Lake Neverone,
sebuah lembah yang terletak di tengah2 pergunungan dan banjaran di Southern Drakenberg dengan keindahan semulajadi yang jauh dari kesibukan dunia moden
Diilhamkan oleh Paul dan Jenny van Tichelen seorang pecinta alam untuk dikongsi bersama2 pengunjung di mana kita boleh mengalami sendiri pengalaman yang sukar dilupakan di sini yang telah diiktiraf sebagai World Heritage Site.Mula beroperasi sejak dari tahun 1949 lagi.
Keluasan Lake Neverone hampir 400 hektar menjanjikan suasana yang mengagumkan dengan pelbagai aktiviti seperti memancing ikan trout, hiking, mountain bike, menunggang kuda disamping memerhatikan burung dari pelbagai spesis dan yang paling penting syurga bagi para jurugambar samada pro atau semi pro atau tak pro .
Pilihan aktiviti kami pagi ni ialah untuk berkuda mengelilinggi kawsan Lake Neverone , tapi hanya akan bermula pada pukul 9.00 pagi.
Jadi , kami meneruskan penjelajahan kami di sekitarnya dengan merentas ke bahagian hadapan melalui batas yang terbentang di kedua belah tasik .
Menghirup udara segar tanpa sebarang pencemaran di sini memang mengasyikkan. Jauh dari segala hiruk pikuk kesibukan dan kesesakkan.
Jarak perbezaan waktu antara Malaysia dan Africa lebih kurang 6 jam. HP ku dengan simcard Celcom dan sebuah lagi dengan simcard MTN SA ku tinggalkan di cottage. Semalam jam 4 pagi (10 pagi waktu Malaysia) HP ku berbunyi dgn panggilan dari tanah air, namun tak ku jawab . Semua klien ku tak tahu yang aku berada di bumi Aperika ketika ini.
Aku hanya menghubungi semula panggilan yang benar2 penting sahaja menggunakan hp simcard MTN kerana lebih murah berbanding Celcom yang menggenakan caj RM2.00 utk satu sms dan caj yg sangat tinggi walaupun aku yang menjawabnya kerana sistem roaming mereka mmg sebegitu.
Angin hari ini bertiup agak kencang di sini kerana kawasan ini terletak di tengah2 lembah di kawasan pergunungan membuatkan kami sebenarnya mengigil kesejukan.
aku suka tgk gambar ni
dipotret menggunakan lens 18-55mm
kalau ada wide lens, lagi cantik dan penuh gambarannya
Sekarang baru permulaan musim sejuk di sini . Jadi salji hanya baru turun di bahagian atas dan puncak gunung je. Dan kalau aku pegi dalam bulan september ni, suasana di Lake Neverone dan landskapnya pasti akan berubah , hamparan salji memutih akan memenuhi Lake Neverone seperti yang di alami oleh Sally Comins semasa kunjungannya ke sini .dipotret menggunakan lens 18-55mm
kalau ada wide lens, lagi cantik dan penuh gambarannya
Sungguh indahkan ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa
jurufoto "semi-pro"... tiba² teringat ervin boban dengan abbas saad pulak, keh keh, sangat terkeluar tajuk
BalasPadamwarna air tasek kebiru-biruan sejuk memandang. warna warni alam semulajadi.
BalasPadamSalam Pak Itam,
BalasPadamWah, shoot dari jauh pun muka kena undercover ke?
Nie pak Itam boleh buat bisnes baru..tourism atau program jalan2 pukul* gambar.
*pukul (bahasa Kelantan= ambil)
Salam Pak Itam,
BalasPadamSungguh indah... itulah saja yang mampu dikata.
p/s: sudah mula merindui gambar-gamabar SCP
Salaam Pak Itam,
BalasPadamAgaknya waktu musim panas sure lagi meriah dengan aktiviti dekat tasik ni kan? Pak Itam harus ke sana lagi nih! 1 kali mana cukup...sebab tu nama dia 'Never-one'...heheh
VpeaceV
salam pak itam,
BalasPadamcantikkknya alam semula jadi ciptaan Allah ni..penduduk tak ramai yer pak itam..aman sangat tempat ni..ada package jugak kesini yer pak itam..tak dapat nak digambarkan dgn kata2..indah sungguh..bertuah pak itam dapat jalan2.
Salam Pak itam..
BalasPadamSubhanallah...cantik sangat pemandangan alam disana....teringat masa sekolah menengah dulu saya suka masuk library...dan belek2 gambar pemandangan macam gitu...ternyata dibumi Allah ini sememangnya ada tempat2 macam tu....
Kalaulah saya dapat pergi kesana atau masuk dalam gambar tu mesti seronok tak terkata....
Itu baru keindahan dunia..kalau keindahan syurga...Allahuakbar...sama2 kita berbuat banyak kebaikkan..dan melaksanakan syariat Allah..mudah-mudahan esok kita berada di suatu tempat yang teramat indah disyurga Allah....masa tu hidup kita kekal selamanya....
Ya Allah nikmat yang mana satu lagi nak didustakan...janji Allah itu benar...
maaf pak itam terpanjang pulak menulis...teruja sgat tgok gambar2 cantik ni....
Salam pak itam..
BalasPadamPsssst ikan trout tu bole masak asam pedas ker...hihi apa rasa isi ikan tasik kat sana....tu hehehhe
Salam Pak Itam,
BalasPadamAlhamdulillah..terima kasih dpt temgok gambar2 cantik. (mintak izin ibu nak ambil gambar ni simpan dlm lappy.)
Salam...
BalasPadamVery nice pics...I like...very colourful... :D
salam KOG
BalasPadamhehehe org johor masa tu tu kan bangga psl team johor kuat dan champion masa tu
adanya boban dan abbas saat
salam mampir
BalasPadamtu reflection dari matahari dan tasik tu pun jernih air nya dari gunung
salam kak ina
BalasPadamcover ttp kena cover heheheh
jalan2 sendiri sukalah, bawak org byk tanggungjawab hehehe
salam kak zakie
BalasPadambyk lagi koleksi gambar saya yg tak publish di SCP hehehe
dlm 2-3 ribu shoot
salam kak chik
BalasPadamkalau summer, aktiviti memancing kat situ meriah , juga hiking dan mountain bike
salal kak sidah
BalasPadamdi situ hanya ada beberapa buah resort dan setiap satu resort dalam 400-500 hektar
tak ramai penduduk kat situ dan masih terpelihara krn menjadi "WORLD HERITAGE SITE" bagi alam sekitar dari UNESCO
Sendiri rancang dan anjur pakej ke sana
salam shami
BalasPadamtempat2 sebegini mmg wujud di muka bumi yg dicipta oleh Allah utk umat manusia , memperlihatkan kehebatan Allah dalam menjadikan apa sahaja ikut kehendakNYA
ini juga salah satu nikmat yang ditunjukkan oleh Allah di muka bumi supaya kita insaf, syukur dan tawadduk
ikan trout tu grill sodap hehehe
BalasPadamsalam ibu
BalasPadamambillah bu
salam marla
BalasPadamwarna2 alam yg mengagumkan
alhamdulillah