WARGA SCP

Selasa, Disember 08, 2009

42 TAHUN BERLALU : PART 1

halooo , cheq kat dataran ni

sedara pak itam dari china

aku tak pernah menduga , 1 hari nanti aku akan menjadi tetamu Allah. Namun lihatlah kuasa Allah dan perancangan ke atas hambanya tak terjangkau di akal

ni sedara pak itam , dia pun pak itam juga dari republic of guinea


Uwekkkkk, suara pertama yg keluar dari mulut ku selepas 9 bulan aku dikandungkan oleh ibu ku yang ketika umurnya menjangkau 34 tahun. Aku dilahirkan di 79 e, Watson Road, Port Swettenham jam 9.20 pagi. Itu cerita 42 tahun lalu pada 08/12/1967

Alamak, dah 42 tahun aku sekarang hari ni, hidup di muka bumi Allah SWT , menumpang hidup, menumpang kasih, menumpang rezeki.

Sebenarnya , perjalanan hidup aku yg singkat ini penuh dengan warna-warni . Semua telah aku rasakan sehinga aku berada dalam kedudukan sekarang.
Aku dibesarkan dalam adik beradik yg ramai , 12 orang semuanya. Namun seorg kakak ku telah meninggal dunia semasa kecil. Hidup dalam serba sederhana, tapi tidak pernah kebuluran dan keputusan makanan . Alhamdulillah.
Dibesarkan dengann didikan dunia dan akhirat, tapi aku mengaku aku ketika kecil agak nakal

Pernah beberapa kali , ibu ku mengikat tangan ku dengan tuala kerana kenakalan ku, seringkali diucapkan dengan kata "kalau nakal sangat, hantar ke sekolah di Telok Mas."(bukan sekolah cikgu mas ye). Itu cerita zaman awal kanak-kanak ku , kalau cuti hujung minggu jangan cakaplah, aku akan seharian memancing dan menangkap ketam kerana pada masa itu kami tinggal di Tanjung Puteri .
Aku masih ingat pada masa tu aku bersekolah agama di Bukit Senyum dengan berjalan kaki sejauh berbatu juga, selalu dikejar anjing kerana anjing di dalam pagar, aku yang mengacahnya he he he

Masuk ke zaman remaja, minat dan hobi ku bertukar arah, gila dgn bola takraw. Kerana bola takraw itulah membawa aku menjelajah ke seluruh tanah air hingga ke negara asean pada usia masih belasan tahun , sudah mewakili peringkat kebangsaan. Kejayaan terbesar ialah menjadi juara peringkat kebangsaan Piala Milo , tu sebab aku minum milo , jadi sihat dan kuat keh,keh,keh. Menjadi naib juara peringkat Asean setelah tumpas kepada musuh tradisi Thailand yg berlangsung di Brunei . Kalau peringkat daerah dan negeri, usah cakap le, semua habis ku sapu. Namun orang tua ku selalu berkata, "nanti bola takraw tu yang kasi kau makan" Tapi biasalah , kanak2 remaja, masuk telinga kanan dan keluar teliga kiri. Masa ku banyak dihabiskan di gelanggang dengan latihan dan keluar kerana pertandingan Namun seingatku , tiada masa ku di habiskan dgn kerja2 yang tak senonoh dan melepak tak tentu arah. Mungkin itu hikmah disebalik penglibatan ku dalam sukan.

Terkenang aku masa di sekolah menengah apabila ditangkap oleh pengawas kerana bersarapan di warung yg dibina di hadapan sekolah ku, zasssssss 2 rotan dipunggung oleh penyelia petang bersama rakan ku, namun sebelum tu kat bontot dah letak kotak utk meminimunkan kesakitan , keh keh,keh

Namun belajar ttp belajar , aku duduk dalam kelas 5 sastera, seorg dari guru ku bergelar datin dan mengajar ku bahasa inggeris, seorg rakan ku bernama Hussien mmg terkenal "terejalnya"

Satu hari guru ku memanggil beberapa org pelajar utk ke mejanya bagi menunjukkan kesalahan yg mereka lakukan, termasuklah Hussien ni, tapi tengah kami mengerumuni cikgu, tiba2 Hussien dah hilang dari pandangan, mana pulak dia pergi, rupa2 nya Hussien kat bawah meja dan cikgu pun berkata" Hussien, kang saya masukkan awak dalam kain saya, saya pun awak nak mengendap " keh keh keh

Saya tahu kenapa Huseien berbuat demikian kerana cikgu ni suka pakai seksi dgn kebaya yg terbelah heh heh heh

Aku pergi ke sekolah dgn berbasikal sejauh 4 batu dan balik 4 batu setiap hari, dengan basikal "jantan" yg berpalang, nak cepat sampai, habis ku tukar ke "perewel mati"

Namun dalam banyak memain, belajar tetap belajar, aku lulus peperiksaan SPM dengan gred 2 agregat 25 , satu lagi dapai gred 1, tapi sijil ku tidak bererti kerana hanya lulus 7 sahaja dalam BM. Aku tidak berputus asa, "peper julai" menjadi taruhan utk masa depan ku. Masa ambil, yg dah berjanggut pun ada, terasa berdebar, apalah nasib ku.

Alhamdulillah, sekali ambik, lulus dgn cemerlang . Aku telah mula memandang masa depan ku, namun ada sahabat yg telah melanjutkan pelajaran ke menara gading, sedangkan aku masih terperuk di kampung. Semasa menunggu kemasukan semula ku ke sekolah utk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6, berbagai pekerjaan aku lakukan. Kerja kontrak dengan gaji RM18 sehari dgn overtime sehingga 10.00 malam. Kemudian kerja di kilang membuat puting susu dan kondom dengan gaji RM5.00 sehari, kilang perabut pun RM5.00 sehari. Baru aku tahu kepayahan dan keperitan mencari rezeki.

Aku menamatkan tingkatan 6 dgn keputusannya 2matapelajaran lulus penuh, 2 lulus sebahagian dan 1 "kantoi sepenuhnya"
aku mula mencongak masa dpn, akhirnya aku meneruskan pelajaran ke kolej , di sanalah aku bertemu dengan gadis pilihan hati ku yang kini menjadi isteri ku. Selepas tamat, mula bekerja dgn gaji RM435.00 di selatan tanah air hinggalah sekarang "aku masih setia di sini". Kami bernikah pada tahun 04/11/90 . hidup masa tu cukup2 makan je. harta yg aku ada hanya sebuah yamaha 100 sports yg dibeli setelah aku menjualkan motor cub cai pemberian arwah ayah.

Teringat bila terpaksa mengumpul wang dari bermain "kutu" hanya utk balik ke kampung setahun sekali semasa hari raya, namun aku tidak pernah mengadu pada sesiapa pun, tu pun balik dengan menumpang kereta orang.

Setelah mengumpul duit sedikit demi sedikit, kami mengambil keputusan membeli sebuah kereta Proton Saga baru yg bayaran bulanannya RM 437.00 sebulan , tak cukup gaji ku , Kurang RM 2.00. Namun isteriku banyak membantu, gaji ku utk membayar kereta dan gaji isteri ku lah yang digunakan untuk keperluan seharian. Pada masa itu kereta merupakan 1 keperluan kerana isteri ku sedang mengandung anak pertama kami, jadi apa2 hal senang, kerana aku duduk di tempat jin bertendang, letrik pun dari pukul 6.00 petang sampai 12.00 mlm saja menggunakan generator.

Kemudian tanpa diduga dengan izin dan rezeki yg Allah SWT berikan, aku ditawarkan sebuah cafe a.k.a kedai kopi di sebuah pusat peranginan terkemuka di tempat ku, masa tu terus-terang aku "blur " , apa nak buat pun tak tahu. Kedai yg ditawarkan hanya menjual minuman dan perniagaan hanya pada hujung minggu sabtu dan ahad serta hari kelepasan atau cuti umum. Aku ambil kesempatan ini sebagai satu cabaran . Berniaga hujung minggu dan cuti saja, jadikan ia sebagai pendapatan tambahan .

Esok nak mula berniaga, semalaman aku tak dapat melelapkan mata.Tangan dok atas dahi malam tu. Namun aku tekad, mungkin ini akan merubah kehidupan ku. Kami memulakan perniagaan hanya berdua sahaja tanpa pembantu, isteri ku didapur, aku di depan sebagai pelayan @ tukang lap meja@tukang kutip gelas dan semua sekali laa. "Lump some"

51 ulasan:

  1. salam CR..
    selamat menyambut ulang tahun kelahiran ..he he he kira akak tua sikit ler...
    menarik rentetan cerita dr lahir lg tuh. teruskan sambungan cerita tu yer.
    perit juga ye , mak CR nk bela anak bujang dia tu , nakal n lasak lak tu .. apa2 pun segala2nya boleh berubah .
    semoga berbahagia disamping zaujah dan anak2 tercinta.
    dipanjangkan usia dlm keimanan .
    REZEKI ???? dah nama glmour pun rezeki

    BalasPadam
  2. salam,
    selamat menyambut hari lahir.
    interesting to read..
    bukan senang nak senang kan..
    worth to read dan boleh dijadikan panduan...
    moga berbahagia hingga ke akhir hayat..dan terus dimurahkan rezeki.
    :)

    BalasPadam
  3. Makin suspen tak sabar nak baca sambongan cita...selamat hari lahir..macam mana boleh pilih nama glamor REZEKI...?Macam lahir kat overseakan Watsn road,Port Swetth....

    BalasPadam
  4. Salam CR..

    Selamat Ulang tahun ke 42... Semoga Sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah hendaknya..

    seronok baca kisah CR...kenakalan di zaman persekolahan... ada sambungan lagi ker?

    BalasPadam
  5. Salam,

    Happpy Birthday 2 U 2x
    Happy birthday 2 En. rezeki
    Happy birthday 2 u

    clap clap clap.

    Semoga umur terus dipanjangkan untuk beribadah kepada Allah, semoga rezeki dimurahkan untuk belanja kawan2 PDKM esp az lah
    semoga diceriakan kehidupan dengan limpahan keberkatan dripada Allah ya rabbul Jalil.

    BalasPadam
  6. Salam CR,

    Tahniah, terkasima juga az membaca catatan mu itu. Boleh jual kat Erma fatimah atau Rosham Noor buat drama TV 3 tuh. Memang best gile

    BalasPadam
  7. Salam Rezeki,
    Selamat Harijadi, Happy besday, tak tau alamat le, kalau dak boleh hantar bunga...tapi takut lak kena peramabat ngan Mrs Rezeki...kih...kih...
    Moga panjang umur,murah rezeki bertambah rezeki yang penuh berkat...

    ps: Lepas ni nak panggil Cik Man bule...

    BalasPadam
  8. Hepi Besday Pak Itam,
    Semoga panjang umur, murah rezeki & selalu naik haji. Semoga bisnes semakin maju. Seorang blogger yang banyak pengetahuan & banyak nasihat yang berguna. Walaupun komen berselang-seling jenaka tapi banyak pengajaran yang tersirat.
    All the best..pak itam.

    BalasPadam
  9. Salam CR,

    Selamat Ulangtahun Ke 42
    Semoga kehidupan CR sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah dariNya dan berbahagia disamping isteri dan keluarga tersayang..

    Seronok membaca 'Suatu Catatan Perjalanan' CR..Sy turut terasa keterujaan CR dalam berkongsi kisah hidup 42 Tahun berlalu..Tahniah kerana berjaya berada di mana CR sekarang..

    Bagi saya, kejayaan seseorang bukan shj diukur pada latar pendidikan yang tinggi, tapi sejauh mana dirinya kental melalui liku2 hidup2 ini untuk mengorak kejayaan itu..

    Saya nantikan Part 2.

    BalasPadam
  10. hmm terharu le pulak baca kisah Che rezeki, huhu..

    apa2 pun selamat menyambut ulangtahun yg ke 42..

    BalasPadam
  11. Salam CR,

    Selamat Menyambut Hari Lahir CR, semoga dipanjangkan umur, diberkati dan dilimpahi rezeki..dan bahagia bersama keluarga hingga akhir hayat.

    BalasPadam
  12. Salam CR,

    Cerita tu habis kat situ ke atau ada sambungan nya, seronok membaca kisah CR, nak tau sekarang CR masih lagi berniaga kat situ ke..

    BalasPadam
  13. salam kak ummi,

    tk atas tanda ingatan , tulah saya 42 tahun dulu

    ada cite disebalik nama rezeki tu, nti akan saya citekan

    BalasPadam
  14. salam catz,

    tk atas tanda ingatan , mmg bukan senang nak senang, tapi senang nk susah , itu 1 prinsip hidup saya krn langit tak selalu cerah, betul tak ?

    BalasPadam
  15. salam mama ju,

    nti kalau ada kesempatan , saya sambung cite, insyallah

    kalau mama ju pandai, kat mana port swettenham tu he he he

    BalasPadam
  16. salam tikah,

    mmg nakal masa kecik, lasak rasanya he he he

    ada sambungannya

    BalasPadam
  17. Salam CR,
    Syukuri nikmat usia… hiasi dengan iman dan taqwa agar menjadi penghuni syurgawi. Selamat hari ulangtahun ke 42, semoga impian dan cita-cita tercapai.

    BalasPadam
  18. salam az

    time kasih atas tanda ingatan dan nyayian tu keh,keh,keh

    hidup ini sementara je az

    nti kita jumpa, saya belanja AZ

    BalasPadam
  19. salam datin,

    time kasih atas ucapan .

    kekok nk berencik2 la datin he he he

    semoga kita semua dirahmati Allah SWT

    BalasPadam
  20. Salam CR,

    Port Swettenham tu sekarang Pelabuhan Kelang kan, jadi CR ni orang Selangor lah ye.

    BalasPadam
  21. salam abang sulung

    alhamdullillah, syukur akan nikmat Allah yg dikurniakan utk kami .

    time kasih atas doa dan ucapan. semoga kita semua juga diberkati Allah dlm melayari hidup yg sementara ini, insyallah

    BalasPadam
  22. salam shima,

    tk atas doa dan ucapan, mana yg baik dr cite saya jadikan panduan, mana yg tak baik jadikan sempadan

    panjang cite perjalanan hidup saya , nti saya kongsi sama2 utk jadikan motivasi diri, insyallah

    BalasPadam
  23. salam che pit,

    tk atas ucapan, saya ni lahir bukan dlm dulang emas , jadi semuanya bermula dr bawah , alhamdulillah

    BalasPadam
  24. salam kak sidah,

    alhamdulillah, tk kasih atas ucapan dan doa

    saya dh lama tak meniaga kat situ, panjang citenya

    nanti ada kelapangan, saya sambung citenya, insyallah

    BalasPadam
  25. salam zie

    tk atas tanda ingatan dan doa, doa saya agar kehidupan kita semua diberkati Allah

    BalasPadam
  26. salam kak sidah,

    yup, betul , skr ni namanya pelabuhan klang , saya dilahirkan di sana tapi membesar di banyak negeri. berpindah randah mengikut arwah ayah yg bekerja

    BalasPadam
  27. salam...
    nak wish...
    happy birthday hj rezeki....sweet 42 yer..

    BalasPadam
  28. Salam Rezeki,

    Selamat menyambut ulang tahun kelahiran. semoga Allah memberikan kesihatan yang baik, murah rezeki & kekal bahagia dlm keluarga dgn penuh ketakwaan kepadaNya.

    BalasPadam
  29. Salaam...

    Dirgahayu Cik Rezeki!
    Semoga hidup CR sekeluarga diberkati Allah sentiasa. Amin.
    Satu muqaddimah memoir yang menarik! Harap dijadikan bersiri macam kat PDKM ;)

    VpeaceV

    BalasPadam
  30. salam ton

    tk atas wish tu, semoga kita diberkati

    BalasPadam
  31. salam puan hajjah zainab,

    tk kasih atas doa kak nab, semoga semua kehidupan kita sentiasa disinari kebahagian dan diberkati Allah SWT

    BalasPadam
  32. salam umi,

    tk atas doa , semoga kita semua diberi taufik, hidayah dan pentunjuk dlm melayari kehidupan yg sementara ini.

    BalasPadam
  33. salam CR

    CM nk cakap satu jer,nakkkkkkk dengar cerita lagiiii!!!


    cooop!! hepi bestday CR,moga kisahmu menjadi motivasi untuk kami..

    BalasPadam
  34. salam rezeki

    selamat ulang tahun. Pengalaman hidup tu ada manis ada pahit dan tu yang menjadikan kita insan yang sekarang.
    Tahniah!

    Semoga Rezeki dan famili terus damai dalam berakah Allah.

    BalasPadam
  35. Salam CR..

    Selamat ulangtahun..

    semoga Allah terus merahmati hidup tuan, rezeki tuan, kesihatan tuan, bisnes tuan, amal ibadat tuan.. dan lain2 lagi.. semoga hidup kita semua didalam keberkatan & rahmat Yang Esa..

    waiting for part 2,3,4,5,6,7,8,9.. emmm cukup tak.. heh heh

    BalasPadam
  36. Salam Rezeki,

    Tahniah dapat berkongsi pengalaman Haji. Intro yang best.

    BalasPadam
  37. Salam Rezeki,

    Nak tanya sikit you lahir di Port Swettenham ( Port Klang ke ? )

    Buat form six kat sekolah mana ? Dan main takraw wakil Selangor ke ?

    BalasPadam
  38. salam cm,

    thanks for wish , insyallah saya sambung cite hikayat 1001 siang ni keh,keh,keh

    BalasPadam
  39. salam khairyn

    tk atas doa mu, semoga kita semua terus dalam keberkayan Allah SWT

    alhamdulillah, saya merangkak dr bawah hingga sekarang ni , semuanya atas izin dan perkenan Allah jua

    BalasPadam
  40. salam rosli

    sekadar berkongsi suka duka hidup yg sementara ni sebagai 1 motivasi,
    insyallah

    BalasPadam
  41. Dear Rezeki.
    Tu semua pengajaran untuk kita lebih berjaya lagi...good luck dan selamat menyambut hari lahir!

    BalasPadam
  42. salam uncle,

    thanks uncle for the wish, mmg semua yg berlaku pada saya menjadikan saya sering muhasabah diri dan bersyukur, utk terus berusaha di dunia dan akhirat, insyallah

    BalasPadam
  43. salam hj rezeki

    seronok baca hikayat 1001 siang..tak sabar tunggu sambungan part 2

    BalasPadam
  44. salam ton,

    nti tpt kul 12.00 malam ni , ada sambung cite part 2, dh set masanya utk publish , insyallah

    BalasPadam
  45. salam rosli,

    saya lahir je kat sana, namun selps tu ikut arwah ayah yg bekerja berpindah ke melaka kemudian ke johor dan akhir sekali balik kg

    saya dulu main takraw utk negeri johor spi saya pencen main takraw, tapi ramai kenalan dr selangor juga mcm ku halim ku musa dan bebrp org lagi

    BalasPadam
  46. salam tuan hj rezeki..

    ok..ton tunggu...hehe

    nak tanya..alamat ni 79 e, Watson Road, Port Swettenham ni kat mana??mcm alamat kat luar negara....

    BalasPadam
  47. Salam Rezeki,

    Actually Ku Halim dan Rosli Rahman satu sekolah dengan saya , masa saya di upper six mereka masih di form 1, masa tu semua ahli sukan Selangor termasuk olahraga di kumpulkan di sekolah STAR, Klang.

    TK kerana berkongsi cerita.

    BalasPadam
  48. salam kak ngah,

    rasanya tak cukup spi part 9, selagi heronya tak mati lagi he he he biasakan hero tamil 100 kali kene tembak pun tak mati

    apa2 pun , tk atas doa kak ngah, semoga kita semua juga berada dalam perlindungan Allah SWT dan sentiasa diberi petunjuk dan hidayah

    BalasPadam
  49. salam rosli,

    ku halim masa tu lebih kurang mcm saya juga, umur bwh 15 dh main bawah 18 , kami sesama pegi brunei utk kejohanan peringkat asean, kalau peringkat mssm takde muka lain la . rosli abd rahman , bintangnya naik lambat sikit , diakan dulu bekas pemain telekom

    BalasPadam
  50. salam ton,

    aaaa, alamat luar negara tapi kat selangor, pelabuhan klang nama sekarang , dulu port swettenham he he he

    BalasPadam
  51. salam tuan hj rezeki


    mula ingat hj rezeki dilahirkan kat oversea..ni tgh standby ni nak baca part 2

    BalasPadam