ALHAMDULILLAH
Sebelum pegi SA ni , aku dah convert lesen memandu ku ke International license di JPJ . Ingat nak convert sekali ke lesen menyelam dan lesen memandu kapal terbang serta lesen menikahkan orang , tapi duit tak cukup pulak.
Lesen antarabangsa ni lakunya setahun je, tapi bayarannya RM 250 hengget dan laku di seluruh dunia.
Kenapa lesen ni penting, kerana bila nak sewa kuda nanti , dia nak tengok International Lisense dulu kerana sewa kuda ni bukan sewa pakai cakap mulut je. Semua ada hitam putih dan ada perjanjian rasmi oleh lawyer tuan punya kuda .

Mula2 ingat nak sewa kuda kat atas ni , tapi besarlah . Lihat cogankata kuda tu
"AUM SAI RAM" yang membawa maksud "TUNGGANGLAH DAKU"
Jadi aku akhirnya sewalah kuda kat bawah ni yang berasal dari German . Sewanya kalau lagi panjang tempohnya , lagi murah . 1-3 hari, rate lain. 1-5 hari rate pun lain dan begitulah.
Pelbagai kuda yang ada untuk disewa, ada kuda padi, ada kuda siam, ada kuda mamak. Semua harga sewaan ikut kuasa kuda (CC)

Kuda2 yang disewa di sini pelbagai pakej juga dan harga sewaan tak sama setiap pakej.
Pakej pertama murah tapi ingat
Standard Package
EXCESS: R21,000 (kalau eksiden atau kuda hilang, jumlah ni kita kena tanggung)
100 Km sehari je boleh menunggang
EXTRA KM: R5.70 setiap km kalau kita bawak kuda ni lebih dari 100 km
Pakej menyewa kuda yang sedang2 namanya :
Super Package
EXCESS: R4,500 (kalau eksiden atau kuda hilang, jumlah ni kita kena tanggung)
100 Km sehari je boleh menunggang
EXTRA KM: R5.70 setiap km kalau kita bawak kuda ni lebih dari 100 km
Pakej yang paling mahal tapi selamat dan tak payah poning2 kepalo ialah
Executive Package
EXCESS: NIL (hilang ke , kuda patah kaki ke , semua towkey dia tanggung)
Unlimited Km maksudnya boleh tunggang sampai kuda ni lembik dan tak larat hehehe
Jadi aku yang tak nak poning kepala ambiklah pakej eksekutif ni, walaupun mahal sikit sewaannya, tapi aku tak perlu risau . Kalau apa2 hal berlaku , depa tanggung sendiri.
Kalau pilih pakej 1 atau 2 tu, apa2 hal, depa terus claim kat kad kredit yang kita gesek masa memula nak menyewa tu samada kita rela atau tak .
Lepas aku sewa kuda german ni, aku pun tukarlah pulak kuda lain pasal nak rasa kuda sweden pulak. Tapi kuda sweden ni bak kata orang2 tualah kuat "mentedarah" minyak hehehe
Tapi apa nak buat , hantam jelah labu.

Inilah kuda2 yang aku gunakan disini untuk aku bergerak ke sana, ke sini , ke hulu ke hilir pasal kat SA pengangkutan awam dia mmemang "FAILED" hehehehe
Rezeki.
BalasPadamPak gaung suruh buat UTurn tu buat Uncle guling2 atas katil...part tu kelakar habis...hah3...
Oi..mak datuk...panjang juga kisah "Road To Africa" ni ya.. Ingatkan bulan posa dah habis rupa-rupanya masih ada lagi lah yerr.. Tapi bagus jugak, sekurang-kurangnya kita tak makan hati masa posa camni melihat asam pedas keluar dalam gambar..hehhh.
BalasPadamAssallamualaikum Pak Itam,
BalasPadamSeronok sungguh membaca perjalanan Pak Itam ke SA. Begitu teliti perancangan penulisan. Mama nadz menunggu nak lihat paparan pokok-pokok bunga SA pula!
Perjalanan yang memerlukan keberanian, kecekalan, kepintaran dan keewangan yang selesa...
terima kasih.
Salam... Terasa cemburu dengan apa yang hamba Allah bertuah ni. Tahniah dan syukur diatas nikmat Allah. Bilalah Alah nak hantar saya ke A ni. Bukan tanya Allah tapi detikan hati untuk menunjukkan cemburu kepada Pak Itam... Pengaruh kepandaian mengarang menyebabkan rasa dekat dengan tempat yang ada dalam cerita tu. Tahniah
BalasPadamSalam... Pak Itam... Anugerah wang lebihan merantau itu tolong derma kepada saya [ FAKRI BIN AWANG dialamat Lot 1621, Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan ] untuk bina MASJID UTHMANI [ Mohon layari: www.masjiduthmani.blogspot.com untuk maklumat lanjut ]. Saya cemburu dengan nikmat anugerah Pak Itam.. SA sebuah negara yang saya punya azam untuk ziarahinya. Saya ikuti kisah yang banyak hikmat ini. Terima kasih
BalasPadamSalam Pak Itam,
BalasPadamMula jenguk rumah tu gambar Kaabah ingatkan dan habis cerita SA nak ceita di Mekah. Rupanya gimik je...
Alkisah cerita kuda-kuda pula. Mahal pulak tu. Dah yang dipilih kuda cun memang pun patut mahal. Apa-apa pun merindui gambar2pemandangan yang dah diambil. Tak kisah yang lama pun tak apa.... gambar tanpa cerita pun tak pe...
suka baca kisah Pak Itam ni....nak pergi ke sana....next year 3 orang kawan anak saya akan dihantar belajar ke SA oleh petronas....saya kata bolehlah auntie pegi ke sana !
BalasPadamSalam Pak Itam,
BalasPadamKuda cantik... berbaloi dah Pak Itam dengan perkhidmatan yg diberikan oleh kuda iteww! Nak tau citer.. ibu kalau gi KL guna GPS gak,org kg lah katakan.
Pak Itam pandai mengarang & mengolah cerita menjadi menarik & tertarik. Org Johor selalunya bahasa `baik punya' Itu kata cikgu cikgilah. Sebab ibu solute habis dgn kisah2 SA Pak Itam ni. Ada banyak episode lagi ke??? Tulis cepat2 nak baca ni.
salam uncle
BalasPadamhehehe
GPS yang takde perasaan hehehe
salam ang sulong
BalasPadamutk makan hati, jiran sebelah hari2 makan tulang hehe
salam mama nadz
BalasPadamada , kami lama juga berendut kat botanical garden sambil menjamu mata dengan kehijauan di sana
insyallah, nanti saya buatkan n3 nya
salam fikri
BalasPadamalhamdulillah,semuanya datang dari Allah jua dan takde apa yg nak dicemburukan, semua itukan sekadar pinjaman di dunia yg fana
esok lusa mati, semua akan ditinggalkan
hanya amalan dan takwa bekal yg akan dibawa
masjid uthmani
BalasPadamalhamdulillah, ada sedikit sumbangan yg tak seberapa telah dihulurkan ke akuan pembinaan masjid tu tapi minta niatkan sumbangan tersebut buat arwah ayahanda saya
insyallah,semua yg memohon demi kebajikan terutama di bulan ramadhan ni dapat , semuanya merasa walaupun tak sebesar mana pun apa yang boleh saya bantu
alhamdulillah, semoga Allah merahmati usaha tuan dalam merealisasikan pembinaan masjid itu
salam kak zakie
BalasPadambanyak lagi koleksi gambar dalam simpanan,
insyallah, ada masa dan ruang serta keizinan Allah, saya keluarkan nanti
salam SAK
BalasPadamitu sudah bagus hehehe
nanti bolehlah cikgu ke sana nanti
saya doakan moga kesampaian, insyallah
di sana ramai sebenarnya pekerja petronas dari malaysia yg bekerja kerana petronas ada projek di SA
salam ibu
BalasPadamsaya sekolah tak tinggi mana pun, bercerita dan menulis hanya ikut rasa dan hati
terima kasih krn ibu sering mengikuti penulisan saya ni