WARGA SCP

Jumaat, Disember 11, 2009

42 TAHUN BERLALU : PART 4

keta nilah yg pak itam buat gi niaga hujung minggu he he he

saudara seagama pak itma ada di mana-mana , ni kat Hong Kong
alhamdulillah

kalau bangsa lain boleh berniaga rapat-rapat, sebelah menyebelah
mengapa bangsa kita kalau meniaga sebelah menyebelah tak boleh
cuba renung-renungkan

islam tu indah dan ada di mana-mana
masjid kat HK

makan islam pun ada di mana-mana
tepuk dada, tanya selera

selagi ia islam, kita bersaudara
sedara ni dah mati di tali gantung

Lagi setahun nak masuk je sekolah menengah, arwah ayah ku memohon bersara awal . Dia rasa dah tak larat dan mula sakit2 dan penat. Ialah, ayah ku bekerja seorang diri menyara kami 12 orang dan harta yg dia ada hanya sebuah motor cub cai dan sedikit wang simpanan . Dari wang itulah , arwah ayah membina sebuah rumah di kampung atas tanah ibu pemberian datuk ku yang sampai sekarang masih utuh dan yang tinggal hanya emak . Masa tu wang RM18,000 dh cukup besar dan dah boleh bina sebuah rumah yg selesa dan besar. Aku cukup-cukup "respect" dengan arwah ayah ku krn buat rumah pakai duit simpanan kerja yg berpuluh tahun lamanya. Aku pun masih kecil tak pernah merasa benda yang bertaraf sederhana apalagi mewah. Ialah, kita mesti faham dengan kemampuan yang ada.

Masuk je tingkatan 1, aku dah balik kampung dan bersekolah di sana. High School yang semuanya "murid jantan". Masa tu minat ku kepada bola takraw dah bermula. Kat kampung kami memang ada gelangang sepak takraw dan pemain-pemainnya handal-handal belaka dan banyak mewakili daerah. Jadi aku mmg suka tengok , melibas sana, melibas sini, terbang sana, terbang sini. Aku pun dah mula memasang angan2 . Tapi biasalah , bebudak dok tepi. Aku pun mulalah menimang bola sesorang, kemudian bola yang dah rosak aku mintak bawa balik ke rumah. Aku gantung kan kat dahan pokok rambutan dengan tali. Habis ju libas jika ada masa, mak dan ayah ku dok geleng kepala je. Nasib baik aku minat libas bola, kalau libas orang ke, kan naya, mungkin itu yang difikir mereka

Masa tu pakai bola scorpion yg dibuat dari rotan dan bewarna merah, habis semua merah, kepala aku jadi merah, kasut aku pun jadi merah he he he

Tapi arwah ayah ku pula minatnya "wrestling", pantang ada kat tv, masa dia tengok wrestling, aku tak berani duduk dekat pasal yg kat tv tu sah-sah lah wrestling, geram punya pasal nanti aku yg kat tepi pulak yang jadi mangsa kena gusti dgn ayah ku, pasal arwah ayah ku memang "DIEHARD FAN" Geram punya pasal, gerenti esok ayah aku jatuh demam dan sakit pasal dia ada darah tinggi. Semenjak tu , kalau ada wrestling , mesti mak aku pakat-pakat dengan aku kata takde . he he he

Sambung balik episod aku kat kedai

hari yang paling aku tunggu-tunggu ialah hari kelepasan am seperti hari Kebangsaan , Hari Keputeraan dan banyak lagi . Pasal apa, pasal hari tu orang bercuti dan tentunya mereka pasti mengunjungi pusat peranginan macam tempat aku berniaga. Jadi seminggu lagi nak cuti, aku dah stok segala keperluan 5 kali ganda dari asal, ialah kalau nak menuai hasil , mesti modalnya besar.

Segala air minuman dan tin dan kotak ku beli dan hantar dulu ke kedai 2-3 hari lebih awal. Susu kalau dulu baru mula meniaga beli pakai tin2 je, ni siap beli 2 karton (kotak besar) , gula jangan cakap la, air batu berbeg-beg , pendek kata semua mesti cukup kerana kalau terputus bekalan , terpaksa pergi ke bandar KT yg jaraknya 20 km, takkan bini aku nak "cover" sesorang kat kedai. Aku dah mampu mengajikan 1-2 dua lagi pelakon tambahan kat kedai aku kalau masa hari perayaan kerana aku tak boleh nak cover punyerr

Mak itam dgn aku kat depan . Sampai awal , terus buat persedian spt biasa, bas kat luar jangan cakap la punya banyak, dari Singapore ada, KL ada, NS ada, dari seluruh pelusuk negara. Mereka duduk bersidai kat luar pagar. Aku pun congak2, ramai tu. Apakata aku bancuh teh tarik dalam plestik , buat roti bakar dan aku jaja kat mereka. Dapat dalam RM 100-200 jadilah sebelum mereka masuk, lagi pun tempat minum terhad. Aku pun apalagi, kiri-kanan tangan ku habis semua jari dengan teh tarik, pi jaja "
TEH TARIK,TEH TARIK,TEH TARIK,TEH TARIK, CUK BADAK" HE HE HE mana ada cuk badak
Habis seround , second round pulak, hinga 4-5 round he he he Cari rezeki tak boleh malu, bukan pegi "merampok" .

Alhamdulillah, lepas dah seratus dua. Pintu gate buka je, kami pun berpencak silatlah melayan pelanggan . Habis seround 80 orang, datang lagi. Mug belum sempat basuh dah penuh kat dapur, keluar semua segala atuk, nenek , cucu mug . Biasanya kalau hari perayaan, kami sampai tak sempat makan hingga petang, walaupun bergilir, nanti baru nak suap nasi, dah orang datang. Nasib baik surau kat sebelah tepi kedai, sempat solat zohor dan asar. Duduk kat kedai air, jadi makannya air jelah he he he . Kalau nak jumpa makan pun malam nanti masa nak balik. Perut kembong air je


DI SINI AKU NAK UCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA PADA ISTERI KU , MAK ITAM KERANA DIA BANYAK MEMBANTU KU KETIKA ITU, DENGAN NAK BAWAK PERUT LAGI, NAK BUAT AIR LAGI , TANPA DIA, SIAPALAH AKU SEKARANG NI. BANYAK DAN BESAR PENGORBANAN PADA AKU.
SUSAH KITA SAMA SUSAH
SENANG, KITA SAMA SENANG

Rekod pendapatan aku meniaga pada hari Kemerdekaan ialah RM 2700 ++ untuk sehari . banyak tu
tapi kaki punya lenguh , jangan cakap lee
rasa nak tercabut semua sendi
kalau kena hari cuti umum sabtu
esok ada seround lagi dan tentu ramai
penat semalam tak hilang lagi


Duduk meniaga kat tempat peranginan mcm ni, macam-macam perangai yang aku jumpa. Kalau kena grup "bangla" yang sampai 10-15 orang , aku tepuk dahi la hi hi hi
mereka ni penjimat betul, tanya sorang ,
" MINUM APA " jawabnya "AIR KOSONG"
takpa, tanya lagi yang lain
"MINUM APA" jawabnya "AIR KOSONG"
laaa sampai 15 orang
jawapan standard "AIR KOSONG" he he he

Kalau yang tak lokek sikit
"MINUM APA" jawabnya " OREN SATU BOTOL BESAR, GELAS KASI 15 " he he he
mana aku tak gelak sepenuhnya dalam hati ngeh,ngeh,ngeh

Kalau "bangla" yang couple dengan "indon" baru naik taraf sikit airnya,
tapi tanya yg pompuan dulu , baru lelaki
"MINUM APA NON" jawabnya "FRESH OREN ,PAK" air mahal tu pasal nak jaga status
he he he

banyak lagi cite menarik yang sampai sekarang kalau aku kenang-kenang , aku akan gelak sendirian he he he he

38 ulasan:

  1. salam

    hahaha,oren satu botol besar gelas kasi 15,aduhaiii,camner nk ejasss tu,hehehe..

    cam tu lah CR,disebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita hebat dibelakangnya.Alhamdulillah..

    BalasPadam
  2. Salam CR,

    Respeklah kat CR, dah setaraf penulis novel ni. Teruskan menulis. Kalau Hantar kat Erma Fartimah sure jadi drama terbaik lagi ni.

    Wah CM dah jadi peminat tegar CM yer.

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam..

    Mak Itam sihat? anak2 sihat? hikhik
    Untung mak itam sb suami yang menghargai penat lelahnya.
    Apa yg sy nampak CR bijak mengurus perniagaan tue..tahniah CR

    Part 5..please hehe
    AZ, bukan CM je peminat tegar, sy pun haha

    BalasPadam
  4. Salam CR,

    Semakin maju bisnes, tabik kat CR, appreciate kat mak itam, tu la kan sapa la pak itam kalau tak de isteri tercinta tu, tu sebab berkat rezeki, sebab sentiasa bersama dan menghargai usaha2 mak itam.

    Untung sungguh beniaga, penat pun tak pe , seronok bila dapat pulangan yang bebaloi tu.

    Lagi satu cantik kete tu oren + kuning.

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam,

    Seronok baca orang pandai bercerita ni.. Betul kata AZ, pak itam pandai menulis.

    Hidup meniaga penuh ranjau, ada pasang surut,,kan pak itam. Untuk menambah pendapatan saya berniaga gak. Last berniaga jual pakaian bundle..market sampai ke tengah sarawak,tapi akhirnya melingkup. Hutang pinjaman bank RM5000 kena cover pakai duit gaji.. Memang benar kata pak itam, berniaga ni tak boleh malu.

    Saya pun ada gak kisah sedih masa meniaga ni, tapi tak yah cerita lah. Sedih..

    BalasPadam
  6. Salam,
    Kalau saya ke KT, boleh pinjam keta warna oren tu ke.., geram nak bawak keta tu.

    BalasPadam
  7. Salaam CR,

    Bertuah Pak Itam dapat life partner cum biz partner macam Mak Itam. Semoga 'partnership' ini berkekalan hingga ke syurga. Amin.
    Agaknya anak dalam kandungan masa tu sekarang ni mesti bisnes-minded macam mak bapak dia juga :)

    Pak Itam, seriusss ker keter classic tu keter yang berulang alik 85 km zaman meniaga dulu? cun gilleerrr...macam keter ZZ Top... hehe

    VpeaceV

    BalasPadam
  8. hmm buat roti bakar, tapi jaja cuk badak.. waa ni dah hebat ni CR, ngeh ngeh ngeh.. leh menuntut

    BalasPadam
  9. salam cm,

    he he he, mmg pening nak ejass, siap minta air batu lagi, then, habis tuang sorang sikit , sama rata , habis sebotol hi hi hi

    alhamdulillah, mak itam mmg hebat

    BalasPadam
  10. salam az,

    saya ni penulis jalanan je
    menulis ikut rasa hati

    BalasPadam
  11. salam az,

    saya ni penulis jalanan je
    menulis ikut rasa hati

    BalasPadam
  12. salam shima

    mak itam dan anak2 sihat walafiat, alhamdulillah

    perancangan amat penting dalam apa jua bidang jika nak berjaya,

    part 5 dah siap, tinggal masuk gambar sikit , nanti malam bulan mengambang, menjelma ia ,he he he

    BalasPadam
  13. salam kak sidah,

    alhamdulillah, sebenarnya itu hanya permulaan yg Allah kurniakan utk merintis bidang yg lain sama sekali tanpa saya duga
    nanti saya buatkan n3 nya

    mmg saya terhutang budi dgn isteri saya

    kete tu mmg lawa he he he

    BalasPadam
  14. salam abang sulung,

    mmg penuh ranjau dan duri, sepak dan terajang dalam dunia perniagaan
    kalau semua mudah je, tu yang naik "mencanak" dan terlupa asal usul , byk dah terjadi

    gagal sekali bukan beerti gagal selamanya, nanti dalam n3 lain kalau ada masa, saya citekan bagaimana saya hampir "terlungkup" krn ditipu

    BalasPadam
  15. salam abang sulung

    takde hal punya nk pinjam kete tu, tapi sekrg keta tu kat hong kong keh keh keh

    BalasPadam
  16. Salam CR,

    Sonok membacanya...tk khatam lg nie... blik umah nanti smbung lak... terpaksa tinggalkan separuh... sudah tiba masanya untuk balikkkkk... he..he...

    BalasPadam
  17. salam umi,

    mmg saya sungguh bertuah , mrs banyak membantu, saya sungguh terhutang budi , tapi mungkin org tak percaya kalau saya katakan mrs tidak pernah ambil tahu brp untung perniagaan , ke mana duitnya dibelanjakan, brp duit yg saya ada
    tapi itulah isteri ku

    yang penting, saya sebagai suami mesti jujur dan jgn nk melencong2 ke lain , nanti tak berkat

    keta tu kat hong kong he he he
    tapi keta sebenar masih ada saya simpan , dah 19 tahun .

    BalasPadam
  18. salam che pit

    ngeh,ngeh,ngeh

    nak menuntut pengerasnya, ayam hutan berbulu tapir 18 ekor

    he he he

    BalasPadam
  19. salam tikah,

    nanti kalau dah khatam , bawakan saya pulut kuning ye ngeh,ngeh,ngeh

    BalasPadam
  20. Waduh...waduh..waduh Pak Itam, hilang sakit kepala baca cerita Pak Itam...menarik sekali dong.

    Akak ada jugak pengalaman niaga sikit2 nie. Masa skolah dulu bantu mak ayah niaga kedai runcit dan masa jadi penganggur lepas keluau U, bantu mak kawan niaga kat warung mkn. Pengalaman2 tu semua tak de di ajar kat unibersiti kan Pak Itam?

    p/s: Dah tambah link Pak Itam sebagai follower nie.

    BalasPadam
  21. salam ..CR..

    Ya meniaga 9/10 rezeki..kan..tahniah pada CR..dan isteri...

    Saya pun sama kalau bawa anak semua pi makan deper order air bagai saya air suam jer..hehehh..selain awet muda...jimat ...musti geram tokeh kedai tu kan...

    BalasPadam
  22. salam kak ina,

    he he he , pak itam kan penglipurlara FOC, free of charge

    dalam perniagaan dan kehidupan kita ni , biasalah. ada suka ada duka , baru thrill

    byk ilmu ikhtiar hidup ni takde dalam silibus mana2 termasuk tadika dan u

    semua kene belajar melalui pengalaman

    BalasPadam
  23. salam shami,

    air kosong tiga, kasi tarik sekali he he he

    saya sebenarnya tak pernah charge pun air kosong, sekadar perkhidmatan FOC, dapat pahala pun dah alhamdulillah

    BalasPadam
  24. Salam,
    Pulak..Ingat kan keta tu kat Johor, hih..pak itam ni buat kempunan je..

    Nak tau le,,JLL tu ape ye..

    BalasPadam
  25. salam abang sulong,

    JLL tu kata kak ngah ,
    JAGINDAS LARI LAJU he he he

    kata AZ
    JANGAN LUPA LIRIK he he he

    abg. sulong tanya depa lah, depa lebih tahu la la la

    BalasPadam
  26. Salam CR..

    (part nie kena 'serius' sila baca dengan suara ala2 tn hj fadzilah kamsah)..

    Alhamdullilah, Allah telah kurniakan tuan pasangan yang sanggup bersusah payah bersama. oleh itu.. janganlah tuan mempersia-siakan serta mengabaikan amanah yang telah diberikan.. jagalah pasangan tuan @ mak itam dengan penuh rasa kasih sayang

    (sekian, wassalam.. renung2 kan dan selamat beramal..)

    InsyAllah, rahmat Allah sentiasa bersama pak itam & mak itam..

    psstt.. mengikut sejarah, orang pompuan memang setia.. orang lelaki?? apa2 pun, 'wa' tau pak itam 'wa' orang baik2.. tak baik kalu.. 'wa' blasah on behalf mak itam.. yeeehahhh

    BalasPadam
  27. Salam CR,
    Tumpang lalu..

    Pss: Kak Noor, sy pun dgr camtu gak yg org ppuan lebih setia dr lelaki hehe

    BalasPadam
  28. salam kak ngah,

    alhamdulillah, insyallah, pak itam ttp setia dengan mak itam, tak penah terdetik utk melencong

    walaupun gigi pak itam dh ngongak, pak itam ttp dgn mak itam hingga ke akhir usia, insyallah

    moga Allah merancang perjalanan hidup kami hingga ke akhirnya

    semoga rezeki yg pak itam dapat tidak mengaburi pandangan mata dan hati pak itam , insyallah

    tapi setakat ni, alhamdulillah.

    psss kungfu panda nk belasah pak itam , hi hi hi

    BalasPadam
  29. salam shima

    pokok pangkal hati, tepuk dada tanya selera, tepuk dada, tanya iman, tepuk dahi , alamak grup bangla mai he he he

    BalasPadam
  30. Salam

    shima.. CR dok tepuk dahi.. patutlah berkilat.. wa ha ha

    tima kasih dik.. memang betul org pompuan the best.. ya hidup org pompuan!! heh heh

    psstt.. nanti akak wat kan kek cekelat segera utk dinda arrr.. jangan lupa bawak ayaq teh 'setempayan'.. heh heh

    BalasPadam
  31. Salam,

    Kak Noor jangan tatau..itulah gaknye pelaris CR..tang jauh orang dah nampak dahi berkilat dia..tue yg dok pakat ramai2 singgah kat gerai tue..nk tgk apa yg berkilat ngeh3x

    Kek cekelat? Promise eks nanti akak buat hehe..Ni ahli kelab bujang tgh merangka prog lawatan sambil makan ke bbrp lokasi ternama nie antaranya teratak CM, banglo kak Nija, ladang getah Kak Noor dll..

    Pss kak..ayaq teh tue, sy order dgn Pak Itam je laa..setempayan eks? sure Pak Itam dah bleh estimate nak guna brp tin susu tue hehe

    BalasPadam
  32. Salam

    shima.. nampak nyer kak ngah pun kena kilatkan kapla.. nak bagi laris buah getah.. heh heh

    amboihhh kelab bujang gitu.. apa??? merangka lawatan.. adussss, abihlah kek kanda setalam.. kanda nak bagi shima sepotong je.. ngeh ngeh ngeh..

    ehh! nie umah sapa arrr.. alamak umah tn ismet.. ingatkan umah shima.. ampun pakkk.. anak cucu tumpang lalu.. la la la

    pssstt.. begilah nasib org tak ber'umah'.. merempat rumah orang.. hu hu

    BalasPadam
  33. salam

    umah ni sentiasa terbuka

    sila-silakan , buat mcm umah sendiri

    tambah cengkodok tu he he he

    tu kalau dahi berkilat , tinggal valit 3 line dgn kapur je , kene perut boncit , pakai kain pelikat putih , sengseng sampai lutut

    jadi aya he he he

    BalasPadam
  34. Salam..

    Laa Kak Noor sy pun tadi ingatkan umah saya wakakaka..rupanya Pak Itam punya umah..ops alamak terlebey sudah..maafkan kami penunggu gua hehe..ops maafkan kami Pak Itam huhu..

    Kak Noor, kalo free singgah laa umah saya..tp umah bujang je takde menarik pun..tak mcm umah Tn Ismet nie hehe

    BalasPadam
  35. Salam..

    sambungan..

    'jadi aya he he he'

    lantas shima pun berkata.. 'anney, tey tarik uner.. roti bakar rendek'.. anney jawap.. 'wokeh tanggaci'.. aikk, cam kenal je suara.. toleh2.. alamak pak itam.. wa ha ha..

    heh heh.. sori boss.. kak ngah mintak diri dulu arr.. assalamualaikum..

    BalasPadam
  36. salam..

    cop cop.. sikit lagi..

    shima.. akak selalu p umah shima.. 'silent reader' maaa.. tu yang tau.. mak kata.. org pompuan kena makan ulam.. la la la

    psstt.. suka bangat gue sama ulam2.. udah rupa kambing.. heh heh

    bosss, lagi skali.. sori arr.. cokodok semangkok..

    BalasPadam
  37. Salam rezeki

    Janganlaaa... saya pun lebih kurang 'bangla' kat sini gak.
    Tak mintak air pun.. err.. bawak bekal dari rumah hahahaha

    BalasPadam
  38. salam khairyn

    he he he , nasih baik takde table charge keh keh keh

    BalasPadam