WARGA SCP

Jumaat, September 30, 2011

MAKKAH : DARI JENDELA KAMAR AL MASSA part jim

Jam menunjukkan hampir 11.00 malam. Ku kuak jendela kamar bilik ku untuk menikmati suasana malam depan Haram yang bagai tidak dapat dibezakan antara siang atau malam .

Kebanyakkan aktiviti dipersekitarannya bertambah rancak di sebelah malam kerana dek siangnya yang panas.


#1
naikkan hue,contrast dan saturation
inilah hasilnya

Kalau di kota2 besar lain di seluruh dunia yang malamnya rancak dan ligat kehidupan malam yang penuh dengan hiburan , di sini suasananya sungguh berbeza sekali bak langit dengan bumi.

Tawaf mengelilinggi kaabah tak kira sama ada tawaf sunat atau tawaf umrah merupakan satu kenikmatan yang tak terhingga . Melangguk memandang Baitullah sahaja membuatkan kita sering leka dan mendapat pahala dan keberkatan .

Itulah "satu hiburan rohani dan jasmani" yang tak ternilai yang Allah kurniakan . Pandanglah dan tataplah Baitullah sepuas hati kita dan walau sejuta kali ditatap, perasaan jemu tidak akan timbul dan bersarang di hati.


#2
turunkan pula hue , ini pula hasilnya

#3
gambaran asal, cuma naikkan contrast sahaja

Begitulah kehidupan di kota suci Makkah ini . Setiap orang berlumba untuk meraih seberapa banyak pahala untuk dibawa bekalan ke akhirat nanti.

Aku keluarkan DSLR dan mula merakamkan beberapa keping foto . Macam biasa sebagai koleksi peribadi ku . Aku suka mengambil foto, tapi aku tidak suka berfoto hehehe

Ini sedikit dari ku buat tatapan kalian semua .

Mana satu foto yang kalian suka untuk bapak buat rujukan dan adakah sama dengan citarasa bapak.

Tema malam ni :

HENING MALAM
Dari Jendela Kamar Al Massa
2011

#4

#5

#6
semua foto menggunakan wide lens 18-200 nikkor

#7

#8

#9

#10

#11

#12

#13
gambar berbingkaikan langsir jendela
shoot dari atas katil

#14

#15

Tetiba sedang aku asyik merakamkandetik2 indah ini,
aku kedengaran suara teriakan memanggil-manggil nama ku di seberang sana,

Sheikh Itam, Sheikh Itam ............................


Ohhh, rupanya Sheikh Safwah Al Tower yang memanggil-manggil nama ku,

Nak kena pegi tu hehehe


Apalah yang Pak Sheikh Safwah Al Tower tu nak memalam ni hehehe


jap lagi bapak sampai ya

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan, alhamdullilah terima kasih Tuan atas gambar2 yang menarik. Doakan saya sekeluarga berpeluang ke sana selepas perjuangan kami di sini selesai dengan izin Allah.

    BalasPadam
  2. terpegun kak nab nengok gambar2 pak itam tembak tu...semakin mantap...leh wat poskad poskan akak satu!!

    BalasPadam
  3. assallamualaikum

    very nice photos

    how long have u being there
    and
    how long u plan to be there???

    BalasPadam
  4. Assalam tuan Hj,

    Always speechless to see the pictures you took.

    Beauty is in the eye of the beholder.

    AJ

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Tn Hj,

    Melihat gambar MH di Blog Tn Hj, sememangnya tidak menjemukan malah membuat hati menjadi sayu dan rindu untuk mengunjungi lagi MH... Terima kasih.....

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam mieza

    alhamdulillah

    insyallah, sama2 kita berdoa agar menjadi tetamu jemputanNYA

    semoga ceria selalu diperantauan

    BalasPadam
  7. kak nab

    alhamdulillah

    hehehe sekeping pun tak cuci lagi kak gambarnya, terperap dalam portable HDD

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam no name

    alhamdulillah

    just couple a week

    if possible, rest of my life

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam AJ

    alhamdulillah

    kalau sentiasa berada di sana, alangkah indahnya

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam hj Pesona

    alhamdulillah

    rindu, rindu,rindu pada Baitullah dan dua tanah suci

    BalasPadam