ALHAMDULILLAH
Sekarang rasanya dah takde cerita Dennis The Menace tu. Masa aku dedulu ada komik dan ceritanya mengenai seorang budak yang nakal tapi panjang akalnya. Agaknya aku dalam kategori tu kot hahaha
Tulah gambar aku dedulu yang aku terjumpa kat kampung tempohari. aku masih mengingati lagi peristiwa tu yang di rakamkan di Ujong Pasir , Melaka . Arwah bapa dulu kerja marine kastam tukang bawak bot laju tu . Jadi kehidupan kami sentiasa berpindah mengikut arahan yang terima oleh pihak atasan ayah . Jadi aku hanya sebentar sahaja tinggal di Port Swettenham , England sebelum berpindah ke Melaka.
Bersama aku dalam gambar tu bukan arwah ayah, tapi arwah bapak angkat aku yang bernama Pak Lazim . Pak Lazim memang selalu kidnap dan pinjam aku untuk dibawa bersama2 nya jalan2 . Aku tak tahu, sejak kecik2 dulu, bukan hanya Pak Lazim sahaja, tapi bapak2 saudara ku rajin ambik pinjam aku .
Rasanya foto hitam putih tu dah hampir 40 tahun lebih usianya masa umur aku 2-3 tahun tapi masih terjaga kemas dan tiada cacat cela.
Zaman kanak2 ku masa tu lamanya jugak dihabiskan di Berek Kastam Ujong Pasir . Agaknya akulah hero masa tu kat sana masa kecik2. Menurut cerita arwah ibu, Pak Lazim sayang sungguh sekali dengan aku mengalah anak2nya sendiri . Namun selepas beberapa tahun menetap di Ujong Pasir , kami berpindah pula ke Berek Kastam Tanjung Puteri ,JB dan semenjak tu aku tak pernah ketemu lagi dengan Pak Lazim .
Al-Fatehah buat Arwah Pak Lazim.
Moga damai dan tenang di sana.

Salam Bapak,
BalasPadamOohh denice the menace itu comell...agaknya mesti kena cubit pipi selalu sebab comel kan..hahaha
waalaikumsalam
Padambukan kena cubit je, siap kena ngomol lagi hehehe
comel ke comot hahaha
Salam pak itam
BalasPadamAl fatihah buat pak lazim...terkenang masa kecik2 ade bapak sedara dan sedara2 pompuan selalu pinjam saya dari mak...heheheh
paling tidak pun mereka suka pegang2 saya termasuk cikgu sekolah...
sekarang suka jugak dengan budak2 kecik...layan cakap..tgok cara mereka berfikir, sebenarnya budak2ni tak banyak dosa, bersih..jadi mereka sangat istimewa
waalaikumsalam
Padamdah tua2 ni takda orang pulak nak pinjam hehehe
Comey la.. foto black & white lagi.. tentu mahal kenangan ni..Kenakalan denice de menace tu sbnrnya tak disengajakan.. sy suka dia.. comey la
BalasPadamsaya nak masukkan dalam album peribadi buat kenang-kenangan, foto tu dirakamkan masa saya lepas puas kayuh basikal kecik
PadamHj CR,
BalasPadamBestlah tgk gambar2 lama, saya pun sedang kumpul nak scan
ada banyak lagi, saya tak scan , saya rakam balik guna dslr hehe
PadamSalam bapak.
BalasPadamSaya masih ingat lagi dulu saya suka betoi komik Dennis the Menace tu. Memang nakal budak tu, selalu mengharu birukan jiwa Mr. Wilson, jiran dia, kehkeh!
Suka tengok gambar lama tu, memang terjaga elok, terang & jelas lagi gambarnya. Comel "Dennis" dalam gambar tu. Kecik2 pun bapak dah sampai ke England naa :)
Al-Fatihah buat arwah Pak Lazim.
waalaikumsalam
Padamkalau tgk cite tu mmg seronok dan gelak sakan hehe
dennis tu bukan comel but comot hehe