WARGA SCP

Selasa, Disember 01, 2009

SUATU CATATAN PERJALANAN : HAJI TAMATTU'







Jom kita teliti senarai semak dan panduan haji bagi yg mengerjakan haji secara haji tamattu'

Haji Tamattu'

Berniat umrah pada bulan2 haji dan menunaikan semua amal ibadat yang berkaitan dgn umrah. Apabila tiba waktu haji pada tahun yg sama, ia akan berihram haji pula dan menunaikan amal ibadat yg berkaitan dengan haji.

Umrah

1. MANDI SUNAT IHRAM : SUNAT
2. MEMAKAI IHRAM : WAJIB
3. SEMBAHYANG SUNAT IHRAM : SUNAT
4. NIAT UMRAH : RUKUN
5. BERNIAT DI MIQAT : WAJIB
6. BERTALBIAH : SUNAT
7. MENJAGA LARANGAN IHRAM : WAJIB
8. TAWAF UMRAH : RUKUN
9. SAEI UMRAH : RUKUN
10BERCUKUR / BERGUNTING : RUKUN
11TERTIB UMRAH : RUKUN



KEMUDIAN APABILA TIBA 8 ZULHIJJAH

1. MANDI SUNAT IHRAM : SUNAT
2. MEMAKAI IHRAM : WAJIB
3. SEMBAHYANG SUNAT IHRAM : SUNAT
4. BERNIAT HAJI DI MAKKAH : RUKUN
5. BERTALBIAH : SUNAT
6. MENJAGA LARANGAN IHRAM : WAJIB


PADA 9 ZULHIJJAH

1. WUKUF DI ARAFAH : RUKUN
2. KHUTBAH ARAFAH (SELEPAS ZOHOR) : SUNAT
3. SOLAT ZOHOR : WAJIB
4. DOA ARAFAH : SUNAT
5. BANYAKKAN AMALAN SUNAT : SUNAT


PADA 10,11,12,13 ZULHIJJAH

1. MABIT DI MUDZALIFAH SELEPAS SEPARUH MALAM : WAJIB
2. MENGUTIP 7 BIJI ANAK BATU DI MUDZALIFAH : SUNAT
3. MELONTAR DI JAMRAH KUBRA PADA 10 ZULHIJJAH : WAJIB
4. BERCUKUR/BERGUNTING (TAHALUL AWAL) : RUKUN
5. MABIT DI MINA PADA 11 ZULHIJJAH : WAJIB
6. MELONTAR 3 JAMRAH 11 ZULHIJJAH : WAJIB
7. MABIT DI MINA 12 ZULHIJJAH : WAJIB
8. MELONTAR 3 JAMRAH 12 ZULHIJJAH (NAFAR AWAL) : WAJIB
9. MABIT DI MINA PADA 13 ZULHIJJAH : WAJIB
10MELONTAR 3 JAMRAH 13 ZULHIJJAH (NAFAR THANI) : WAJIB
11TAWAF HAJI : RUKUN
12SAEI HAJI (TAHALUL THANI) : RUKUN



SEMUA PERKARA-PERKARA SUNAT ITU SANGAT DITUNTUT PELAKSANAANNYA UNTUK MENDAPATKAN HAJI YANG MABRUR

INSYALLAH

14 ulasan:

  1. salam CR..
    permintaan akak nih , lepas part haji , leh tak ulas bab umrah lak ...he he he 10 tahun berlalu banyak yg dah berubah suasana di sana....

    BalasPadam
  2. Penerangan yg sungguh berguna,lengkap.Terimakasih.

    BalasPadam
  3. salam kak ummi,

    insyallah, walaupun suasana fizikal kota makkah dan madinah byk berubah, namun cara dan hukum pelaksanaannya tetap sama
    cuma ada 2-3 perkara fatwa baru yg dikeluarkan mengikut peredaran masa saja

    BalasPadam
  4. salam mama ju,

    hampir 95 % jemaah haji kita buat haji tamattuk, dia kena dam kerana dianggap bersenang-senang, tapi tiada ayat quran yg menyebut antara tamattuk,qirandan ifrad, mana lebih baik, yg penting kalau ikut segala hukum hakamnya, insyallah itulah yg terbaik

    BalasPadam
  5. Salam CR,
    Terima kasih atas perkongsian ilmu... CR juga boleh mengisi program 'tanyalah ustaz'..... syukur.

    Nak tanya, sekarang ni kalau pi Taif, kena buat tawaf widak tak? Saya ada gak dengar2... bermula tahun lepas katanya. Sebelum ni memang takde.. fatwa baru kerajaan saudi, betul ke tuan?

    BalasPadam
  6. salam zie

    mmg kena buat tawaf wada @ widak krn meninggalkan kota makkah lebih 2 marhala (lbh kurang 56 batu atau 91 km dan lebih)

    Hukum tawaf wada ialah:
    1. org yg akan bermusafir meninggalkan makkah pada jarak yg mengharuskannya menqasarkan solat

    2. Org yg akn meninggalkan makkah dan bermukim di luar tanah haram selama 4 hari atau lebih walaupun jaraknya kurang dari 2 marhala samada penduduk makah atau bukan

    3. Org yang meninggalkan tawaf wadatanpa uzur yg dibenarkan syarakdikenakan dam ( dam tertib dan taqdir)

    BalasPadam
  7. thanks for sharing...boleh dijadikan panduan yg sgt berguna..
    byk ilmu saya dpt di sini..

    BalasPadam
  8. salam catz,

    sedikit ilmu yg saya ada , semoga membantu . tk

    catz tak pegi memana ke holiday bulan 12 ni ?

    BalasPadam
  9. Tanpa NamaJulai 30, 2010

    salam...ana mintak kebenaran untuk print ek...untuk ulangkaji...


    jazakAllah

    BalasPadam
  10. salam,

    az pun nak minta copy ni

    BalasPadam
  11. Assalamulaikum Hj. Semoga saudara di berkati Allah selalu. Info yg menarik dan berguna kepada yg belum di izinkan allah utk mengerjakan Umrah atau Haji. Terima kasih

    BalasPadam
  12. Translation NOT MUHARRAM BUT ZULHIJJAH, PLEASE CORRECT ERROR. BETTER TO TAWAF AFTER THE FIRST STONING. THEN YOU COME BACK YO MINNA BEFORE MAGHRIB. TAKE THE PUBLIC BUS. SAI CAN BE DONE WHEN YOU ARE BACK IN MEKAH

    BalasPadam
  13. As Salam, nak minta kebenaran untuk copy atau print untuk jadikan panduan, ulangkaji. Terima kaseh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      silakan

      alhamdulillah

      Padam