WARGA SCP

Ahad, Disember 13, 2009

42 TAHUN BERLALU : PART 6

9/10 punca rezeki dari perniagaan. Jual batu dan cincin pun boleh mendatangkan keuntungan
Insyallah


Alhamdulillah, kami dijemput sebagai tetamu Allah utk mengerjakan haji sebelum usia ku 40 tahun pada tahun 2007. Teringat kembali dalam kunjungan kali pertama kami semasa menunaikan umrah tahun 2004, sekepas tawaf wadak, kami berdoa agar kami dapat datang menziarahi Baitullah dan untuk menunaikan rukun islam yg ke 5.

Semuanya dari hasil titik peluh perniagaan ku






Bangsa Indonisia pun mengambil kesempatan berniaga di bumi Madinah


Walau apa pun yang kita lakukan, sentiasalah ingatkan Allah


Apalah kesudahan ku , mungkin itu yg direnungkan


Hasil keuntungan berniaga di kedai minuman aku langsung tidak ku usik , semuanya ku simpan .Nanti hujung tahun, baru aku kira berapa yang aku perolehi untuk sepanjang tahun. Aku bukan jenis yang suka enjoy, kami masih seperti biasa seperti dulu juga. Walaupun dalam sebulan boleh dapat lebih kurang 4-5 ribu sebagai pendapatan tambahan.


Setelah 3-4 tahun berniaga , aku dah dapat belikan mak itam sebuah kereta honda baru. Senang dia nak pegi keje nanti pada hari-hari biasa. Selepas isteri ku bersalin, dia tak ikut aku ke kedai lagi. Kesian tengok dia dan anak2 lagi, masa tu dah dapat pekerja tetap seramai 2 orang. Dah puas isteri ke membantu , biarlah dia dengan anak-anak kat rumah berehat.


Dalam pada tu aku mula dah berjinak-jinak dengan bidang lain. Aku memang mahir dalam bidang "pengkomputeran". Tak pernah belajar secara formal, tapi dah minat ku. Selalu dok perati orang betulkan komputer. Jadi aku pun cubalah mana yang patut. Masa tu, komputer ni baru lagi diperkenalkan di Malaysia. Jadi tak ramai yang mahir. Mula-mula aku berjinak dengan bidang reka bentuk grafik komputer. Ambik upah sikit-sikit pada hari biasa, buat kad jemputan dan sebagainya. Lepas tu aku memberanikan diri dalam bidang "hardware komputer" . Mula ambil upah betulkan komputer orang.

Sesiapa yang memerlukan perkhidmatan ku, aku akan pergi menjalankannya.
Dalam ambik upah service komputer kat sekolah, aku dah mula celik mata.Ku lihat semua pembekal barangan keperluan ke sekolah-sekolah pada masa tu takde sorang pun orang muslim. Apakata aku cuba , manalah tahu ada rezeki .

Masa tu aku cuba selidiki dan buat kajian, apakah keperluan yang selalu digunakan oleh pihak sekolah. Kemudian aku pun mulalah cari pembekal barangan tersebut di JB. Puas aku keliling bandar JB dengan isteriku. Rata-rata pembekal masa tu semuanya tengok aku "atas bawah, atas bawah" . Ialah, masa tu boleh dikira dengan jari orang melayu yang berniaga "stationery"

Aku cakap , "wang saya punya, barang you punya" . Aku tak mahu mereka memperlekeh aku khususnya dan orang islam dan bangsa melayu amnya. Akhirnya mereka bersetuju membekal barangan kepada ku , tapi semua perlu dibayar "cash"
Aku cakap takde masalah. Jadi semua keuntungan dari kedai minum aku akan aku salurkan untuk satu lagi perniagaan baru ku ni.

Masa memula perniagaan baru ku ini, aku tak berani nak sewa kedai dan mengajikan pekerja. Ia lah, aku tak tahu lagi bagaimana rentak tarinya. Aku mulalah masuk satu sekolah dulu , sebagai memperkenalkan diri , tapi aku dipandang sinis oleh bangsa ku sendiri.

Kemudian ku cuba sekolah yang ke 2, namun "feedback" yang aku dapat masih sama, Aku masih ingat lagi , Guru Besar yang dari bangsa yang sama dengan ku berkata " minta maaflah, kami dah beli barang-barang tu semua dan duit peruntukan dah habis" sedangkan mengikut kajian ku di awal tahun, duit peruntukan setiap sekolah pasti ada banyak lagi. Cuba nak beli dengan tidak saja.

Aku dipandang dengan pandangan yang sinis, aku dapat membaca gerak hati mereka, "eleh, orang melayu nak meniaga, boleh ke lawan dengan orang c..." Namun aku tak mengaku kalah, banyak juga sekolah yang ku pergi, tapi masih sama sehinggalah sebuah sekolah menyambut ku dengan hati yang terbuka" baguslah ada orang kita yang meniaga ni" katanya
Feedback dari sekolah ini menaikkan semula semangat ku,

"takpa, mungkin hanya itu rezeki ku buat kali ini, setelah berusaha, aku serahkan pada ketentuan Allah SWT "

Pada permulaan, apabila mendapat pesanan dari sekolah, ptgnya aku akan terus ke pembekal untuk mendapatkan barangan tersebut. Aku tak berani nak beli banyak-banyak. Hanya barang yang dipesan sahaja yang akan kubeli dan esoknya terus dihantar ke sekolah. Aku tak berani beli dengan kuantiti yang banyak, bukan takde modal, tapi takut tiada pelanggan.

Pada masa tu , aku lah towkey, akulah kuli, . Sendiri ambik order, sendiri order kat pembekal, sendiri ambik barang kat pembekal, sendiri buat invois, sendiri angkat dan sendiri hantar barang. Jaraknya dari rumah ku ke JB hampir 100 km.

PENDEK KATA SEMUA SENDIRI BUAT

Namun perniagaan di kedai minuman masih aku teruskan seperti biasa. Memang masa tu kami tak rehat langsung . 7 hari seminggu 365 hari sebulan, aku terus bekerja. Mengimbas kembali semasa aku masih berniaga di kedai minuman , sepanjang bulan Ramadhan , kami tidak berniaga, tapi sewanya tetap perlu dibayar, walaupun tempat peranginan tu tetap dikunjungi orang bukan islam, dan sedikit orang islam , namun aku tetap tak mahu berniaga sebagai menghormati bulan yang mulia ini.

Aku tak mahu bersubahat dengan orang-orang muslim yang tidak berpuasa, kerana beberapa kali aku ke kedai dalam bulan puasa untuk mengemas kedai, aku dapati ramai orang muslim yang minum di kedai yang satu lagi, terutama di belakang kedai dan siap ada kanvas lagi untuk melindungi kegiatan tersebut.

Jadi seminggu sebelum hari raya tiba , aku dah mula kemas dan stok barangan . 1-2 hari nak raya, kami akan pulang ke kampung. Selepas sahaja sembahyang sunat hari raya, kami pun bergegas pulang dari KL ke KT untuk memulakan perniagaan. Kebiasaanya pukul 12.00 tgh hari raya aidilfitri atau hari raya aidil adha, kami dah sampai ke kedai untuk memulakan perniagaan. Masa hari raya, tempat tu macam pesta kerana dipenuhi dengan warga indonisia dan bangladesh .Kalau sesiapa pernah mengunjungi KLCC pada hari raya pertama, begitulah juga di kawasan pusat peranginan tu. Mereka semua hanya berpeluang berhari raya di tempat-tempat sebegini kerana kampung halaman mereka jauh. Sungguh padat . Macam-macam fesyen ada dan macam-macam perangai ada.

Jadi ceritanya, kami memang tak dapat merasai kemeriahan setiap kali hari raya selama bertahun-tahun juga. Itulah harga sebuah pengorbanan yang perlu kami lalui .

Isteriku sangat-sangat memahami dan dialah membantu ku di kedai minum kerana pekerja-pekerja sudah tentu bercuti. Kami bertungkus lumus berdua seperti masa mula-mula kami mulakan perniagaan ini dahulu. Hasilnya memang lumayan kerana dapat keuntungan dan cover semula sewa kedai untuk bulan ramadhan yang tak berniaga dan dapat membeli stok keperluan.

Seperti yang aku pernah katakan :
" BUKAN SENANG DAN SENANG
Itulah harga yang perlu dibayar oleh kami .

25 ulasan:

  1. Salam CR,

    hehhe, az teringat pepatah tuh, az ingat itulah yang mula-mula bapak az kata dulu, melekat sampai sekarang: masa tu umur az baru 7 tahu kot

    Bukan sonang nak sonang jang oiiiiii
    Bukan susah nak suah.

    BalasPadam
  2. salam CR

    masa saya di Kl saya selalu berurusan dgn stationery,ye larrr semua yer cina,bukan main manis mulutnya...

    saya suka membaca kisah kedai minuman CR.bisnes tu saya umpamakan bagai cinta pertama,kenangan sungguh manis,pahit terasa sampai bila-bila tapi amat sukar dilupakan..

    CR betul tu,peruntukkan sekolah awal tahun melambak lg,kkdg hujung tahun pun tak abis pakai ...

    BalasPadam
  3. Salam Ukhwah Tuan,

    Cerita yang menarik.

    BalasPadam
  4. salam az,

    bukan senang nak senang
    tapi sangat senang nak susah
    he he he

    BalasPadam
  5. salam cm

    mmg manis mulutnya, tapi hanya manis di bibir , pjg lagi cite hikayat 1001 hari ni

    tapi hikayat ni betul2 terjadi dan apa yg saya harungi

    mmg itulah cinta pertama dalam dunia perniagaan , mmg sukar dilupakan kenangan pahit, manis,wangi,busuk semua ada he he he

    saya sgt bersyukur dgn apa yang Allah kurniakan buat saya , dan sehingga sekrg saya masih sedar, siapalah saya

    next n3 tgh buat, psl nak kene recall balik benda 10-20 tahun lalu, saya dah tua, pelupa hi hi hi

    BalasPadam
  6. salam azemi

    juga kesejahteraan buat tuan,

    cite dari pengalaman diri mengharungi dunia dalam meneruskan kehidupan, yang pastinya kehidupan di akhirat kelak yg hakiki

    BalasPadam
  7. salam rezeki...

    yang paling menyedihkan tuh bila bangsa kita sendri tak mau tolong dan naikkan bangsa nyer..lebih muliakan banga C tuh..
    alhamdulilah..allah swt senantiasa bersama mu berkat kesabrana Cr sekeluarga..

    waslam

    BalasPadam
  8. Sakam CR,

    hhe betul tu sebab arwah kata bukannya sudah nak susah, sonang ajer nak susah ni.

    CR, az baru abis baca part 5 n 6 dengan penuh penmghayatan. ermmm no wonder la.

    kalau tak mahu publishkan dalam bentuk buku, bagilah kat az ceritakau ini. heheheh.

    so lepas ni kau publishkan then lepas itu buku2 itu berada di pameran kedai-kedai buku macam prof kamil tuh.

    Memang ummp la.
    Teruskan menulis sahabatku, Pak Itam.

    BalasPadam
  9. salam saudara ku cl,

    itulah hakikat nya dulu , tapi sekarang, alhamdulillah, kesedaran dah mula timbul dlm hati org islam walaupun peratusannya masih kecil
    tapi sikap tak mahu menolong bangsa sendiri dan umat islam masih ada, semoga mereka diberi petunjuk dan hidayah

    saya selalu berdoa agar kehidupan saya dan kita semua umat islam, umat nabi Muhammad SAW sentiasa dibawah kerahmatan Allah SWT

    BalasPadam
  10. salam az yg dihormati,

    semoga penceritaan saya ini boleh memberikan 1 motivasi dan kesedaran
    itupun jihad juga, tapi dlm bentuk penulisan

    insyallah, jika diberikan kesempatan oleh Allah SWT , saya akan terus bercerita dan menulis

    BalasPadam
  11. Pengalaman hidup yg menarik ni memang patut dibukukan utk panduan org ramai..rujuk le sifu PTS,Roza isteri Prof Kamil dah mula siap mnuskrip travellog Cinta abadi.Ada 2 buku dr CR...bisnes dan pengembaraan...Kalau kena gaya CR jadi penulis celerbiti pulak..

    BalasPadam
  12. Salam CR,...

    Teruskan usha menulis ceriter pgalaman hidup nih..

    Saya n suami kongsi baca citer ni..pgalaman kami pun hampir sama juga dgn CR...bab citer meniaga..suami sya pun umur dia lebih kurang CR juga...nak masuk 40...huhu

    Saya cadangkan kisah N tulisan CR ni dibukukan dan jual...satu lagi peluang tmabah rezeki..cubalah...CR ada bakat menulis dengan baik...semua tu..datang dari hati sanubari kita..kan..insyallah...
    kirim slam pada isteri..saper namer tu...saya kagum ngan dia....isteri baik n solehah....

    BalasPadam
  13. Terimakasih CR,balas balik kata2 saya di N3 semalam.

    BalasPadam
  14. Ni nak minta baca manuskrip Roza..dia mula dgn menulis blog..kami selalu kata.bukukan...akhirnya...

    BalasPadam
  15. salam mama ju

    sarap apa pagi ni, saya sarap dgn quaker oat je, tu kat bawah mak itam tgh masak dan siapkan mee hoon sop utk hidangan tgh hari, nak tukar selera, hari2 mkn nasi, tgh ni makan menu lain pulak.

    mama ju

    kalau 40 org kata mcm tu , itu doa

    insyallah.

    BalasPadam
  16. salam shami

    semoga cite saya ni boleh dijadikan iktibar dan pengajaran , yang tak baik jadikan sempadan

    mungkin hati saya belum tergerak utk menulis dalam btk buku , saya ni jenis low profile

    BalasPadam
  17. salam mama ju

    tak nak jadi penulis celebriti lah, kalau tukang makan celebriti nak he he he

    BalasPadam
  18. bab bulan puasa tu,

    tak faham kenapa org islam nak bersekongkol dgn org2 yg x puasa.. siap ada tempat khas utk diorg jamu selera siang hari.. meluat tgk org yg x puasa dgn org yg jual..

    BalasPadam
  19. salam che pit

    tulah pasal, kalau tak puasa tu, jgnlah tayang2 , malu kat org agama lain, malu dengan Allah dah satu cerite

    kat KT ni ada sebuah gerai org kita menuju ke bandar, setiap tahun saya perhatikan, kalau bulan puasa , dia pasti bukak. pagi2 jam 7.00 dah mula meniaga , nak kata org islam yg beli, yg saya nampak banyak org kita

    nak jadi cerita, kawasan tu dah 2 kali kene ribut , habis gerai kene hempap ngan pokok besar, tapi yang kene peniaga lain yg baik dan beretika dan tahu hukum hakam

    si dia ni tak kene pun gerainya
    tulah, kalau Allah nk turunkan bala, semua akan kene

    cite psl ribut ni ada keluar kat metro

    BalasPadam
  20. Salam CR....

    Saya n suami pun low profile jugak...hehehe..CR ada bakat dan gaya penulisan tersendiri...ada unsur humor..hehehe...semoga berjaya....

    BalasPadam
  21. Salam CR,

    "Tak susah nak susah, tak senang nak senang"..kata2 nie diberikan oleh cikgu praktikal sy ketika darjah 6..sy masih ingat sampai sekarang..bcoz it works to motivate myself..

    Bulan puasa..sy pun pernah bhadapan dgn orang yg tak puasa..tanpa segan silu hisap rokok depan khalayak ramai..bg sy kalo dengan Allah tiada rasa malu apatah lagi dengan manusia..wallahua'lam

    BalasPadam
  22. salam shami,

    alhamdulillah atas doa puan , juga doa dari pak itam buat puan sekeluarga

    BalasPadam
  23. salam shima,,

    hidup susah, mati pun susah he he he

    itulah dunia hari ni , anak2 bangsa kita semakin hanyut

    BalasPadam
  24. Salam Pak Itam,

    Pandai pak itam bercerita.. Penglipurlara di alam maya.
    4-5 ribu kira o.k.jugak kat kedai minuman tu.. pak itam. Syukurlah, Mak Itam selalu membantu & memberi peransang.

    Cuma bang long & kak long belum lagi berhasil. Macam-macam kerja dah buat..belum rezeki barangkali. Tapi anak2 diutamakan membesar dgn sempurna, makan pakai cukup, tapi tak lah sebaik orang lain.

    BalasPadam
  25. salam abg sulong,

    alhamdulillah, mungkin belum rezeki abg sulong lagi, tapi jgn berputus asa, berusaha dan berdoa, insyallah , rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk

    doa saya buat abg sulong sekeluarga agar dibuka pintu rezekinya seluas-luasnya oleh Allah SWT

    insyallah

    BalasPadam