WARGA SCP

Selasa, Disember 22, 2009

42 TAHUN BERLALU : PART 15 (episod last kopek)

surat ini yang ditunggu-tunggu bagai bulan jatuh ke riba
Alhamdulillah

setiap kali ke luar negeri, insuran perjalanan "takafful" akan
pak itam beli sebagai perlindungan "luar jangkaan"
tak terkecuali ketika mengerjakan haji
nampak remeh, tapi banyak manafaatnya
sekira berlaku kejadian yang tak diingini


buku rekod kesihatan
macam traffic light daa
ada hijau, kuning, merah
mak itam punya hijau bermaksud dibenarkan pergi tanpa syarat
pak itam punya ditanda kuning, bermaksud pergi dengan bersyarat
syaratnya tekanan darah mesti rendah keh keh keh
nasib baik tak merah ngeh,ngeh,ngeh


pasport haji yang tak rupa pasport
habis kena tampal
dah memacam iklan pulak
ngeh,ngeh,ngeh


dedulu takde sijil, sekarang kerana LUTH nak dapatkan sijil ISO, tu yang semua jemaah dapat . Depa bagi , pak itam terima dgn ucapan terima kasih . tapi sijil ni kat dunia sahaja .Yang paling penting, Allah SWT menerima segala amalan kami di sana. insyallah

Alhamdulillah, segala apa yang dihajatkan dan di doakan dimakbulkan oleh Allah SWT. Kami selamat pergi dan selamat kembali . Di sana kami diberikan kemudahan seluas-luasnya oleh Allah SWT dalam mengerjakan ibadat haji dan ibadat-ibadat yang lain . Cuma pak itam je deman 2-3 hari kerana jangkitan kerana jemaah yang terlalu ramai dan berpusu-pusu. Semua catatan pak itam di sana boleh diikuti dalam n3 terdahulu berkaitan perjalanan haji kami .

Sekembali dari dari tanah suci , hanya sempat melepaskan lelah sehari saja di KL kerana terpaksa pulang ke KT . Esok anak-anak nak sekolah . Dalam kepenatan dan mata yang mengantuk akibat perubahan masa , pak itam singgah ke kampung untuk bertemu ibu yang dicintai dalam perjalanan pulang .

Hanya Allah saja yang tahu , tapi pak itam rasa berbaloi kerana pak itam dah buat yang sebaik mungkin di sana. Hanya berdoa hingga ke hari ini agar haji kami itu diterima dan mendapat haji mabrur.

Sesungguhnya pak itam rasa , sudah lengkap perjalanan hidup pak itam ketika ini. Jika Allah mengambil pak itam kembali, rasanya pak itam dah bersedia.

Dari seorang yang tidak punya apa-apa , pak itam bertatih setapak demi setapak. Semua perasaan pahit, manis, masam , payau, tawar , kelat di dunia , pak itam dah rasa.

Sesungguhnya cara pak itam bersyukur ialah dengan mempertingkatkan amalam pada Allah SWT yang telah memberikan rezeki dan kebahagiaan di dunia .

42 tahun berlalu dengan penuh warna-warni kehidupan. Mendung yang berarak pada awalnya akhirnya berlalu pergi dengan izin Allah jua. Sekarang pak itam punya banyak masa untuk bersama-sama keluarga yang satu masa dulu sangat terhad. Suatu ketika dulu, banyak masa dihabiskan dijalanan . Apa yang diinginkan hanyalah keberkatan dari Allah yang berterusan utk pak itam sekeluarga dalam menempuh hari-hari tua yang mendatang dan sentiasa dibawah kerahmatan dan perlindungan Allah SWT.

Sesungguhnya perjalanan pak itam yang penuh ranjau berjaya pak itam harungi dengan izin Allah jua. Dia Maha Pengasih , Pemurah, Pengampun dan Penyayang.

Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang
menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah
aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya
sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan
seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan
demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).


Dan dalam banyak-banyak perjalanan dalam "Suatu Catatan Perjalanan"perjalanan kami ke Tanah Suci ini akan kekal dalam hati dan sanubari sehingga ke akhir hayat

Perkongsian 42 tahun perjalanan hidup pak itam sesungguhnya tiada niat untuk menunjuk-nunjuk atau riak dan bangga diri, tapi sekadar cerita untuk kita kongsi bersama. Yang baik boleh dijadikan teladan dan ikhtibar, yang buruk jadikan sempadan.

Maaf sekiranya ada yang menyinggung perasaan dan hati kalian semua.

46 ulasan:

  1. Alhamdulillah dan InsyaAllah

    semua susah payah pahit jerih tu adalah kasih sayang Allah pada hambaNya.

    congrats! :)
    saya doakan semoga kasih sayang 'Pak Itam dan Mak Itam' bertambah2 hingga akhir hayat dan hidup rukun aman damai dengan rezeki yang melimpah dalam penuh keberkatanNya. Amiin

    BalasPadam
  2. Salam CR,

    Alhamdulillah. Saya begitu enjoy membaca catatan perjalanan hidup CR yang penuh warna warni, hitam putih, suka duka selamaa 42 tahun yang lalu. Semoga CR terus maju jaya dalam menempuh kehidupan mendatang dan seoga Allah memudahkan urusanmu di dunia dan akhirat. Amin

    BalasPadam
  3. Salam CR.
    CR memang pandai bercerita.Saya tabiklah CR simpan semua brg2,n dokumen lalu...terus maju dan berjaya!

    BalasPadam
  4. Salam CR...

    Alhamdulillah...
    Last kopek N3 berakhir sudah
    Tahniah diatas cerita dan pengalaman yang dikongsi..
    Semoga Pak itam sekeluarga dan kita semua sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah Taala setiap masa insyallah...selawat dan salam juga dipanjatkan buat Rasulullah junjungan kita Muhammad s.a.w ahli keluarga dan sahabat baginda..amin.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah pak itam,
    Terlaksana sudah cita-cita, tercapai sudah impian.
    Yang tersurat tu tak penting..tapi yang tersirat tu lebih penting. Maksud abgsulung, ganjaran disisi Allah yang tak dapat dilihat manusia tu lebih penting. Maksud saya hasil daripada pekerjaan ibadat kita tu yang lebih penting.

    betul tu mamaju..pak itam ni memang pandai menulis, tulis jawi pun dia boleh psl kecik dulu dia sekolah agama. Bak kata Kak Ngah, tabik gaban..kat pak itam. Org kuching pulak cakap tabik datuk.. ngeh..ngeh..ngeh.

    psss.. buat kenang-kenangan, dukumen masa naik haji saya simpan dalam lemari kaca dalam bilik tido, buat tontonan saya & isteri saja ..kekh..keh..keh..

    BalasPadam
  7. Salam CR..

    Alhamdullilah.. syukur kehadrat Yang Esa dengan perjalanan hidup yang diberkati..

    sob sob sob.. dah abih arrr.. cheq baru nak cover balik yang 3/4 hari terlepas bas..

    anyway my pak menakan.. keep on menulis.. cheq enjoy reading.. yang baik dijadikan tauladan.. semoga kita semua beroleh iktibar dari pengalaman perjalanan seorang hamba Allah yang bernama.. 'tutttt' off record.. wa ha ha..

    uwaaaaa.. cheq nak ikut pak itam & mak itam petang nie bley???

    BalasPadam
  8. slam tuan ismet..

    alahamdulilah..bestnyer dia semua ada dan dapat untuk jadikan kenangan..cheq dan 2 kali berhjai takda gelang and buku lah..sodih takda kenangan..hehheeheh

    waslam

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Salam Pak Itam,

    Alhamdulillah sgt kemanisan itu masih terasa sampai ke hari ini..Didoakan semoga Mabrur itu milik Pak Itam & Mak Itam..

    Terima kasih atas perkongsian sehingga ke Part 15..Bak kata Kak Noor..teruskan menulis..sy suka membaca pengalaman insan2 yang berpengalaman spt Pak Itam, AZ, Kak Nija, CM, IP, CL, UH dan lain2nya..


    Semoga selepas ini rezeki sy akan tiba untuk menjejakkan kaki ke bumi para ambia itu..amin

    BalasPadam
  11. Salam

    laaa dah habis,tulislah lagi,pak itam memang pandai menulis,,pas itam jugak seorang yg sentimental.disimpan semua dokumen dengan baik,tanda perjalanan haji nyer sangat bermakna dalam hidup..

    pssst pak itam tulis perjalanan masuk hutan pulak yerr,pengalaman berburu dihutan simpan...macamner menjinakkan tapir kak ngah..

    BalasPadam
  12. Salamak..lekom....salamak..lekom...ooo..tuan rumah, ,mana tuan rumah ni..!! Masih di hutan agaknya dia..

    Kalau tak menjenguk rumah pak itam & rumah pak aji makkah yg masih bujang, memang tak sah.

    Betul juga kata CM..cubalah pak itam cerita pulak kisah pak itam masa dihutan. Kalau pak itam cerita lagi, awai saya datang rumah pak itam. Saya tolong hamparkan tikar, pasang pelita, siapkan sirih pinang & rokok gulung sebelum pak itam bercerita. Heh..heh..heh..

    BalasPadam
  13. salam CR...
    alamak dah abis ... tak per la nanti dtg kisah dr hutan lak .
    semua yg dicatat kami suka baca dan tak pernah rasa , itu sbg menunjuk2 pun . mungkin dgn tulisan tu juga dpt kami kenal diri CR dgn lbh dkt lg.

    BalasPadam
  14. Pasai cepat sangat habih nie?Seronok baca cerita pak itam sebab ada banyak pengajaran & iktibar. Yang baik dijadikan tauladan, yang tak baik dijadikan sempadan. InsyaAllah, saya akan ulangbaca ketika hati sedang berduka sebagai penglipur lara.

    p/s 1 je yg akak tak puas hati, sampai habis ditutp muka dan nama sebenaq. Mesti ada sobab tu.

    BalasPadam
  15. Salam Rezeki,
    Alhamdulillah, terasa sangat manis bila kita berhempas pulas di peringkat awal dengan kesusahan kan...kadang-kadang terfikir, begitulah sayang nyer Allah pada kita, pada Rezeki, Dia mahu kita terasa nikmat bila menerima nikmat, diberi peluang merasa susah, sungguh sayang Allah pada Rezeki kan...bagus bijak berniaga, pandai mengurus perniagaan...

    Seronok bila ada muslim yang berniaga, tahu prinsip apa yang dipegang nya...

    ps: semoga kasih sayang Rezeki dan Mrs rezeki semakin mendalam ke akhir hayat...

    BalasPadam
  16. Betui tu ina, macam cerita P.Ramlee, tak boring dibaca berkali-kali.

    datin, itulah omputeh kata "strong love". Balik dari kerja dia kata gini pada mak itam,"darling, i love you. Mak itam pula balas balik "i love u to mu dear". ngeh..ngeh..ngeh..

    Banyak supply barang dekat-dekat nak bukak sekolah ni pak itam. Closing account 22 aribulan, tapi bil-bil boleh di back dated.

    BalasPadam
  17. salam, tinggal jejak...harap2 suma akan jadi kenangn manis, pahit payau jadi ubat...err krem salam kat mak itam...meh larr kongsi novel'...dah baca lum 9 nyawa...? jaj & Din..pun terbaru...kita lumba baca jom...

    BalasPadam
  18. salam, tumpang lalu pak itam...salam khairyn..., tak sangka jumpa kat sini..., tak yah jauh2 saya ke Glasgow hehhehe...so sarah apa cerita...? ni tgah baca J & D...bila nak balik M'sia..teringin nk jumpa

    BalasPadam
  19. Salaam CR,

    Ketinggalan 2, 3 entri...hari ni baru sempat khatam. Tp mintak maap naa Pak Itam, tak bawak pulut kunen la pulak...heh

    Alhamdulillah, banyaknya pengalaman yang Pak Itam lalui bagi seorang yang boleh dikatakan masih "muda" lagi...ehh ye ke muda? hehe....ye lahh...omputih kata "Life begins at 40", so kira dalam hitungan umoq kalendar omputih, Pak Itam ni baru jer masuk 2 tahun...kecik lagi tuu ;) Banyak lagi jihad yang perlu diperjuangkan, dak gitu?
    Nabi kita pun (selawat ke atas baginda) terima wahyu umoq 40...
    so the best is yet to come for you, insyaAllah..

    Semoga perjalanan hidup Pak Itam & Mak Itam terus gemilang di sisi Allah swt. Amin.

    Teruskan 'mengeblog', ya Pak!

    VpeaceV

    BalasPadam
  20. salam khairyn

    syukur kehadrat Allah yg tidak terhingga atas limpah kurnianya

    tu kucing tu pak itam tgk makin tembam pipinya he he eh
    kesejukkan agaknya

    BalasPadam
  21. salam az

    kalau az enjoy, saya pun enjoy dlm mengharungi hidup ni walaupun bermcm rintangan

    alhamdulillah

    BalasPadam
  22. salam mama ju

    alhamdulillah, saya mmg suka menyimpan benda yg ada nilai sejarah utk saya, tu yg keta lama saya dh berbelas tahun pun masih ada saya simpan dan boleh digunakan
    he he he

    BalasPadam
  23. salam syami
    alhamdulillah atas kurnian Allah,
    pak itam senang ke atau susah, pak itam tetap bersyukur krn itu semua kurniaan Allah kpd hambanya

    BalasPadam
  24. salam abg sulong

    alhamdulillah, apa yg diharapkan agar kita semua mendapat ganjaran di akhirat kelak

    bukan tulis jawi je, tamil, urdu pun boleh he he he

    dokumen itu mengembalikan kenangan yg tidak dpt dijual beli

    BalasPadam
  25. salam kak ngah

    insyallah, sekira diberi ruang dan keizinan dr Allah, pak itam akan menulis

    sekarang pun tgh menulis buku berjudul "mak itam nk babap, lari" ngeh,ngeh,ngeh

    laa, pasal apa kak ngah tak cakap awal2 he he he

    kalau cakap awal, tetap tak boleh itut pak itam ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  26. salam cl

    kesian cl, takpa. sekurang2nya cl ada haji nokia he he he

    cpt lego hj n tu, krg tinggal 20 riyal je ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  27. salam shima

    mana yg baik jadikan teladan , semoga shima akan terus maju dlm karier yg diceburi dan berpeluang mengunjungi tanah haram yg penuh keberkatan , insyallah

    BalasPadam
  28. salam abg sulong

    sebenarnya pak itam sekarang berada diluar kawasan, sekrg ni kat hutan batu a.k.a hutan kongkrit krn perambat beberapa ekor badak air kak ngah yg terlepas ngeh,ngeh,ngeh

    nti kalau pak itam dh balik ke hutan kat semenchu tu, pak itam sambung cite lagi he he he

    BalasPadam
  29. salam cm,

    saya suka menghargai sesuatu yg ada nilai sejarah , tu yg simpan

    nak kata sentimental , entahlah tapi dlm keta mmg saya suka dgr lagu alleycats, ada cd koleksinya

    tapi bila bukak je, anak2 pakat kata "alah bah" he he he

    BalasPadam
  30. salam kak ummi,

    saya tak suka expose, kenal saya melalui penulisan saja dh cukup rasanya he he he

    nti saya tulis cite lain pulak

    BalasPadam
  31. salam kak ina,

    kalau tak edit mau 100 episod, tapi biarlah perkara2 yg terlalu pahit pak itam telan sesorg je , krn takut akan mengaibkan org lain, kalau kita pelihara aib org lain, insyallah balasannya besar

    mmg ada sebab saya tak boleh "interframe" he he he
    nti2 lah saya cite

    tapi kalau jumpa "live"
    insyallah pak itam dan mak itam tak pakai topeng punya he he he

    BalasPadam
  32. salam datin

    alhamdulillah, kasih sayang saya pada isteri tak pernah kurang, insyallah dgn izin Allah

    niat saya dr dulu nak jadi peniaga muslim yg beretika serta mengikut lunas2 islam dan semoga Allah SWT terus melindungi pak itam dari terjerumus ke arah perniagaan yg tidak beretika

    BalasPadam
  33. salam abg sulong

    ni cite p itam he he he

    mmg sibuk betul dgn buku, penyapu, tong sampah , skop sampah , peralatan pejabat dll alhamdulillah, rezeki

    tak payah back dated, mmg tak cop tarikh pun he he he

    BalasPadam
  34. salam kak ana

    saya ni jenis "slow reader" tu yang kalau baca surat khabar, malam baru habis he he he

    mak itam cakap"saya ni bukan membaca saja, siap mengeja " he he he

    BalasPadam
  35. salam umi

    muda belia ngeh,ngeh,ngeh

    kalau nk bawak , bawak pulut itam

    mmg banyak lagi perjuangan (jihad) di dunia yg belum selesai, tapi insyallah. selagi bernyawa , pak itam akan lakukan

    terus 'mengeblog" takpa jgn "terus goblog" ke ke ke

    BalasPadam
  36. salam semua rakan2 yg pak itam hormati dan kasihi

    alhamdulillah, terima kasih yg tidak terhingga atas doa2 kalian utk kami, hanya Allah saja yg dapat membalasnya

    seminggu ni , pak itam ada kat "hutan batu"

    2 hari lps, pak itam telah bertemu dgn saudara pak itam, saudagar tilam dan cadar dr tanah suci

    alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT krn dgn izinnya kami dapat bertemu

    walaupun pertemuan agak singkat , hanya 2 jam , tapi kemesraan antara kami bagai sudah kenal berpuluh tahun lamanya, itulah kuasa Allah SWT yg telah mempertemukan pak itam dgnnya dari sebuag blog , byk kisah suka duka yang kami kongsikan bersama .

    kemudian tadi, pak itam juga bertemu dgn seorg lagi saudagar makanan juga dr tanah suci,kami juga berkongsi cite dan pengalaman
    tak sedar, 7 gelas air kami minum

    alhamdulillah, Allah SWT telah mempertemukan pak itam dgn kedua-dua saudagar ini dalam suasana ceria yg sukar utk digambarkan

    semoga ikatan silaturahim antara pak itam dgn mereka dan juga rakan2 blog yg lain sentiasa dirahmati dan berpanjangan

    doa pak itam, semoga kedua2nya sentiasa dibawah kerahmatan dan perlindungan Allah SWT

    BalasPadam
  37. Salam CR, ha, tumpang baca blog semenjak baca pasal banjir di KT tu mcm penah nampak umah. dah katam 15 chapt untuk 42 yrs back... banyak pengalaman pahit manis. Ternampak 42 tahun yang minat nak baca lagi. Semoga anda sekeluarga didalam lindungan Allah.

    BalasPadam
  38. Salam,

    Ha...rumah pak itam ni semakin ramai pengunjung. Semakin hari semakin bertambah. Termasuk pengunjung yang tidak meninggalkan jejak.

    BalasPadam
  39. Salam...CR

    Last kopek n3 ni..jgan blog pun last kopek udah ler....ngeh..ngeh..ngeh

    CR..kami semua tunggu n3 baru...nih..jgan lelamer sgt...

    BalasPadam
  40. salam lynn

    tk krn sudi membaca coretan cite yg tak sebrp ni

    mcm nampak umah he he he
    masa banjir dh tak nmpk umah ngeh,ngeh,ngeh

    semoga kehidupan kita semua sentiasa diberkati dan dilindungi Allah SWT

    BalasPadam
  41. salam abg sulong

    pak itam baru sampai pinggir hutan, esok nak masuk hutan bang 3-4 hari, khamis baru keluar hutan ngeh,ngeh,ngeh

    nk cari ilham kat hutan he he he
    kesian binatang peliharaan lama tak jenguk, hari tu dgr seekor dh terlepas he he he

    BalasPadam
  42. salam shami,

    insyallah, kalau diberi ruang dan keizinan Allah, pak itam akan menulis

    tapi akhir2 ni tersgtlah sibuknya , ni pun baru spi pinggir hutan, esok nk masuk hutan he he he

    BalasPadam
  43. Patut le pak itam takde 2-3 ari kat blog. Rupa-rupanya masuk hutan jauh jauh tu..

    BalasPadam
  44. salam abg sulong

    ngeh,ngeh,ngeh
    sebelum masuk hutan ptg ni, pak itam dh buat n3 baru , semoga dr penceritaan tu memberikan kita iktibar , insyallah

    BalasPadam