WARGA SCP

Selasa, April 24, 2012

LEBIH KURANG 10 BULAN YANG LALU

ALHAMDULILLAH

Kalau tak salah aku lebih kurang 10-11 bulan yang lalu, sebelum aku menunaikan ibadah umrah pada bulan Jun 2011, aku pulang bertemu bonda ku yang tercinta . Bonda ku ada menyatakan bahawa ia rasa telah lama hidup di dunia yang sementara ini dan ia meredhai dengan setiap ketentuan Allah dan apa yang Allah pinjamkan kepadanya selama hampir 80 tahun .

Lantas bonda ada menyatakan hasrat dan niat agar aku dapat berdoa di hadapan Baitullah nanti menitipkan hasrat dan keredhaannya itu yang ia telah bersedia untuk kembali jika sudah tiba masanya .

Katanya kalau "Allah nak ambil, ambillah . Mak dah bersedia dan redha"

Bonda ku sebenarnya telah terlantar agak lama juga di atas katil kerana masalah ospotoresis dan setahun dua kebelakangan ini terpaksa menggunakan lampin pakai buang yang menyebabkan dia berasa kurang selesa kerana rutin selama ini yang tidak pernah meninggalkan solat apabila masuk waktunya agak terganggu kerana dia merasakan anggota badannya tidak bersih dari najis. Dia jugak tidak dapat berwuduk seperti kebiasaannya dan perlu menggunakan spray.

Akibatnya keadaan yang "darurat" , waktu zohor terpaksa dilambatkan hingga penghujung waktu lalu selepas itu terus pula menunaikan solat asar bila masuk waktu. Magrib dan isyak juga begitu. Setiap kali itu juga, penjaganya yang setia perlu membersihkan dan mengantikan lampin pakai buangnya.

Berbalik pada permintaan bonda tadi, aku dan mak itam hanya diam sahaja . Rasanya tidak sanggup sebagai seorang anak untuk aku berdoa sedemikian buat bonda lalu kami berdoa agar jika ada dengan keizinan Allah, maka sembuhkan lah penyakitnya dan permudahkanlah bonda diakhir2 usianya sebegini.

Alhamdulillah,
sekembali dari kami dari Makkah, ibu mula boleh bergerak dan boleh diturunkan dari katil menggunakan kerusi roda dan boleh dimandikan seminggu sekali di bilik air . Bukan kepalang sukanya dia kerana jika sebelum ini hanya dilapkan badannya di atas katil, dapat pula kini Allah pinjamkan sekali lagi nikmat mandi di bilik air walaupun hanya atas kerusi roda.

JUTAAN TERIMAKASIH PADA RAKAN2 SEKALIAN
SAMADA YANG MENITIPKAN KATA DI SCP DAN JUGAK MELALUI EMAIL & FB
DAN SESIAPA JUA
YANG MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN SEDEKAH FATEHAH
KEPADA ALLAHYARHAMAH BONDA KU

MOGA KEHIDUPAN KALIAN SENTIASA DIRAHMATI ALLAH

AL FATEHAH

14 ulasan:

  1. Assalamualaikum Bapak,
    Begitulah lumrah perjalanan seorang hamba Nya di muka bumi ini...mereka sudah selamat dan ketahuan perjalanannya cuma kita saja yang masih belum tentu arah tujunya. Pengalaman saya menjaga arwah mak saya, sama seperti arwah Hjh Awa ini, dan sebulan terakhir adalah yang amat menguji minda dan kudrat saya dan adik kerana arwah mak saya totally bad ridden. Dan kali terakhir saya memandikan beliau ialah seminggu sebelum nafasnya diambil Pencipta..seterusnya saya memandikan jasadnya saja tanpa roh..Jun ini adalah setahun pemergiannya...kita doakan semoga mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      insyallah

      semoga mereka berbahagia "di sana"

      hanya doa sebagai penghubung

      Padam
  2. Hj CR,

    Salam takziah dari saya dan keluarga.Harap dapat bersabar dengan dugaan ini. Moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Ameen

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah

      moga mereka yang kita sayangi yg telah pergi "berbahagia di sana"

      Padam
  3. salam,,,

    moga arwah ibu tenang disana amiiin....kita ni tak tahu lg ketentuan kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      insyallah

      kita juga pasti menuruti meraka bila tiba waktu dan ketikanya

      Padam
  4. Assalamualaikum Pak Itam

    Insyaallah
    dia meninggalkan anak2 yg soleh
    yg boleh membantu dia setelah terputus amalannya


    Al Fatihah

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      hanya doa anak2 sebagai penghubung

      Padam
  5. Salam bapak.

    Benar bagai kata bapak tu, anak mana yg sanggup mendoakan begitu walaupun diminta oleh arwah sendiri..

    Semoga arwah tenang di sana.

    Al-Fatihah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikusalam

      kami masa tu serba salah bila diamanahkan sedemikian

      Padam
  6. Salam Rezeki.
    Anda telah melakukan satu tanggungjawab yang amat besar sebagai seorang anak.......alhamdulillah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam uncle

      hanya satu tanggungjawab kecil yg tak seberapa dari seorg anak berbanding pengorbanan ibu

      Padam
  7. Salam takziah dari pB dan keluarga


    Rindu itu tidak akan pernah hilang

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      kekal terpahat dalam ingatan

      Padam