WARGA SCP

Isnin, Februari 01, 2010

MENCARI KEREDHAAN ILAHI

Mencari Keredhaan Ilahi
Jemaah wanita yang dikepung oleh jemaah lelaki
semasa melakukan tawaf (dalam bulatan)

Ini kisah benar yang pak itam lalui beberapa tahun yang lalu semasa kunjungan pak itam ke kota London . Alhamdulillah,dengan sekelumit rezeki yang Allah SWT kurniakan dan pinjamkan kepada Pak itam membolehkan kami kerap juga ke kota London untuk menghabiskan cuti bersama anak-anak . Kebiasaannya pak itam akan menghabiskan masa dalam 12-14 hari setiap kali berkunjung ke sana.

Big Ben

suasana hening malam di kota London tidak akan sama dgn keheningan di kota Makkah
yang sarat dengan pengisian "roh dan jiwa"
itulah kelebihan kota suci Makkah

Suatu hari ketika di sana, pak itam sekeluarga telah berkunjung ke Oriental City terletak di 399 Edgware Road, London.Sebuah pusat membelibelah yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman dari negara-negara Asia .Kalau nak cari bahan2 untuk masakan seperti daun limau purut, serai , lengkuas pun ada di sini. Rasanya dah rindu nak kena teh tarik dan nasi lemak masa tu.

Eye Of London di waktu malam


Terdapat sebuah cafe Malaysia di situ. Kami duk lepak dan memesan teh tarik. Pesanan dihantar oleh seorang yang agak berumur juga berbangsa melayu . Rasa-rasa pak itam dalam lingkungan 45-50 tahun umurnya.Memang redup raut wajahnya seperti menyimpan 1001 kesedihan .Pak itam ambil kesempatan untuk berbual2 dengannya.


Sambil berkongsi cerita, pak itam bertanya dah berapa lama dia di London berkerja bekerja sebagai pembacuh teh. Jawabnya ringkas dah hampir 3 bulan. Perbualan semakin rancak . Menurut ceritanya, dia sebenarnya berasal dari JB dan tujuan dia ke sini hanya sebagai transit untuk memasuki kota Makkah nanti. Pak Itam semakin hairan, mengapa dia perlu berbuat demikian. Dengan rela hati dia menceritakan bahawa dia sebenarnya melarikan diri dari isteri2nya kerana beberapa sebab. Dan sebab yang paling utama ialah ketamakan isteri2nya yang berdua itu yang bertelingkah sesama mereka kerana berebutkan harta kepunyaannya sedangkan dia masih hidup lagi. Ini menimbulkan kesedihan dan parut luka yang mendalam di hatinya kerana dia tidak menyangka bahawa perkahwinan yang dibina selama ini berantakan kerana tamakkan harta dunia.

Lalu jalan penyelesaian yang diambil olehnya sangat mudah , melarikan diri ke London dengan tujuan utama untuk ke Kota Makkah mencari keredhaan ilahi dan menetap di sana tanpa dapat dikesan oleh anggota keluarganya lagi. Dia meninggalkan segala harta dan kemewahannya termasuk perniagaannya kerana bosan dengan sikap isteri2nya itu. Padanya semua itu telah tidak berguna lagi. Jadi dia menetapkan akan memasuki kota makkah dan menetap di sana sebagai pelarian.

Setelah pulang ke tanah air, pak itam cuba menyelidiki peristiwa itu untuk mencari kesahihannya berdasarkan namanya. Ternyata , beliau seorg ahli perniagaan yang berjaya dan mempunyai beberapa beberapa stesyen minyak di JB dan telah menghilangkan diri secara tiba2 tanpa dapat dikesan.

Hidup bermadu memang indah, tapi pahitnya bagai hempedu yang tersembunyi ,tak siapa yang tahu . Jadi lebih baik mencegah dari mengubatinya .

Semoga kisah ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua agar jangan menjadikan matlamat hidup ini berdasarkan harta dunia semata-mata sedangkan harta di akhirat yang kekal abadi. Semoga beliau menemui apa yang dihajatinya dalam mencari keredhaan ilahi.

Insyallah

20 ulasan:

  1. salam CR...
    semoga kebahagiaan hakiki ditemuinya di sana .

    BalasPadam
  2. Salam CR,

    orang alim mengatakan, mengejar dunia, kita dapat dunia tetapi kalau mengejar akhirat kita akan dapat dunia dan akhirat

    BalasPadam
  3. apalah kesudahan nasib orang itu erk? mudah2an dia di jalan yang diredhai Allah SWT.

    BalasPadam
  4. Salam CR - salam kenal & terima kasih singgah ke AGK...Sonata follow dah...

    Sentiasa merindui hendak ke sana lagi...semoga dimurahkan rezeki untuk berkunjung ke Mekah & Madinah...insyaAllah

    BalasPadam
  5. tapi ada org kata madu gak leh buat ubat..

    BalasPadam
  6. salam CR,

    Dari kisah tersebut,ayah menghadapi jalan buntu.

    Niat di hati beria2 sangat nak membantunya,tapi ayah tak arif tentang semua hal itu.

    Ingat2lah yang bermadu,yang dimadu, yang termadu,dan sesapa saja bahawa perjalanan ini cuma sekejap.

    Insyaallah dia akan mendapat penyelesaian yang diredhoi Allah.

    Wassalam.

    BalasPadam
  7. Salam CR,

    Bukan senang bermadu, bunyi nya memang best, tapi kalau salah langkah inilah jadinya..oleh itu ingat2 lah sang suami yang mempunyai cita2 kearah itu

    Sian dia ye cr, akak harap dapatlah apa yang dihajatinya, Allah maha mengetahui.

    BalasPadam
  8. Dear Pak Itam.
    Satu pengajaran supaya masalah jangan dicari.....

    BalasPadam
  9. Salaam Pak Itam,

    Aduh, beratnya masalah beliau, ditambah pulak dengan tanggungjawab untuk menanganinya selaku suami/ketua keluarga...

    Semoga beliau diberi Allah petunjuk dan jalan penyelesaian kepada situasi yang dihadapinya. Amin.

    VpeaceV

    BalasPadam
  10. Salam CR

    tentu masih sibukkan?
    Cerita yg membuatkan kita ingin mengetahui apa kisah selanjutnya...

    Agaknya dia patah hati sungguh..

    Bestkan CR kalau ke mana2 dpt tinggal lama..12 hari kat london!Apa tpt plg menarik?

    Kenapa org suka beli beg kertas Harrods tu...? Dkt KLCc ada Harrods jugak tapi byk benda2 tak halal la...

    Apa2pun Mekah is the best!

    Che Pit punya madu lainlah...

    BalasPadam
  11. salam kak ummi

    semoga beliau menemui cinta yg sejati iaitu Allah SWT

    BalasPadam
  12. salam az

    betul tu , kejar akhirat semua insyallah kita dapat

    BalasPadam
  13. salam kak nab

    kita doakan je yg terbaik utk nya

    BalasPadam
  14. salam cikgu sonata

    tk krn follow, semoga doa dan hajat cikgu dimakbulkan Allah , amin

    BalasPadam
  15. salam CP

    tu madu lebah ngeh ngeh

    tapi ini madu boleh jadi racun kalau tak boleh adil ngeh ngeh

    BalasPadam
  16. salam ayahanda

    itulah asam garam kehidupan ,

    bagi yg bermadu, berlakulah adil, jika tak mampu berlaku adil, tak payah, betul tak ayahanda

    BalasPadam
  17. salam kak sidah

    nampak sedap tapi punya racun yg bisa bila timbul masalah

    BalasPadam
  18. salam uncle

    betul tu, jangan cari masalah

    kalau cari juga, terpaksa menghadapinya, semoga beliau bertemu jawapan kpd permasalahannya, insyallah

    BalasPadam
  19. salam umiazuddin

    semoga menjadi ikhtibar kepada kita semua tak kira lelaki atau perempuan

    BalasPadam
  20. salam mama ju

    yup, masih sibuk

    saya tak sempat mengikuti perkembangan seterusnya, tapi stesyen minyak kepunyaannya masih beroperasi tapi tak tahulah siapa uruskan sekarang

    kalau pergi jauh rugi kalau 4-5 hari, alang2 biar 1/2 bulan, baru berbaloi

    byk tmpt menarik kat sana, kena keluar sikit dari kota london mcm "country side" , mendamaikan tapi ttp makkah no. 1

    BalasPadam