WARGA SCP

Khamis, Disember 31, 2009

AZAM DAN KEMAHUAN

salam semua kekawan dan rakan taulan pak itam
ibuk-ibuk, bapak-bapak, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik

Pak itam terasa ingin melepaskan lelah buat seketika sebenarnya kerana pak itam berhempas-pulas beberapa hari ni dalam hutan tebal , kerana untuk memastikan amanah dan tanggungjawab yg perlu dipikul atas batu jemala pak itam. Memastikan ayam-ayam hutan kepunyaan kak ngah bertelur seberapa banyak yang boleh . Kak ngah kata nak buat bunga telur he he he

Tapi rasa rindu pak itam untuk menulis sukar dibendung , walaupun pak itam BM dlm SPM dapat 7 je ngeh,ngeh,ngeh

Setiap insan didunia yg fana ini punya azam dan kemahuan, kalau takde azam atau kemahuan, maka tergolonglah ia dalam "penyakit mati akal" ngeh,ngeh,ngeh

Setiap tahun baru menjelma , setiap kalilah kita kedengaran azam dan semangat berkobar-kobar " aku nak buat itu, aku nak ini, aku ....." dan memacam lagilah.

Tapi azam tinggal azam saja .... bagai biduk yg berlalu .....

Sebenarnya pak itam dari dulu tak pernah menanamkan azam setiap datangnya tahun baru, kerana azam pak itam datang setiap hari , bukan setahun sekali. Nak melelapkan mata je, pak itam dah "set" esok nak buat apa, semua mcm komputer dalam kepala . Tu sebab adakalanya apabila pak itam sukar nk lelapkan mata, maknanya otak pak itam ketika itu tgh ligar berfikir. Mata di tutup rapat, tapi hakikatnya otak tidak ...

Tapi pada pak itam di saat ini , dah takde apa lagi yang pak itam nak kejarkan dalam kehidupan di dunia ini, pada pak itam, kehidupan pak itam "di dunia" seakan2 telah hampir lengkap . Jadi pak itam hanya perlu memberi tumpuan yang secukupnya kepada "kehidupan dan bekalan di akhirat pula"

Itulah tekad a.k.a azam a.k.a kemahuan pak itam ketika dan saat ini
namun kelangsungan hidup perlu pak itam perlu diteruskankan, pak itam tak boleh cenderung akhirat saja dengan meninggalkan dunia atau cenderung kepada dunia saja dan meninggalkan akhirat .

Kesimpulannya dunia mahu pak itam "kelek", akhirat mahu pak itam "junjung"
pak itam dan anak bini nak selamat di dunia dan akhirat

Cuma yg membimbangkan pak itam di kala ini ialah tentang anak-anak pak itam yang hidup dalam dunia moden yang penuh "pancaroba" .

Dunia mereka sekarang "bagai langit dengan bumi" dengan dunia pak itam dulu.
Keruntuhan akhlak dan sosial sekarang berada di tahap yang serius dan membimbangkan.

Lihatlah saja "masalah sosial" yang berlaku setiap kali anak2 muda ini meraikan sambutan tahun baru tanpa tahu batas-batas hukum hakam agama kita

Pak itam takut anak2 pak itam satu hari nanti terpengaruh akan "tipu daya dunia"

Hanya yg mampu pak itam lakukan ialah memberikan pendidikan agama , nasihat, bimbingan yang secukupnya kepada mereka. Tapi mereka tak akan selama-lamanya duduk di bawah ketiak pak itam yg busuk ni he he he

Terkenang pak itam 15-20 tahun lepas semasa mereka masih kecil. Bila masa ibunya bekerja di waktu ptg, pak itamlah yang menjaga si kakak , memandikannya setiap petang , menyalinkan "napkin" kerana pada masa itu kami tak mampu nak beli pampers. Kami terpaksa berjimat dengan menjaganya sendiri , mata pak itam terpejam, tapi tangan pak itam tetap menghayun buaian hingga ia tertidur, sebelum si kakak terlelap, pak itam dah terlelap dulu kepenatan he he he

Hari ini dan hari-hari sebelumnya, pak itam dan mak itam menanamkan azam dan tekad agar anak2 kami menjadi anak yang soleh dan berguna kepada kedua ibubapa, agama, bangsa dan negara suatu hari nanti,

Pak itam tak nak minta2 apa dari mereka , cukup sekadar mendoakan kami dan membacakan kami ayat-ayat suci al quran apabila kami telah tiada kelak

ITULAH AZAM DAN TEKAD SERTA KEMAHUAN PAK ITAM
SEMOGA ALLAH SWT MENGABULKAN , INSYALLAH

Marilah kita amati dan ikuti kisah ini sebagai iktibar dan pengajaran kepada kita semua :


Azdin seorg usahawan yang sangat berjaya telah menunaikan fardhu haji , tetapi ditimpa musibbah dari Allah ketika di sana. Kakinya telah membengkak dari peha hingga ke tapak kaki sehingga berwarna kehitaman. Anehnya , penyakit ini menimpanya ketika menjejakkan kaki ke bumi Makkah.
Para doktor telah gagal mengesan punca penyakitnya itu, Mereka semua kebingungan. Hari wukuf yg akan datang tidak berapa lama lagi sungguh membimbangkannya.
Dalam muhasabah diri, Azdin terkenang satu kesilapan besar yg pernah dilakukan. Hanya solat sunat taubat saja yang dapat dilakukan bagi memohon keampunan pada Allah.
"Ya Allah, berikanlah aku hidayah dan tunjukkanlah kesilapan yang telah aku lakukan" pintanya kepada Allah.
Allah itu maha pemurah, pengampun dan penyayang. Azdin dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sangat miskin. Sejak kematian bapanya, ibunya telah bekerja membanting tulang utk membesarkannya bersama kakaknya.
Teringat pesan ibunya pada suatu malam" Din, Ani, bila kamu dah besar nanti, ingatlah pada ibu. Ibu bukan nakkan duit kamu, tapi ingatlah jasa ibu, susah payah ibu membesarkan kamu" pesan ibunya berulang kali

Azdin berjaya menamatkan persekolahannya dan berpindah ke Kuala Lumpur serta menjawat jawatan tinggi. Beberapa tahun kemudian, dia melanjutkan pelajaran ke luar negara dan seterusnya menjadi seorg usahawan. Perniagaannya yang sangat maju membolehkan meraih kekayaan yg tidak pernah diimpikan sama sekali. punya rumah besar dan kereta besar.

Tapi Addin telah menjadi anak derhaka dan lupa asal usul. Hampir 15 tahun , dia tidak menjenguk ibunya di kampung. Apabila sudah hidup mewah, dia malu untuk mengaku berasal dari kampung dan dari kalangan keluarga miskin. Malah dia memberitahu org lain bahawa dia anak yatim piatu . Ketika itu ibunya sudah dianggap tidak wujud lagi, malah kepada isterinya juga diberitahu bahawa ibunya telah meninggal.

Pernah suatu ketika ketika isterinya tiada di tanah air, akibat desakan kakaknya, dia melangkahkan kaki dgn begitu berat sekali pulang ke kampung. Tetapi ibu yang tua diherdiknya,

" Emak nak apa, pernahkah emak berikan kesenangan pada saya dulu ?"

"Begini sajalah emak, emak jangan ganggu rumahtangga saya, saya hidup susah, cari duit nak belajar"

"Emak tak mahu duit engkau, kau jenguk emak pun sudah memadai"

"Cukuplah emak, Bagi saya emak dah tiada."

Sebelum melangkah pergi , Azdin berkata ,

"Emak, mulai hari ini, saya haramkan kaki saya memijak rumah ini. Inilah kali terakhir saya datang ke sini"

BERSAMBUNG CERITA INI DI N3 AKAN DATANG, INSYALLAH

kakak semakin membesar di depan mata kami suami isteri

anak2 pak itam dan mak itam suka main pasir tepi pantai tak jauh dari rumah kami

pak itam masa memuda dulu udah punya anak satu bersama mak itam

kakak semasa kecil

keje pak itam, mandikan kakak kat depan rumah
sementara tunggu mak itam balik

kakak dh mcm tepong komak dgn adik
usia mereka jaraknya hampir 5-6 tahun




Ahad, Disember 27, 2009

IKTIBAR DARI TANAH SUCI : PART 1



MAKKAH telah mencatatkan dgn pelbagai pengalaman aneh, misteri dan cukupmenginsafkan. Melalui pengalamaan2 itu, akurlah kita betapa kita makhluk Allah kerap mengingkari perintahnya dan betapa Allah maha berkuasa. Ia boleh membalas perbuatan kita pada bila2 masa dlm apa jua bentuk sekalipun yg disukainya termasuklah yg mengaibkan kita.

Salah satu kisah menarik yg cukup baik utk kita ambil iktibar ialah mengenai seorg jemaah lelaki yg gagal masuk ke masjidil haram (MH).

Setiap kali hendak masuk ke MH, dia menjadi panik spt org ketakutan, lalu ia tergesa2 pulang ke hotel penginapannya.

Lelaki itu cuba lagi utk memasuki MH , tetapi kelakuan anehnya seperti berulang sehingga hampir seminggu sehingga ia tidak dpt bersolat di MH.

Tentu ada sesuatu yang menyebabkan Allah menimpakan dirinya dengan kejadian tersebut. Setelah diselidiki yang pada mulanya lelaki tersebut agak keberatan untuk menceritakan, akhirnya segala persoalan terjawab.

Ceritanya amat memalukan tetapi banyak ikhtibar dan pengajaran. Sebenarnya ia mempunyai hobi yang sangat hina dan buruk, iaitu suka menonton filem lucah. Filem lucah sudah menjadi seakan-akan "santapan" hariannya malah sebelum bertolak ke tanah suci pada malam terakhir, sempat lagi ia menontonnya.

Rupa2nya , lelaki itu memberitahu setiap kali hendak memasuki MH, dia tiba2 sahaja ternampak seorg wanita yang dalam keadaan berbogel menerkam ke arahnya spt mahu memeluknya. Kerana takut akan perlakuan wanita itu akan memalukan ditgh khalayak jemaah yg ramai, maka ia pun melarikan diri.

Jalan yang terbaik utknya hanyalah meminta keampunan dan taubat dengan sebenar-benar taubat iaitu taubat nasuha , dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya itu.

Alhamdulillah, selepas itu. barulah bayangan dan gambaran yang sering menghantuinya sebelum memasuki MH hilang . Allah itu maha pengampun . Mintalah dan bertaubatlah kepadanya sekiranya kita telah "tersesat jalan"
 
Alhamdulillah, lelaki ini akhirnya diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah dan kembali ke jalan yang sepatutnya dalam islam.

Kesimpulan dari cerita ini, ialah kita sebagai manusia mempunyai berbagai2 hobi yang kadang-kala hobi tersebut ternyata melanggar hukum Allah. Cubalah kita hindari dan jauhi dari perkara-perkara yang mungkar dalam membentuk diri kita sebagai seorg muslim yang baik.

Semoga "suatu catatan perjalanan" lelaki tadi memberi kita sedikit kesedaran agar menjauhi larangan hukum yang telah ditetapkan dalam Islam.

Insyallah

Selasa, Disember 22, 2009

42 TAHUN BERLALU : PART 15 (episod last kopek)

surat ini yang ditunggu-tunggu bagai bulan jatuh ke riba
Alhamdulillah

setiap kali ke luar negeri, insuran perjalanan "takafful" akan
pak itam beli sebagai perlindungan "luar jangkaan"
tak terkecuali ketika mengerjakan haji
nampak remeh, tapi banyak manafaatnya
sekira berlaku kejadian yang tak diingini


buku rekod kesihatan
macam traffic light daa
ada hijau, kuning, merah
mak itam punya hijau bermaksud dibenarkan pergi tanpa syarat
pak itam punya ditanda kuning, bermaksud pergi dengan bersyarat
syaratnya tekanan darah mesti rendah keh keh keh
nasib baik tak merah ngeh,ngeh,ngeh


pasport haji yang tak rupa pasport
habis kena tampal
dah memacam iklan pulak
ngeh,ngeh,ngeh


dedulu takde sijil, sekarang kerana LUTH nak dapatkan sijil ISO, tu yang semua jemaah dapat . Depa bagi , pak itam terima dgn ucapan terima kasih . tapi sijil ni kat dunia sahaja .Yang paling penting, Allah SWT menerima segala amalan kami di sana. insyallah

Alhamdulillah, segala apa yang dihajatkan dan di doakan dimakbulkan oleh Allah SWT. Kami selamat pergi dan selamat kembali . Di sana kami diberikan kemudahan seluas-luasnya oleh Allah SWT dalam mengerjakan ibadat haji dan ibadat-ibadat yang lain . Cuma pak itam je deman 2-3 hari kerana jangkitan kerana jemaah yang terlalu ramai dan berpusu-pusu. Semua catatan pak itam di sana boleh diikuti dalam n3 terdahulu berkaitan perjalanan haji kami .

Sekembali dari dari tanah suci , hanya sempat melepaskan lelah sehari saja di KL kerana terpaksa pulang ke KT . Esok anak-anak nak sekolah . Dalam kepenatan dan mata yang mengantuk akibat perubahan masa , pak itam singgah ke kampung untuk bertemu ibu yang dicintai dalam perjalanan pulang .

Hanya Allah saja yang tahu , tapi pak itam rasa berbaloi kerana pak itam dah buat yang sebaik mungkin di sana. Hanya berdoa hingga ke hari ini agar haji kami itu diterima dan mendapat haji mabrur.

Sesungguhnya pak itam rasa , sudah lengkap perjalanan hidup pak itam ketika ini. Jika Allah mengambil pak itam kembali, rasanya pak itam dah bersedia.

Dari seorang yang tidak punya apa-apa , pak itam bertatih setapak demi setapak. Semua perasaan pahit, manis, masam , payau, tawar , kelat di dunia , pak itam dah rasa.

Sesungguhnya cara pak itam bersyukur ialah dengan mempertingkatkan amalam pada Allah SWT yang telah memberikan rezeki dan kebahagiaan di dunia .

42 tahun berlalu dengan penuh warna-warni kehidupan. Mendung yang berarak pada awalnya akhirnya berlalu pergi dengan izin Allah jua. Sekarang pak itam punya banyak masa untuk bersama-sama keluarga yang satu masa dulu sangat terhad. Suatu ketika dulu, banyak masa dihabiskan dijalanan . Apa yang diinginkan hanyalah keberkatan dari Allah yang berterusan utk pak itam sekeluarga dalam menempuh hari-hari tua yang mendatang dan sentiasa dibawah kerahmatan dan perlindungan Allah SWT.

Sesungguhnya perjalanan pak itam yang penuh ranjau berjaya pak itam harungi dengan izin Allah jua. Dia Maha Pengasih , Pemurah, Pengampun dan Penyayang.

Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang
menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah
aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya
sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan
seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan
demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).


Dan dalam banyak-banyak perjalanan dalam "Suatu Catatan Perjalanan"perjalanan kami ke Tanah Suci ini akan kekal dalam hati dan sanubari sehingga ke akhir hayat

Perkongsian 42 tahun perjalanan hidup pak itam sesungguhnya tiada niat untuk menunjuk-nunjuk atau riak dan bangga diri, tapi sekadar cerita untuk kita kongsi bersama. Yang baik boleh dijadikan teladan dan ikhtibar, yang buruk jadikan sempadan.

Maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan dan hati kalian semua.

Isnin, Disember 21, 2009

42 TAHUN BERLALU : PART 14

inilah matlamat ku


yang lain hanya keperluan


sebagai tanda kenangan yg masih tersimpan rapi


Sambutan hari raya tahun ini sangat bermakna bagi ku, aku segera mengkhabar berita gembira kepada ibu ku. Rasa tak sabar untuk menjadi tetamu Allah , bukan kerana gelaran "haji" atau "hajjah" yang kami kejar, tapi kerana insyallah, kami dapat menyempurnakan rukun Islam yang ke 5 yang menjadi idaman setiap umat islam. Itulah ketentuan Allah bagi kami, sehingga kursus haji perdana, kami tetap mengikutinya walaupun keputusan samada kami terpilih menjadi tetamu Allah masih samar lagi. Alhamdulillah.Itu yang membingungkan pegawai di LUTH, mengapa kami disenaraikan disaat-saat akhir , tapi jawapannya mudah saja " kuota Allah SWT"

Segala apa yang kami ikuti melalui kursus haji bersiri akan kami gunakan di sana disamping pengetahuan sedia ada yang ada pada kami. Yang pasti kami sentiasa memohon kepada Allah setiap malam agar perjalanan kami di sana nanti dipermudahkan, diberi kesihatan yang baik dan dapat menyempurnakan segala rukun dan wajib haji dengan sempurna dan mendapat haji yang mabrur.

Dalam masa sebulan lagi sebelum bertolak, segala urusan kerja dan perniagaan telah diatur. Kepada staff ku, segala amanah diberikan kerana bulan Disember merupakan "waktu puncak" untuk perniagaan ku .

Segala keperluan sekolah perlu dihantar untuk persediaan tahun baru yang akan menjelang. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Banyak keperluan dan buku akan tiba dari pembekal. Tapi fikiran dan jiwa ku tiada lagi di sini. Apa yang nampak di mata dan terbayang di hati ketika itu ialah kenikmatan beribadat di tanah suci Madinah dan Makkah saja.

Selain meninggalkan kedua anak kami dan perniagaan, kami juga akan meninggalkan 14 ekor anak angkat kami . Jadi makanan anak angkat kami iatu kucing juga tidak ketinggalan untuk stok 2 bulan kerana kami akan berpemergian hampir 45 hari.

Seminggu sebelum kami bertolak, segala alatan dan perabut ditingkat satu di rumah telah dikemas dan diletakkan di tingkat 2 , sebagai persediaan sekiranya berlaku banjir. Kejadian banjir hujung tahun 2006 dan awal tahun 2007 telah meninggalkan kesan "trauma" kepada kami.
Selebihnya kami berserah kepada Allah .

Segala bil-bil yang perlu dibayar juga kami bayar dan "advanced" sebulan lagi. Kami tidak mahu perkara-perkara sebegini menggangu konsentrasi kami di sana nanti.

Fail-fail penting berkaitan perniagaan dan apa jua yang berkaitan , aku letakkan ditempat yang senang ditemui. Itu semua sebagai persediaan kepada waris ku andai kata pergi ku tidak kembali lagi . Segala apa yg perlu telah kami maklumkan kepada waris kami .

Sebenarnya pak itam banyak pergi ke luar negara, tapi pemergian kali ini tak sama . Pemergian kali ini di isi dengan roh dan jiwa yang tidak dapat digambarkan.

Kalau nak pergi cuti keluar negara, rancang, beli tiket dan booking hotel, esok dah boleh terbang.
Tapi pemergian kali ini sememangnya sudah tertanam dalam hati dan jiwa bertahun-tahun sebelumnya sehingga ianya menjadi kenyataan. Pak itam bernazar, sekiranya dapat menunaikan fardhu haji tahun ini juga, pak itam akan melakukan tawaf sebagai nazarnya.

Alhamdulillah, rezeki yang Allah SWT kurniakan kepada kami membolehkan kami mengunakan pakej 2 orang sebilik sepanjang kami di sana. Tapi itu semua hanya "keperluan". apalah sangat keselesaan yang kami akan terima jika hendak dibandingkan dengan syurga Allah yang menjadi matlamat kami . Tujuan utama ialah untuk beribadah . Cuma kami diberikan rezeki untuk menikmati sekelumit kenikmatan dan meraikannya dengan tujuan utamanya ialah beribadat.

Rasulullah pernah bersabda :

"ORANG LELAKI DAN PEREMPUAN YANG ENGGAN MEMBELANJAKAN HARTA PADA PERKARA YANG DISUKAI ALLAH, MAKA MEREKA AKAN TERPAKSA MEMBELANJAKAN HARTA PADA PERKARA YANG DIBENCI ALLAH. BARANGSIAPA YANG MENANGGUHKAN PERGI HAJI KERANA INGIN MENYELESAIKAN PERKARA DUNIA, MAKA DIA TIDAK AKAN DAPAT MENYELESAIKAN PERKARA TERSEBUT SEHINGGA DIA SENDIRI MELIHAT ORANG PERGI HAJI KEMBALI DARI HAJI. BARANGSIAPA YANG ENGGAN MENOLONG SAUDARANYA YANG MUSLIM UNTUK PERKARA KEBAIKAN, MAKA DIA AKAN TERPAKSA MENOLONG ORANG LAIN UNTUK PERKARA KEJAHATAN YANG MANA DIA TIDAK AKAN DAPAT GANJARANNYA"

Sabtu, Disember 19, 2009

42 TAHUN BERLALU : PART 13


Untuk menenangkan perasaan yang tidak keruan pada masa tu, pak itam dan mak itam bercuti ke Perth untuk beberapa hari . Pada masa tu , kami rasa tiada rezeki buat kami . Namun doa dan solat hajat tetap dilakukan kerana Allah maha mengetahui dan merencanakan segala perjalanan kami.


pak itam dgn mak itam tgh berendut sambil menenangkan fikiran

Sekembali kami dari Perth, kami menerima sepucuk surat dari THTS untuk tujuan pemotongan bayaran, tapi masa tu masih belum confirm lagi dapat pegi tapi rasa hati dah seronok sangat dan terus berdoa dan mengharap.
Sambil menunggu surat pengesahan rasmi , hanya Allah yang tahu bagaimana gelodak jiwa dan hati kami. Kalau nak pegi cuti tempat lain ke luar negeri, perasaanya dan jiwanya tak akan sama dengan nak pergi ke tanah suci.


Alhamdulillah,
Surat yang dinanti-nantikan "bagai menunggu bulan jatuh ke riba" diterima dua hari sebelum hari raya puasa bagaikan satu keajaiban buat kami. Apabila melihat saja surat yang berlogo LUTH, hati pak itam dah melonjakkan kegembiraan walaupun surat tersebut belum dibuka

Bisik pak itam dalam hati “Alhamdulillah, Allah maha mendengar dan memakbulkan permintaan kami” panggilan telefon menyatakan kegembiraan segera dikhabarkan pada mak itam.

Alamak, kami masa tu kelam-kabut kerana 2 hari lagi sudah nak bercuti raya. Kami segera terus ke pejabat LUTH daerah untuk segala urusan termasuk urusan passport. Pegawai disitu terperanjat kerana kami disenaraikan mendapat jemputan dari Allah pada masa semua nama jemaah telah disenaraikan pada tahun itu, “big boss” kat cawangan tu meminta pegawainya untuk menyelesaikan segala urusan secepat mungkin, Cuma satu je yang pak itam terkilan dengan sikapnya kerana memandang sesuatu kejadian itu dengan sebelah mata tanpa menggunakan ketiga-tiga matanya iaitu 2 biji mata dengan mata hati

Katanya kepada pegawainya “ awak uruskan semuanya dan bagi segala buku panduan haji , nanti takut pergi sana tak tahu buat apa-apa, terkebil saja di bilik hotel”

Sepatutnya sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan agama, kita tidak boleh memperlekeh dan memandang orang lain sebagai orang yang jahil . Itu riak namanya.
Pak itam biarkan saja perkara tersebut , detik hati pak itam” biarlah aku dipandang jahil di mata manusia , jangan aku dipandang jahil di sisi Allah , sudahlah”

Pagi tu juga kami pergi ambil gambar untuk urusan passport haji , dan esoknya kami perlu melakukan ujian perubatan di hospital daerah. Kerana terlalu gembira dan “excited”, pak itam malam tu tak boleh tidur, kalau dapat untung sejuta ringgit pun pak itam tak segembira macam pak itam tahu pak itam dijemput menjadi tetamu Allah. Sukar untuk digambarkan.

Akibat tak cukup tidur, pemeriksaan pak itam untuk tekanan darah “kantoi” 180/120. Mak itam semua ok. Akibatnya ditandakan merah dalam buku kesihatan tu. Pak itam dikehendaki memakan ubat darah tinggi dan perlu melakukan pemeriksaan setiap hari .
Risau masa tu tak terhingga, masa sambutan hari raya , pak itam tak berani makan daging banyak. Nanti “kantoi” pulak bila diperiksa.

Alhamdulillah, tekanan darah kembali normal dan akhirnya pak itam disahkan sihat untuk mengerjakan haji . Namun kecederaan lutut pak itam kembali seminggu sebelum kami pergi. Masih boleh berjalan seperti biasa, tapi agak tidak selesa apabila duduk antara dua sujud di dalam solat. Terkenang kembali kecederaan yang menimpa pak itam tahun 1997 di mana pak itam dikejarkan ke hospital akibat “koyakan ligament lutut” semasa dalam pertandingan yang akhirnya pak itam terpaksa mengucapkan “selamat tinggal” dan “sayonara” pada sukan sepak takraw.

42 TAHUN BERLALU : PART 12

Alhamdulillah, masa diawal pembabitan pak itam dalam perniagaan ini , hanya sebuah dua sahaja sekolah yang menjadi pelanggan pak itam, namun strategi yang pak itam gunakan pada masa tu berhasil . Pak itam akan pastikan bahawa setiap bulan “target” untuk menambah pelanggan sebanyak 2-3 sekolah baru setiap bulan berjaya. Kini hampir 40 – 50 pelanggan tetap pak itam dikalangan pihak sekolah. Itu pun pada pak itam sudah memadai dan tak terkejar. Alhamdulillah.

Masalah untuk mendapat bekalan dari pembekal dan kilang juga dapat pak itam atasi, kerana kepercayaan mereka terhadap pak itam dan rekod baik syarikat, kini pak itam tak perlu lagi membawa sejumlah wang tunai yang banyak setiap kali berurusan . Pak itam dah boleh buka “buku tiga lima” (account) yang pembayarannya 30, 60, 90 hari mengikut kesesuaian. Pembekal pak itam bukan satu lagi malah 3-4 pembekal untuk satu barangan sahaja dan kini hampir 15-25 pembekal barangan pak itam. Kita tak boleh mengharapkan satu pembekal sahaja. Konsep pak itam sama seperti dulu ketika berurusan “wang saya punya, barang you punya”. Jadi, mereka tidak boleh memperkotak-katikkan pak itam tentang harga.

Apabila berurusan dengan pihak sekolah, pelbagai karenah yang pak itam hadapi. Pak itam pernah memutuskan tidak berurusan dengan berberapa buah sekolah kerana pihak pihak pentadbirannya mengajak pak itam menyeleweng dengan mengeluarkan invois bagi pembelian yang tidak dibuat tanpa pengetahuan “boss” mereka. Pak itam tak sanggup untuk melakukan pekerjaan yang sedemikian yang “sah-sah” melanggar hukum dunia dan hukum Allah. Biarlahlah tak dapat bisnes dari bersubahat . Itu lebih baik di sisi Allah.

Hasil dari perniagaan pak itam , pak itam telah membelikan mak itam sebuah SUV untuk kemudahannya . Dan hasil dari rezeki yang Allah kurniakan juga dapat kami nikmati dengan melihat dunia luar . Jauh perjalanan, luas pandangan. Alhamdulillah

Namun “kasih dan sayang” pak itam pada perniagaan air pak itam tetap tersemat walaupun telah menjadi lipatan sejarah . “tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat buat air” Kadang kala bila datang gian nak buat teh tarik, pak itam akan ke dapur untuk buatkan mak itam teh tarik , semua tinggal sejarah saja.Yang tinggal sekarang hanyalah sebidang tanah berhampiran tempat peranginan itu yang jaraknya 2 km yang pak itam beli. Di hadapan tanah tu terdapat sebuah resort lain yang cantik “ala bali” yang masih beroperasi sehingga sekarang. Dulu pak itam dan mak itam merancang untuk membina sebuah rumah idaman di situ, persekitarannya sungguh menyamankan dan mendamaikan. Terdapat sebatang anak sungai di tepinya, diliputi oleh kehijauan dan gunung-ganang , banyak binatang liar di hutan berhampiran seperti ayam hutan, tapir dan gajah pun ada di situ. Badak “yelek” negh,ngeh,ngeh ,
Namun impian tersebut tidak terlaksana lagi kerana pak itam dah meninggalkan perniagaan pak itam di situ.

Pada 2004 , pak itam sekeluarga telah menunaikan umrah buat pertama kalinya. Bukan tak mahu pegi lebih awal , tapi kami memang telah merancang untuk membawa anak-anak kami jika kami menunaikan umrah. Masa tu si bongsu masih kecil, Jadi tahun 2002 semasa dia bersekolah di darjah 1, kami telah menkhatankannya. Tahun 2004 ,dia dah bersekolah darjah 3 dan sesuai untuk dibawa ke sana. Alhamdulillah, semua perancangan kami diperkenankan Allah SWT.

anak bongsu kami ketika kami menunaikan umrah 2004

Kami selalu berdoa di sana agar selepas ini , kami diberi peluang dijemput pula menjadi “tetamu” Allah untuk mengerjakan haji. Selepas pulang dari umrah, perniagaan kami semakin maju dan mendapat keuntungan yang lumayan . Kami merancang untuk menunaikan haji pada 2007 kerana waktu tu bersamaan dengan cuti sekolah. Jadi pelajaran anak-anak tidak terganggu kerana tahun 2008 , kedua-dua meraka akan menduduki peperiksaan UPSR dan SPM.

Pada tahun 2006 , tanpa ada perancangan tapi sudah tertulis sejak azali lagi, pak itam tergerak membeli sebuah rumah di kawasan Bandar. Kami dah lama tinggal dalam “hutan”, jadi kami nak rasa tinggal dalam”bandar” pula. Itu pun secara kebetulan selepas seorang “towkey” pembekal peralatan “hardware” pak itam memberitahu bahawa terdapat beberapa buah rumah yang masih belum terjual. Esoknya pak itam ajak mak itam pegi melihat rumah tersebut dan terus pak itam mengambil keputusan membelinya. Setelah selesai beberapa urusan dan Pejabat Tanah dan Galian berkaitan urusan pindah milik, akhirnya rumah tersebut menjadi milik kami.

Kemudian, pak itam pun mulalah membuat kerja-kerja pengubahsuaian . segala barang pembinaan pak itam dapatkan sendiri dari pembekal-pembekal pak itam.sudah tentu pak itam dapat menjimatkan banyak wang , hanya membayar upah pekerja sahaja. Setelah siap kerja-kerja pengubahsuai penghujung tahun 2006, banjir besar melanda . Habis kesemuanya. Itu semua ujian dari Allah dan kami redha. Mujurlah semuanya dilindungi oleh insurance takafful yang pak itam langgan.

banjir besar melanda di akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007

Masuk tahun 2007, setelah kerja-kerja pembaikan utk kali kedua, sekali lagi musibbah menimpa. Kali ini lagi teruk . Kita hanya merancang , Allah yang menentukan. Sekali lagi segala keringat dan kudrat terpaksa dicurahkan untuk membaikpulih kediaman kami tadi. Alhamdulillah, semuanya dapat dilakukan namun kesannya sampai hari ini masih kelihatan .

rumah ku syurga ku

Di awal tahun 2007 juga kami bercadang mengerjakan haji . Kalau mengikut giliran masih jauh lagi tarikhnya. Tapi kami membuat rayuan agar dipercepatkan.

Kami membulat tekad dan sentiasa berdoa agar hajat kami termakbul. Setiap hujung minggu selama hampir 25 kali, kami mengikuti kursus haji yang dianjurkan oleh LUTH di masjid . Masa tu kami tak tahu, adakah rezeki kami dijemput ke sana. Sehingga kursus terakhir , kami belum menerima surat lagi dari LUTH sedangkan jemaah yang lain sudah mengetahui status mereka . Kami hanya memanjatkan doa setiap masa kepada Allah SWT.

bersambung







Khamis, Disember 17, 2009

42 TAHUN BERLALU : PART 11







Alhamdulillah, di hari yang mulia ini sempena sambutan tahun baru hijrah bagi umat islam, pak itam ingin memanjatkan rasa syukur yang tak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana sebenarnya pak itam telah dapat dan berjaya melakukan satu proses penghijrahan dalam diri pak itam . Walaupun tidak sebesar zarah sekalipun jika hendak dibandingkan dengan sejarah dan pengorbanan penghijrahan junjungan besar kita nabi Muhammad SAW, namun itulah yg telah tertulis buat pak itam sekeluarga.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi hijrah yang tetap ada adalah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa); dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia.”

Dari insan yang tidak punya apa-apa , dengan izin Allah SWT dikurniakan sedikit kemewahan dan kesenangan. Penghijrahan kami mengikut lunas-lunas islam pada masa itu ternyata diredhai Allah SWT dan diberikan ganjaran yang tidak diduga..

Dalam konteks lebih luas, hijrah pada pak itam boleh diibaratkan sebagai perpindahan dari suatu keadaan kurang baik kepada keadaan lebih baik, daripada keadaan negatif kepada yang lebih positif.

Jika diteliti dan dihayati, konsep hijrah pada era dunia moden sekarang mengajak umat Islam untuk memanfaatkan pelbagai aspek kemajuan masa kini bagi mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Tetapi, tanpa sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil.
Itulah yang pak itam lakukan dahulu.
Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Allah memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha.

Firman Allah SWT:
“Bagi setiap seorang ada malaikat penjaganya dari hadapan dan belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki oleh Allah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak, dan tidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya.”
(Surah ar-Ra’d, ayat 11 )

Justeru, umat Islam hari ini mestilah berusaha mempersiapkan diri untuk melakukan hijrah menuju kebaikkan. Dunia tidak akan menunggu suatu umat untuk sama-sama mencapai kemajuan dan kecemerlangan. Golongan mundur biasanya sengaja mewujudkan halangan untuk cemerlang dalam hidupnya
Bagi golongan yang ingin maju, mereka sentiasa bersedia berhadapan dan berusaha untuk mengatasi segala hambatan dan rintangan seperti perasaan takut gagal untuk bersaing, sikap suka bertangguh, malas, banyak dalih dan banyak angan-angan.Oleh itu, beberapa aspek persiapan diri perlu dilakukan oleh umat Islam bagi mencapai kemajuan dan kejayaan iaitu,Kemantapan individu Islam yang beriman.

Sudah lumrah dunia, kita “dipandang sepi” apabila kita susah dan merempat, tapi apabila kita berjaya dan meraih sekelumit kesenangan “yang dipinjamkan “ oleh Allah SWT , lain pula pandangan mereka.

Hasil dari penghijrahan pak itam suatu ketika dulu sesungguhnya sungguh menginsafkan diri ini. Pak itam hanya insan kerdil di sisi Allah.

Namun , pak itam tetap pak itam yang dulu, pernah merasa susah payah, penat jerih melakukan pelbagai pekerjaan demi “satu penghijrahan” dalam menaikkan ekonomi umat islam amnya dan diri pak itam khususnya. Apabila kita berkemampuan, tentunya sebagai memenuhi rukun islam yang ke 4, menunaikan zakat. Alhamdulillah, pak itam dapat menunaikannya . Itulah salah satu dari niat yg tertanam dalam diri pak itam masa mula-mula berniaga.

Namun walaupun diberikan kemewahan , pak itam tidak segan silu dan sering membawa mobil buruk pak itam yg usianya hampir 19 tahun , tak segan dengan hanya bersinglet pagoda dan berselipar kerana itu semua “perhiasan dunia”

Anak-anak pak itam kami didik dengan tidak memanjakan mereka dengan kemewahan. Bukan pak itam lokek, tapi sebagai mengajar mereka cara hidup bersederhana dan tidak merosakkan minda mereka dengan kemewahan dan wang ringgit. Apa yang pasti, pak itam ingin mereka belajar dan berusaha bersungguh-sungguh . Semoga berjaya dalam pelajaran nanti.

Seringkali pak itam mengingatkan mereka, betapa diri mereka sungguh beruntung , hanya yang pak itam minta agar mereka menjadi anak yang soleh, taat akan perintah Allah dan berjaya dalam pelajaran mereka.

Dan sudah semestinya sedikit kesenangan ini bukan milik pak itam seorang. Ada bahagiannya untuk orang lain . Dan dalam memenuhi tuntutan itu, ramai juga rakan-rakan pak itam yang dibantu, tapi apakah balasannya , “diberi susu dibalas tuba” Pak itam tak minta apa-apa, sekadar memulangkan semula apa yang dipinjamkan sudah memadai.

Seorang cina yang "menjalani penghijrahan " dari agamanya kepada islam atau dengan ertikata lain “muallaf” pernah dibantu oleh pak itam untuk memulakan perniagaan atas rasa tanggungjawab membimbingnya . Dia tiada modal permulaan . Pak itam membantunya dari awal lagi . Pak itam bawa ke SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) untuk mendaftarkan perniagaanya, kemudian ke bank sebagai “sponser” untuk membuka account syarikat dan akhir sekali membekalkan segala keperluan yang diperlukan utuk diniagakan. Tapi apakah kesudahannya ,

Selepas itu dia mula melarikan diri dari pak itam,
Pak itam yang terpaksa melunaskan keseluruhan harga barang yang diambil ribuan ringgit kepada pembekal dan pak itam dianggap musuh kerana menagih hak pak itam. Itukah harga “sebuah pertolongan” yang pak itam dapat. Kita mesti ingat, setiap perbuatan keji kita di dunia pasti mendapat balasan setimpal dari Allah dan setiap perbuatan baik kita akan mendapat balasan yng setimpal juga. Itulah manusia yang tidak menjadikan islam sebagai perjalanan hidup. Mcm kata bidalan , “lembut gigi dari lidah” tapi akhirnya kita “digigitnya oleh gigi yang lembut itu ” aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, sakitnya

rupa-rupanya penghijrahan nya hanya untuk mengahwini seorang wanita islam.
hanya berhijrah pada jasad tapi bukan pada hati

Seorang lagi yang pernah dibantu juga oleh pak itam , sehingga sekarang masih tidak menjelaskan hutangnya . Barang yang dibekalkan untuk perniagaannya habis dijual, tapi liatnya untuk menjelaskan. Pak itam terserempak dengannya di Madinah pada tahun 2007 semasa ia mengerjakan haji. Terdetik dalam hati pak itam, bagaimana ia mengerjakan haji sedangkan hutangnya pada pak itam yang sepatutnya dijelaskan tidak dijelaskan. Bila ternampak kelibat pak itam, ia seperti teperanjat dan cuba melarikan diri. Masjid Nabawi menjadi saksi.
Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepadanya.

Sebenarnya kalau mahu dikira, ramai juga yang pak itam bantu untuk memajukan perniagaan mereka, tapi inilah balasan yang pak itam terima .
Mungkin bukan rezeki pak itam, tapi ingatlah bahawa “amalan kita tergantung” dan akan dipersoalkan diakhirat kelak . Mereka semacam tidak takut mati

Apakah kaitan peristiwa itu semua dengan pak itam .

Hijrah turut mengajak bagaimana memuhasabah dan menilai diri, hati dan jiwa serta usaha untuk memiliki sifat mahmudah (terpuji) seperti ikhlas, reda, sabar, amanah dan berperibadi mulia.

Pada masa sama menghindari sifat mazmumah (keji) seperti sombong, riak, dengki dan kikir untuk tidak diamalkan dalam kehidupan.

Selain itu, usaha mewujudkan perpaduan dan persaudaraan dalam hidup bermasyarakat, berbangsa dan bernegara perlu menjadi agenda, peranan dan tanggungjawab bersama untuk dilaksanakan dalam konteks kepentingan umat Islam sejagat.

Tapi umat islam yang sebegitulah yang merosakkan “keindahan islam sebagai jalan hidup” .

Semoga pak itam dan kita semua terus diberikan petunjuk dan hidayah .
Semoga pak itam dan kita semua sentiasa melakukan penghijrahan dalam hati dan diri kita semua kearah kebaikkan.

Berusahalah dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kita akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadat bersungguh-sungguh seolah-olah kita akan mati pada hari esok.

Jadi, lakukan sebaik mungkin di dunia dan di akhirat sebelum kita berhijrah ke alam akhirat yang kekal abadi.

Insyallah.

42 TAHUN BERLALU : PART 10












lampu dalam pokok krismas




Alhamdulillah, berkat usaha gigih pak itam selama beberapa tahun, pelanggan pak itam bertambah hari ke sehari. Pelanggan pak itam hanyanya pihak sekolah, pejabat dan jabatan kerajaan . Pak itam tak buat untuk “walk in” customer. Kedai yang terletak di KT telah pak itam pindahkan ke tempat sekarang ni kerana risiko banjir dulu . Dalam pada tu , beberapa syarikat lain berjaya pak itam tubuhkan. Semuanya pangkal namanya bermula dengan R…….

Mengenang kisah lampau, perniagaan pak itam yang pada mulanya bermula dengan focus ke arah computer selain barangan lain hampir terlungkup gara-gara ditipu. Pak itam mendapat kontrak untuk membekal peralatan computer dan yang sewaktu dengannya untuk sebuah kolej swasta yang besar . Jadi banyak modal yang diperlukan sangat besar dan semuanya dalam bentuk tunai. Semua wang dalam account digunakan.

Setelah siap segala kerja yang dijalankan, tiba “part” pembayaran , mulalah syarikat tu liat sangat nak bayar. Pak itam dah tak sedap hati. Setelah didesak, sekeping cek telah dikeluarkan dengan tarikh dikehadapankan. "Bukan sikit anak jumlahnya". Sehari sebelum cek dibank in ke account, satu panggilan diterima meminta cek tersebut tidak ditunaikan atas beberapa sebab teknikal. Lagilah tak sedap hati “habis aku kali ni”, bisik pak itam.

Telahan pak itam betul, apabila diselidiki, kolej tersebut yang mempunyai cawangan di beberapa tempat di Malaysia menghadapi masalah besar. CEO nya telah disiasat oleh pihak yang berwajib kerana didapati membawa ramai pelajar dari Negara China dengan pas pelajar dan didaftarkan ke kolej mereka di cawangan ipoh , tetapi mereka sebenarnya “GRO” yang dibekalkan ke pusat-pusat hiburan diseluruh Malaysia. Jadi CEO dan anak2nya yang merupakan pengarah syarikat telah melarikan diri.

Masa tu terasa gelap pandangan pak itam , “habis segala yang ku usahakan selama ni punah”, detik hati pak itam. “Nasi dah menjadi bubur, cempedak dah menjadi nangka”

Pak itam dah tak berdaya lagi, nak buat report polis dan mengambil peguam untuk menyaman, tuannya pun dah takde, dan tentu memerlukan wang yang banyak dan masa yang panjang bertahun-tahun, itu pun kesudahannya entah ke mana.

Pak itam pasrah, usaha ku selama ni punah dalam sekelip mata. Mak itam kata “dahlah, dah takde rezeki nak buat mcm mana”

Dunia ku rasakan gelap. Hilang semangat pak itam seketika. Tapi pak itam tak boleh mengaku kalah. “koret-koret” wang simpanan sendiri pak itam keluarkan dan meningkat lagi usaha.

Setelah hampir 2 tahun bersusah payah kembali, akhirnya pak itam berjaya bangkit semula. Selepas itu tekad pak itam takkan berurusan lagi dengan pihak swasta. Sebelum ni pihak swasta yang lain pun , pak itam kene kapur. Sebuah bank di tempat pak itam tidak mahu menjelaskan bayaran bagi bekalan pejabat atas alasan pembelian tersebut tidak diluluskan oleh “big boss” sedangkan semua keperluan yang dihantar telah digunakan. Lagi besar “company” ,lagi besar penipu dan liat nak bayar” .

Selepas peristiwa itu, pak itam dapat banyak kontrak kerajaan untuk membaikpulih dan menyelenggara peralatan computer dan sewaktu dengannya bagi sekolah di seluruh daerah . Setahun ada 3 fasa selama 2-3 tahun juga.

Itu semua menjadi pengajaran kepada pak itam, dan sehingga hari ini, pak itam hanya berurusan dengan pihak kerajaan sahaja.

Setiap yang bermula pasti berakhir.

Akhirnya dengan perasaan “sedih dan gembira”, pak itam terpaksa meninggalkan perniagaan pertama pak itam di pusat peranginan itu .

Kenapa sedih

Sedih kerana itulah permulaan catatan perjalanan pak itam dalam dunia perniagaan. Tempat itu secara keseluruhannya telah dijual oleh tuan punyanya kepada sebuah consortium . Akibat ketamakkan consortium tersebut dan “salah urus”, pengunjung telah berkurangan dengan terlalu mendadak sehinggalah ke masa kini. Harga tiket telah naik dengan mendadak dan begitu juga dengan bayaran tempat letak kereta. Tempat itu pada mulanya tempat kunjugan golongan marhaen yang tiketnya hanya RM2.00 sahaja seorang telah naik sehingga RM10.00 seorang dan bayaran tempat letak kereta RM5.00 .

Feedback yang pak itam dapat , kalau sebuah kereta dengan anak-anak seramai 5 orang dah kena RM50.00 dan parking lagi, lebih baik pegi pantai. Free, tak bayar.

Jadi perniagaan semakin merosot, nak dapat Rm 100.00 seminggu pun payah, sewa lagi nak kena bayar, gaji budak lagi, duit minyak lagi. Kos melebihi pendapatan. Jadi tetiap bulan , pak itam nak kene cover dengan duit sendiri.

Sebagai langkah terakhir, dengan rasa berat hati, pak itam melangkah pergi dengan meninggalkan segala peralatan dikedai hingga ke hari ni . Dengar cerita sampai sekarang, deretan kedai tersebut tidak berpenghuni. Dan sampai sekarang, pak itam tak pernah menjejakkan kaki lagi ke sana. Tapi langkah pak itam itu tepat kerana tempat tersebut sekarang macam hidup segan mati tak mahu.

Hanya memandang dari tingkap belakang rumah pak itam kat KT ni, dari kejauhan dapat melihat gunung-ganang yang di sana terletaknya “bekas” kedai pak itam yang banyak mengajar erti kesusahan, kepayahan, kesabaran,
Tamat sudah riwayat “CATATAN PERJALANAN PAK ITAM SEBAGAI PENIAGA KECIL”

“Selamat tinggal bunga ku”

Kenapa gembira

Gembira kerana itulah jalan permulaan yang dirancang oleh Allah SWT ke atas hambanya yang kerdil ini untuk mengorak langkah agar terus maju.

Dari seorang yang tak tahu apa-apa tentang dunia perniagaan kepada apa yang ada sekarang ni. Dari seorang pembancuh teh dan pembuat ABC kepada apa yang pak itam ceburi sekarang. Dari "coffee & tea kepada pen & paper" . speaking london kejap he he he

Dari situ juga , pak itam mendapat modal untuk meneroka bidang lain sehingga sekarang. Gembira dan bersyukur kerana pintu rezeki pak itam dibuka selua-luasnya oleh Allah SWT .

Gembira kerana apa yang pak itam kecapi hari ini bermula dari hanya sebuah kedai kecil yang takde apa-apa.

Gembira kerana dari "zero" pak itam bermula hinggalah ke hari ini dan tidak pernah membuat pinjaman dari mana-mana bank untuk untuk suntikan modal.

Gembira dan bersyukur atas segala nikmat Allah SWT.

Gembira kerana pak itam selepas tu dah punya masa dengan keluarga di rumah pada hujung minggu yang kami tak pernah kecapi selama bertahun-tahun lama.

Gembira kerana kami sudah dapat mengecapi kemeriahan sambutan hari raya yang kami tak pernah kecapi selama bertahun-tahun juga lamanya.


Alhamdulillah.

Rabu, Disember 16, 2009

42 TAHUN BERLALU : PART 9


Alhamdulillah, syukur akan rezeki Allah SWT yang dikurniakan ke atas, kami. Habis je projek “tagging” tu, pak itam pun “dilamar” oleh salah seorang pekerja sambilan itu untuk dijadikan majikan. Kesian tengok, budak bangsa kita , takde pekerjaan tetap . Jangan salah faham pulak istilah”dilamar“tu. Budak tu jantan he he he

Untuk permulaan, gaji yang tawarkan agak memuaskan, Tempat tinggal di sediakan, iaitu di pejabat pak itam tu. Kat pejabat tingkat atas ada 3 bilik. Dan salah satu daripada bilik tu lengkap dengan katil bujang. Tu lah tempat pak hitam terlelap bila sangat keletihan.
Api air semua ditanggung. Kerjanya hanya tunggu kedai dan menyiapkan pesanan dari sekolah-sekolah yang pada masa tu hampir 20 ++ lebih juga yang menjadi pelanggan pak hitam . Kerja-kerja “marketing” masih pak itam yang lakukan.

Ku sangka hujan sampai ke petang, rupanya taufan di pagi subuh. Budak ni rupanya ketika ketiadaan pak hitam suka mengajak rakan-rakannya melepak kat pejabat pak itam tu di pagi hari . Malam dia akan jadi burung “jampuk”, hilang entah ke mana. Jadi kalau malam dah jadi “burung jampuk” tentunya siangnya jadi “burung antu”. Bangun entah pukul berapa , segala keje yang di amanahkan tidak dilakukan. Pak hitam diam kan je dulu, tengok kalau-kalu dia berubah. Tapi akhirnya menjadi mangsa pak itam sendiri, serupa takde pekerja kalau pak itam juga yang kene siapkan semua order dan pack semua barang. Urusan semua terganggu kerana selalu panggilan telefon pak itam tak dijawab. Rupa-rupanya dia selalu pegi dgn kekawannya ke kawasan peranginan tempat pak itam berniaga air tu, mandi manda dan bersenang lenang di situ.

Apa yang memeranjatkan ialah bil telefon di kedai melambung “selambung-lambungnya”
“Terkejut tapir” pak itam. Setelah diselidiki, keje nya pada waktu malam bergayut dengan “awek”nya sampai berjam-jam lamanya. Berderet no. hp makwenya di bil telefon.Kalau satu hari 2-3 jam x 30 hari , cuba bayangkan.

Pak itam tak marah dia, pak itam cakap baik-baik, kalau nak keje, bukan ini caranya. Pak itam pun potonglah gajinya untuk membayar bil telefon tu. Tapi bulan-bulan berikutnya , sama juga. Akibat gaji yang dipotong beratus juga setiap bulan, maka mulalah dia dalam kepanasan . Gaji dah tak cukup makan. Mulalah dia melakukan keje2 lain diluar bidang di siang hari sedangkan gajinya pak itam yang bayar.

Tapi pak itam, dengan sikap pak itam. Marah tidak, cakap pun tidak. Akhirnya semasa pak itam pergi ke kedai pada suatu petang , pak itam tengok dia takde. Bila bukak je pintu pejabat, kain bajunya sudah tiada. “Ada sekeping nota, ku jumpa di atas meja, demi ......opppsssss tu lagu Alleycats ngeh,ngeh,ngeh

Tapi memang ada sekeping nota , tapi dalam laci, bukan atas meja berbunyi :

“BANG, SAYA MINTA MAAF, SAYA NAK BERHENTI KEJE. NANTI KALAU ADA DUIT, SAYA AKAN JELASKAN DUIT TELEFON YANG MASIH BERBAKI”

“Datang mu tidak ku jemput, pergi mu tidak ku halau, tapi duit telefon bulan lepas beratus-ratus lagi tu”, fikir pak itam “kalau dia ingat, dia bayar” tapi memang dia tak ingat kerana sampai sekarang memang dia tak bayar. Ku halalkan je lah. Dapat juga pahala.

Apa yang diketahui melalui “informer” pak itam , dia keje bawak lori dan dia pernah terserempak dengan pak itam KT dan cepat-cepat dia cabut lari. Malu agaknya.

Maka pak itam pun macam merajuk, serik nak ambik pekerja. Biarlah pak itam buat macam dulu-dulu, keje beres , hati tak sakit. Lagi pun kudrat ku masih kuat lagi masa tu. Setakat angkat kertas 20-30 kotak , saje-saje je. Tapi tu lah . Kene sekolah yang tingkat 3-4 pejabatnya, meleleh air peluh sampai ke bontot. Selalunya pak itam akan bawak 2 helai baju dan sekeping tuala. Masa nak angkat barang je, pak itam tukar pakai t shirt, lepas siap semua , lap apa yg patut dan tukar kemeja balik, pasal kejap lagi nak masuk sekolah lain . Takkan kita nak pakai selekeh . Selalunya sesuatu tempat tu ada 3-4 sekolah yang berdekatan, jadi strateginya, kalau singgah satu sekolah, sekolah yg berdekatan tu juga akan pak itam singgah. Dah jimat masa dan duit minyak.

Tulah budak2 kita ni, “masa main dia main, masa keje pun dia main”

Pak itam tak kisah , pak itam dah biasa buat keje ni sesorang .

Dalam diam tak diam , pelanggan pak itam semakin bertambah. Maka, keje semakin banyak.

Kat kedai minum masih seperti biasa.
Terkenang satu peristiwa .Pernah satu ketika, terdapat penternak kuda dari Kluang kalau tak salah pak itam, telah membawa kudanya ke sana untuk ditunggang oleh orang ramai dengan sedikit bayaran .Seround RM 5.00. Ada kuda padi, ada kuda kunyit dan ada kuda serai keh keh keh . mana ada kuda kunyit dengan serai ngeh,ngeh,ngeh

Kuda-kuda tu “mengepot” kat belakang kedai pal itam, pak itam dok jeling seraya berkata , "dapat aku lepaskan hajat nak naik kuda, yehaaa angre,angre macam cita koboi montoloyo” pasal lagi kecik kuda kayu pun pak itam tak berpeluang nak naik.

Tapi malangnya impian pak itam tak terlaksana , pasal tuan kuda tu takut, kalau pak itam naik , esok lusa dia tak boleh cari makan,
takut kuda tu sakit pinggang, he he he kempunan lah lagi

Sedikit kesenangan yng diberikan oleh Allah kepada kami rupa-rupa telah menimbulkan perasaan cemburu serta hasad dengki oleh seorang rakan pak itam yang boleh dikategorikan “rapat” kerana dia pernah menumpang di rumah pak itam dulu masa kami bujang hampir setahun juga. Selalu disindirnya pak itam , “elehh , setakat meniaga air , mana boleh senang”
Dan akhirrnya kami berdua difitnah membomohkan isterinya yang baru melahirkan anak kerana sering sakit-sakit . Rakan-rakan lain mula menjauhkan diri , pak itam dipulaukan. Mereka memandang sinis kepada kami berdua.

Ya, Allah , betapa beratnya dugaan pada masa tu. Pak itam tak dapat mempertahankan diri kerana dia tak pernah berdepan dengan pak itam . Hanya cakap2 dibelakang dan menyindir dari jauh. Itu semua berlaku selepas dia berubat dengan seorang bomoh “jadian” yang menjadi kiblatnya.

Apa yang mampu kami lakukan, hanya bermohon kepada Allah agar ditunjukkan kebenarannya. Doa dan solat hajat silih berganti. Akhirnya , kebenaran terbukti, kerana rasa malunya, dia memohon bertukar ke tempat lain. Ingatlah, fitnah itu salah satu dosa yang sangat besar dan tidak terampun selagi yang difitnah tidak memaafkan.

Menurut cerita “informer” pak itam, hidupnya selepas berpindah berantakan dan berhenti kerja . Mungkin itu balasan dari Allah SWT. Kami tidak meminta dalam doa kami sedemikian rupa seperti yang terjadi kepadanya . Kami hanya meminta agar kebenaran ditegakkan, tapi Allah SWT maha mengetahui setiap perancangan terhadap setiap hambanya.
Moga-moga dosanya diampunkan .



ORCHARD ROAD




notice board yg menunjukkan jumlah parking lot yg masih
kosong mengikut shopping kompleks



ingat manusia je ada rumah, benda ni pun ada rumah
itulah negara maju



anak rusa nani baru kembang ekor, belakang tu pak itam he he he
dulu ibuku selalu mendendangkan lagu ni
masa pak itam nak tidur
dulu masa sibuk, takde masa nak main"umm, chak" dengan mak itam
laa ni tiap-tiap hari boleh main "umm chak" dan menyanyi lagu
anak rusa nani ..........