WARGA SCP

Selasa, Oktober 22, 2013

PART 57 TANAH SUCI MAKKAH : KEISTIMEWAAN SEPERTI YANG DIJANJIKAN ALLAH

ALHAMDULILLAH

Kalau cerita pasal kelazatan jus manggo kat Makkah, sampai sebulan pun tak habis.

Tanyalah sesiapa  yang pernah merasai kelazatan dan keenakkan jus ni kat sana, pasti tak akan dapat menafikan betapa manisnya, betapa pekatnya dan perggggggggggggggggggggg

Ni sambil menulisnya sambil meleleh air liur ni dok menjejes-jejes ni atas lantai hahaha

  nikmat beribadah tanpa mengira masa

Inilah salah satu nikmat yang Allah kurniakan kat Tanah Suci Makkah. Selain kemanisan beribadat, kemanisan jus manggonya juga tiada bandingannya. 

Secara logiknya, kota Makkah adalah sebuah kawasan tandus dan gersang dengan hampir keseluruhan buminya diliputi batu-batan dan pasir . Namun inilah bumi yang penuh dengan keberkatan seperti yang dijanjikan oleh Allah . Nabi Allah Ibrahim a.s juga semasa meninggalkan puteranya Ismail dan isterinya Hajar suatu ketika dulu di sini telah berdoa ke hadrat Allah  seperti terkandung dalam Al Quran Surah Ibrahim ayat 37 yang bermaksud :


"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. 

Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dari hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.

Berbalik cerita aku berkaitan jus manggo ni, selang 2-3 hari, aku pasti akan ke supermarket terletak di tingkat dua Al Safwa untuk beli jus manggo ni dalam 3-4 botol buat bekalan 2-3 hari . Aku suka satu jenama premium ni kalau tak salah Al Marai ke apa namanya aku dah lupa . Beza harganya tak banyak , tapi yang buat dia best dan rasa lain dari yang lain ialah siap ada sekali isi manggo tu kat dalamnya macam kita beli jus oren sunkist kat tempat kita ni yang ada sari buah sungkist tu.

Tapi aku tak sempat dan lupa nak rakamkan potret botol jus manggo tu pasal tak ingat langsung.

Bila aku nak ambik gambarnya, dah tinggal botol kosong hehehe

 Al Massa yang hanya 20-30 meter dari dataran Al Haram
membuatkan aku suka menginap di sini

Kekadang kalau lepas balik solat , tekak haus dan nak lepak kat lobby dulu lalu pegi kat  kedai sebelah Al Massa yang dok jual ais krim dan juice , pasti aku pekena secawan jus manggonya yang dah macam slurpeee kat 7 E tu. Tapi yang tak tahannya bila sedut , bergegar otak punyalah sejuk manggo jus dalam bentuk macam slurpee tu hehehe

Sebenarnya macam-macam ada kat Kota Makkah yang menyebabkan ia begitu istimewa kalau nak bandingkan dengan faktor fizikal dan bentuk muka buminya yang gersang dan kontang,tapi itulah kekuasaan Allah .

Antara keistimewaan kota Makkah ialah :

  • Allah telah memilihnya sebagai tempat dibangunkan "Rumah Allah", 
  • kota kelahiran dan kenabian Muhamad dan pengakhiran para rasul,
  • tempat beribadat para hambaNYA serta kewajipan ke atas mereka untuk mengunjunginya ,
  • tempat dimana keredhaan hati, khusyuk, kepala terbuka dan meninggalkan segala bentuk pakaian dan perhiasan dunia, 
  • tempat yang dijadikan Allah sebagai Tanah Suci yang aman, 
  • tempat untuk menghapuskan segala dosa-dosa yang lalu, 
  • tempat disyariatkan oleh Allah kepada manusia untuk bertawaf di Kaabah, 
  • tiada satu pun tempat di muka bumi ini diwajibkan oleh Allah untuk dikunjungi selain Makkah bagi mereka yang mampu,
  • tempat yang diwajibkan hambaNYA untuk menghadap dan melambaikan tangan kepada Kaabah, Hajar Aswad dan Rukun Yamani, 
  • orang yang bersolat di dalamnya digandakan pahalanya 100,000 kali, 
  • tempat yang dilarang oleh Allah untuk menghadap atau membelakanginya sewaktu buang air besar atau kecil dan 
  • tempat dimana Allah akan memberi balasan kepada sesiapa yang berniat jahat walaupun mereka belum melakukannya dan jika ia melakukannya, maka balasannya akan dilipatgandakan . Melakukan dosa di Tanah Suci Makkah lebih besar dosanya dibandingkan di tempat2 lain dan begitu juga jika kita melakukan kebajikan 100,000 digandakan.
Itulah secebis keistimewaan Tanah Suci Makkah yang sempat aku kongsikan malam ini . 

Tak kenal maka tak cinta,
Dah kenal ,tu yang nak pergi selalu.



manggo slurpeee aku beli kat tepi Al Massa
sambil duduk-duduk kat lobby
sekali sedut senafas , tak cukup

 
anak-anak arab Makkah


depan Al Massa adalah istana raja
kita pasti terserempak dengan ratusan merpati di sini

melangut memandang Baitullah pun
Allah dah sediakan rahmat dan pahalanya
begitu mudah nak dapat pahala di sini

berdoalah sepuas-puasnya sambil mengadap Baitullah

2 ulasan:

  1. Memang jus manga di sana pekat dan sedap! Pertama kali meminumnya hati telah terpikat dan sentiasa mencari-carinya. Pertama kali meminumnya ialah di Madinah ketika saya mengunjungi rumah orang Madinah. Tuan rumah itu hidangkan saya jus pekat ini.

    Lagi satu saya suka makan laban dan jus delima yang dijual di kedai-kedai di Mekah atau Madinah. Ais kerim pun sedap. Kambing dan nasi mendi pun saya suka.

    Itulah berkatnya tanah suci Mekah dan Madinah, walaupun tempat itu penuh dengan pasir, batu-batu dan kurang pokok tapi inilah tempat yang sekali pergi nak pergi lagi.

    Tapi kalau Rezeki rindu nak minum jus mangga ni, di tempat kerja saya ni ada banyak kedai Arab, jus magga pekat dan nasi mendi tu ada dijual.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah keistimewaan dua kota suci tu, semua ada
      kat sini punya jus manggo tak sepekat di sana , saya kat sana mau sebotol sehari hehehe

      alhamdulillah
      tergerak nak makan makanan arab, di JB ada 3-4 buah restorannya di usahakan oleh bangsa arab dgn org tempatan

      Padam