WARGA SCP

Jumaat, Disember 14, 2012

PART 6 USA : LAMA DEN TAK JUMPA ASAM PEDAS

ALHAMDULILLAH

Selamat pagi America,
Selamat malam Malaysia.



Waktu di Fresno sekarang ni hampir jam 7.12 pagi . Cuaca begitu dingin sekali hinggakan terpaksa balut tubuh aku yang comel ni dengan pakaian yg banyak sekali. Aku ingat aku kebal dan boleh tahan dengan sejuk, tapi Allah lagi Maha Berkuasa mentadbir seluruh sekalian alam.

Alhamdulillah
Kami kat sini dalam keadaan yang baik dan Allah memelihara kesihatan kami dan mempermudahkan segalanya.



Bercerita tentang makanan, agak sukar mencari makanan halal di sini kerana tak ramai komuniti orang islam yang berada di kawasan pantai barat USA. Yang aku maksudkan makanan halal ialah kedai2 makan yang jual makanan yang di masak . Kepala aku dah terbayang2 asam pedas, roti canai dan nasi. Namun itulah adat sebagai pengembara macam aku .

Namun stok makanan dalam tin aku masih ada lagi untuk kami meneruskan kembara kami, cuma layan dengan roti putih sahaja yang aku beli kat supermarket . Aku ada bawak tuna dan kari ayam dalam tin dari Malaysia. Cuma bekalan Maggi in My Mug aku dah tak banyak .





Namun Allah itu sebenarnya Maha Kaya. Diberikan kita pilihan sama ada kita nak ke kiri atau ke kanan , samada ikut perintahnya atau sebaliknya. Banyak sebenarnya pilihan yang boleh kita buat bila aku ke pasaraya mereka. Carilah makanan2 yang halal,namun sebelum beli aku dah macam budak tadika baru belajar membaca.

Habis aku eja dan belek isi kandungannya untuk pastikan ia pakai kandungan yang menepati kehendak islam . Namun alhamdulilah kerana pengalaman aku yang lalu merantau ke bumi orang banyak membantu sebenarnya.






Aku sebenarnya agak kesuntukkan masa nak update SCP kerana setiap hari ku di sini mengukur jalan sebenarnya dan mengukur Factory Outlet yang menawarkan banyak pilihan dgn harga yang murah sesangat. Kalau budak2 cakap murah gileeeeeee

Jadi balik  hotel dah kepenatan .
Namun utk rakan2 semua, aku cuba jugak untuk update SCP .
Aku pun tak sempat nak balas komen rakan sekalian , namun aku menghargai kunjungan kalian semua ke SCP.
Insyallah

Ok guys,
cukup sikit bingkisan selari dari bumi USA.

Insyallah kita jumpa lagi kerana pagi ni aku nak ranjau satu lagi Factory Outlet kat sini hehehe

10 ulasan:

  1. aduhhhhhhhhhhhhhhh! header tuh plssssss~ pengsan laaa hai! namun apakan daya.. bwh merah belah kiri tuh manthopppp bapak, hillier hobo tuh berapa? furfle tuh pon adoi! sakit mato den. MBMJ slh 1 jugak la dlm feveret sy.

    ermmm.. sabar je la ye dak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan pensan dulu hehehe
      MBMJ tu dalam 300-400 USD untuk rekaan terkini winter.Kalau off season punya dapat 30-40 % discount

      Padam
  2. Balasan
    1. waalaikumsalam

      tak sempat nak ajak hehe

      Padam
  3. salam tuan,

    lama dah az tak menjejankankan kaki di sini. Dah banyak berubah, jiran tuan pun dah bertambah ramai. Meriah gitu.

    BalasPadam
  4. Shopping sakan...seronok betol..:)

    BalasPadam
  5. syok buat grocery shopping awal pagi macam ni, tak ramai orang...

    pak itam balik mesti asam pedas ikan mayong tunggu kat airport!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah pasal

      rindu nak makan nasi, asam pedas hehehe

      Padam