WARGA SCP

Selasa, Ogos 24, 2010

ROAD TO AFRICA : "MANDELA WALKING STICK ROOT "

kalau dah mata bertentang mata
hati didalam bagai nak gila

pertama kali ku melihat wajah si dia
pertemuan bermula ditaman si kebun bunga
situlah...
mulanya berjumpa bertentangan mata

mulai dari itu hatiku tertanya-tanya
siapakah gerangan si cantik jelita
kelipan matanya hinggakan aku terpesona

Pabila namanya ditanya dia masam
namun begitu jelingannya ku faham
senyumlah senyumlah ahai cik mek molek...X3

hai puas juga aku bertanyakan namanya
namun begitu dia tetap endah tak endah
kudiam campur geram dia senyum lantas tangan ku dipegang

ALHAMDULILLAH

sesekali dengar lagu M Daud Kilau best juga , sejuk rasa hati hehehe
lagu ni berkisah pertemuan di kebun bunga, tapi seingat aku masa aku dulu2 lah berendut, tak pernah pi kebun bungaa tau atau lake garden


seksyen tumbuhan ubat-ubatan

kalau masa di muar zaman muda remaja ku , ada kebun bunga yang besar tempat orang berdating dan merendek iaitu Tanjung Emas .Kalau malam banyak "kereta rosak" . Tapi pada zaman tu , takdelah pulak gejala buang bayi berlaku , tak macam hari ini

Ketika berada di SA, aku tak lepaskan kesempatan untuk mengunjungi kebun bunga (kalau bahasa orang dulu) atau lebih tepat lagi istilahnya sekarang Botanical Garden . Tapi bukan pi nak berendut dgn mak itam hehehe



Kedatangan kami disambut oleh kicauan, lolongan dan jeritan burung2 ini yang bebas mencari makan di sini. Riuh betul mereka . Mesti mereka kecoh dan berbisik sesama sendiri mengatakan

"PAK ITAM DATANG YEA YEA PAK ITAM DATANG"

Kami menuju ke perhentian pertama di mana di sini terdapat pokok2 yang menjadi ubatan tradisional ditanam dan dipelihara untuk dilihat genarasi muda dan akan datang agar tidak terus dilupakan . Pelbagai sebenarnya yang dapat aku pelajari di sini melalui penerangan2 yang ditampalkan .

Aku cuba mencari akar UBATAN arwah bapa ku yang terkenal iaitu tongkat Ali, namun tak bertemu, rasanya di sini namanya lain kot ,

"MANDELA WALKING STICK ROOT " not TONGKAT ALI


penat menulis dan bercerita ahhhh,
sambung esok jelah kalau rajin hehehe



arca batu ni mmg cantik
dan membawa maksud tersendiri

16 ulasan:

  1. salam...
    pak itam

    tenangkan berada dekat sana...

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,

    Intro nyanyi2...ibu pun nyanyi sama & bayangkan berada di botanical garden yg nyaman lagi mengasyikkan

    BalasPadam
  3. Salam Pak itam..

    Lagu dedikasi buat mak itam ker tu...heheheh

    BalasPadam
  4. Salam CR,

    Cantik gambar yang di snap, sharp dan sedpa mata memandang.

    BalasPadam
  5. salam pak itam...

    fuuuuhhh...letihh kak nab nak baca kesemua entri yg kak nab dah ter'miss' tuuu....

    BalasPadam
  6. sangat cantik tempat ni. tak tahulah dapat pergi ke tidak!

    BalasPadam
  7. Salam Pak Itam,

    Memang indah, cantik, till no words to say.....Sungguh indah. Lihat berulang-ulang pun memang terasa keasyikkannya. Patut pun tak sama dengan tanjung bunga di tempat kita ni... banyak sampah... sedey....

    BalasPadam
  8. salam azie

    tenang, sejuk mata memandang, semua hijau dan segar bugar

    BalasPadam
  9. salam ibu

    mmg tenteram berada kat botanical garden tu

    cuma besar sangat, penat berjalan hehehe

    BalasPadam
  10. salam shami

    hehehe dedikasi buat diri sendiri hehehehe

    BalasPadam
  11. salam rosli

    tk , cuma masa tu hujan renyai sikit , tu yang kamera duk sembunyi dalam jaket hehe

    BalasPadam
  12. salam kak nab

    heheheh

    kak nab dari belum gi makkah sampai dah balik makkah, cite saya tak habis lagi hehehe

    BalasPadam
  13. salam uncle

    insyallah, kan uncle nanti nak pi ziarah springbooks punya team nanti

    BalasPadam
  14. salam kak zakie

    botanical garden dia bersih dan terjaga rapi , byk pembelajaran dpt di sana, org merendek pun takde , tak mcm tmpt kita hehehe

    BalasPadam
  15. kah kah, ter-miss entri ni semalam... "yea² pak itam datang" hahaha, adoi sakit perut ketawa!

    BalasPadam
  16. salam KOG

    heheheh mmg riuh burung tu mcm tongkang karam, tapi seronok hehe

    BalasPadam