WARGA SCP

Sabtu, April 21, 2012

KERETA KABEL NOT KERETA KEBAL

beli tiket kat bawah kaunter tu
lepas tu naik tangga beratur kat atas

ALHAMDULILLAH

Punyalah ramai umat manusia yg sedang beratur kat atas tu nak naik kereta kabel, aku pulak baru nak beli tiket. Untuk pelancong domestik, harga dia murah berbanding pelancong asing . Tapi depa minta tunjuk IC . Aku kan warga Mexico, pasti depa tak kasi. Aku unjuk je IC Mexico aku , kira halal je pasal M for Malaysia, M also for Malaysia hehehe

Lepas tu mulalah nak kena beratur yang panjang sungguh lengkok2nya .

tu dia sikit punya panjang

stesyen no 1 yang fotonya aku ambil dari puncak Machincang

Nak buat macam manakan. Beratur jelah yg aku rasa hampir 45 minit jugak dan rasa rugi pulak masa terbuang begitu sahaja.

Kita cerita pasal masa, aku ni jenis berkira pasal masa time aku kerja pi noreh, malamnya sebelum esok masa aku keluar nak jumpa dan hantar barang client aku, aku dah rancang dan set dalam kepala sekali 3-4 buah kebun getah yang aku nak pegi.
Mana yang dulu, mana yg kedua dan seterusnya kerana jarak antara satu2 kebun getah kat sini bukan dekat2 . Tapi aku dah setkan kira 4-5 kebun getah dalam satu area tu yang aku pegi dan aku tak pegi ke kebun getah area lain melainkan towkey kebun tu minta tolong sesangat pasal ada keperluannya yang mendesak .Tapi jadinya kacau bilaulah jadual yang aku dah susun tu. Semua tu keja Allah, aku boleh rancang je, Allah yang tentukan hala tuju perjalanannya.

Ok kita sambung cita nak kereta kabel.

Masa tu angin dah bertiup agak kencang jugak dan aku dengar sepa kata atas gunung dah hujan.Kalau angin kuat lagi , mau depa batalkan semua perkhidmatan kereta kabel tu

Aku tawakkal je kerana kalau jatuh pun habis2 ke bawah, mana ada jatuh ke atas hehehe

Tiba akhirnya giliran kami, anak beranak naik satu kereta kabel. Ruang dalam kereta kabel ni kecik je dan boleh muat dalam 4-5 orang je. Kalau kat HK , besar jugak kereta kabel mereka



Hujan dan angin makin kuat menyebabkan niat aku nak ambik gambar view dari dalam kereta kabel tu terbantut. Tak nampak apa pun dari dalam pasal air dok menitis kat luar tingkap tu. Nak buat mcm mana kerana semua tu kerja Allah.

Ada dua stesyen sebenarnya sebelum sampai ke puncak tu . Kira stesyen pertama kat satu puncak gunung sebelum sampai ke stesyen terakhir .

Makin lama makin lebat dan terdengar bunyi angin yang masuk celah2 tingkap kereta kabel tu bersiul macam bunyi pontianak pulak atau bunyi enjin kereta yang ada 6 piston tu . Terasa bergoyang pulak kereta kabel tu .

Tiba-tiba ..........

nanti jelah aku aku sambung hehehe






skydeck merentangi gunung

4 ulasan:

  1. Salam bapak.

    Suka sangat buah saspen cenggitu tau, jenoh la pulak orang menunggu apa kesah "tiba-tiba" tu.

    Cantik sungguh pemandangan di situ, subhanallah. Suka cek tengok.

    Warga Mexico rupanya naa, kahkah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mintak mahap bebanyak, silap taip. Bukan "buah" tapi "buat".

      Padam
  2. Belom lagi kesini.. MAHU!

    BalasPadam
  3. salam pak itam. kpah gayat naik kete kabel ni. bila nengok ke bawah sayuuupp je. memanglah jatuhnya ke bawah pak itam oi. tapi kalau dah jadi lempeng bila landing kat bawah nun camno haha..

    BalasPadam