WARGA SCP

Khamis, Disember 31, 2009

AZAM DAN KEMAHUAN

salam semua kekawan dan rakan taulan pak itam
ibuk-ibuk, bapak-bapak, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik

Pak itam terasa ingin melepaskan lelah buat seketika sebenarnya kerana pak itam berhempas-pulas beberapa hari ni dalam hutan tebal , kerana untuk memastikan amanah dan tanggungjawab yg perlu dipikul atas batu jemala pak itam. Memastikan ayam-ayam hutan kepunyaan kak ngah bertelur seberapa banyak yang boleh . Kak ngah kata nak buat bunga telur he he he

Tapi rasa rindu pak itam untuk menulis sukar dibendung , walaupun pak itam BM dlm SPM dapat 7 je ngeh,ngeh,ngeh

Setiap insan didunia yg fana ini punya azam dan kemahuan, kalau takde azam atau kemahuan, maka tergolonglah ia dalam "penyakit mati akal" ngeh,ngeh,ngeh

Setiap tahun baru menjelma , setiap kalilah kita kedengaran azam dan semangat berkobar-kobar " aku nak buat itu, aku nak ini, aku ....." dan memacam lagilah.

Tapi azam tinggal azam saja .... bagai biduk yg berlalu .....

Sebenarnya pak itam dari dulu tak pernah menanamkan azam setiap datangnya tahun baru, kerana azam pak itam datang setiap hari , bukan setahun sekali. Nak melelapkan mata je, pak itam dah "set" esok nak buat apa, semua mcm komputer dalam kepala . Tu sebab adakalanya apabila pak itam sukar nk lelapkan mata, maknanya otak pak itam ketika itu tgh ligar berfikir. Mata di tutup rapat, tapi hakikatnya otak tidak ...

Tapi pada pak itam di saat ini , dah takde apa lagi yang pak itam nak kejarkan dalam kehidupan di dunia ini, pada pak itam, kehidupan pak itam "di dunia" seakan2 telah hampir lengkap . Jadi pak itam hanya perlu memberi tumpuan yang secukupnya kepada "kehidupan dan bekalan di akhirat pula"

Itulah tekad a.k.a azam a.k.a kemahuan pak itam ketika dan saat ini
namun kelangsungan hidup perlu pak itam perlu diteruskankan, pak itam tak boleh cenderung akhirat saja dengan meninggalkan dunia atau cenderung kepada dunia saja dan meninggalkan akhirat .

Kesimpulannya dunia mahu pak itam "kelek", akhirat mahu pak itam "junjung"
pak itam dan anak bini nak selamat di dunia dan akhirat

Cuma yg membimbangkan pak itam di kala ini ialah tentang anak-anak pak itam yang hidup dalam dunia moden yang penuh "pancaroba" .

Dunia mereka sekarang "bagai langit dengan bumi" dengan dunia pak itam dulu.
Keruntuhan akhlak dan sosial sekarang berada di tahap yang serius dan membimbangkan.

Lihatlah saja "masalah sosial" yang berlaku setiap kali anak2 muda ini meraikan sambutan tahun baru tanpa tahu batas-batas hukum hakam agama kita

Pak itam takut anak2 pak itam satu hari nanti terpengaruh akan "tipu daya dunia"

Hanya yg mampu pak itam lakukan ialah memberikan pendidikan agama , nasihat, bimbingan yang secukupnya kepada mereka. Tapi mereka tak akan selama-lamanya duduk di bawah ketiak pak itam yg busuk ni he he he

Terkenang pak itam 15-20 tahun lepas semasa mereka masih kecil. Bila masa ibunya bekerja di waktu ptg, pak itamlah yang menjaga si kakak , memandikannya setiap petang , menyalinkan "napkin" kerana pada masa itu kami tak mampu nak beli pampers. Kami terpaksa berjimat dengan menjaganya sendiri , mata pak itam terpejam, tapi tangan pak itam tetap menghayun buaian hingga ia tertidur, sebelum si kakak terlelap, pak itam dah terlelap dulu kepenatan he he he

Hari ini dan hari-hari sebelumnya, pak itam dan mak itam menanamkan azam dan tekad agar anak2 kami menjadi anak yang soleh dan berguna kepada kedua ibubapa, agama, bangsa dan negara suatu hari nanti,

Pak itam tak nak minta2 apa dari mereka , cukup sekadar mendoakan kami dan membacakan kami ayat-ayat suci al quran apabila kami telah tiada kelak

ITULAH AZAM DAN TEKAD SERTA KEMAHUAN PAK ITAM
SEMOGA ALLAH SWT MENGABULKAN , INSYALLAH

Marilah kita amati dan ikuti kisah ini sebagai iktibar dan pengajaran kepada kita semua :


Azdin seorg usahawan yang sangat berjaya telah menunaikan fardhu haji , tetapi ditimpa musibbah dari Allah ketika di sana. Kakinya telah membengkak dari peha hingga ke tapak kaki sehingga berwarna kehitaman. Anehnya , penyakit ini menimpanya ketika menjejakkan kaki ke bumi Makkah.
Para doktor telah gagal mengesan punca penyakitnya itu, Mereka semua kebingungan. Hari wukuf yg akan datang tidak berapa lama lagi sungguh membimbangkannya.
Dalam muhasabah diri, Azdin terkenang satu kesilapan besar yg pernah dilakukan. Hanya solat sunat taubat saja yang dapat dilakukan bagi memohon keampunan pada Allah.
"Ya Allah, berikanlah aku hidayah dan tunjukkanlah kesilapan yang telah aku lakukan" pintanya kepada Allah.
Allah itu maha pemurah, pengampun dan penyayang. Azdin dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sangat miskin. Sejak kematian bapanya, ibunya telah bekerja membanting tulang utk membesarkannya bersama kakaknya.
Teringat pesan ibunya pada suatu malam" Din, Ani, bila kamu dah besar nanti, ingatlah pada ibu. Ibu bukan nakkan duit kamu, tapi ingatlah jasa ibu, susah payah ibu membesarkan kamu" pesan ibunya berulang kali

Azdin berjaya menamatkan persekolahannya dan berpindah ke Kuala Lumpur serta menjawat jawatan tinggi. Beberapa tahun kemudian, dia melanjutkan pelajaran ke luar negara dan seterusnya menjadi seorg usahawan. Perniagaannya yang sangat maju membolehkan meraih kekayaan yg tidak pernah diimpikan sama sekali. punya rumah besar dan kereta besar.

Tapi Addin telah menjadi anak derhaka dan lupa asal usul. Hampir 15 tahun , dia tidak menjenguk ibunya di kampung. Apabila sudah hidup mewah, dia malu untuk mengaku berasal dari kampung dan dari kalangan keluarga miskin. Malah dia memberitahu org lain bahawa dia anak yatim piatu . Ketika itu ibunya sudah dianggap tidak wujud lagi, malah kepada isterinya juga diberitahu bahawa ibunya telah meninggal.

Pernah suatu ketika ketika isterinya tiada di tanah air, akibat desakan kakaknya, dia melangkahkan kaki dgn begitu berat sekali pulang ke kampung. Tetapi ibu yang tua diherdiknya,

" Emak nak apa, pernahkah emak berikan kesenangan pada saya dulu ?"

"Begini sajalah emak, emak jangan ganggu rumahtangga saya, saya hidup susah, cari duit nak belajar"

"Emak tak mahu duit engkau, kau jenguk emak pun sudah memadai"

"Cukuplah emak, Bagi saya emak dah tiada."

Sebelum melangkah pergi , Azdin berkata ,

"Emak, mulai hari ini, saya haramkan kaki saya memijak rumah ini. Inilah kali terakhir saya datang ke sini"

BERSAMBUNG CERITA INI DI N3 AKAN DATANG, INSYALLAH

kakak semakin membesar di depan mata kami suami isteri

anak2 pak itam dan mak itam suka main pasir tepi pantai tak jauh dari rumah kami

pak itam masa memuda dulu udah punya anak satu bersama mak itam

kakak semasa kecil

keje pak itam, mandikan kakak kat depan rumah
sementara tunggu mak itam balik

kakak dh mcm tepong komak dgn adik
usia mereka jaraknya hampir 5-6 tahun




18 ulasan:

  1. Salam Pak Itam,

    fuhyooo, hebat, wp BM SPM 7 namun bahasa mu tetap tajam sampai ke tulang hitam. Cerita azdin menjadi sempadan agar ibu mesti di berikan perhatian. siapalah kita kalau tiada ibu bapa yang membelai kita dari sebesar dua jari hinggalah kamu membesar.

    BalasPadam
  2. Salaam Pak Itam,

    InsyaAllah, dengan didikan asas yang kukuh drpd Pak Itam dan Mak Itam, kakak & adik bakal menjadi insan2 yang bertakwa dan sentiasa dipelihara Allah drpd gejala2 kurang sihat yang menyurami masyarakat kita kala ini.

    Selamat tahun baru 2010 buat Pak Itam sekeluarga. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.

    VpeaceV

    p/s patutla pak itam gomar bonar pakai 'topeng itam' ...rupanya takut orangramai konfius pak itam dengan Rosyam Nor...kang tak pasal2 lak peminat serbu minta otograp...heh

    BalasPadam
  3. salam CR
    patut ler lama hilang,rupanya masuk hutan ..
    setiap tahun org berazam tp habis tahun tinggal azam jer ...ummi dah lama tak pernah tanam azam baru , sebab tahu , takkan langsainya azam tu ...
    seronok baca catatan perjalanan dan impian insan yg bergelar pak itam nih ...
    semoga menjadi insan yg bertambah2 iman dan amal hingga kesudahan hayat.

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,

    Azam & Kemahuan..Selamat Tahun Baru Pak Itam..
    Insya-Allah jika Pak Itam sudah cantik mencorakkan kain yang putih itu, dengan izin Allah smg anak2 Pak Itam menjadi insan berguna dunia & akhirat..

    Cerita Azdin tue dah mcm si tanggang le pullok..tp mmg ramai orang skrg yang lupa asal usul..nauzubillah

    Waa..sempoi argh gmbr Pak Itam hehe bak kata Kak Ummi dah mcm Rosyam Noor hehe

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, nak dikatakan rezeki. Sekejap tadi tanpa disangka-sangka saya menerima panggilan talipon dari sahabat kita PAK ITAM..yang dikenali ramai tu. Ya Allah, seronoknye saya dapat berbual dgn dia..real suara pak itam. Penuh sopan santun percakapannya.

    Terima kasih pak itam atas ingatan kepada saya. Terharu sungguh..

    Azdin..macam mana dia melayan orang tua, macam tulah nanti anak-anak dia melayan dia pulak.. ingatlah semua janji Allah itu benar. Yang baik dibalas baik, begitu juga yang jahat dibalas dengan siksaaan.

    BalasPadam
  6. salam

    at last nampak gak muka pak itam albeit gambar dolu2.. still tak de la itam puunnggggg huhuhu

    BalasPadam
  7. salam..


    wahhh pak itam dah interframe walaupun zaman rock kapak..mcm rosyham noor you!!!

    pssst cam cm gak,interframe gmbar muda sbb lain dah skrg,conpomm org tak kenal..ngeh,ngeh

    pak itam jumpa u kt setiawangsa yer!!

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum pak itam,

    Teruja saya melihat kehidupan pak itam dari kusyen kepada sofa, rumah papan kepada rumah batu, umpama dari pondok ke istana. Seperti tak percaya di atas rezeki yg Allah kurniakan bermula dari A to Z. Shukran.

    BalasPadam
  9. salam az

    bila saya teringat cerita tu dan pengakhirannya , mmg tragis , Allah maha pengampun dan penyayang.

    BalasPadam
  10. salam umiazuddin

    selamat tahun baru juga buat mu

    pak itam "kembar air" dia ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  11. salam kak ummi

    alhamdulillah, semoga kita semua berjaya dengan impian kita, yang akhirnya tentulah menjadikan akhirat sebagai keutamaannya, insyallah

    BalasPadam
  12. salam syima

    anak2 tak selama2nya dibawah ketiak ibu bapa, pengaruh negativ sekrg terlalu banyak di luar sana

    itulah kenyataan dunia hari ini

    namun doa pak itam sentiasa mengiringi mrk, insyallah

    BalasPadam
  13. salam abg sulong

    he he he

    "siapa ni " "ini itam cakap " ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam
  14. salam khairyn

    he he he itam tu gelaran kak ngah beri

    BalasPadam
  15. salam cm

    tu bukan lagi zaman rock kapak, rock tukul (martul) ngeh,ngeh,ngeh

    tu lah motor yg setiap hujung bulan pak itam akan ke pekan terdekat bawa beg sandang kosong utk beli keperluan rumah, balik beg tu penuh dgn beras, gula dan memacam lagi

    BalasPadam
  16. salam catz

    happy new year juga utk catz

    BalasPadam
  17. salam tanpa nama

    itulah namanya rezeki dan perancangan Allah kpd pak itam yg tak terduga dek akal , pak itam hanya berusaha sebaik mungkin dan berdoa serta bertawakkal
    alhamdulillah , dengan izin Allah jua tapi semua kesenangan dan kemewahan itu hanya pinjaman sahaja di dunia yg sementara ini
    dan semoga kita tidak leka dengan semua itu
    insyallah

    BalasPadam