WARGA SCP

Sabtu, Ogos 07, 2010

ROAD TO AFRICA : LAVENDER MEKAR DI BUMI AFRIKA


ALHAMDULILLAH

Dari kawasan pergunungan, kami mula menuruni jalanraya mengikut R167 , bukan lagi jalan tanah merah di kawasan pergunungan hehehe

Sepatutnya jalan ini yang kami lalui masa ke Lake Neverone, tapi takdir Allah nak tunjukkan kepada kami keindahan ciptaannya, maka kami pun secara tak sengaja terlalulah di kawasan pergunungan.

Kami sekali lagi disajikan dengan panorama dan permandangan yang sungguh indah , tak terkata betapa hebatnya Allah mencipta langit dan bumi ini dan mentadbir seluruh sekalian alam.

Pokok2 hanya tinggal ranting saja sedangkan daunnya semua sudah luruh menyembah bumi. Memang cantik untuk dipotretkan suasana di sini.





Turun, turun dan terus menuruni dari paras 3000 m tanpa disedari. Bertemankan suasana yang indah dengan gunung2 yang gondol dan cuaca yang dingin, tapi tak sedingin di Lake Neverone. Jaket telah disimpan dan aku yang kulit tebal ni bisa menahan kesejukan dengan hanya memakai T -Shirt sahaja.

Tidak banyak kenderaan yang melalui jalanraya ini yang boleh dianggap kawasan pendalaman di bumi Afrika.

Mata kami terus dijamu dengan panorama yang indah sekali. Semuanya percuma oleh Allah s.w.t. Terlalu banyak yang Allah kurniakan secara percuma kepada ku dari nafas yang ku hela tanpa bayaran, dari permandangan yang indah dan bermacam2 lagi . Semua percuma dan aku sangat bersyukur atas segala pemberian nikmatnya ini.





Kami tiba di destinasi lebih kurang 2 jam juga selepas bertolak. Singgah sebentar di kebun Lavender yang terbentang luas untuk menikmati permandangan sambil membeli sebotol dua lavender yang telah diproses menjadi ketulan2 kristal.

Aku belikan mak itam sebotol lavender scrub. Untuk aku sebakul ni pun tak cukup hehehe

Semua lavender di sini diproses sendiri oleh tuannya yang mempunyai sebuah perusahaan yang besar dan mengeksport hasilnya ke luar negara.

Hampir 45 minit juga dihabiskan di sini sambil aku merakamkan foto di dalam dan diluar premis sebagai kenangan dan koleksi ku nanti

Menikmati keindahan alam sebegini memang tidak menjemukan buat ku walaupun beribu kali tatkala LAVENDER MEKAR DI BUMI AFRIKA
















12 ulasan:

  1. Tanpa NamaOgos 07, 2010

    salam Pak Itam

    Hanya segelintir manusia dianugerahkan nikmat melihat keindahan sebegini.Memang Pak itam sangat bertuah.(kami pun bertuah...dpt tgk gambar cantik2. tkasaih.)

    mamaju.

    BalasPadam
  2. pokok2 yg tinggal ranting aje pun cantik. indah.

    BalasPadam
  3. subhanallah..sgt cntik...

    BalasPadam
  4. Salam Pak Itam,

    Dapat cium harum bau lavendar sampai ke sini. hehehe

    BalasPadam
  5. Salaam Pak Itam,

    Oh lavender yang telah diproses warnanya putih ye... ingatkan warna ungu..heh

    Suka bau lavender.

    Pak Itam & Mak Itam terasa 'high' tak dengan aromaterapi haruman semerbak kebun lavender tu? =)

    VpeaceV

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam,

    Menyorot keindahan dan cerita sungguh menyeronokkan. Cara penyampaian cerita pun tak kurang membuat pembaca seronok.

    Mak Itam tak ambil lavender tu buat pot pouri ke? Masuk dalam bath-tub untuk mandi pun best gak kan.... Harumnya.... bau lavender dan lemon tu cantik bebenar....

    BalasPadam
  7. salam mama ju

    alhamdulillah, semuanya perencanaan Allah ke atas setiap hambanya

    tanpa pernah kami duga, kami diizinkan Allah kembara di bumi Africa

    BalasPadam
  8. salam mampir

    gambar pokok tu cuci besar mmg cantik buat letak kat dinding rumah

    BalasPadam
  9. salam siti fatimah

    alahmdulillah, bumi Allah ni mmg cantik

    BalasPadam
  10. salam ibu

    tapi saya tak suka bau lavender, bukan taste saya hehehe

    BalasPadam
  11. salam kak chik

    pak itam kurang suka sikit bau lavcender krn dia bau org pompuan hehehehehe

    mabuk je sikit hehehe

    BalasPadam
  12. salam kak zakie

    hehehehhe

    kami takde bath tube, mandi guna perigi je hehehehe

    mau kena letak 1-2 tan dlm perigi hehehehehe

    TK kerana kak sudi mampir setiap hari di SCP dan menikmati hasil tulisan saya yg tak seberapa

    BalasPadam