Alhamdulillah, syukur akan rezeki Allah SWT yang dikurniakan ke atas, kami. Habis je projek “tagging” tu, pak itam pun “dilamar” oleh salah seorang pekerja sambilan itu untuk dijadikan majikan. Kesian tengok, budak bangsa kita , takde pekerjaan tetap . Jangan salah faham pulak istilah”dilamar“tu. Budak tu jantan he he he
Untuk permulaan, gaji yang tawarkan agak memuaskan, Tempat tinggal di sediakan, iaitu di pejabat pak itam tu. Kat pejabat tingkat atas ada 3 bilik. Dan salah satu daripada bilik tu lengkap dengan katil bujang. Tu lah tempat pak hitam terlelap bila sangat keletihan.
Api air semua ditanggung. Kerjanya hanya tunggu kedai dan menyiapkan pesanan dari sekolah-sekolah yang pada masa tu hampir 20 ++ lebih juga yang menjadi pelanggan pak hitam . Kerja-kerja “marketing” masih pak itam yang lakukan.
Ku sangka hujan sampai ke petang, rupanya taufan di pagi subuh. Budak ni rupanya ketika ketiadaan pak hitam suka mengajak rakan-rakannya melepak kat pejabat pak itam tu di pagi hari . Malam dia akan jadi burung “jampuk”, hilang entah ke mana. Jadi kalau malam dah jadi “burung jampuk” tentunya siangnya jadi “burung antu”. Bangun entah pukul berapa , segala keje yang di amanahkan tidak dilakukan. Pak hitam diam kan je dulu, tengok kalau-kalu dia berubah. Tapi akhirnya menjadi mangsa pak itam sendiri, serupa takde pekerja kalau pak itam juga yang kene siapkan semua order dan pack semua barang. Urusan semua terganggu kerana selalu panggilan telefon pak itam tak dijawab. Rupa-rupanya dia selalu pegi dgn kekawannya ke kawasan peranginan tempat pak itam berniaga air tu, mandi manda dan bersenang lenang di situ.
Apa yang memeranjatkan ialah bil telefon di kedai melambung “selambung-lambungnya”
“Terkejut tapir” pak itam. Setelah diselidiki, keje nya pada waktu malam bergayut dengan “awek”nya sampai berjam-jam lamanya. Berderet no. hp makwenya di bil telefon.Kalau satu hari 2-3 jam x 30 hari , cuba bayangkan.
Pak itam tak marah dia, pak itam cakap baik-baik, kalau nak keje, bukan ini caranya. Pak itam pun potonglah gajinya untuk membayar bil telefon tu. Tapi bulan-bulan berikutnya , sama juga. Akibat gaji yang dipotong beratus juga setiap bulan, maka mulalah dia dalam kepanasan . Gaji dah tak cukup makan. Mulalah dia melakukan keje2 lain diluar bidang di siang hari sedangkan gajinya pak itam yang bayar.
Tapi pak itam, dengan sikap pak itam. Marah tidak, cakap pun tidak. Akhirnya semasa pak itam pergi ke kedai pada suatu petang , pak itam tengok dia takde. Bila bukak je pintu pejabat, kain bajunya sudah tiada. “Ada sekeping nota, ku jumpa di atas meja, demi ......opppsssss tu lagu Alleycats ngeh,ngeh,ngeh
Tapi memang ada sekeping nota , tapi dalam laci, bukan atas meja berbunyi :
“BANG, SAYA MINTA MAAF, SAYA NAK BERHENTI KEJE. NANTI KALAU ADA DUIT, SAYA AKAN JELASKAN DUIT TELEFON YANG MASIH BERBAKI”
“Datang mu tidak ku jemput, pergi mu tidak ku halau, tapi duit telefon bulan lepas beratus-ratus lagi tu”, fikir pak itam “kalau dia ingat, dia bayar” tapi memang dia tak ingat kerana sampai sekarang memang dia tak bayar. Ku halalkan je lah. Dapat juga pahala.
Apa yang diketahui melalui “informer” pak itam , dia keje bawak lori dan dia pernah terserempak dengan pak itam KT dan cepat-cepat dia cabut lari. Malu agaknya.
Maka pak itam pun macam merajuk, serik nak ambik pekerja. Biarlah pak itam buat macam dulu-dulu, keje beres , hati tak sakit. Lagi pun kudrat ku masih kuat lagi masa tu. Setakat angkat kertas 20-30 kotak , saje-saje je. Tapi tu lah . Kene sekolah yang tingkat 3-4 pejabatnya, meleleh air peluh sampai ke bontot. Selalunya pak itam akan bawak 2 helai baju dan sekeping tuala. Masa nak angkat barang je, pak itam tukar pakai t shirt, lepas siap semua , lap apa yg patut dan tukar kemeja balik, pasal kejap lagi nak masuk sekolah lain . Takkan kita nak pakai selekeh . Selalunya sesuatu tempat tu ada 3-4 sekolah yang berdekatan, jadi strateginya, kalau singgah satu sekolah, sekolah yg berdekatan tu juga akan pak itam singgah. Dah jimat masa dan duit minyak.
Tulah budak2 kita ni, “masa main dia main, masa keje pun dia main”
Pak itam tak kisah , pak itam dah biasa buat keje ni sesorang .
Dalam diam tak diam , pelanggan pak itam semakin bertambah. Maka, keje semakin banyak.
Kat kedai minum masih seperti biasa.
Terkenang satu peristiwa .Pernah satu ketika, terdapat penternak kuda dari Kluang kalau tak salah pak itam, telah membawa kudanya ke sana untuk ditunggang oleh orang ramai dengan sedikit bayaran .Seround RM 5.00. Ada kuda padi, ada kuda kunyit dan ada kuda serai keh keh keh . mana ada kuda kunyit dengan serai ngeh,ngeh,ngeh
Kuda-kuda tu “mengepot” kat belakang kedai pal itam, pak itam dok jeling seraya berkata , "dapat aku lepaskan hajat nak naik kuda, yehaaa angre,angre macam cita koboi montoloyo” pasal lagi kecik kuda kayu pun pak itam tak berpeluang nak naik.
Tapi malangnya impian pak itam tak terlaksana , pasal tuan kuda tu takut, kalau pak itam naik , esok lusa dia tak boleh cari makan,
Kuda-kuda tu “mengepot” kat belakang kedai pal itam, pak itam dok jeling seraya berkata , "dapat aku lepaskan hajat nak naik kuda, yehaaa angre,angre macam cita koboi montoloyo” pasal lagi kecik kuda kayu pun pak itam tak berpeluang nak naik.
Tapi malangnya impian pak itam tak terlaksana , pasal tuan kuda tu takut, kalau pak itam naik , esok lusa dia tak boleh cari makan,
takut kuda tu sakit pinggang, he he he kempunan lah lagi
Sedikit kesenangan yng diberikan oleh Allah kepada kami rupa-rupa telah menimbulkan perasaan cemburu serta hasad dengki oleh seorang rakan pak itam yang boleh dikategorikan “rapat” kerana dia pernah menumpang di rumah pak itam dulu masa kami bujang hampir setahun juga. Selalu disindirnya pak itam , “elehh , setakat meniaga air , mana boleh senang”
Dan akhirrnya kami berdua difitnah membomohkan isterinya yang baru melahirkan anak kerana sering sakit-sakit . Rakan-rakan lain mula menjauhkan diri , pak itam dipulaukan. Mereka memandang sinis kepada kami berdua.
Ya, Allah , betapa beratnya dugaan pada masa tu. Pak itam tak dapat mempertahankan diri kerana dia tak pernah berdepan dengan pak itam . Hanya cakap2 dibelakang dan menyindir dari jauh. Itu semua berlaku selepas dia berubat dengan seorang bomoh “jadian” yang menjadi kiblatnya.
Apa yang mampu kami lakukan, hanya bermohon kepada Allah agar ditunjukkan kebenarannya. Doa dan solat hajat silih berganti. Akhirnya , kebenaran terbukti, kerana rasa malunya, dia memohon bertukar ke tempat lain. Ingatlah, fitnah itu salah satu dosa yang sangat besar dan tidak terampun selagi yang difitnah tidak memaafkan.
Menurut cerita “informer” pak itam, hidupnya selepas berpindah berantakan dan berhenti kerja . Mungkin itu balasan dari Allah SWT. Kami tidak meminta dalam doa kami sedemikian rupa seperti yang terjadi kepadanya . Kami hanya meminta agar kebenaran ditegakkan, tapi Allah SWT maha mengetahui setiap perancangan terhadap setiap hambanya.
Sedikit kesenangan yng diberikan oleh Allah kepada kami rupa-rupa telah menimbulkan perasaan cemburu serta hasad dengki oleh seorang rakan pak itam yang boleh dikategorikan “rapat” kerana dia pernah menumpang di rumah pak itam dulu masa kami bujang hampir setahun juga. Selalu disindirnya pak itam , “elehh , setakat meniaga air , mana boleh senang”
Dan akhirrnya kami berdua difitnah membomohkan isterinya yang baru melahirkan anak kerana sering sakit-sakit . Rakan-rakan lain mula menjauhkan diri , pak itam dipulaukan. Mereka memandang sinis kepada kami berdua.
Ya, Allah , betapa beratnya dugaan pada masa tu. Pak itam tak dapat mempertahankan diri kerana dia tak pernah berdepan dengan pak itam . Hanya cakap2 dibelakang dan menyindir dari jauh. Itu semua berlaku selepas dia berubat dengan seorang bomoh “jadian” yang menjadi kiblatnya.
Apa yang mampu kami lakukan, hanya bermohon kepada Allah agar ditunjukkan kebenarannya. Doa dan solat hajat silih berganti. Akhirnya , kebenaran terbukti, kerana rasa malunya, dia memohon bertukar ke tempat lain. Ingatlah, fitnah itu salah satu dosa yang sangat besar dan tidak terampun selagi yang difitnah tidak memaafkan.
Menurut cerita “informer” pak itam, hidupnya selepas berpindah berantakan dan berhenti kerja . Mungkin itu balasan dari Allah SWT. Kami tidak meminta dalam doa kami sedemikian rupa seperti yang terjadi kepadanya . Kami hanya meminta agar kebenaran ditegakkan, tapi Allah SWT maha mengetahui setiap perancangan terhadap setiap hambanya.
Moga-moga dosanya diampunkan .
ORCHARD ROAD
notice board yg menunjukkan jumlah parking lot yg masih
kosong mengikut shopping kompleks
anak rusa nani baru kembang ekor, belakang tu pak itam he he he
kosong mengikut shopping kompleks
itulah negara maju
anak rusa nani baru kembang ekor, belakang tu pak itam he he he
dulu ibuku selalu mendendangkan lagu ni
masa pak itam nak tidur
dulu masa sibuk, takde masa nak main"umm, chak" dengan mak itam
laa ni tiap-tiap hari boleh main "umm chak" dan menyanyi lagu
anak rusa nani ..........
Salam Pak Itam,
BalasPadamBila tengok gambar N3, bang long terbayang alangkah seronok bawa anak-anak bersiar-siar disitu. Zaman kita kecik2 dulu,bila malam tujuh likur kalau orang pasang pelita banyak2 pun dah seronok sangat2 apa lagi lampu yang moden sekarang.
Budak2 bangsa kita ni,hai susah mau cakap ma.. Saya pun penah kena macam tu. Takde keja minta keja, dah diberi keja buat mcm tak keja. hah..manyak susah ho...
pss.. benar kata nabi: "Fitnah itu lebih tajam dari mata pedang". Ingatlah,jangan sekali-kali kita cuba berhasad dengki, kerana ianya akan melahirkan fitnah. Dari fitnah kita memperdayakan & merosakkan orang lain. ..Tapi ingatttt...di suatu masa & suatu ketika pasti kita akan menerima nasib yang sama seperti kita melakukannya pada orang lain. Pembalasan Allah semuanya benar. Kalau tidak dibalas didunia tunggulah azab pembalasan di akhirat nanti. Ihh..seramlah bila sebut tentang azab Allah di Akhirat nanti.
Wasalam.
Salam Pak Itam,
BalasPadamEh..eh.. tak baik pak itam buat mak itam macam tu, bila saya pasang cermin mata..tengok betul-betul rupanya gambar mak itam di taruk pak itam gambar kepala rusa. Kan marah mak itam nanti. Ada-ada saja pak itam ni....ngeh..ngeh..ngeh..
ps..nanti sekali-sekali masukkan juga N3 kedai ABC tu ye..
Salam CR,
BalasPadamMulai sungguh hati pak itam yer. Tak ambik tindakan cepat-cepat semoga dia sedar diri. Rupanya spesis itu tak tahu sadar dirinya. Ituler mentaliti longkang.Tak apa, Allah memberkati pak itam dan hasilnya kita pak itam senang, jeles juga tengok JLL tu dulu. huhuhu. Jeles seronok la pak itam
salam abg sulong
BalasPadamdulu kecik2 pak itam tak merasa semua tu, tapi rezeki anak2 .alhamdulillah.
tu lah anak bangsa kita, tuk sebab pak itam selalu ingatkan anak2, selalu besyarah kat depa, kata depa beruntung dan jangan buat keje yg tak senonoh
abg sulong
BalasPadamhe he he , dah tua2 baru dapat main camgitu anak rusa nani ..... la la la
salam az,
BalasPadammcm mana suasana kat mersing, pi panjat pokok jering stay kat hotel, kelass gitu he he he
sarapannya sedap tak ?
saya mmg tak suka marah, kasi dia peluang agar dia sedar sendiri, tapi ...
takpalah, sekurang2nya saya dh beri dia peluang
Salam Pak Itam
BalasPadamhahaha..hari ni mak itam berkepala rusa,,notiii sungguh
CM sambung lagu anak rusa nani ..
anak rusa nani
baru kembang ekor
apa dosa kami
kamu tidak tegur..
Ditanjung katon.airnya biru
disitulah tempat mencuci baju
hidup sekampung,lagikan rindu
inikan pulak jauh dimata..
teruskan menulis,saya dah termimpi2 cerita pak itam setiap mlm..
Salam Pak Itam...
BalasPadamAlhamdulillah..part 9 dah masuk.
Suatu pengalaman yg boleh dikongsi.
Itulah antara keadaan harian kerja saya dipejabat kawan saya..nih..yg juga ahli perniagaan (perempuan & family business) dinama kakitangan bawah seliaan yg berbuat perangai. terutaman lelaki..wanita pun ada
baik melayu maupun indon...kalau indon bali nogori dia jadi jutawan anak muda kita..nak jadi aper waaaa....sedey
Heran saya kenapa anak muda kita begitu...perangai mereka...mana hilang nilai-nilai murni dalam diri mereka..Allahukabr...
teruskan usha menulis pak itam..setiap masalah ditangani dengan sbar Allah bersama orang2 yg sabar......sama2 kitaa semua berjihad...sementara hidup didunia ini....moga kita beroleh kejayaan didunia dn akhirat.
Memang terasa pedih apabila di FITNAH terutamanya oleh org yang baik/rapat dgn kita. Itulah sebabnya azab yg pedih juga menunggu org yg buat FITNAH.
BalasPadamBetul tu Pak Itam, bila kita difitnah, kita mengadu & serahkan kepada Allah supaya org yg buat fitnah tu diberi petunjuk & hidayah.
Salam Pak Itam,
BalasPadamStaff pak itam tu.. "masa keja dia main, masa main dia main-main", kalau hantar bersukan 0-14 jadinyer... ngeh ngeh ngeh.
Saya pilu kisah difitnah dan pernah merasainya... itu semua dengki punya pasal, tak senang dengan kejayaan pak itam. Sebab tu bila tengok org berjaya kita ucap syukur dan tahniah, hilang perasaan sinis/negatif terhadapnya. Nak tanya, masa JLL bau kilang sampai rumah saper yg ucap tahniah??? hehehe...
salam cm
BalasPadamla la la, tu kalau mak itam tgk kene siku hi hi hi
dedulu masa saya kecik suka nyanyi lagu di tg katong tapi pak itam ubahsuai lagu tu
di tg katong
airnye ipong
disitulah tempat
mencuci pekong he he he
masa tu budak nakal la katakan
termimpi mimpi cite pak itam takpe
jgn termimpi pak itam jadi hantu , sudahlah ngeh,ngeh,ngeh
salam shami,
BalasPadamtulah bebudak sekarang, apa nak buat
sama2lah kita berbuat sesuatu yang baik didunia dan diakhirat
semoga hidup kita semua terus diberkati Allah
insyallah
salam kak ina
BalasPadamtulah pasal , memfitnah itu sangat besar dosanya kerana kesannya amat besar dan mendalam
itulah jalan yang pak itam ambil ,
mohon pada Allah SWT
malas nak gaduh2, kalau pak itam "swing" dia masa tu , mau dia "tak bangun sepenuhnya"psl tgn pak itam mcm "popeye" biasa angkat brg berat he he he
tapi nak buat apakan buat mcm tu,
hanya pada Allah pak itam dan mak itam memohon pertolongan
lps 2-3 dia pindah tu, ada isterinya menalifon mak itam, minta keampunan, tapi mak itam kata mintalah ampun dengan Allah
dan minta ampun dgn pak itam sendiri, tapi spi laa ni dia tak berani menalifon pak itam
semoga allah mengampunkan mereka
nasi dah jadi bubur, nk buat mcm mana
pengajarannya, jgn buat benda2 tak elok dan menganiayai org
salam zie,
BalasPadamsiapa yg pernah merasainya, luka dan peritnya sungguh menyakitkan, psl org lain yg tak tahu cerite pandang kita dengan satu pandangan yg sukar digambarkan
alhamdulillah, panjang citenya jll tu he he he
saya ni jenis low profile, ramai juga yg ucapkan tahniah krn mrk gembira tgk saya berjaya dan tahu mcm mana penat lelah saya keje
nti ada masa saya selitkan kat n3
tapi apa dia zie JLL tu haaa ngeh,ngeh,ngeh
"jangan lupa limah"
Salaam CR,
BalasPadamlorrr apakehei mak itam dah berkepala rusa idung merah pulak nii...ishk, ishk, ishk, pak itam nih.. :) Sib baik anak rusa nani tu kiut, siap dengan jelingan manja lagi tu..hehe.
Aduss beratnya dugaan kena fitnah. Dalam Quran pun ada menyebut "Fitnah itu lebih besar daripada membunuh" (2:191). Alhamdulillah Pak Itam dan Mak Itam masih boleh bertindak waras dan mengadu kepada Allah.
Orang yang berpenyakit PHD ni, usah dilayan, buang karan jer. (Saya ni cakap jer pandei, tak penah mengalaminya pun. Na'uzubillahi min zhalik)
VpeaceV
salam umi.
BalasPadamkat orchard road banyak sangat rusa he he he
mmg ayat quran tu tepat, tu sebab Allah melarang buat benda2 mcm tu
jadikan iktibar dan pengajaran
spi sekarang ni pun , kami tak penah layan org yg ada PHD ni, biarlah dia nk cakap, lelama penat esok , dia berenti
Allah Maha Adil