jauh menyebabkan keletihan masih terasa . Sakit kat belakang dan pinggang ni tak pulih lagi 100% . Nampak gaya aku kena pergi berurut jugak lah gamaknya nak betulkan semula mana2 urat yang dah dok menyorok dan menyelit sana sini.

Mak itam dok bilang kat aku, badan aku dah "season" hehehe

Tu semua kerja Allah,
Jadi aku serahkan je padaNYA

Sesungguhnya, sakit itu satu nikmat dari Allah.
Oleh itu kita sebagai hambaNYA mestilah menikmati apa jua pemberiannya.

Surah Al-Hadid ayat 22-23
“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang
menimpa diri kamu,

melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya.

Sesungguhnya yang mengadakan demikian (kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabur lagi membanggakan diri”

Asy-Syura ayat 30
“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu”

Insyallah












4 ulasan:

  1. Salam bapak. Jaga diri baik2 naa. Nak sakit tu sat ja kena, nak baik tu kekadang lama sungguh kena tunggu bila dah "season" nih. Saya cakap pasal diri saya jugak ni sebab saya pun sama jugak dah "season", kehkeh.

    Pokok ketapang dalam gambaq last tu (betoi ka pokok ketapang?) nampak macam dahaga, nak minum ayaq, heheheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam ciku

      tak pokok apa pun bapak tak tahu

      bapak tengok cantik dan angle yang sesuai je, bapak snap hehehe

      Padam
  2. Salam bapak, saya pun nak pesan pada bapak jaga kesihatan,, kalau diizinkan Allah kita mesti nak hidup sampai seribu tahun (day dreaming) hehe...tapi tak pe kan, kita doa yang terbaik. Saya pun ada backpain problem...sekali sekala bila rasa sakit itu tiada, saya terlintas pula eh adakah Allah sudah tidak sayang pada saya kerana menghilangkan rasa sakit itu. Saya bertanggapan demikian adalah kerana nak psiko diri sendiri kerana backpain yang teruk..Alhamdulillah saya masih ok sampai hari ini...
    Anyway, nice pic...rasa macam berada dalam pemandangan tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam LW

      doa demi kebaikkan , insyallah

      doa agar terus diberikan kesihatan semoga dapat kita lakukan segala amal ibadat dengan sempurna

      Padam