WARGA SCP

Jumaat, Ogos 13, 2010

ROAD TO AFRICA : VALLEY OF 1000 HILLS part 2

ALHAMDULILLAH

Kesempatan aku berada di Valley of 1000 Hills tidak aku lepaskan untuk menikmati pemandangan dan panorama alam yang begitu indah di puncak yang agak tinggi juga sehingga melangkaui ke bandar Durban dari kejauhan.

Lebih2 lagi cuaca sejuk dan angin yang bertiup menambahkan kesyahduan menikmati apa yang Allah paparkan di sini.

Aku kerap memberhentikan kenderaan ku di sini untuk merakamkan lukisan alam yang begitu indah di sini . Dari kejauhan nampak beribu bukit yang beralun begitu indah sekali tersergamnya seperti di susun satu persatu.

Itulah kekuasaan Allah dalam mencipta ribuan bukit bukau dengan begitu indah sekali dengan sekelip mata dan Dia bisa menghancurkannya juga dengan sekelip mata jika Dia mengkehendaki.

Dan katakanlah,
"Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan."
(An-Naml: 93)




Tidak dapat aku katakan dan aku gambarkan bahawa sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi
(seraya berkata),
"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Mahasuci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
(QS. Ali 'Imran:191)



lembu duk meragut rumput

aku kepingin sekali untuk membina teratak ku sedemikian rupa
tenang, aman, membahagiakan







bila aku memandu dan malas nak keluar, inilah jurufoto kecil ku

18 ulasan:

  1. saya pun kepingin teratak sedemikian. cantik betul 1000 hills.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    apa kah bumi sudah longgar??
    apabila gunung ganang banyak yg di terokai

    Wassalam

    BalasPadam
  3. kat tempat orang rumah besar atas bukit macam tu nampak cantik, secluded tapi selesa... tapi kalau kat malaysia ada can berhantu, keh keh keh... yaaa, hantu malaysia boleh!

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,

    Terlebih dahulu akak ingin mengucapkan salam ramadhan pada pak itam sekeluarga..dan selamat berpuasa semoga puasa kali ini puasa yang lebih memberi erti dan diberkati Allah..

    Memang tiada kata2 untuk keindahan ciptaan Allah yang pak itam paparkan..itulah kebesaran Allah yang tak boleh kita umatnya menafikan..akak bersyukur kerana dapat juga melihat indanya alam ciptaan Nya dengan gambar2 yg pak itam paparkan..terima kasih..syukur dapat mengenali kawan2 melalui PDKM..semoga sillaturahim berpanjangan.

    BalasPadam
  5. Salam pak itam..

    Subhanallah..cantik sangat panorama tuh.....
    terima kasih kerna berkongsi pengalaman dan juga pemandangan indah dibumi Allah..ini bersama teman2 maya

    Pssst cantik jugak rumah fesyen macam tu..hihihi..nampak berseni...

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam,

    Tetap menelusuri bukit dibulan ramadhan ni ye... Dah nama pun valley of 1000 hills. Teruskanlah perjalanan. Sicomel dah kena trained snap sana, klik sini. Wah.... bapak burik anak rintik. Penghasilanya sangat cantik.

    Tahniah dari makcik zakie buat assistant cameraman tu ye....

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam,

    Jurufoto kecil tu kira dah jadi pro...

    BalasPadam
  8. Salam Pak Menakan..

    taraaaaaa.. aisey, dah lama tak mai melawat pak menakan nie.. ada sehat ka 'unkel'?? heh heh

    Salam Ramadhan & selamat berpuasa.. semoga amalan kita diberkati Allah.. Amin..

    pssttt.. 1000 hills nie kan.. kalu wat tanam getah.. mau tercabut lutut kak ngah bila nak p menoreh.. heh heh

    BalasPadam
  9. salam mampir

    cantikkan, terutama senibina dan atapnya

    BalasPadam
  10. salam atuk

    hehehe itulah rupa bentuk muka bumi kat sana , mmg gondol berbanding kita yang menerima iklim khatulistiwa

    mmg mcm tu , tidak diterokai dan tetap terpelihara berbanding negara kita

    BalasPadam
  11. KOG

    malaysia boleh kan kan kan hehehe

    BalasPadam
  12. salam kak sidah

    selamat berpuasa juga buat akak sekeluarga , semoga ceria selalu

    alhamdulillah, mana yang boleh saya kongsikan, insyallah akan saya kongsikan

    BalasPadam
  13. salam shami

    kalau boleh bina satu , kan best hehe

    BalasPadam
  14. salam kakzakie

    kalau dia tak ikut , maka sukarlah kami nak ambik bergambar berdua heheheheh

    BalasPadam
  15. salam ibu

    saya tgh ajar dia pelan2 , dia bab godek mengodek ni mmg suka sangat hehe

    BalasPadam
  16. salam kak ngah

    woitttttt, ingat sudah balik india tara mau balik sini lagi heheheheh

    selamat berpuasa buat kak ngah bersama abg ngah dan adik2 hehehehe

    tu kalau naik turun tetiap hari, boleh slim mcm miss world tau hehe

    BalasPadam
  17. Salam CR,

    Cantik pemandangan dan rumah2 atas bukit dan gunung ni.

    BalasPadam
  18. salam rosli

    mmg rasa aman je kat situ

    BalasPadam