ALHAMDULILLAH
Berkesempatan menjenguk sebentar dan cuba merasai secara peribadi tentang semangat perjuangan anak2 kecil Afrika Selatan dalam memperjuangkan kesaksamaan dari orang putih di sini yang mengganggap diri mereka bagai "tuhan" kepada kaum kulit hitam sehinggakan premis2 perniagaan, pantai, kedai2 waima tandas sekali pun terdapat tanda "For white only" . Namun aku tidak dapat merakamkan foto2 dan suasana di dalam Hector Pieterson Muzium ini yang terletak di Corner Khumalo and Peta Street, Orlando West Soweto, South Africa kerana sudah peraturannya sebegitu.
Memang dasar apertheid dahulu yang memisahkan taraf dan kedudukan antara orang berbangsa dan berkulit putih dengan berbangsa atau berkulit gelap (hitam) pernah menjadikan Afrika Selatan sebuah negara yang sentiasa berada dalam ambang kekacauan yang boleh meletus tanpa mengira masa dan tempat hinggakan dicop sebagai sebuah tempat yang terlalu berbahaya untuk dikunjungi. Kalau kalian yang pernah memiliki pasport antarabangsa dahulu, antara negara2 yang tidak boleh kita kunjungi ialah Afrika Selatan yang di cop di dalamnya.
mayat Hector Pieterson yg didukung
selepas ditembak
sempat dirakamkan oleh seorg jurugambar ketika itu
selepas ditembak
sempat dirakamkan oleh seorg jurugambar ketika itu
Sebenarnya selain Nelson Mandela yang terkenal sebagai pejuang dan penentang dasar apertheid, ramai lagi yang terlibat dalam memimpin kumpulan2 dan melakukan penentangan , Hector Pieterson adalah antara yang telah mati ditembak oleh pihak polis rejim apertheid ketika mereka (murid-murid sekolah) mengadakan demontrasi jalanan yang ketika itu baru berusia hanya 12 tahun sahaja.
Muzium ini dibina sebagai tatapan generasi hari ini betapa pejuangan orang2 terdahulu sangat penting untuk dikenang dan dijadikan iktibar dan teladan bahawa setiap hanga kebebasan itu terlalu mahal dan perit sebenarnya, namun janganlah dipersia-siakankan.
Begitu juga dengan sejarah datuk nenek kita dahulu yang berkorban bermati-matian sejak dari zaman Tok Janggut lagi dan Mat kilau serta ramai lagi dalam membebaskan negara kita dari belenggu penjajah, tapi sebahagian dari kita hari ini semacam tidak bersyukur dan menghargai kebebasan tersebut. Ada pemimpin hari ini yang diberi tanggungjawab namun gagal melaksanakan dengan sebaik mungkin.
Ingat , jangan sampai jiwa kita terus dibelenggu penjajahan.Begitu juga dengan sejarah datuk nenek kita dahulu yang berkorban bermati-matian sejak dari zaman Tok Janggut lagi dan Mat kilau serta ramai lagi dalam membebaskan negara kita dari belenggu penjajah, tapi sebahagian dari kita hari ini semacam tidak bersyukur dan menghargai kebebasan tersebut. Ada pemimpin hari ini yang diberi tanggungjawab namun gagal melaksanakan dengan sebaik mungkin.
Peristiwa ini berlaku pada 16 June 1976 melibatkan kira2 15 000 orang murid sekolah yang berarak dan mengadakan protes secara aman bermula di kawasan Soweto menuju ke balai polis Orlando untuk menyerahkan satu memorandum bantahan, tapi malangnya telah disambut dengan tembakan oleh pihak polis . Hector Pieterson merupakan kanak2 yang pertama ditembak mati dari kalangan 600 kanak2 yang terbunuh . Kematiannya menjadi semangat kepada yang lain untuk terus berjuang dan berjuang dalam membebaskan negara mereka dari dasar aperthied yang menindas.
Cuba kita bayangkan , betapa beruntungnya anak2 zaman sekarang di nagara kita yang tak perlu merasai semua itu . Anak2 zaman sekarang di negara kita yang aman damai dah terlalu dimanjakan hinggakan antara segelintirnya yang dah tak boleh ditegur oleh orang lain dan gurunya jika berlaku kesilapan kerana yang pasti kedua ibubapa mereka akan membela tanpa usul periksa. Hendakkan kita menjadikan anak2 zaman sekarang bagai "ANAK KU SAZALI" yang pernah dipertontonkan oleh P Ramlee 30-40 tahun lepas , seperti P Ramlee tahu apa yang akan berlaku pada anak2 zaman moden ini
Jangan hiraukan potret ku di bawah ni,
cuma aku nak tunjukkan perarakkan tersebut bermula
dari kawasan Soweto ( 2 serombong besar tu)
menuju tempat yang ku berdiri ini , dan tempat ku berdiri ini
dahulunya pernah meragut ramai nyawa anak2 kecil yang tak berdosa
demi sebuah kebebasan
cuma aku nak tunjukkan perarakkan tersebut bermula
dari kawasan Soweto ( 2 serombong besar tu)
menuju tempat yang ku berdiri ini , dan tempat ku berdiri ini
dahulunya pernah meragut ramai nyawa anak2 kecil yang tak berdosa
demi sebuah kebebasan
Salam Pak Itam,
BalasPadamSemakin rancak pula nak membaca cerita perjalanan di SA ni. Tambah pula ada peristiwa yang begitu menyayat dapat dijejaki. Melihat ketamdunan sesebuah negara.....
salam ramdhan CR
BalasPadamsungguh beruntung kita ummat islam bila bertemu di tanah suci plak , semuanya se ia sekata kaaaan untuk Allah yg satu....
salam pak itam,
BalasPadamsatu perjalanan yang begitu bermaklumat. Tahniah
salam kakzakie
BalasPadambanyak iktibar tentang perjuangan di bumi SA boleh kita selusuri dan jadikan iktibar serta pengajaran
cuma tak berkesempatan ke muzium apertheid yg terkenal
salam kak ummi
BalasPadambetul tu kak,
tapi kat mekkah pun sekarang dah mula nampak umat islam mcm berkasta2 pula .........
tapi esok lusa biula mengadap ALLAH, semua sama di sisinya
salam az
BalasPadamtk