WARGA SCP

Isnin, Oktober 24, 2011

BERKHASIAT, SEMUA ADA DI DALAMNYA

Makan sayur-sayuran merupakan salah satu cara untuk mendapatkan bekalan vitamin yang terdapat di dalamnya bagi tujuan kesihatan.

Tapi itu sebagai "satu cara" sahaja kerana yang menentukan keadaan kesihatan tubuh badan kita ialah Allah S.W.T.


Surah asy-Syu’ara’: 80:
"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku"



Mengambil makanan ketika perlu atau ketika lapar merupakan satu perkara yang dapat membentuk kesihatan diri secara berterusan.

Mengambil makanan atau minuman semasa perut kita masih dalam keadaan kekenyangan pula adalah tidak digalakkan sama sekali .

Selain daripada mendatangkan mudarat, amalan menelan makanan sebelum ia sempat hadam dan melakukan pergerakan yang banyak seperti berlari selepas makan juga tidak baik untuk kesihatan diri.

Yang mampu telan atau ngap tanpa kunyah ialah ular kerana itu tabiat semulajadinya yang dicipta olehAllah S.W.T.

Tu sebab kalau kita tengok atuk nenek kita dedulu, depa kunyah betul2 sampai hadam dan makan tidak berulamkan air minuman.

Lagi satu lepas makan, depa selalu pesan supaya jangan tidur.

Berkaitan makan dan minum secara berlebihan pula , Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al Quran ,

(Al-A’raaf: 31),
"Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap memasuki masjid, Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."




Dapatlah kita simpulkan di sini bahawa salah satu punca penyakit adalah makan dan minum dalam kuantiti yang berlebihan dan agak keterlaluan. Jadi sendiri mau ingatlah...

Falsafahnya senang je dan boleh jadikan amalan kita seharian,

Makan sebelum lapar,
Berhenti sebelum kenyang,

Tapi masalahnya yang jenis makan tak kenyang-kenyang tu, mesti lupa baca Bismillah ...

kalau dalam gurau senda yang agak kasar, mesti tali perutnya panjang macam stokin bola dan boleh memberi dan menganjal,

tu yang tak kenyang-kenyang

ngeh, ngeh, ngeh







8 ulasan:

  1. Salam pak itam

    Orang banyak makan sayur peribadinya juga lembut..

    bukan lembut auw...tu ..heheh

    BalasPadam
  2. salam pak itam,

    tempee jugak yg sdap..mmpunyai kandungan protein yang baik. meh pos sini..boleh buet lunch ni

    tqvm

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Pak Tam,

    Suruh kita jangan makan banyak2, tapi N3 ni, sedap lah.

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam shami

    saya suka mengantah je sayur2 tu hehe

    BalasPadam
  5. kak nab

    sedap dimakan begitu saja hehe

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam ain

    tapi kalau kena tempe yg tengek , terus hilang selera hehehe

    pos laju cuti depavali hehehe

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam JSR

    alhamdulillah,

    selamat datang ke SCP
    jauh JSR datang dari Brunei

    hehehe
    tak habis tu kami makan, wrap dgn plastik dan simpan dalam peti sejuk hehehe

    BalasPadam