WARGA SCP

Sabtu, Disember 19, 2009

42 TAHUN BERLALU : PART 12

Alhamdulillah, masa diawal pembabitan pak itam dalam perniagaan ini , hanya sebuah dua sahaja sekolah yang menjadi pelanggan pak itam, namun strategi yang pak itam gunakan pada masa tu berhasil . Pak itam akan pastikan bahawa setiap bulan “target” untuk menambah pelanggan sebanyak 2-3 sekolah baru setiap bulan berjaya. Kini hampir 40 – 50 pelanggan tetap pak itam dikalangan pihak sekolah. Itu pun pada pak itam sudah memadai dan tak terkejar. Alhamdulillah.

Masalah untuk mendapat bekalan dari pembekal dan kilang juga dapat pak itam atasi, kerana kepercayaan mereka terhadap pak itam dan rekod baik syarikat, kini pak itam tak perlu lagi membawa sejumlah wang tunai yang banyak setiap kali berurusan . Pak itam dah boleh buka “buku tiga lima” (account) yang pembayarannya 30, 60, 90 hari mengikut kesesuaian. Pembekal pak itam bukan satu lagi malah 3-4 pembekal untuk satu barangan sahaja dan kini hampir 15-25 pembekal barangan pak itam. Kita tak boleh mengharapkan satu pembekal sahaja. Konsep pak itam sama seperti dulu ketika berurusan “wang saya punya, barang you punya”. Jadi, mereka tidak boleh memperkotak-katikkan pak itam tentang harga.

Apabila berurusan dengan pihak sekolah, pelbagai karenah yang pak itam hadapi. Pak itam pernah memutuskan tidak berurusan dengan berberapa buah sekolah kerana pihak pihak pentadbirannya mengajak pak itam menyeleweng dengan mengeluarkan invois bagi pembelian yang tidak dibuat tanpa pengetahuan “boss” mereka. Pak itam tak sanggup untuk melakukan pekerjaan yang sedemikian yang “sah-sah” melanggar hukum dunia dan hukum Allah. Biarlahlah tak dapat bisnes dari bersubahat . Itu lebih baik di sisi Allah.

Hasil dari perniagaan pak itam , pak itam telah membelikan mak itam sebuah SUV untuk kemudahannya . Dan hasil dari rezeki yang Allah kurniakan juga dapat kami nikmati dengan melihat dunia luar . Jauh perjalanan, luas pandangan. Alhamdulillah

Namun “kasih dan sayang” pak itam pada perniagaan air pak itam tetap tersemat walaupun telah menjadi lipatan sejarah . “tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat buat air” Kadang kala bila datang gian nak buat teh tarik, pak itam akan ke dapur untuk buatkan mak itam teh tarik , semua tinggal sejarah saja.Yang tinggal sekarang hanyalah sebidang tanah berhampiran tempat peranginan itu yang jaraknya 2 km yang pak itam beli. Di hadapan tanah tu terdapat sebuah resort lain yang cantik “ala bali” yang masih beroperasi sehingga sekarang. Dulu pak itam dan mak itam merancang untuk membina sebuah rumah idaman di situ, persekitarannya sungguh menyamankan dan mendamaikan. Terdapat sebatang anak sungai di tepinya, diliputi oleh kehijauan dan gunung-ganang , banyak binatang liar di hutan berhampiran seperti ayam hutan, tapir dan gajah pun ada di situ. Badak “yelek” negh,ngeh,ngeh ,
Namun impian tersebut tidak terlaksana lagi kerana pak itam dah meninggalkan perniagaan pak itam di situ.

Pada 2004 , pak itam sekeluarga telah menunaikan umrah buat pertama kalinya. Bukan tak mahu pegi lebih awal , tapi kami memang telah merancang untuk membawa anak-anak kami jika kami menunaikan umrah. Masa tu si bongsu masih kecil, Jadi tahun 2002 semasa dia bersekolah di darjah 1, kami telah menkhatankannya. Tahun 2004 ,dia dah bersekolah darjah 3 dan sesuai untuk dibawa ke sana. Alhamdulillah, semua perancangan kami diperkenankan Allah SWT.

anak bongsu kami ketika kami menunaikan umrah 2004

Kami selalu berdoa di sana agar selepas ini , kami diberi peluang dijemput pula menjadi “tetamu” Allah untuk mengerjakan haji. Selepas pulang dari umrah, perniagaan kami semakin maju dan mendapat keuntungan yang lumayan . Kami merancang untuk menunaikan haji pada 2007 kerana waktu tu bersamaan dengan cuti sekolah. Jadi pelajaran anak-anak tidak terganggu kerana tahun 2008 , kedua-dua meraka akan menduduki peperiksaan UPSR dan SPM.

Pada tahun 2006 , tanpa ada perancangan tapi sudah tertulis sejak azali lagi, pak itam tergerak membeli sebuah rumah di kawasan Bandar. Kami dah lama tinggal dalam “hutan”, jadi kami nak rasa tinggal dalam”bandar” pula. Itu pun secara kebetulan selepas seorang “towkey” pembekal peralatan “hardware” pak itam memberitahu bahawa terdapat beberapa buah rumah yang masih belum terjual. Esoknya pak itam ajak mak itam pegi melihat rumah tersebut dan terus pak itam mengambil keputusan membelinya. Setelah selesai beberapa urusan dan Pejabat Tanah dan Galian berkaitan urusan pindah milik, akhirnya rumah tersebut menjadi milik kami.

Kemudian, pak itam pun mulalah membuat kerja-kerja pengubahsuaian . segala barang pembinaan pak itam dapatkan sendiri dari pembekal-pembekal pak itam.sudah tentu pak itam dapat menjimatkan banyak wang , hanya membayar upah pekerja sahaja. Setelah siap kerja-kerja pengubahsuai penghujung tahun 2006, banjir besar melanda . Habis kesemuanya. Itu semua ujian dari Allah dan kami redha. Mujurlah semuanya dilindungi oleh insurance takafful yang pak itam langgan.

banjir besar melanda di akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007

Masuk tahun 2007, setelah kerja-kerja pembaikan utk kali kedua, sekali lagi musibbah menimpa. Kali ini lagi teruk . Kita hanya merancang , Allah yang menentukan. Sekali lagi segala keringat dan kudrat terpaksa dicurahkan untuk membaikpulih kediaman kami tadi. Alhamdulillah, semuanya dapat dilakukan namun kesannya sampai hari ini masih kelihatan .

rumah ku syurga ku

Di awal tahun 2007 juga kami bercadang mengerjakan haji . Kalau mengikut giliran masih jauh lagi tarikhnya. Tapi kami membuat rayuan agar dipercepatkan.

Kami membulat tekad dan sentiasa berdoa agar hajat kami termakbul. Setiap hujung minggu selama hampir 25 kali, kami mengikuti kursus haji yang dianjurkan oleh LUTH di masjid . Masa tu kami tak tahu, adakah rezeki kami dijemput ke sana. Sehingga kursus terakhir , kami belum menerima surat lagi dari LUTH sedangkan jemaah yang lain sudah mengetahui status mereka . Kami hanya memanjatkan doa setiap masa kepada Allah SWT.

bersambung







8 ulasan:

  1. Salam...CR

    Salam Maal Hijrah..buat pak itam sekeluarga....semoga kita semua beroleh peningkatan dalam amal ibadah, iman dan takwa kita..serta berjaya di dunia dn akhirat..

    Seronok baca N3 pengalaman Pak itam nih....hehehhe wah tanah yg dibeli ada kehadiran makhluk2 cam familiar sangat....hehehe..ada persamaan kiter kat situ...

    wah impian nak bawa anak2 bersama buat umrah ke Mekah..belum jdik kenyataan buat saya lagi walaupun hari2 yg bongsu tanya hari apa kita nak pergi mama....saya cuma bagitau, adik doa mama dan baba dapat rezeki yg banyak bole kita semua pergi..along, angah, abang chik..mama dan baba (tengah usha..nih moga ada rezeki lebih)

    Haji...tengah timba ilmu..belum ada rezeki lagik..nih..(kena usha lagik)..

    Rumah dah beli..tapi bukan kawasan banjr insyallah..sbb kawasan rumah bercerun..heheh kalau pasang meja makan sure senget..hehheh

    Lorrr sambung pulak dah..ok..tnguu n3 seterusnya...ngeh..ngeh..ngeh

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,

    selamat tahun baru hijrah. semalam tak dapat nak ucap kerana baru hari ini jumpa tenent. Semoha rezeki terus dilimpah ruah oleh allah swt. tEruskan lagi mneulis, mmenag hapening tukisan mak itam

    BalasPadam
  3. salam shami

    berusaha dan berdoa serta tawakkal kpd Allah, insyallah, Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihani

    BalasPadam
  4. salam az

    samalah juga buat saya utk az

    insyallah, kalau diizinkan Allah, saya akan terus menulis

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam,
    Itu lah saya kata dulu ganjaran dari satu pengorbanan. Akhirnya pak itam dapat mencapaikan impiannya dengan Allah. Alhamdulillah. Kita pun turut gembira dengan satu lagi anak melayu berjaya.

    Cantik rumah Pak Itam, boleh masuk "deko bersama eric" . ngeh..ngeh..ngeh..

    BalasPadam
  6. salam abg sulong

    semuanya anugerah Allah buat kami dengan rasa syukur yang tak terhingga , doa saya buat abg sulong sekeluarga agar sentiasa dibukakan pintu rezeki

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam tp rasanya mcm putih je sbb anak bongsu CR tue putih je hehe..

    Selamat Pak Itam bw ketapi barang so slow sikit geraknya..boleh le sy kejar lagi hehe..

    Cantik rumah Pak Itam..Masa banjir 2006 tue turut kena kampung sy..Tahun tue kami beraya Korban di penempatan banjir je hehe..

    BalasPadam
  8. salam shima

    anak saya saling tak tumpah mcm saya masa kecil, tapi pak itamkan kan suke berjemur tu yang itam he he he

    merasalah shima makan nasi kawah hi hi hi alhamdulillah, tu pun rezeki

    BalasPadam