WARGA SCP

Selasa, April 10, 2012

ISLAND HOPPING PART 10 : MELOMPAT KE SEBUAH PULAU LAGI

ALHAMDULILLAH

Lepas melayan helang2 yang terbang bebas di Pulau Singa Besar, aku akan melompat sekali lagi ke sebuah pulau iaitu Pulau Beras Basah . Bot meluncur laju sekali hingga kelibat pantai di Pulau Beras Basah mula kelihatan .

Wow, Subhanallah

Aku terpegun kerana airnya yang begitu jernih seakan kehijauan dan kebiruan. Bot menyusuri perlahan2 ke tepi pantai takut terlanggar kepala orang. Kami diturunkan di gigi pantai dan diberi masa selama sejam untuk melakukan pelbagai aktiviti samada mandi manda atau sebaliknya.



Aku memang lama tak mandi laut walaupun aku selalu jugak melepak tepi laut . Tapi keadaan pantai Pulau Beras Basah yang begitu bersih dan tak tercemar serta airnya yang jernih menyebabkan aku pasti bercebur kejap lagi.

Tapi sebelum tu aku nak layan dulu dslr aku untuk merakamkan landscape yang begitu menarik kerana kalau dah basah nanti , pasti sukar nanti.

Di sini takda bangku atau wakaf disediakan, jadi kena pepandai la cari port sendiri kat bawah pokok-pokok rhu yang rendang . Tapi kalau ada bawak makanan dalam plastik "keset-keset" tu, berhati-hati sikit lah pasal banyak monyet2 berkeliaran yang tunggu masa je kita leka .

cuaca panas yg indah
air laut yang jernih
pasir pantai yg memutih
semuanya nikmat dari Allah



lihatlah betapa indahnya air di pantai ni

ada pengunjung yang dah nak pulang

ada pengunjung yang baru sampai


2 ulasan:

  1. Sangat indah pemandangannya.. teringat waktu ke pulau beras basah tu.. kami duduk beralaskan surat khabar sambil makan nasi lemak bungkus yang di beli sebelum naik bot ke tasik dayang bunting..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup, tenang je ras kat situ

      kena hempas bot terus rasa lapo kan hehehe

      Padam