ALHAMDULILLAH
Hari minggu bapak hinggalah semalam memang sungguh sibuk sekali kerana bapak terpaksa "reschedule" semula segala urusan dan jadual kerja bapak yang sedikit "lari" akibat kemalangan tempohari.
Kemalangan tak berbau macam kita bau buah durian, kalau bau senanglah . Kita hidu dulu dan kita elak hehehe
Tapi kalau berlaku kemalangan , yang penting jika kita tak mengalami kecederaan, kita jangan panik dan kelam-kabut . Istgifar dulu dan ingatkan Allah kerana Dia yang merencanakan setiap apa yang berlaku yang pasti ada hikmat tersembunyi.
Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :
"Sesiapa yang membaca:
"Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya."
nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.
Oleh kerana sebuah motor bapak yang selalu bapak gunakan buat noreh sana-sini masih dalam bengkel utk tujuan pembaikkan dan tuntutan insurance, tu jadi kelam kabut sikit. Namun syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana sorang rakan baik bapak telah menawarkan Hilux dia pada hari sabtu yang lalu untuk bapak selesaikan urusan di area Tg. Sedili dengan tok batin di sana berkaitan projek atap nipah dan akhirnya semua dapat diselesaikan dengan jayanya.Untuk pengetahuan kalian , bekalan atap nipah ni memang diusahakan oleh penduduk dikalangan orang asli di area ini.
Jadi sekarang BMX bapak yang selalu ada dok kat "porch" yang hanya bapak gunakan sekali-sekala utk urusan rasmi dan untuk "long distance" sahaja , bapak dah keluarkan utk digunakan oleh mak itam . Bapak gunalah sekarang motor roda tiga bapak yang berusia 22 tahun dah sementara waktu .
Semalam juga segala urusan dokumentasi untuk tuntutan insurance telah bapak hantar dalam seminggu dua nanti, insyallah siaplah nanti motor roda tiga tu pula . Sebagai panduan jika berlaku kemalangan dan memerlukan tuntutan insurance, pastikan semua dokumen ini hendaklah disediakan iaitu :
1. Laporan Polis (original) .
2. Salinan kad pengenalan dan lesen memandu
3. Salinan Polisi insurance atau cover note .
4. Salinan geran kenderaan.
5. Cukai jalan kenderaan.
6. Salinan "hire purchase agreement" jika masih dalam tanggungan.
7. Salinan saman jika kita didapati bersalah menyebabkan kemalangan itu.
8.Sijil nikah tak payah hantar ya, simpan bebaik kat rumah hehe
Ingat, semua laporan kemalangan mestilahlah dibuat dalam masa 24 jam selepas ia berlaku. Kalau lagi cepat lagi bagus. Jika lambat dari 24 jam , pihak polis akan mengeluar saman pula yang berjumlah kalau tak salah aku RM600.00 .
(untuk kes yang tak melibatkan kecederaan dan kenderaan boleh bergerak)
Semasa berlaku kemalangan ,jika kenderaan yang kita naiki tadi masih boleh bergerak, letakkan kat tepi sikit kerana ditakuti akan mengakibatkan kemalangan lain pula yang menimpa. Telefon segera balai polis trafik yang berdekatan agar pihak mereka dapat datang untuk mendokumentasikan segala yang perlu seperti gambar tempat kejadian dan gambar kenderaan yang terlibat. Sedang pihak polis menjalankan tugas mereka di situ, ambillah gambar tempat kejadian dan juga gambar kenderaan yang terlibat dari sisi, depan dan belakang serta no. plat kenderaan yang terlibat sebagai simpanan .
Jika selesai semua urusan ditempat kejadian, kalau kenderaan kita boleh bergerak dan kita tak mengalami kecederaan, teruslah ke balai polis berdekatan pula untuk membuat laporan rasmi .
Andai kata kita sendiri sama2 "jalan" masa kemalangan tu, kita dah tak payah fikir apa2 pun pasal dunia kerana masa tu kita kena fikirkan pula nak mengadap "pegawai" yang lebih besar pangkatnya yang akan menyoal kita nanti dalam lubang kubur .Biarlah mereka yang hidup memikirkan dan menyelesaikan hehehe
Aduhhh, penat nak berceloteh dan bercerita . Badan terasa lesu sangat dan lenguh kerana bapak penat mengosok dan memvarnish beberapa pasang pintu kayu dari sabtu petang hingga menyambung ahad pagi . Kebetulan "son of gun" bapak semalam ada dan sama2 membantu . Alhamdulillah kerja2 pemasangan pintu di sekolah tersebut siap sepenuhnya kat pukul 6.30 pm jugak oleh tukang bapak .
Semoga minggu ni penuh keceriaan buat bapak dan kalian semua dan semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan Allah hendaknya.
Insyallah.
Tak lupa buat semua guru ,
tak kiralah guru sekolah atap ke, guru tadika ke, guru mengaji ke , guru silat ke
Guru Yaya tak masuk pasal ia ajar ajaran songsang hehehe
Bapak tahu ramai juga kalangan sahabat bapak di SCP ni adalah guru
SELAMAT HARI GURU
yang akan disambut esok pada 16 Mei nanti. Jasa kalian sungguh besar mendidik anak bangsa.Hanya Allah yang akan membalasnya.Ilmu yang bermanafaat yang kalian berikan sebenarnya merupakan salah satu talian selepas kita mati apabila ilmu tersebut diamalkan dan bermanafaat.
Bapak guru beso , jadi bapak tak diraikan kerana mana ada HARI GURU BESO hehehe
SELAMAT HARI GURU
SELAMAT HARI GURU
SELAMAT HARI GURU
Guru Beso dengan Guru Kecik
dgn anak2 muridnya