"Mana nak dapat ilmu berniaga stationery ni , kalau tanya orang , orang mesti tak tahu. Tapi takkan aku nak main "redah" je."
Untuk dapatkan ilmu dalam perniagaan baru ni, tentu banyak "research" yang mesti aku buat.
Tentunya "susur galurnya" aku mesti berusaha dan bersusah payah dulu dalam nak mencari segala maklumat yang berkaitan . Tapi takpa, susah payah dalam aku nak mempelajari selok belok bidang ni, tentu ada ganjaran hebat di sisi Allah
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :
Barang siapa yang mengambil jalan bersusah-payah untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan untuk masuk syurga"
Memang pada permulaan perniagaan baru tu, berat betul cabaran dan rintangannya. Namun aku pun mula buat "home work" . Setiap sekolah akan mendapat "geran perkapita" dari kerajaan setiap tahun mengikut jumlah murid-muridnya. Peruntukan itu pula akan dibahagi-bahagikan mengikut keperluan. Ada peruntukan pejabat, ada peruntukan untuk setiap panatia dan juga pusat sumber. Kemudian aku lihat sekolah di tempat ku hampir mencecah 100 buah sekolah dan aku mula mengklasifikasikan sekolah-sekolah tersebut mengikut jumlah murid dan jenis sekolah. Ada sekolah menengah, sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Jadi aku dah boleh target mana satu sekolah yang akan akan pergi dan buat "marketing"
Yang pasti SJK aku tak masuk, sedangkan sekolah bangsa sendiri pun sukar utk ditembusi, nikan pula ......... Kerana itulah kerajaan pada masa tu sgt menitik beratkan DEB kerana kaum Melayu terpinggir dari segi perniagaan. Kemudian aku kaji siapakah pembekal keperluan sekolah yang "bermaharalela" di tempat ku sehingga sukar untuk peniaga lain memecahkan pasaran, apakah barangan yang ditawarkan dan harganya, bagaimana dia boleh bina "networking" yang sebegini kukuh. Semua ku kaji dari segi kelebihan dan kekurangannya.

Ini betul-betul punya "homework" TAPI HOMEWORK NI KALAU TAK SIAP ,
TAK KENE ROTAN HE HE
Untuk menjalan perniagaan dengan pihak sekolah, kita tak boleh menawarkan hanya 1 jenis barangan sahaja , sebagai contoh keperluan pejabat. Rupa-rupanya terdapat banyak keperluan pihak sekolah seperti alatan sukan, alatan PSS, alat bantu mengajar (ABM) , pelbagai buku PSS, alatan kemahiran hidup, alatan sains dan banyak lagi jika hendak dicatatkan.
Jadi aku mulalah meredah untuk mengenalpasti dan mencari pembekal2 berkaitan.
Mungkin agak kelakar juga jika aku katakan. Mula-mula yang menjadi panduan ku ialah "YELLOW PAGES" . Masa tu tiada kemudahan meluas internet dan laman-laman web , Jadi yeloow pages tu lah sumber rujukan ku pada masa tu.
Kemudian lama juga masa yg ku ambil utk berhubung dengan kesemua pembekal tersebut. Seperti yang aku cakap sebelum ini, "duit saya punya, barang awak punya". kerana masa tu 100% pembekal diperingkat atas adalah bangsa c... Mereka tidak akan mempercayai kita . Jadi , semua urusan dalam bentuk "tunai" dan harga yang ditawarkan pada ku agak tinggi sedikit dari yang dijual kepada bangsanya sendiri. Itu memang lumrah yang terpaksa aku hadapi.
Apa yang jadi motivasi pada ku ialah, kebanyakkan salesman yg datang ke sekolah-sekolah ialah "budak kita beragama islam" tapi towkeynya bukan dari kalangan bangsa kita. Sampai bila taraf kita orang melayu dan umat islam nak maju, Dari pengilang sampai pembekal hingga pengedar dan peruncit, semuanya bangsa c...
jadi aku jadikan "benda-benda" ni semua sebagai jihad , dunia dapat dan akhirat pun dapat, insyallah
Tapi kedai minuman ku terus beroperasi, "kayuh tetap kayuh"
Beberapa kali juga aku "beraksi" keseorangan di kedai minuman ku , kerana pekerja ku memberikan notis singkat , "nak cuti" semasa aku menjemput mereka di rumah
Kenangan ku beraksi seorang tetap tak dapat ku lupakan, sampai kedai semua barang kene angkut dulu ke dalam kedai, kat pintu gate dah ramai pengunjung,
"Alamak, apa aku nak buat kerana aku kena tanya order, aku kene buat air , aku kena hantar. Mau kelam kabut dibuatnya". Masa tu rasa macam nak menyorok dan menangis kat belakang kedai,
Aku gagahkan juga, siapkan mana yang patut dulu kat dapur.
Serbu je, terus ambik order dan terus buat air . Menitik peluh dibuatnya.
Nasib baik, kakak sebelah yang jual makanan tolong aku ambikkan order bila aku sibuk kat dapur, pelanggan sampai. Kalau tidak , nanti kedai jual air yang sana tu dengan muka selambanya akan masuk menyeberang sempadan dan mencuri pesanan pelanggan ku. Selalu mcm tu , tapi "biaq pi lah". Kalau dah rezeki aku dah tertulis, tetap ada. Insyallah
Dalam sorang2 beraksi, dari pagi hingga ke petang tak sempat makan apa-apa. Kejenya minum je. Masa solat ,ku tinggalkan kedai , kakak sebelah tolong coverkan.
Balik je bila kira pendapatan hari tu dalam RM800-Rm 1000 juga. Memang berbaloi dan kepenatan juga berbaloi-baloi, lemah longlai semua tubuh badan. Selalunya menjelang pukul 6.30 - 7.00 ptg dah mula kemas kedai dan lepas magrib baru aku pulang ke rumah.
Aduhhhh , 85 km lagi. Singgah ke bandar KT untuk mendapatkan keperluan di supermarket dulu yang dah habis . Sampai rumah kat pukul 10.00 malam juga. Lepas rehat sekejap dan uruskan semua keperluan diri , masuk balik dapur kat rumah pulak. Nak kena masak agar-agar, air gula , bahan ABC dan pukul 12.00 ++ juga baru siap. Esok subuh dah nak pegi balik.
Kalau setiap yang manis mesti ada pahitnya, pahit tu kan ubat.
Sejarah aku berniaga, pendapatan yang paling sikit aku dapat ialah hanya RM8.00 kerana kita sebagai manusia hanya berdoa, Allah yang menentukan. Hari kalau hujan lebat dan cuaca tak mengizinkan, tempat tu mmg takde pengunjung. Ada hikmahnya, mungkin Allah nak bagi aku rehat sikit, asyik bekerja je. Dapat aku melunjurkan kaki. Dalam pada duduk "bodoh-bodoh" saje, aku buat "homework" aku tadi
Seperti yang pernah aku katakan, asalkan halal dan boleh buat duit aku buat. Untuk pergi ke kawasan peranginan tu, hanya ada sebuah bas 2 jam sekali dan teksi yang kadang-kala masuk , kadang kala tak masuk. Jadi bila time "free" je , aku mulalah "menyupir" a.k.a jadi pemandu "prebet sapu" jika ada permintaan khusus . Untuk satu perjalanan ke KT lebih kurang RM12 ke RM 15 hinggit, pasal balik takde penumpang. Satu hari nak jadi cerita, sepasang "couple" dari singapura yang baru kahwin pasal kat jari merah lagi inai dan berbulan madu kat situ nak balik awal-awal pagi. Dah tentu tiada "transport". Jadi apa lagi, akulah jadi "pak supirnya". Aku sampai kedai je, dia minta tolong hantarkan, masa tu 2 orang pekerja ku ada. Bila "part" nak naik je, dua-dua nak duduk belakang, aku tahulah kau baru kawin .Va, Va, Va , dahlah minta tolong orang, dia ingat ni teksi ke. Aku pun mintalah yang lelaki duduk depan, aku cakap baik-baik,
"bang , ni bukan teksi atau limousine, nanti tak pasal-pasal saya kene tahan dgn "pak polisi" yang selalu buat roadblock kat depan kerana membawa penumpang tanpa permit."
pernah juga penumpang yang naik tak bayar, keluar pintu cakap terima kasih pun tidak.
apa nak buat, bukan rezeki, kira jelah sebagai membantu .

YANG PASTI
JANGAN PANDANG SESEORANG ATAU SESUATU KEJADIAN
DENGAN SEBELAH MATA
KALAU PANDANG SEBELAH MATA
YANG KELIHATAN HANYA YANG BURUK dan NEGATIF
KALAU PANDANG DENGAN KEDUA BELAH MATA TERMASUK MATA HATI
TENTU NAMPAK KEDUA-DUANYA
YANG BAIK DAN BURUK
TAPI SAMPAI SEKARANG
SEORANG RAKAN KU TETAP MEMANDANG KU DENGAN SEBELAH MATA
KERANA
MATANYA MEMANG ADA SATU JE
alhamdulillah, rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT
untuk kami diraikan bersama-sama
untuk memupuk dan membajai rasa kasih dan sayang
dan sebagai tanda terima kasih kepada mak itam dan keluarga
yang dulu sama-sama susah
jadi senang pun kita sama-sama senang
pak itam dengan mak itam memadu kasih di tepi sungai Thames, London 2004. mesti kekawan tanya kenapa muka tu hitam, dah namanya pak itam dengan mak itam ngeh,ngeh,ngeh Kami tak suka interframe
Mak Itam kat London 2006, pasal duk keliling org putih, maka mak itam pun jadi mak utih
Mak Itam dan anak2 kat HK
mak itam kat scotland
huhuhu
BalasPadamtak baik kaler muka macam tu aaa...
Ingat dulu masa my dad berniaga, dia pernah dapat RM8k sebulan. Dalam thn 80an duit macam tu kira tersangatlah banyaknya. Boleh beli tanah sebidang.
Tapi betul tu apa2 buat kena ikhlas. Rezeki dari Allah. Tapi memang arwah abah tak suka berhutang. Kereta cash, rumah pun cash.
Saya? kereta hutang, rumah pun hutang.. huwaaaaa!!!! Tinggal 10k jer lagi nak langsai hutang rumah.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam Pak Itam & Mak Itam,
BalasPadamKita tak puas hati ni..
Mentang-mentang nama Pak Itam, gambar pun dihitam-hitamkan. Ada gambar dekat diletaknya pulak gambar gelap.. Apalah pak itam ni..teringin juga nak tengok muka pak itam & mak itam. Mana tau kita penah jumpa..
Pak Itam tak kesian ke pada follower pak itam ni.. uwaa..uwaa..
salam khairyn
BalasPadamhi hi hi minta maap le bebanyak , kami tak suka interframe
betul tu ryn, semua rezeki dari Allah .Banyak mana pun kita sebagai insan mesti mensyukurinya, kalau banyak alhmdulillah, sikit pun alhamdulillah
sikit je lagi tu 10k, tapi tulah , u tgh belajar . Takpa, isyallah, tentu ada sinar kebahagian dan rezeki buat khiryn nti lps tamatkan phd tu, dr. khairyn
salam abg sulong
BalasPadamkerana nama pak itam, maka muka pun hitam, kalau nama pak uning, nanti muka pun kuning he he he
hitam ke, kuning ke, yang penting kita mohon pada Allah agar hati kita semua tidak hitam dan bersih dr segala sifat yg tak baik
laaa, kita selalu tersenggol bontot dan bahu kat pasar, abg sulong je tak perasan he he he
tapi kalau jumpa "in person" saya tak pakai topeng mcm kumpulan amuk tu ngeh,ngeh,ngeh
Salaam CR,
BalasPadamWaktu time masa ni CR dah benti kejer & terjun 100% ke dalam dunia bisnes ke?
Amboi Pak Itam & Mak Itam macam honeymoon couple jer kat tepi Sg. Thames tuh...patutler dikalernya itam, tak mau orang lain enterprem ler tuu...hehehe, betui dak? ;}
VpeaceV
Betul kata pak itam. Walaupun apa warna kulit, yang penting hati tu sentiasa putih & bersih. Hati mesti mau baik be..,dan lebih penting jangan ada perasaan Ha..d D....ki dalam hati,Ikut seperti Sahabat Nabi, Saidina Bilal RA. Dikisahkan beliau adalah seorang Habsi berkulit hitam tapi telah dijanjikan tempatnya di Syurga.
BalasPadamDan ingatlah, org yang banyak bersabar,selalu berbaik sangka, menghubungkan silaturahim hidupnya sentiasa tenang & rezeki melimpah ruah.
ps..pak itam bukannya hitam tp berkulit cerah juga,kalau tidak takkan anak-anak dia putih. Kalau tak caya tengok gambar tu..
salam..
BalasPadaminterframe mmmg tak besttt..hahaha,boleh dimaaafkan sbb namanya pak itam dan mak itam..muka pun dihitamkan..
pak itam ni ada-ada ajer dia..
salam umi
BalasPadamtak berenti keje lagi masa tu, panjang citenya lagi he he he
sesekali nak bercanda juga berdua , setelah penat mencari rezeki keh keh keh
jgn bercanda dgn org lain , sudah le , tak berkat hidup
salam abg sulong
BalasPadambetui,betui, betui (versi pak itam)
keh keh keh
hidup ni semnetara je
krn penyakit hasad dengki (PHD) ni lah, bangsa kita susah nak maju
dulu pak itam masa kecik mcm anak cina, putih melepak,
dah tu kejenya berjemur je , dah itam udahnya hi hi hi
laa ni , gigi pun dah ronggak keh keh
salam cm,
BalasPadamkita serupa, tak suka dan selesa interframe
hidup ni mesti happy , dalam menjalankan tugas dan pekerjaan pun mesti happy, selagi ia tak melanggar tatasusila budaya dan agama,
dh habis tanda ketas , cukup tak pen nya keh.keh,keh
Salam CR,tak nak tunjuk muka pun tak pe..janji berceloteh tiap hari..mcm2 tip dapat...tapi satu hari ingin juga jumpa pak dan mak Itam!
BalasPadamsalam mama ju
BalasPadamtiap2 hari celoteh pun penat juga he he he
insyallah, jika dizinkan Allah
tapi siapalah kami, hanya insan biasa menumpang kerahmatan di bumi Allah
Dalam duk beri pengajaran pasai bisnes nie, sempat jugak Pak Itam melawak no. Mujuq pak Itam bkn jenis yg ada duit lupa bini pertama. Alhamdullillah, susah senang Mak Itam tetap dihatimu.
BalasPadamSejujurnya nak tanya Pak Itam, org dok habaq, meniaga mcm mana kecikpun hatta jual goreng pisang tepi jln, nak kena bagi duit kopi kat pihak2 tertentu, Pak Itam mcm mana?
salam kak ina
BalasPadamalhamdulillah, insyallah itu lah isteri saya yg pertama dan terakhir dunia akhirat
itulah cabaran besar dlm duk meniaga, tu sebab saya sukar nk tembus memula , tapi dah prinsip saya, tak mahu halalkan benda yg tak betul demi kelangsungan dalam bisnes dan kehidupan saya, biar sikit janji berkat
kalau kita pi huloq utk dpt sesuatu dan harapkan sesuatu, itu salah di sisi agama dan undang2, alhamdulillah saya tak penah buat begitu.
tak dapat bisness pun saya tak ghalat, tapi saya lagi ghalat jika tak dpt masuk syurga dan dipersoalkan di akhirat
banyak cara utk menyumbang yang halal di sisi agama dan undang2
saya menyumbang untuk peringkat organisasi atau sekolah dalam bentuk lain, kalau ada majlis ke spt maulud nabi, hari sukan , hari penyampaian hadiah, hari guru dan memacamlah lagi,
insyallah jika diminta memberi sumbangan, saya akan menyumbang
demi menjayakannya
CR....tak kisahlah Itam ke Putih ke, asal idup bahgia udah....hehehe, lawaklah tgk CR bekerja lebih masa mengITAM dan meMUTIHkan gamabr2 tu :))
BalasPadamCR...bagai kebetulan, isteri saya saya berminat berniaga stationanry tp saya ni jenis malas sikit, nanti kalau balik Msia, dia beriya2 nak gak, saya pohon ilmu dr CR ye...tentu bolehkan. Thanks CR.
Salam..CR..
BalasPadamLorrr ingat bole dapat gambaran wajahnya...itam ke putih ker..kuning ker saper yg kisah..AZ pinjam aarr ayat tuh..ngeh..ngeh..ngeh
Pasangan bahagia..kalau bukan suami atau isteri kita saper pulak..kan..keberkatan rezeki dan kebahgian hidup datangnya dari kasih sayang 2 insan sebagaimana adam dan hawa...
N3 42 tahun berlalu part 1-7,..rasa2 macam drama bersiri nur kasih pulak...heheh sentiasa dinanti..
Salam pak itam hehe bila warna2 ni teringat plak ayat hai mambang hijau, mambang coklat, mambang kuning hikhik jgn marah cr.
BalasPadamDimana ada kemahuan disitu ada jalankan..
Apa yg sy nmpk dlm hidup cr, meminta hanya kpd Allah dgn jln sbr & mkerjakan solat
sy kagum dgn cara cr..
Byk yg sy pelajari dan sematkan dr cacatan2 cr.
Sy tergelak laa bc statement cr yg nk lari nangis blkg kedai tue hikhikhik
Tahniah atas usaha cr yg telah mbuahkan hasil
Man Jadda Wa Jadda..siapa yg brusaha dia akan dapat..next part8 plz ngeh3x kn tunggu bln mgambang gak eks haha.
Wsalam
salam cr,
BalasPadamhik hik hik takdo keje cari kejo la tu,
sorry im, sayakan putera bulan, tak kene flash, tu yg hitam
no hal im, bisa di atur , tapi saya takde tauliah nak mengajor he he he
salam shami,
BalasPadamni bukan nur kasih, ni nur itam he he he
salam shima
BalasPadampart 8 dah siap , tapi nak upload gambr dulu, tadi baru balik dari singapore, bawak mak itam dgn anak2 jalan2 tgk lempu, meriah kat orccard road, tapi broadband ni dah jadi berokband, rasa2 bulan mengambang kul 1-2 juga, he he he
salam Rezeki..
BalasPadamI love your words...Itam ker..putih ker...yang penting hati mesti baik ,ikhlas, jujur...
tul tuh...
waslam
salam lie,
BalasPadamhati mau baik beb , insyallah Allah bersama kita, doa juga buat lie dan yang lain
salam che rezeki,
BalasPadambaru pagi ni dapat baca entry ni..
mlm tadi berebut dgn "org jauh" tu.. sbb laptop n broadband ada satu jer..
Salam Pak Itam,
BalasPadamSaya paling kasihan ngan org pompuan bab-bab menjaga rumahtangga & anak-anak ni. Ada kenalan saya, mak putih namanya. Dahlah anak 8 orang masuk dia & suami jadi 10 orang. Pagi ada 10 pakaian. Kalau hari sekolah tengahari ada 10 pakaian lagi. Malam nanti ada 10 pakaian lagi jadi 30 dalam satu hari. Kesian saya tengok dia bab-bab mencuci pakaian ni wlupun guna mesin. Dah lah kena cuci, jemur lagi dan lipat pakaian.
Lepas tu kena kemas rumah lagi, masak lagi. Malam pula sampai 12.00kena buat kuih lagi untuk dijual pagi besok untuk membantu suami. Saya memang tabik sungguh ngan orang pompuan ni.
Kita keja lagi ada off hujung minggu manakala org pompuan terus menerus tak ada off-off langsung. Patut juga Allah Taala kata syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Semoga Allah mengganti kesusahan mereka dengan syurga kemudian hari nanti.
salam che pit
BalasPadamhe he he lain kali oooooo sommmmmm
lappy utk kau, broadband utk aku, baru adil he he he
broadband dh jadi berokband
salam abg sulong
BalasPadampenghargaan buat sang isteri bukan boleh dinilai dengan wang ringgit dan intan permata itu hanya hiasan dunia
memadai dengan kasih sayang , kesetiaan dan sikap saling hormat menghormati , insyallah