WARGA SCP

Rabu, Ogos 11, 2010

ROAD TO AFRIKA : LIGHT HOUSE , UMHLANGA

ALHAMDULILLAH

Dalam perjalanan pulang dari Botanical Garden, kami sempat singgah ke LightHouse, Umhlanga untuk menikmati panorama di sana. Sebuah hotel di sana menjadi pengkalan pasukan bola sepak Cameron yang sentiasa dikawal ketat oleh pihak polis . Nak masuk kenderaan kat kawasan hotel itu juga akan di periksa oleh pakar bom, untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini

polis dok standby kat hotel penginapan pasukan Cameron

Suasana bandar ini sungguh tenang dan tak sibuk. Senang juga nak cari parking kereta yang dibeli secara kupon, namun kebiasaan di SA , penjaga parking haram bersepah2 di mana2 pun . Nak kenal mereka senang je. Mereka akan memakai vest florecent . Di sini berbagai2 cara dilakukan utk mencari nafkah . Tapi penjaga parking tak bertauliah di sini sungguh profesional , tak mcm tmpt kita. Jadi kalau bagi 1-2 rand pada mereka rasa tak jadi masalah.

penjaga parking tak bertauliah

Walaupun dah bayar parking, tapi mereka ni menjaga dan memerhatikan kenderaan kita dari dirosakkan oleh orang lain dan memastikan tiada perampok yg cuba memecahkan kenderaan . Kalau nak mengundur kereta, mereka juga akan membantu.

Bayaran upah mereka terpulang kepada kita serendah 1-5 rand.

Nak makan apa tengahari ni.

Isteri ku bertanya seorg staff di information desk restoran halal di sini.

Alhamdulillah, Nando dan KFC di sini halal

Kami mengambil keputusan makan di Nandos . Kebetulan sebelum makan kami bertanya sekali lagi untuk kepastian kepada seorang staff di Nando

Dia memperkenalkan dirinya sebagai Muhammad dan seorg Islam

Alhamdulillah, Allah mempermudahkan kami untuk menjamu selera tengahari dengan hidangan yang lazat lebih kurang Rand 180.00 (RM80.00)


light house , umhlaga


polis dok standby kat bas pasukan Camerron

bandar light house


Nandos

santapan tengahari kami

spicy rice

salad

* kebetulan tempohari 1 syaaban , mak itam dapat merasai pengalaman berpuasa di bumi Afrika , yang bestnya waktu magrib dan berbuka ketika winter ni lebih kurang jam 5 ptg . Kena pulak cuaca dingin , tapi cabarannya dari segi lain pula,
pandangan mata pula tak perlu risau kerana hampir keseluruhan mereka berpakaian lengkap kerana musim sejuk , tiada yang terdedah sana- sini heheeh

itulah kelebihan dan kekurangan jika berpuasa di tempat orang, tapi kat malaysia sendiri pun, pandangan mata sekarang sangat2 perlu dijaga tak kira bulan pun kerana ramai sangat sekarang yang berpakaian menjolok mata .

Bak kata orang,
lebih barat dari barat
Lebih Hollywood dari Hollywood

hehehe


10 ulasan:

  1. Salam pak itam..

    menu aper tu...

    BalasPadam
  2. Assallamualaikum Pak Itam,

    Sebenarnya mama betul2 tidak sangka SA sebaik ini. bandar2nya bersih dan cantik, cuacanya senyaman itu dan keindahan produk seni yang bagus.
    Mungkin selalu melihat gambaran tentang negara Afrika yang lain kot..lebih2 lagi melihat rakyat Negeria yang berkeliaran kat bandar2 kita.

    BalasPadam
  3. wah, kfc dan nandos halal! kat malaysia pulak makin banyak restoran yang tak halal... sedih, sedih

    BalasPadam
  4. Salam pak Itam,

    Insya-Allah walau di mana jua kita berada Allah makanan halal tetap ada. Hanya kita saja yang perlu berusaha.

    Terpana dengan last two paragraph tu. Tak sungguh orang tak kata. Memang benar. Yang penting kita tidak tergolong sebegitu. Apa lagi bulan mulia nie... pejam mata masa memandu nanti lain jadinya huhuhu...

    p/s: merindui paparan pemandangan dari lensa Pak Itam. Semakin ketagih untuk melihatnya....

    BalasPadam
  5. geylang serai takde benda..kita ni lagi tertarek2 nak belanja seberang tambak. jam pun jam lah.

    pasal tiru barat, hollywood memang lah melebeh lagi teror.
    tapi kalau nak ikut yg sunnah..hmm weak lah sbb ternampak sangatlah ganjil...

    BalasPadam
  6. salam shami

    heheheh

    ayam grilled letak memacam hehehe

    BalasPadam
  7. salam mama nadz

    SA mmg cantik berbanding negara2 afrika yang lain yg masih mundur , lagi pun SA kan pernah dijajah oleh org kulit putih


    betul tu, kat negara kita banyak dtg dari nigeria dan sewaktu dgn nya, dari SA kurang

    BalasPadam
  8. salam KOG

    malaysia boleh hehehehehe

    BalasPadam
  9. salam kak zakie

    semoga kita sentiasa dalam perlindunganNYA

    insyallah

    BalasPadam
  10. salam mampir

    semoga perubahan sedikit demi sedikit berlaku , biar perlahan dari langsung takde

    BalasPadam