WARGA SCP

Jumaat, Oktober 07, 2011

MAKKAH : SELAMAT TINGGAL BAITULLAH

ribut pasir melanda di pertengahan jalan

Alhamdulillah,

Perasaan aku hari ni ,
sedih,sayu, gembira dan pelbagai lagi timbul di hati
tidak dapat digambarkan

Sedih dan sayu kerana hari ini aku akan meninggalkan juga kota suci Makkah

Gembira kerana niat ku untuk mengunjungi dua kota suci ini termakbul sudah selepas kali terakhir aku melakukan tawaf wada' dan berdoa pada tanggal 28/12/2007 bersamaan hari Jumaat , empat tahun yang lalu yang terus terpahat dalam lipatan kehidupan ku.

Cuma masa tu semasa aku bertawaf , jutaan ribu jemaah juga sama2 bertawaf , tapi petang ini, keadaan dan situasinya berlainan sungguh kerana agak lapang .


Perjalanan hampir empat tahun sudah telah banyak mencorak kehidupan ku selepas itu untuk menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah dari hari2 yang sebelumnya.Aku sentiasa cuba memperbaiki diri ku setiap hari agar menjadi insan yang lebih baik dari hari-hari semalam yang berlalu .

Hari ini nanti selepas solat asar , sekali lagi perpisahan ku secara fizikalnya dengan Baitullah akan berlaku dengan diiringi tawaf wada' nanti.
akibatnya, berlaku kesesakkan lalu lintas

Sejak dari semalam lagi , beg2 kami telah dikemas rapi. Tiada beg yang beranak . Selepas sarapan pagi selepas subuh terakhir tadi, kami sempat ke Hudaibiyah , salah satu tempat untuk bermiqat .

Hari ini angin bertiup agak kencang di kota Makkah. Ku lihat habis sampah2 berterbangan dan begitu juga ada tong2 sampah yang tergolek terlentang di sana sini. Angin yang kuat juga membawa bersama debu2 pasir halus .

Selepas usai solat asar di Masjidil Haram , kami terus melakukan tawaf wada' .Ketika itu perasaan ku dah mula sayu , hati ku dah mula menangis .

Hati ku terasa seakan2 kosong seketika bagai tidak mahu meninggalkan Baitullah yang tersergam indah dan hebat di hadapan ku .

Tanpa diundang dan diduga, air mata ku gugur tiba-tiba apabila aku melafazkan ayat terakhir dalam doa ku ,
"Ya Allah, ya Tuhanku,
Janganlah dijadikan tawaf dan ziarah hamba mu ini sebagai kali yang penghabisan di BaitullahMu.
Jika sekiranya ditakdirkan menjadi kali penghabisan
aku mengunjungi Baitullah Mu,

aku pohonkan kepada Mu Ya Allah,
syurga sebagai gantinya dengan kemurahan Engkau

ya Tuhan Yang Amat Pemurah lagi Penyayang".

Aku berjalan perlahan2 meninggalkan Baitullah dengan linangan air mata dipipi tanpa sebarang esakan. Ku biarkan saja begitu di pipi dan kering sendiri dek tiupan bayu kota Makkah yang terlalu kencang dan kuat petang itu.

Macam biasa , tiada satu gambar pun yang aku rakamkan dari tadi dan aku hanya menanti ketibaan bas yang akan tiba nanti untuk membawa kami ke terminal haji Lapangan Terbang King Abdul Aziz , Jeddah.

Azan magrib akan berkumandang tak lama lagi di kota Makkah. Ku lihat berduyun2 jemaah melintasi di hadapan ku menuju ke Masjidil Haram. Perasaan ku meronta-ronta untuk turut serta tapi apakan daya, perpisahan secara fizikal dengan Baitullah dan kota suci Makkah tetap akan berlaku.

Ketika magrib hampir menjelang , rombongan kami mula meninggalkan Kota Suci Makkah . Kami berhenti seketika sebelum memasuki bandar Jeddah untuk menikmati makan malam yang di sediakan oleh sebuah katering . Terasa berselera sekali makan malam ini hingga dengan bekas2 makanan tu aku rasa nak kunyah sekali .

Sebenarnya perjalanan malam ini terganggu sedikit kerana kesesakkan lalu lintas begitu tenat akibat ribut pasir yang melanda . Padanlah tadi angin bertiup kencang di sekitar Makkah.

Inilah kali pertama dalam hidup ku merasai bagaimana suasana ribut pasir di sini. Semuanya atas kehendak Allah jua, Dia Maha Berkuasa.



Terminal haji lapangan terbang Jeddah ketika kami sampai malam itu lenggang sungguh. Solat jamak takhir magrib-isyak didahulukan . Selesai sahaja solat, rupanya kami menghadap ke arah bertentangan kiblatnya kerana dalam ruang2 terbuka tempat solat tu tiada menunjukkan arah kiblat.

Ya Allah, ampunkan lah kami atas kesilapan ini.


SELAMAT TINGGAL MAKKAH
SELAMAT TINGGAL BAKKAH
SELAMAT TINGGAL UMMUL QURA

SELAMAT TINGGAL AL BALLAD
SELAMAT TINGGAL HARAMAN AAMINA
SELAMAT TINGGAL WAAD GHAIRU DZII ZAR'IN



Alhamdulillah
Allah telah permudahkan .

10 ulasan:

  1. salam - kenangan mengetuk pintu hati ini...sebak tak terhingga meninggalkan Baitullah - semoga diizinkan menjejakkan kaki ke sana lagi

    BalasPadam
  2. 2.12.2010 ketika berada di Madinatul Hujjaj melihat jemaah yang mula diangkut dengan bas ke lapangan terbang untuk balik ke Malysia,hati saya juga merasa tak sabar nak balik - rindukan anak2 tetapi bila berada di dalam kapal terbang saya mula rasa sebak dan bergenangan air mata - terdetik dalam hati kenapa cepat sangat nak kena balik,tak bolehkah lama lagi berada di tanah haram tu.

    BalasPadam
  3. Assalam,

    Rindu sekali nak ke tanah Haram.

    Sebak dan sayu sekali....

    Mudah2an di beri kesihatan, kelapangan dan rezeki untuk ke sana lagi di waktu terdekat ini. Amin

    AJ

    BalasPadam
  4. CR,

    Saya begitu sebak bab ni.....memang akan terbayang kenangan umrah saya 2008....saya boleh memahami apa CR rasa....Subhanallah......air mata saya ni mudah sangat ...bila bercerita pasal Makkah dan Madinah.Syukur Alhamdulillah

    BalasPadam
  5. syukran pak itam....penceritaan yang syahdu di pagi jumaat ini...akak rasa tak sabar nak ke sana...kalau boleh cuti sekolah disember ni nak gi!

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam cikgu SAK

    sebak yang datang sendiri tanpa diundang

    moga kita dijemput lagi menjadi tetamuNYA

    BalasPadam
  7. zul salleh

    alhamdulillah

    tak kenal maka tak cinta
    itulah kelebihan 2 tanah suci

    saat perpisahan yg membawa sejuta pengharapan agar dijemput lagi menjadi tetamuNYA

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam AJ

    insyallah

    moga diizin dan dijemput lagi menajdi tetamuNYA

    BalasPadam
  9. en rosli

    tentu setelah tuan mengalaminya sendiri, tuan faham apa erti rindu pada Baitullah, rindu pada Masjidil Haram dan rindu pada Masjid Nabawi

    BalasPadam
  10. kak nab

    alhamdulillah

    kami pun rasa nak ke sana lagi dalam masa terdekat kalau diizinkan Allah dan dijemput olehNYA

    moga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur agar boleh bertandang lagi ke sana

    insyallah

    BalasPadam