WARGA SCP

Khamis, Ogos 30, 2012

TEMPURA AT MATSU RESTORAN

pantai awam dekat depan Long Pine

ALHAMDULILLAH

Bila diberi empat voucher meals untuk makan malam di Matsu Japanese Restoran di Long Pine, pertanyaan aku yang pertama sekali kepada penyambut tetamu perempuan islam tu ialah adakah ia halal dan jawapannya cukup mengembirakan hati ku.


Dinner malam ni dah termasuk sekali dalam harga bilik masa aku buat tempahan bilik tu .Aku pun tak tahu. Kira ok lah tu.

Kata Chombi tu, kalau booking melalui internet , dapat complimentary untuk dinner sekali .

Tak kiralah apa complimentary depa nak bagi, yang penting halalan toyibban.

Aku minta maaf lah pasal bab ni,
aku bukan nak kata aku bagus sangat tapi bab2 makan ni agak "berjaga-jaga" sikit dan tak main "taram" semacam je . Kalau dia kata halal dan hati aku takde rasa was-was ,insyallah .


Kalau ada rasa was-was pun tak boleh dah .

Benda nak jadi darah daging ni kena berhati2 dan berkira sikit
.




Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.



Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.


Sedikit perkongsian, menariknya tentang konsep makanan dan rezeki yang halal yang selalu disebut disebut di dalam al-Quran ialah kata sifat “toyyib” yang mengekori sifat "halal". Toyyib (atau toyyibah; toyyibat atau tuuba sebagai jamak) membawa maksud sesuatu yang baik atau elok atau yang berlawanan dengan yang buruk atau tidak baik.

Apabila disebut “halalan toyyiban” , maka ia memberi maksud sesuatu yang halal yang bersifat baik atau elok
.

Sebagai contoh mudah katalah selipar jepun disalut dengan tepung dan digoreng macam tempura tu , tentu ia tidak bersifat baik atau elok dimakan walaupun selipar tak dikategorikan sebagai sesuatu yang haram .

seronok tau baring2 kat sini

Malam tu kami buat reservation agak lewat jugak untuk menikmati makanan nippon tu dalam 9.30 malam kerana biar nasi kandaq tadi yang aku makan agak banyak jugak turun dulu .

Aku memang tak pernah makan makanan jepun seumur hidup aku . Sushi pun aku tak pernah jamah dan kami diberi dua pilihan samada set sushi atau set tempura . Akhir kalam , set hidangan tempura yang menjadi pilihan ku . Kami dihidangkan dengan 3 hidangan utama sebelum semangkuk air cream keladi sebagai penutup.

Aku turun pi makan berlenggang,jadi takde lah foto masa kami bertempura kat Matsu tu.

Set tempura tu datang dengan semangkuk nasi , semangkuk sup dan satu hidangan yang katanya hanya dari putih telur sahaja dan entah apa lagi aku tak ingat yang daging ayamnya ada rasa masam2 sikit tu macam masak tom yam pulak .

Yang pasti jenuh juga nak habiskan dan lepas makan aku rasa berat aku naik 2-3 kg itu jam tu jugak hehehe

Nasi dalam mangkuk kecil tapi yang ada chop stick . Nasib baik ada sudu kecil yang aku belasah pakai sudu tu je. Kalau aku pakai chop stick, minggu depanlah baru aku siap habis makan dan check out dari Long Pine hehehe

Chop stick tu aku buat perhiasan je atas meja hehehe

"Not bad" juga pada pandangan ku tapi tak boleh diamalkan selalu kerana pada ku terlalu berminyak dalam semua hidangannya .


Takpa, esok pepagi lepas subuh pasti aku akan ke gym yang tersedia di bawah nanti .



2 ulasan:

  1. Salam bapak,
    tempura ka, sushi ka, californian roll ka...asal makanan jepun dan halal, saya suka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      tu kali pertama bapak menjepunkan diri hehe

      not bad juga dan paling penting halal

      Padam