tidak pernah terfikir dek akal yg satu masa nanti , aku akan sampai ke sini. itulah perancangan Allah SWT yg tak terfikir dek akal
Itulah sebabnya masa aku sekolah rendah dan menengah , aku memang tidak minat langsung dengan matematik , madang dapat 6 terbalik dalam ertikata lain 9.
Namun masa tu peperiksaan penilaian darjah 5, aku dapat 2B dan 2C
Nakal-nakal kami masa tu tak merosakkan harta benda orang, tak mencuri , tak mengacau ketenteraman orang.. Nakal sendiri je mcm pegi tangkap ikan, cari kepah , berenang kat laut sampai tak ingat-ingat balik keh keh keh
takde pun melepak kat cyber cafe tgk benda yg bebukan.
Dulu masa kat Tg, Puteri tu ada sebuah bukit , Bukit Meldrum.Kalau siapa tahu sejarah Si Bongkok, itulah bukitnya.Dari sana boleh nampak Woodlands. Kat atas bukit tu ada lopak air yg besar dan dalam juga mcm kolam. Aku sekolah kebangsaan petang, pagi sekolah agama. Balik sekolah agama, apalagi, dgn kekawan jom gi swimming.Sempat lagi. Dulu mana mampu nak swim kat kolam renang. Lopak tu airnya jernih tapi dasarnya tanah merah, bila kami kedeboom, bertukarlah air tu jadi merah , merah pun merahlah he he he
Bila lepas mandi dan badan kering je, habislah muka dan badan mcm "tepong keromak"
Macam papan hitam, boleh melukis dan menulis lagi atas badan keh,keh,keh
Sambung balik cite hari pertama kami berniaga, masa tu dalam kedai aku tak banyak barang, ia lah, baru nak cuba-cuba meniaga. Pengunjung kat kawasan peranginan tu ramai yg masuk, aku dah mula takut . "Alamak, mcm mana nak panggil pelanggan, apa yg nak ditanya." Memang takut setakutnya. Aku yang tak tahu apa-apa pasal meniaga mulalah memberanikan diri, bila pelangaan duduk di meja kami. Di situ semua sekali masa tu ada 6 gerai mcm kat highway plus tu .Masa tu pusat peranginan tu baru diswastakan. Tapi yg meniaga hanya 4 org termasuk aku. 2 gerai menjual makanan dan 2 gerai menjual minuman. Jadi dia mcm ada sempadan walaupun sempadannya tak dinyatakan secara zahir.
Biasalah , meniaga rapat-rapat dan sebelah menyebelah.
Bila pelanggan masuk ke kawasan aku, barulah aku bertanya, nak minum apa dik, kak,bang,cik,tuk. Itulah pengalaman aku yg tak dapat aku lupakan, segala malu dan segan ku buang jauh-jauh. Aku beroperasi di hadapan macam "superman", habis semua ku buat, akulah waiter, aku lah mengelap meja,akulah menyapu sampah dan akulah juga tukang minum air bila aku salah kasi order kat bini aku dan air terlebih buat, akibatnya sampai petang , perut aku kembong dgn pelbagai jenis air keh keh keh .
Isteri ku beroperasi di belakang sebagai pembancuh air.
Permulaannya , aku hanya menjual minuman panas sahaja . Dalam duduk-duduk menunggu pelanggan, aku mula mengkaji satu persatu , bagaimana nak menarik pelanggan supaya duduk di meja kami. Takkan pelanggan tanya teh ais ada, aku nak jawab takde. Tentu hampakan. Aku mula memasang strategi. Memula, gerai kami mesti cantik supaya menarik perhatian pelanggan dari jauh. Lagi jauh dah nampak, Aku pun mula menempah signboard yg memaparkan segala datuk nenek jenis minuman yg kami jual. Masa tu aku pun mulalah beli mesin utk air buah-buahan dan mesin membuat ABC hasil dari hasil jualan minggu pertama kami yang agak lumayan juga. Untuk 2 hari sabtu dan ahad, hampir RM 1000 ++ juga yg dapat dikutip. Masa tu RM1000++ nilainya sangat tinggi berbanding sekarang. Bahan mentah seperti susu, air tin,air kotak murah. Susu F&N kalau tak salah aku baru seringgit lebih je utk 525 gram dan tin 1 KG dalam RM2.80 je. Semua duit tu aku laburkan kembali ke kedai . Dari cawan plestik, aku beli mug kat Claytan's yg buat sale tu . Aku harus melakukan sesuatu demi kemajuan perniagaan ku. semangat ku berkobar-kobar dgn dorongan isteri ku yg tersayang.
Bagi tin-tin minuman kosong aluminium pula, aku mulalah kumpulkan utk dijual di kedai besi buruk bila jumlahnya banyak nanti. Semua yang boleh dijadikan duit, aku buat. Janji prinsip ku , ia halal dan tidak menyusahkan orang lain. Bagi sesetengah org, mungkin nampak ia hina dan kotor, tapi bagi ku tidak. Ini semua rezeki Allah yg dah tertulis buat ku.
Tapi air lebih pelanggan minum aku buanglah ngeh,negh,ngeh
Bermulalah satu era baru dalam kehidupan kami. Hari jumaat malamnya, kami dah mula masak air gula siap2 kat rumah, gula sirap ada, gula putih ada, gula melaka ada dan air gula untuk ABC.
Pendek kata semua air gula la .Kemudian masak agar-agar, rebus bahan utk ABC . Hampir pukul 12.00 mlm baru siap sepenuhnya dan aku pun semput sepenuhnya kepenatan.
Lepas subuh sahaja, semua dimuatkan dalam bonet kereta dan bertolak ke kedai yg jaraknya hampir 85 KM dari rumah kami. Tiada lagi kehidupan hari minggu utk kami berdua selepas ini. Semuanya kami korbankan demi merubah kehidupan dan menambah pendapatan kami .Mencari rezeki yang halal melalui perniagaan yang merupakan 9/10 dari punca rezeki. Lagi pun aku rasa itu satu tanggungjawab bagi ku dan fardhu kifayah kerana sebuah lagi gerai menjual minuman dipunyai oleh orang islam yang boleh dipertikaikan kesuciannya. Aku rasa itu satu jihad dalam memperkembangkan ekonomi orang islam .
salam tuann hj rezeki
BalasPadambg salam dulu..ratu trek..hehe
Salam CR..
BalasPadamSy amat setuju dgn budak2 dulu apa cikgu buat kat sekolah kalo ngadu kat umah silap2 mak ayah kasik lagi seround huhu bukan mcm budak2 skrg..kesian cikgu mcm tak bleh nak jentik sikit pun..
salam tuan hj..
BalasPadamseronoknya kehidupan masa kanak2 hj rezeki..tangkap ketam,ikan...mandi lopak...
kira jauh juga ye jarak kedai 85km dari umah..tak sabar tunggu sambungan..
part 3 dijangka bila publishnya?
salam..
BalasPadammy fren CR,cerita dan terus bercerita...CR pandai bercerita,honest i tell u..cm tak sabar nk tunggu episod demi episod,,
Salam adik CR..cerita makin menarik tak sabar nak tunggu seterusnya..wah seoramg penulis trovellong diri bakal dinobatkan...
BalasPadamsalam che rezeki,
BalasPadam85km? jauh tu.. CP pi n balik keje utk 2 hari tu jaraknya ngeh ngeh ngeh..
pandai CR mengarang, ni mesti belajar dulu score paper BM..
Salam,1st time singgah sini. Jumpa kat PDKM. Seronoknya baca cite pak itam. Penilaian Darjah 5 tu ada 5 subjekkan? 2A,2B satu lagi apa?
BalasPadamZaman dah berubah. Zaman anak2 skrg tak sama ngan zaman kita. Zaman mak ayah kita dulupun tak sama dgn zaman kita.
Pengalaman menjadikan siapa kta skrg...ya tak?
Salam CR,
BalasPadamSeronok baca cerita CR, akak pun tunggu lagi sambungan nya, jauhnya CR 85km pergi mencari rezeki yang halaldan tabah bersama isteri.
Salaam CR,
BalasPadamSeronok baca pengalaman orang meniaga...walaupun diselitkan dengan humor, tapi saya yakin pengalaman bisnis CR pasti penuh dengan dugaan dan cabaran yang kekadang menggugat juga daya ketahanan "staying power" seseorang dalam bisnis, kan?
Syabas kepada Pak Itam & Mak Itam!
VpeaceV
waalaikumsalam cik ton
BalasPadamsalam shima
BalasPadamitu lah, dulu lain, sekarang lain. saya kalau cikgu nak rotan anak saya , saya tak kisah, psl cikgu rotan pun mesti bersebab dan nak mendidik , tapi setakat ni alhamdulillah, semuanya ok
salam ton,
BalasPadammmg dulu pak itamlah hero , tapi hero tak kacau org he he he
biasalah kul 00.00 am
salam cm
BalasPadamsaya bercerita dari pengalaman yg saya lalui 42 tahun dulu hinggalah sekarang, pahit manis , suka duka ,
tu belum cite pasal kene kejar dgn anjing sampai terpekik terlolong he he he
salam mama ju
BalasPadaminsyallah , ada kelapangan saya berkongsi cite, tapi sssss jgn bagitahu org lain tau cite saya ni he he he
salam che pit
BalasPadammmg jauh , rumah ku nun jauh di hujung semenanjung tanah melayu, saya rasa kak ngah tau area mana tu, dari rumah nk ke KT 65 km dan dari KT ke kedai kat tempt peranginan tu 20 km .
SPM BM dapat 7 , terpaksa ambil julai paper, saya menulis mengikut rasa dan hati saja
salam puan ina
BalasPadamrasanya masa pak itam 4 subjek je , lps tu baru kemudian2 baru 5 subjek he he he
mmg pengalaman byk mengajar saya erti realiti kehidupan
salam kak sidah
BalasPadammmg jauh , pegi matahari tak keluar lagi , balik matahari dah masuk dan bulan dh keluar dah, baru spi rumah
salam umi
BalasPadammmg kadang2 tak tahan, he he he
tahan sakit kaki dan betis psl semestinya kami sentiasa berdiri dan berjalan, kalau nk kira jaraknya mau macam 10-15 pusing dari khemah di mina ke jamrah
tu yg balik , kaki rendam kat dalam air panas he he he
bab "staying power" yg tu, nti ada masa saya citekan
Dear Rezeki.
BalasPadamWell done...ini yang boleh dijadikan tauladan...
salam uncle
BalasPadamsaya pun mcm uncle juga, bermula dari bawah, cuma profession kita je tak sama, kita dah sama2 rasa perit jerih.
Salam Pak Itam,
BalasPadamSaya berpendapat kejayaan Pak Itam hari ni kerana niat awal2 lagi ... iaitu perniagaan sebagai fardhu kifayah dalam memperkembangkan ekonomi orang islam. Tahniah Pak Itam & Mak Itam...
Orang dulu permainan macam Pak Itam lah, tangkap ketam, berkubang, lastik burung, memancing... ngeh ngeh ngeh, saya tunggu citer seterusnya.
salam zie,
BalasPadammmg itulah niat kami masa dulu, kini dan selamanya, apabila kita meniaga dan dapat keuntungan , bagi org islam dah tentu kita akan berzakat 2.5 % dari keuntungan tu, nampak sikit , tapi kalau dibayar , banyak fadilatnya. Hikmah Allah dalam berzakat banyak .
tapi kedai minum tu hanya jalan permulaan yg ditunjukan oleh Allah pada kami untuk meneroka peluang perniagaan yg lain .
salam rezeki..
BalasPadambab lap meja, cuci pinggang and jadi water tuh best ar..sya suka wat camtuh..sernok tak terkata kn..
benar kata i..pengalaman menjadikan sapa kita sekrang...
waslam
salam lie,
BalasPadammmg seronok berhadpan dgn pelanggan yang 1001 ragam he he he
tapi yg tak tahan tu mata , dosa mata banyak sangat he he he
kalau kat mekah, semua pakat tutup aurat, tapi kalau pusat peranginan mcm kat kedai saya tu, semua pakat dedah aurat he he he
Salam Pak Itam,
BalasPadamZaman dah berubah, kita dulu kalau kena rotan disekolah takut diketahui mak bapak, Silap2 kena tambah lagi dirumah.
Sekarang banyak kemudahan, kita dulu susah.
Dulu masa sekolah menengah tinggal di Asrama. Kalau malam curi-curi keluar dari private study, ambik upah bungkus aiskrim dikantin sekolah. Nak tambah duit belanja sekolah. Punya lah susah masa tu..
Tapi part bisnes, saya memang minat, nanti nak belajar ngan pak itam. email saya langgolalat@gmail.com
salam CR...
BalasPadamhari ni akak ketinggalan lak , mlm baru dpt ngadap pc...
biar betul CR , zaman dulu agak2 nya ada ka cyber cafe , he he he
SalamCR,
BalasPadamapo yng dapek dek katoan yolah, berakit rakit ke hulu berenang-renag ketepian, bersakit sakit dahulu bersenag2kemudian.
jarak 85KM ermmm ekau memang power tahap gaban tuh, tapi sekarang berbaloi-baloi.
salam abang sulong,
BalasPadamdulu lain, sekarang lain. tapi yg sekarang ni belajar dari yg dulukan, kerana nilai2 norma masyarakat kita semakin terhakis
kenapa dulu boleh, sekarang tak boleh, takut saya kena kat anak2 saya nanti, semoga mrk jadi anak yg soleh
ok, set nanti pak itam email, nak nuntut boleh , tapi pengerasnya ayam hutan beerbulu tapir 42 ekor heh heh heh , tu baru syarat pertama he he he
salam kak ummi,
BalasPadamlaaa , tinggal ketapi kak umi he he he
psl dulu mmg takde cyber cafe he he he
salam az,
BalasPadammmg betul tu , kena sakit2 dulu baru sembuh dan senang-senang kemudian he he he
walaupun jauh, tapi jarak itu cuma perantara dari Allah SWT utk saya meneroka ke bidang lain
alhamdulillah