WARGA SCP

Selasa, Ogos 17, 2010

ROAD TO AFRICA : JANGAN CARI PASAL MALAM-MALAM

ALHAMDULILLAH

Sebenarnya kejadian jenayah boleh berlaku di mana2 jua bandaraya besar di dunia, tak kira samada di Kuala Lumpur, New York atau kota London hatta Kota Damansara sekali pun

Namun kadar jenayah yang berlaku membezakan di antara satu sama lain.

Kadar jenayah di Johannesburgh boleh dikatakan agak tinggi juga , seringkali berlaku terutama bila bulan menjelma (malam hari) .

Johannesburgh a.ka Jozi a.k.a Joburgh tidak terkecuali kerana di kawasan berdekatan terletak sebuah penempatan bernama Hilbrow yang menjadi kediaman kepada ribuan pendatang warga Nigeria, Somalia dan Zimbabwe yang bergelut meneruskan kehidupan selain penempatan di Soweto.



boleh ikat rambut buat tocang tgh bandar
takde sapa nak larang

Mengikut perangkaan polis di Gauteng, wilayah yang merangkumi Johannesburg dan Pretoria, terdapat hampir 4,000 kes pembunuhan dan 90,000 kes kecurian dilaporkan antara April 2008 dan Mac 2009.

Seperti yang aku katakan di atas, selepas pukul 8 malam, terlalu banyak jenayah berlaku di sini kala bulan mengambang (waktu malam)

Antara puncanya ialah terlalu ramai yang hidup dalam kesempitan dan tanpa pekerjaan hampir 40 % menyebabkan mereka terpaksa melakukan apa sahaja termasuk merampok . Lagi pun terlalu banyak pendatang asing dari negara2 afrika yang lain yang lebih susah dan melarat datang ke Afrika Selatan, terutamanya ke Joburg.


Sebelum aku ke sini, aku seringkali diingatkan agar ketika memandu, sentiasa ada sedikit ruang antara kereta hadapan dan belakang, aku pelik juga . Kenapa harus begitu .

Rupanya di sini , lebih2 waktu malam di "traffic light" seringkali terdapat "car hijjack" dengan kereta kita akan di himpit dari bahagian hadapan dan bahagian belakang. Jadi jika ada ruang sedikit, kalau berlaku sedemikian, pandai2lah mencilok hehehe

Tapi kat KL pun selalu berlaku "car hijjack" , selalunya kat Damansara

Aku agak terpaku bila membaca sebuah risalah yang "meminta kita memberikan kerjasama yang sebaik2nya dengan penjenayah jika kita menghadapi situasi dirampok" demi mengelakkan dari kecederaan .

Tempohari seorang rakyat malaysia yang bekerja di SA teleh dirompak ketika menggunakan mesin ATM dengan di acukan pistol di kepala sedangkan pengawal keselamatan yang berada disitu melarikan diri apabila ternampak jenayah ini berlaku .

Itu sebabnya jika berjalan di kawasan kaki lima bandar, jarang benar kita temui rakyat Afrika Selatan yang berkulit putih kerana mereka hanya akan berada atau membeli belah di kawasan shopping2 kompleks yang moden sahaja kerana lebih selamat manakala kawasan perniagaan seperti kedai2 biasa di tengah bandar akan sentiasa dipenuhi dengan kumpulan2 rakyat berkulit hitam.

Kalau jenis perampok kecil-kecilan pula , mereka memang cekap bab "toreh-menoreh" beg yang kita sandang ni , terutama tengah sibuk2 berhimpit2.

Macam kat Makkah juga , yang cekap dan selalu buat benda2 ni sindiket kulit hitam yg datang dari benua Afrika juga . Bayangkan cekap2 tak cekap mereka, duit yang dalam tali pinggang haji tu pun dia boleh toreh , mcm mata mereka ada "scanner" tau dan berbau ada duit kat situ . Tengah tawaf pun dia masih sempat buat keja tu hehehehe

kaum kulit putih tak berani suka2 jalan kaki kat tgh bandar ni


pasar jual alatan eletrik terpakai
dari tv,mesin basuh dll, semua ada

dulu Abdullah jual kuih kat bazaar ramadhan
namun semenjak harga gula naik
sekarang dia sudah tukar profession hehe

semua warga kulit hitam
jual baju terpakai kat tepi jalan
tengah bandar

Jadi langkah terbaik kalau nak keluar malam di Joburg boleh , tapi hanya terus ke pusat2 membeli belah yang besar dan bukan ke kedai2 biasa ditepi jalan kerana kita tak tahu , warna kulit kita menyebabkan kita sering menjadi perhatian dan sering diperhatikan.

NASIB BAIK KULIT KU HITAM SAMA MCM MEREKA
AKU KAN PAK ITAM

hehehe

12 ulasan:

  1. Salam Ramadhan Pak Itam

    Allahukbar

    dimana manapun berlaku macam tu
    kita perlindungan drp Allah
    jauhi perkara yg tidak diingini tu

    Wassalam

    BalasPadam
  2. si putih datang tempat orang dan jadi tuan... lepas tu takut sendiri nak bebas keluar/berjalan ye, hihi, kelakar pun ada

    BalasPadam
  3. salam CR....

    terasa gak bila nama Kota Damansara tersenarai dgn Kota2 besar yg lain...
    he he he kat Kota Damansara ni bkn jer jenayah merampok , buang bayi pun ada gak kaaaaan , aduuuuuuuh tp tu tak sama seksyen dgn akak nooooo..

    BalasPadam
  4. salam pak itam,

    Pelbagai jenayah makin bermaharaja lela...kita menuding jari menyalahkan pendatang tetapi rupanya dlam rumah sendiri boleh berlaku. Di mana kemanusiaa dan kasih syang???
    Sama-samalah kita peka dan mmbantu org yng mmerlukan..muga negara aman, rakyat selamat

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam,

    Khusyuk membaca N3. Memula tu terfikir macamana Pak Itam sekeluarga drive di sana agaknya. Hebat juga ye. Ngeri melihat janayah di mana-mana. Tanda-tanda dunia semakin tua.

    Pengakhiran cerita tersenyum bila Pak Itam kata nasib baik nama Pak Itam. Nak tahu di M'sia kan kita sebut awang hitam bukan Pak Itam.
    Kami memang takut bila jalan side by side dengan mereka ni. Rimas betul...

    BalasPadam
  6. Salam Pak itam..
    Jenayah dimana2....berlaku..tapi nampak gaya jenayah di afrika hebat tu..keadaan kehidupan menjadikan mereka begitu..serba kekurangan...tak da pengetahuan...jauh sekali keimanan..pastilah mengundang serba serbi kekalutan dalam hidup seharian...rasa2 diaorang tak nak buat jahat ..kalau ada pilihan kan

    BalasPadam
  7. salam atuk

    betul tu, hanya dari Allah sahaja tempat kita memohon segala perlindungan, tapi itu pun lps kita ambil langkah2 yg sepatutnya, jgn berserah bulat2 tanpa usaha pencegahan

    BalasPadam
  8. salam KOG

    tu la pasal,

    dulu depa semua hero kat bumi org itam ni, lps aparteheid dah lupus, mrk kebanyakkan jadi takut sendiri hehehe

    BalasPadam
  9. salam kak ummi

    kat mana2 pun ada jenayah

    depan kaabah pun ada pencuri

    dunia akhir zaman

    BalasPadam
  10. salam ain

    jenayah tak kira tempat, kulit , bangsa dan negara

    akibat diri dan jiwa dikuasai nafsu syaitan

    kalau nak difikir2, dpn kaabah pun ada org sanggup mencuri

    BalasPadam
  11. salam kak zakie

    hehehe kalau lalu sebelah mereka yang entah dah brp lama tak mandi, lagi rimas tau
    busukkkkkkkkkkkkkkkkkk hehehe

    BalasPadam
  12. salam shami

    itulah akibat dijajah dan ditindas walaupun di tanah kelahiran sendiri

    kita ni kalau umat islam dan org melayu tak bersatu, akan menerima nasib yg sama kelak

    BalasPadam