WARGA SCP

Jumaat, Ogos 06, 2010

ROAD TO AFRICA : KEDINGINAN MENCENGKAM DALAM TERIK MENTARI


ALHAMDULILLAH

Jam 9.00 pagi kami pun berjalan kaki ke kandang kuda di kawasan belakang dalam 1 km juga. Tapi jalan dalam cuaca begini tak berpeluh. Kat kandang kuda tu ada 20-30 ekor kuda juga .Pada mulanya aktiviti berkuda ini terpaksa dibatalkan kerana angin yang bertiup pagi ini terlalu kencang dan takut kuda2 tak keruan, namun diteruskan juga setelah penjaga kuda memberikan "lampu hijau"

Bayaran yang dikenakan tak mahal . Cuma Rand 100 untuk seorang (RM 45.00) dan akan mengelilinggi kawasan Lake Neverone dalam 2 jam setengah juga. Memang berbaloi. Mereka memilihkan kuda2 yang sesuai untuk kami, tapi sebenarnya kuda mana2 pun boleh ditunggang dan tak ikut saiz badan. Kuda kayu yelekkkk

Baka kuda2 ni sebenarnya datang bukan dari Africa kerana yang ada di sini hanyalah kuda2 liar je dan kuda belang je

Kuda ku dipanggil "Buntat"

Kapala a.k.a ketua yg mengepelai
kuda depan aku ni suka kentut hehehe

Nak naik kuda ni satu je azabnya jika kaki dan lutut serta kekuda tak kuat, masalah juga nanti. Aku bukan takut apa, takut lutut sebelah kiri ku akan "meletop" dan beralih semula bila nak naik atas pelana kuda tu nanti.Maklumlah, badan ku kan tinggi.

Tu sebab aku pencen dari jadi Zorro dan terpaksa lepaskan jawatan Zorro tu pada Antonio Benderas dulu pasal kecederaan ni

Lagi satu tadi sebelum membuat pengesahan tempahan, kami dikehendaki menandatagani satu surat yang mengatakan pihak pengurusan Lake Neverone tidak akan bertanggungjawab atas apa2 kecederaan dan kemalangan yang menimpa semasa mengikuti program berkuda ini.

Bismillah dan tawakkal pada Allah.

Kuda2 ni pun satu , jenis dengar cakap tuan penjaganya . Perjalanan kami diketuai oleh seorang penjaganya di bahagian hadan dan diikuti oleh kuda ku dan kuda yang lain.






Matahari yang memancar terik tapi kedinginan yang mencengkam menyebabkan glove sentiasa dipakai di tangan. Aku telah menyangkut tali DSLR ku di leher sementara sebelah tangan memegang tali kuda dan sebelah tangan memegang DSLR yang sentiasa dalam keadaan mode "ON" dan akan merakamkan seberapa banyak gambar disepanjang perjalanan kami selama 2 1/2 jam nanti.

"Kedekuk,kedekuk,kedekut" bunyi tapak kaki kuda mengiringi perjalanan kami.

Kalau dapat letak kusyen atas pelana , lagi sedap rasanya bontot ku hehehe

Tali kuda harus dipegang supaya tidak terlalu longgar atau terlalu ketat . Kalau longgar sangat, dah kuda tu asyik menunduk saja dan cari rumput , kalau tegang sangat, nanti ter"willie" pulak kuda tu. Kalau nak suruh dia laju sikit, kedua kaki kita kena hentakkan sedikit di kedua2 badannya, nak belok kanan pula , tarik tali ke kanan lebih sedikit dan sebaliknya.





Suasana dan panorama indah yang disajikan oleh Allah s.w.t sepanjang perjalanan sungguh memukau mata dan sanubari ku. Tengah naik kuda begini, takde masa nak setting DSLR , hanya menetapkan mode "Landscape" je dan semua gambar tidak perlu retouch dan edit kerana cahaya matahari semulajadi yang mencukupi menjadikan foto yang diambil kelihatan sempurna seperti penglihatan mata.

Nasib baik aku menggunakan lens pendek dan ditetapkan dengan mode "VR" yang bermaksud gambar tidak akan bergoyang atau bergetar walaupun kuda yang ku tunggani berjalan ikut rentak kakinya.

Cuma keadaan angin lintang yang terlalu kuat cukup merisaukan , takut2 kuda tu tetiba hilang arah dan "willie" dengan 2 kaki terangkat di hadapan .



Tiba je di pinggiran sungai ni, kami dah mula risau juga.

"Alamak, macamana nak lintas"

Rupa2nya semua kuda ini yang cukup terlatih secara perlahan2 menuruni cerun dengan begitu berhati2 seekor demi seekor tanpa diarahkan.

Memang "sekolah punya kuda" hehehe

Meredah anak sungai dengan berkuda memang satu pengalaman yang sungguh menyeronokkan, teringat aku masa aku jadi Zorro dulu-dulu







Setibanya kami di kawasan lapang ini, tiba2 semua kuda memecut sendiri tanpa diarah. Kuda mak itam dan anak ku yang sejak dari tadi di belakang tiba2 memotong ku dengan laju tanpa memberi isyarat utk memotong.

Jauh juga kami "bergerace" walaupun kami tak arahkan kuda tu berbuat demikian. Tunggang langang juga ku dibuatnya kerana sebelah tangan ku yang memegang DSLR . Nasib baik tak jatuh.

"Bertuah punya kuda"

Agaknya mereka memang telatah diajar dan dilatih sedemikian.

Menunggang kuda ni adalah salah satu sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Kuda pertama dimiliki oleh Rasulullah saw bernama 'As-Sakaf' yang dibeli baginda dari suku kaum Fezara. Baginda menunggang kuda ini dalam peperangan Uhud.

Baginda Rasullullah saw juga memilki seekor lagi kuda yang bernama Sabaha dan pernah memasuki pertandingan dan menang dalam pertandingan tersebut. Baginda begitu gembira.

Kuda ketiga yang dimiliki oleh Rasullullah saw bernama al-Murtajis.



sempat makan rumput tu lagi


Pengalaman berada di Lake Neverone memang sungguh indah dan akan kekal sebagai kenangan kerana kami disajikan dengan permandangan dan panorama alam yang terlalu cantik dan indah untuk digambarkan ciptaan Allah Yang Maha Esa .

Kami meninggalkan Lake Neverone setelah masuk waktu zohor lebihkurang 12.15 tgh dengan 1000 kenangan indah untuk menuju destinasi yang seterusnya.

Good bye Lake Neverone
KEDINGINAN MU MENCENGKAM DALAM TERIK MENTARI



inilah rupa sebenar atap cottage tu

20 ulasan:

  1. Assallamualaikum Pak Itam,

    Mama menghayati setiap panorama yang dipaparkan oleh Pak Itam di semua n3 di lake Naverone. Sememangnya SA begitu mengkagumkan. Keindahan yang Allah kurniakan begitu hebat.
    Terima kasih

    BalasPadam
  2. seronoknya dapat menunggang kuda, meneroka bersama kenderaan alam.
    aktiviti cuti yg mesra alam :)

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam & semua,

    Menghayati perjalanan berkuda keluarga Pak Itam begitu menyeronokkan. Kami bagai mengikuti satu rentetan perjalanan sebuah cerita yang panjang sambil menikmati keindahan alam sang pencipta. Aduhai mengasyikkan.

    Syabas juga buat Mak Itam kerna dia bukan calang-calang wanita kan. Kuat juga semangat dia naik kuda tu.

    BalasPadam
  4. pernah juga naik kuda kat surabaya (ahak, kat msia tak ingin plak naik)... tanya budak indon tu, kuda ni namanya apa, saja nak buat² ramah... dia jawab, "pony".

    aku cepuk juga kan... orang tanya nama, bukan translationnya apa, cheehh!

    BalasPadam
  5. Salam pak itam...

    Atap rumah tu dibuat dari pada apa....
    Pemandangan indah..cuaca terik tapi dingin..wahhhh best kan.....
    subhanllah memang panorama yang indah...lagi2 sungai2 yang cetek..tu...seronok kalau main air hahahah teringat masa kecik2 suka sangan main air..belakang rumah atuk sebelah mak shami2 ada sungai bila mereka tutup pintu air...air sungai jadi cetek macam tu...kalau dibuka penuh lah air sungai tapi tak berapa dalam sangat...nostalgia betul....
    tahniah pak itam...tentu banyak kenangan disimpan untuk kenang kenangan...tu kan...

    BalasPadam
  6. salam pak itam



    mana gambar zorrow and mrs zorrow tuh...hehehehheheeh


    waslam

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Pak Itam

    bila boleh saya naik buntat
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  8. Salaam Pak Itam,

    cantiknya pemandangan tika langit cerah...

    psst pak itam, nak ler tengok wajah si Buntat tu, asik nampak telinga dia jer...takkan muka dia kena cover jugak kot? heheh ;)

    VpeaceV

    BalasPadam
  9. Salam Pak Itam,

    Menanti sebuah cerita
    mengintai panorama indah
    kehampaan.....
    ianya cerita semalam
    redup mata menyorot keindahan
    walau semalam telah diteroka
    namun....
    cerita hari ini masih dinanti
    adakah penantian itu penyiksaan?...
    sabarlah hati.....
    kemunculan SCP sudah pasti
    sarat dengan keindahan
    buat tatapan

    BalasPadam
  10. la ingatkan dpt tengok Mr.. Zorro dan Mrss nye..walaubagaimanapun dah macam canvas panting la gambar Pak Itam nih..cantik semua pemandangan masyaallah.

    BalasPadam
  11. salam mama nadz

    alhamdulillah, kenangan indah di sana bertemankan lukisan alam

    BalasPadam
  12. salam mampir

    tu yang rasa nak bela kuda blkg rumah ban sekor dua hehehe

    boleh tunggang ptg2

    BalasPadam
  13. salam kak zakie

    alhamdulillah

    sebenarnya byk lagi cerita yg tak keluar lagi di n3 hehehe

    mak itam, naik kuda mmg dia suka hehehe

    BalasPadam
  14. salam KOG


    hehehehhe tergelak pak itam hahahahahha

    tu terlebih pandai hehehehhe

    BalasPadam
  15. salam shami

    atap dari batang mcm lidi tu , tapi dia lurus dan panjang

    byk kenangan di sana

    alhamdulillah

    BalasPadam
  16. salam cl

    mr zorro dan jadi geng 6 J hehehehhehe

    BalasPadam
  17. salam atuk

    alahhh, buntat byk kat kl tu heheheh

    BalasPadam
  18. salam kak chik

    byk gambar buntat sebenarnya, tapi ada pak itam kat atas buntat tu, tu yang kena censored hehehe

    BalasPadam
  19. salam kakzakie


    hehehhe sorry, lambat menulis hari ni krn ada agenda yg terlalu penting hari dari semalam, ni pun td baru balik dr long distance journey hehehe

    insyallah, selagi diberi kekuatan dan diizin Allah, saya akan terus menulis di SCP

    tk atas sokongan kalian semua

    BalasPadam
  20. salam lynnn

    dah namanya zorro kan kan heheheh

    mmg indah lukisan alamdi sana

    BalasPadam