WARGA SCP

Sabtu, Disember 12, 2009

42 TAHUN BERLALU : PART 5

"PENGAT-PENGAT"
UNTUK RATU TREK DI PDKM DAH STANDBY
TUNGGU JE CL BALIK
UNTUK SAMPAIKAN
NGEH,NGEH,NGEH


Masuk tingkatan 2, aku dah boleh menguasai kemahiran dengan baik dengan minat ku terhadap bola takraw tu. Aku dah dapat lesen masuk gelenggang main sesama dengan orang besar. Masa tu aku sekolah petang , Balik je, dalam seluar panjang hijau tu ada ada seluar pendek. Mengayuh aku mcm nak "rak" pasal nak pi main takraw , bukan terus balik rumah. Dapat main 1 set pun jadilah.

Begitulah giannya pada bola takraw pada masa tu, nasib baik tak gian benda yg tak senonoh. Kadang kala, gelanggang akan dibuka selepas Isyak sampai pukul 10.30 malam. Aku masa tu sekolah lagi , tentu kedua orang tua ku tak membenarkan aku bermain takraw pada waktu malam. Apa helah ku untuk keluar, ku sarung kain pelikat tetapi di dalmnya dah pakai selura pendek , aku mengatakan nak pegi pegi rumah nenek yg berdekatan dengan gelanggang tu, basikal ku capai dengan memakai kasut sekolah ku , badminton master yg masa tu murah harganya. he he he . Begitulah minat ku yang terlalu mendalam dengan takraw ni.
Tapi sekarang , bebudak keluar malam, "merempit, merendek" jadi aku rasa apa yang aku buat tu tak salah, cuma cara je tak betul. Lama-kelamaan ibubapa ku membenarkan, dengan 1 syarat. Jangan sampai lewat malam

Tapi minat ku untuk "bercebur" kat air tetap tak boleh ku lupakan. Kat kampung laut takde, yang ada cuma parit yg besar tu , airnya gelap pasal tanah gambut, tapi bersih dan tiada pencemaran . Aku panggil dia Parit Tiram. Pagi aku masih bersekolah agama. Sekolah agama dulu tak mcm sekarang. Kalau sekarang masuk sekolah kebangsaan tahun satu, sekolah agama pun sama tahun satu. Tapi dulu , darjah 4 sekolah kebangsaan , sekolah agama baru darjah 1.

Balik sekolah agama kul 11.00 pagi, salin baju terus kayuh basikal . Apa lagi, swimming. Parit tu besar dan dalam, kayuh laju-laju basikal dari tepi terus terjun dengan basikal-basikal sekali, pengajarannya basikal dah tak payah basuh, terus rendam he he he

Pukul 12.00 tgh dan kaki dan tangan dah kecut tapi hanya basikal tak kecut-kecut, baru ingat nak naik dan balik rumah. Makan tengahari dan siap-siap ke sekolah petang pulak . Masuk pukul 1.15 ptg, 12.30 dah bertolak dari rumah . Jaraknya 3 batu kat tengah bandar ,

opsss cite kat kedai tak habis lagi eh eh eh

Tempat tu dulu memang menjadi tumpuan utama warga singapura . Orang singapura duit dia besar, jadi kuasa membelinya besar. Kalau depa masuk, satu family, senang-senang boleh "masyuk" RM30-RM40 hinggit utk minuman aku je. Bukan setakat minum, beli bungkus lagi, jajan lagi . Kalau kena geng -geng yang kayuh basikal racing yang 30-40 orang, memang aku seronok. RM 80.00 - RM 100.00 senang-senang boleh dapat.

Kadang-kadang aku dah jadi mamak
money changer pulak bila mereka takde duit malaysia.

Pelbagai jenis pelanggan yg aku temui, biasalah. Nama pun manusia.
Tapi kalau aku jumpa makcik-makcik yang agak tua dan berumur, aku memang tak sampai hati nak ambik duitnya.

Selalunya, masa aku kira, kalau minuman RM 7.30 aku akan kira RM 7.00. lagi 30 sen tak kira, ku anggap sedekah ,
kuang-kuang dapat aku pahala bersedekah.

Tapi meniaga rapat-rapat ni faham-fahamlah, walaupun pesaing ku berbangsa lain, tapi dia pun tak boleh tahan tengok kedai aku maju dan ramai pelanggan. Aku terus terang kata , aku meniaga ni tak pakai apa-apa
"mandrum" .Bila sampai pagi di kedai , baca bismillah dan selawat je masa nak buka kedai. Urusan rezeki , aku serahkan pada ketentuan Allah SWT. Tapi kalau kata meniaga tak pakai apa-apa, bohonglah, aku masih , PAKAI BAJU DENGAN SELUAR" HE HE HE HE kalau tak pakai, larilah pelanggan aku ngeh,ngeh,ngeh

Tapi aku terus cari idea, bagaimana nak mengekalkan keistimewaan kedai aku tu. Keistimewaan kedai aku ialah "ABC" bukan nak puji, tapi sampai sekarang ni aku masih tak jumpa "ABC" kat mana2 lagi yg sesedap apa yang aku sajikan. Bahan dan air gulanya semua cukup, ada sirap, ada pandan, ada gula melaka dgn bahan-bahannya spt jagung, agar-agar ,cendol, kacang merah yang besar,buah kabung dan tabur pakai milo kat atas, susunya aku pakai untuk ABC ialah susu yg buat air tu,rasa manisnya lain. kalau yg spesial "topup" ais krim, tu sebab ramai pelanggan ku jenis yang akan datang lagi ke kedai , ada tu datang kat situ pasal nak makan "ABC" je . Rahsianya, bahan-bahan yang digunakan jangan lokek . Ada orang jual ABC harap je tinggi melangit air batu kisarnya, gula warna-warni guna pewarna, bahan kat dalam "setoet", rasa 1/4 "toet" pun takde, tawar dan hambar

Aku pulak semua bahannya diletak kat atas ais tu, biar mereka nampak, "ooooo banyak mana bahan yang aku gunakan" Rekod aku jual ABC hari perayaan dan cuaca yang panas beratus-ratus mangkuk hingga semua air batu dan air gula serta bahan habis. Kacang merah yang besar ibu jari manis tu 2 korton habis. Satu hari datang sekumpulan "cewek" Indonisia minum di kedai pak itam, ku tanya "minum apa dik" jawabnya "ais teller pak" pening kepala Pak Itam, sepanjang aku berniaga, tak penah pula ada menu "ais teller" , rupa-rupanya kalau di Indonisia, panggilannya "ais teller" untu k ABC ngeh,ngeh,ngeh

Tapi itulah, setiap penambahbaikkan dan pengubahsuaian yang aku buat, pesaing ku ikut juga.Habis semua idea aku diciplak. Aku jual roti bakar lepas tu, dia pun jual roti bakar . Cuma aku dah mula jual burger je, dia tak boleh ikut, pasal burger memerlukan kemahiran , bukan macam buat ABC .

Berniaga ni ada manisnya mcm ABC , tapi kadangkala ada pahitnya macam KOPI TONGKAT ALI dikahwinkan dengan KACIP FATIMAH .

Tapi tulah macam aku kata tadi, ada orang tak senang tengok aku. Dia pun mulalah main kotor. Dicarinya pelayan wanita melayu kat depan , kemudian letak pulak tanda "BISMILLAHIRAHMANIRAHIM" kat depan kedai .

Aku geleng kepala apabila melihat pak aji-pak aji dan mak aji-mak aji duk hirup minum sedap je termasuk cendol yang dia buat yang sudah tentu santannya diperah sendiri. Kalau minum air kotak atau tin, takpe la juga. Ini cendol, adusss . Mungkin bagi sesetengah orang tak kisah, tapi kalau boleh elak, elakkan lah.

Masa nak bayar, tokehnya ambik duit, tepuk dahi mak aji tu. Dia berjalan ke kedai ku. Aku masih ingat kata-katanya "minta maaf nak, makcik tak tahu dan tak nampak , ada kedai org kita kat sini" jawabku ringkas,
"takpa , bukan rezeki saya untuk makcik"
Paling tak tahan, ada pelanggan yang duduk kat depan meja aku, tapi tup2 pi order kat sana. Kedai aku terpampang kat depan buji mata dia, boleh tak nampak. Dah minum habis, baru cakap
" la, ada kedai melayu kat sini rupanya"

Aku biarkan jelah, kerana semua itu urusan Allah dan ujian bagi ku, aku tak nak tuduh yang bukan-bukan. Aku berserah 100% pada ketentuan Allah SWT.
Ini bukan cerita rekaan atau imiginasi aku untuk menyedapkan cerita , tapi ini memang realiti yang aku hadapi dan harungi dulu.

Sepanjang aku meniaga kat situ, 4-5 kali juga aku ditegur pelanggan ku dikalangan orang tua agar berhati-hati. Tapi dah aku katakan,
aku tetap aku, hanya kepada Allah sahaja aku memohon dan meminta pertolongan, aku tak mahu termasuk ke dalam golongan yang syirik dan menyegutukan Allah. Aku tak mahu terpedaya dengan hasutan syaitan dan tipu daya dunia.

Sebenarnya ujian dari Allah SWT tu datang kepada manusia dalam pelbagai bentuk, ada diuji dengan kesusahan, ada diuji dengan kekayaan, ada diuji dengan kesenangan, ada diuji dengan kesusahan dan kepayahan. Mungkin ini ujian Allah SWT kepada aku, nak tengok aku dapat bertahan ke atau tidak dalam menempuhinya. Kalau aku tewas, maka aku akan tergolong dalam golongan yang engkar dan kufur, kalau aku berjaya menempuhinya, tentu ganjarannya pasti besar kelak.

Setiap insan yang memiliki nikmat atau kurnian atau rezeki , pasti ada orang yang tidak menyukainya, itu sudah lumrah dunia.

Aku memandang semua dugaan dan cabaran yang aku lalui dengan 4 presfektif :

1. pandangan dengan mata kasar
"kenapa pengunjung tak nampak kedai aku, oh mungkin dia tak tertoleh agaknya"

2. pandangan dengan nafsu
"kalau macam tu , tentu bisness aku teruk hari ini"

3. pandangan dengan akal
aku kena perbaiki apa2 yang tak kena dan buat sesuatu"

4. pandangan dengan mata hati
"inilah rezeki ku yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan aku mesti redha"

HEBATNYA PANDANGAN MATA HATI

pandangan mata hati inilah mesti diamalkan dalam setiap apa yang kita lalui dan tempuhi kerana pandangan mata hati tidak menipu , ianya adalah ilham dan datang dari Allah SWT. Kita kena redha .


LIHAT DAN BACALAH, BANYAK YANG DITEKANKAN DALAM AL QURAN BERKAITAN KESABARAN

Allah SWT berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian beruntung." (QS.Ali 'Imraan: 200)

Dan Allah Ta'ala berfirman: "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (QS.Al-Baqarah: 155)

Dan Allah Ta'ala berfirman: "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (QS.Az-Zumar: 10)

Dan Allah Ta'ala berfirman: "Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan." (QS.Asy-Syuuraa: 43)

Dan Allah Ta'ala berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."

(QS.Al-Baqarah: 153)

Dan Allah Ta'ala berfirman: "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar diantara kalian." (QS.Muhammad: 31)


Nanti kalau aku ada masa aku sambung lagi, sebagai ikhtibar dan pengajaran agar kita berpegang hanya satu iaitu ALLAH SWT.



INILAH DUNIA PERNIAGAAN KU SEKARANG
PAK ITAM DAH BERTUKAR PROFESSION
DARI SEORANG PEMBANCUH KOPI DAN TEH
LEBIH KURANG 10 -12 TAHUN YANG LALU DAH BERALIH ARAH
MACAM KATA SATIYYA "SUDAH TUKAR KA"
AKU MENEROKA BIDANG PERNIAGAAN YANG LAIN
SEMUA ITU KETENTUAN ALLAH

PERJALANAN HIDUP KU DIRENCANAKAN OLEH ALLAH SWT
SEDEMIKIAN RUPA
MUNGKIN INILAH GANJARAN BUATKU DARI ALLAH

BUKAN AKU MEMPERLIHATKAN UTK MEMBANGGA DIRI DAN RIAK
TAPI SEBAGAI MOTIVASI KEPADA SEMUA
SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG YANG SABAR
PANJANG CERITANYA

PERJALANAN HIDUP KU BERSAMA ISTERI DAN ANAK-ANAK
PENUH DENGAN WARNA-WARNI
BUKAN SENANG NAK SENANG
TAPI SANGAT SENANG NAK SUSAH


SALAH SATU PRINSIP HIDUP KU
BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH
DAN
SERAHKAN SECARA "TOTAL" KEPADA ALLAH SWT

INSYALLAH, ALLAH AKAN BERSAMA KITA




28 ulasan:

  1. Salam Rezeki

    Arwah abah saya pun berniaga, jadi saya faham susah payahnya seorang peniaga. Apatah lagi keluarga terpaksa dikorbankan. Kadang-kadang tak nampak mak ngan abah sampai seminggu huhuhu.

    Saya pernah berniaga kat pasar malam sebab arwah abah nak train saya supaya berani. Masa tu memanglah malu giler bila jumpa kawan2 sekolah tapi rasanya itulah the best training yang dia beri pada saya.

    BalasPadam
  2. salam CR..

    hmm zaman sy dulu, darjah 3 sekolah kebangsaan, darjah 1 sekolah agama.. masuk sekolah menengah, dah stop sekolah agama, padahal baru darjah 4 sekolah agama..

    kalau nak sambung darjah 5 sekolah agama, kena kat bandar, leceh sbb pastu nak masuk sekolah menengah lak.. kalau x, dah leh pas darjah khas, jadi ustad, ngeh ngeh ngeh..

    BalasPadam
  3. salam khairyn

    mmg banyak perlu dikorban . masa dan tenaga. tiada lagi hujung minggu utk rehat. matahari belum keluar masa tu, kami dh keluar umah, matahari dh terbenam, kami tak spi rumah lagi

    alhamdulillah, kalau khairyn dh rasa bagaimana pahit manis berniaga, itu sebenarnya mendidik kita agar tabah, jgn malu dan mcm2 utk menmpuh hari yg mendtg

    BalasPadam
  4. salam che pit

    ia tak ia, kalau tak kita dh jadi ustad , saya pulak bolehh jadi tuan kadhi

    jgn jadi unsetad sudah le keh keh keh

    BalasPadam
  5. Salam CR,
    Apabila berniaga, kita turut merasai kesusahan perniagaan itu bermula, tu pasal tak sanggup nak tawar-menawar yg tak logik harga, lainlah kalau di beijing, harga luar biasa...

    Pak itam, boleh langgan alatulis tu tapi bayar ansur2?, t-shirt ada tak? rasanya kat johor paling murah, hehehe..

    BalasPadam
  6. salam zie,

    kat china semuanya murah psl kos buruh dll murah, tapi kualitinya kurang sikit

    mcm2 ada, semua ada, t shirt saya buat tempah kat kilang he he he

    bayar ansur leceh nak bukak buku tiga lima, kita buat potongan ANGKASA kik kik kik

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam,

    Menarik dan banyak pengajaran yang menginsafkan pd n3 kali nie.

    Alhamdullillah, Allah beri ganjaran bagi orang2 yg sabar...itulah janjinya.

    BalasPadam
  8. salam kak ina,

    semoga sedikit pengalaman yang saya lalui ini dapat kita kongsi bersama dalam kehidupan yang kita lalui seharian

    Memang saya sangat bersyukur akan pemberian Allah kepada kami setelah kami lalui semua ranjau dan duri, sungguh berbaloi

    janji Allah itu benar

    Alhamdulillah

    BalasPadam
  9. Salam,

    Sini jual alat pejabat ke..?
    Nak order kertas 5 ream, Celotape 5 roll hantar ke Kuching boleh ke..?

    Bak kata orang, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia pada nama nya. Pasal tu nama dia REZEKI. Tahniah pak itam, telah berjaya naik kesatu tahap yang lebih besar. 5-10 tahun lagi mungkin satu tahap lagi, insyallah.

    Wasalam.

    BalasPadam
  10. Wah Rezeki...hebatkan.Muga jadi ahli korporat terbilang.Padanle dapat beli novel diskaun byk...

    BalasPadam
  11. salam abg sulong

    siap, esok sampai brg2 tu, saya hantar pakai tongkang laju he he he

    alhamdulillah

    pak itam rasa cukuplah dengan apa yang dah ada dgn apa yang Allah kurniakan utk kami
    yang ada pun dah tak terkejar

    kalau nak kejar dunia ni, sampai mati pun tak habis

    yang penting dlm perniagaan ialah keberkatan,

    tk atas doa abg sulong

    BalasPadam
  12. salam mama ju

    saya tak mahu jadi "ahli koporat" , pasal saya takut nanti terjadi "ahli keparat" he he he

    BalasPadam
  13. salam mama ju

    pasal hari ni banyak ahli koporat kita dah jadi ahli keparat

    cita2 saya sekarang nak jadi ahli syurga apabila kembali kelak

    BalasPadam
  14. Salam CR

    walaupun dah bertukar jenis perniagaan tapi yg pasti perniagaan minuman tu meninggalkan kenangan yg cukup manis,penuh sejarah dalam hidup CR...Dugaan dan ujian akan buat kita jadi kuat..hehehe..meniaga kena `memakai` jugak,pakai kopiah,macam kedai mamak tu,alahai entah islam entah tidak mamak2 tu..

    Allah bersama orang sabar..

    BalasPadam
  15. salam mama ju

    sebenarnya saya takut , pasal lagi besar bisnes, lagi besar godaan dari syaitan , saya takut-takut sangat kerana banyak contoh yg saya dah lihat dpn mata, ramai yg lupa asal usul , lupa keluarga, lupa anak bini, dan paling takut lupa hukum hakam halal dan haram,
    pasal apa???
    pasal mereka dah bertuhankan dgn wang ringgit,menghalalkan yang haram demi perniagaan mereka

    mmg, saya benar2 takut dan insaf

    BalasPadam
  16. salam cm,

    mmg terlalu banyak kenangan pahit dan manis ketika itu, semuanya hanya tinggal kenangan

    mmg, kalau mengajar pun cikgu kena "memakai", kalau tak pakai hehehe kata nabil "lu fikir la sendiri"

    BalasPadam
  17. salam

    menoreh pun kena `memakai` jugakkkk ngeh,ngeh,ngeh..

    BalasPadam
  18. salam cm

    betul,betul,betul

    noreh kene pakai , pakai pisau toreh, kalau tak pakai, kene "kokel" btg getah tu, dgr gigi panda kuat, boleh kokel kok getah tu la la la

    mana lah si panda , takkan asah gigi kot

    BalasPadam
  19. Salaam CR,

    Wah! mentang2 ler Pak Itam terer melibas bola takraw ala2 bicycle kick tu, siap buat stunt terjun parit pun ngan basikal jugak?! fuh teroris betui! sib baik jumpa balik basikal yang dah tenggelam tuh... hehe

    dari meniaga ayaq teruih beralih ke meniaga alat tulih...satu perubahan yang drastik, bombastik, fantastik! alhamdulillah, rezeki CR dah tertulis begitu di Lauh Mahfuz. Janji berkat dan mendapat keredhaan Allah, kan?
    Orang yang berpegang pada tali Allah akan berjaya di dunia dan di akhirat, insyaAllah.

    VpeaceV

    p/s pusat peranginan mana tempat meniaga Pak Itam tu dulu?

    BalasPadam
  20. salam umi

    he,he,he tulah saya kecik2, hero tamil yang tak lut kena tembak ngeh,ngeh,ngeh

    itulah, rezeki Allah SWT pad saya, mula2 jual air , tapi itu satu permulaan yg Allah berikan dan tunjukkan untuk meneroka bidang lain yg jarang2 orang melayu buat masa tu, tapi citenya panjang dan penuh warna warni

    n3 part akan dtg , nti saya citekan

    alah, cuba goggle je , tentu umi akan jumpa pusat peranginan tu yg hanya ada satu je berdekatan KT ni,
    nti jumpalah ia he he he

    BalasPadam
  21. salam CR...

    cerita cr mengimbau kenangan saya kat kg...walaupun adik bradik saya pompuan ramai 6 nisbah 1..hehhe tapi saya adalah anak pompuan yg paling lasak....cheq suka buat kerja orang lelaki....huhuuhu...

    Kalu CR mandi kt parit
    cheq mandi kt tali air
    tangkap ikan, sauk udang sungai bagai...sampai bole makan satu kluarga...kutip pucuk putat, janggus...korek ubi kayu..tanam sayur..bagai..indahnya...satu ketika dulu...bersama arwah atuk ngan nenek...sob..sob..sob

    Saya suka meniaga...skrang pun hubs kerja dn dok meniaga kecik2...sya kerja makan gaji...graduate..tapi dah 15 tahun kerja cemuih..sgat..rasa nak sgat urus niaga sendiri..nak jual brg2 ibadah..alatan umrah & haji...tapi blum kesampaian lagi...doa bagai nih...macam mana nak start nih..CR ada nasihat baik utk saya...jom kta bersembang citar...tukar2 idea
    Kluarga tak bagi sya hrhenti kerja syang kata depar...huhuuu

    BalasPadam
  22. Salam Rezeki,

    entri ni sgt menarik dan pertukaran perniagaan ni pun menarik , saya pun nak tau sgt dari nerniaga air bertukar ke alatulis....cabaran mesti ada dan nak jugak tau serba sedikt strategi camana bersaing dengan peniaga bukan bumi yang bagi harga lebih murah...

    BalasPadam
  23. Salam CR,

    Amat setuju dengan kata2 CR..ialah kata2 orang yg berpengalaman..

    'Lihat dengan mata hati' dlm semua perkara termasuk utk mencari pilihan hati hikhikhik

    BalasPadam
  24. DearRezeki
    jangan lupa appointment kita....minum teyy sampai kembong! Heh3...

    BalasPadam
  25. Salam shami

    Mmg zaman kekanak dulu seronok je , ingat nak main je he he

    Alhamdulillah, kalau dah ada niat tu
    Tapi kene buat homework dulu, bukan main terjah

    Mula2 kene focus, apa jenis bisnessnya, lps tu baru cari supplier yang dapat membekalkan barangan tersebut .

    Bisnes mcm tu kena ada kedai , dan kene cari contact yg berkaitan dgn umrah dan haji .

    Lepas dah buat homework yg berkaitan , baru kira pusingan modal yg diperlukan,
    Buat permulaan, ambik stok dalam kuantiti yg kecil dulu, tgk mcm mana sambutannya

    Selebihnya doa dan serahkan pada Allah

    Tapi kalau tak berani, buat secara sambilan dulu, mula dari rumah,
    Tapi contact mesti ada

    tapi satu nasihat saya, jgn berhenti keje

    BalasPadam
  26. salam rosli

    nti saya akan cite bagaimana perjalanannya dr air ke alat tulis dan startegi yg saya gunakan sebagai perkongsian di n3 lain

    BalasPadam
  27. salam shima

    pandangan mata hati boleh digunakan dan diaplikasi dalam semua urusan seharian kita

    insyallah

    BalasPadam
  28. salam uncle

    set uncle , kita minum tey tarik rasa cappuchino he he he

    BalasPadam