WARGA SCP

Isnin, Oktober 10, 2011

UMRAH DAN ZIARAH 2011 : Last Episod : ALHAMDULILLAH, SEMUA DALAM PERLINDUNGAN DAN KERAHMATAN ALLAH JUA


Penerbangan pulang dijadualkan pukul (2325) =11.25 malam waktu Istanbul. Alhamdulillah kami tiba di Kamal Attarturk International Airport ketika waktu magrib baru masuk di Istanbul. Kemudahan seakan2 sebuah masjid kecil di yang disediakan di sini memudahkan pengunjung untuk solat .Sungguh selesa sekali berbanding lapangan terbang lain. . Selesai semua urusan dengan Allah, lantas terus memasuki ke bahagian pemeriksaan keselamatan sebelum melepasi pemeriksaan imigrsen pula.

Pemeriksaan keselamatan di sini memang agak ketat berbanding di Jeddah. Untuk mengelakkan alat pengesan berbunyi, semua ku letakkan dalam bekas yang disediakan. Hari ni aku hanya mengenakan seluar trek lembut dan selipar sahaja kerana penerbangan memakan masa hampir 11 jam lebih nanti. Jadi lebih selesa nanti hendaknya.

Aku berlenggang kangkung sahaja kerana semua bagasi telah didaftar masuk sejak dari Jeddah lagi , yang ku bawa hanya bagpack ku yang mengandungi DSLR dan beberapa aksesorinya . Suasana di lapangan terbang boleh tahan sibuk juga. Sementara ada waktu yang terluang , sempat juga aku menjengah ke sebuah dua kedai bebas cukai di sini.

Yang menarik perhatian ku terdapat barangan di sini yang dijual menggunakan mata wang turkeye dan juga euro kerana kira lapangan terbang ni kalau tak salah aku terletak dan terbahagi dalam benua eropah dan benua asia. Memang sungguh unik sekali .

Namun tak de apa pun yang menarik perhatian untuk dibeli .

aku dah mcm burung jampuk
orang bangun aku tidur, orang tidur aku bangun
dah padam lampu dah hehehe


Alhamdulillah,

akhirnya kami selamat terbang menuju ke destinasi seterusnya, Changi International Airport, Singapore dengan pesawat TK66. Nak kata penuh flight tak juga, tapi bolehlah tahan kerana Turkish Airline ni code sharing dengan SIA.

Aku mcm biasa menyelesakan diri ku dan cari bantal kecil serta selimut dan tidur . Bangun jap tengok screen kat mana dah sampai, alamak jauhnya lagi. tu jelah keja aku . Tidur , bangun, tidur, makan ,tidur , tengok screen.

Dalam pang-pang alang aku nampak "estimated arrival time 15.30" dan ......

Aikk, napa pulak kat screen ni aku nampak macam asam pedas . Gosok2 mata ,

laaaaa .

asam pedas ke apa hehehe

Laaaaaaaaa,
Lautan hindi rupanya hahaha

rupanya aku dah rindu asam pedas orang rumah aku hehehe
adatlah , aku juga manusia biasa yang tak hilang dari sifat rindukan masakan orang rumah pasal aku dah dua puluh tahun lebih semenjak kahwin, air tangan orang rumah aku yang menjadi santapan setiap hari .Ni dah lama tak kena asam pedas,
tu yang terbayang2 asam pedas kat screen depan aku ni

Cerita, cerita jugak

Aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana perjalanan kami sentiasa didalam kerahmatan dan perlindunganNYA


Kami rasa "enjoyed" berada di sana,
kami rasa "enjoyed" beribadat di sana
senang cerita,Allah dah permudahkan kami di sana tanpa ada insiden2 yang tidak diingini


Allah telah memakbulkan segala doa dan harapan aku

Kesihatan kami semua terpelihara, segala amalan kami dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan apa yang dihajati telah Allah penuhi

Aku berdoa dan berserah agar segala amalan kami diterima Allah,
Aku berdoa dan berserah agar doa2 kami dimakbulkan Allah,
Aku berdoa dan berserah agar kami diberi peluang menjejakkan kami ke sana lagi.




15.30(3.30pm) sabtu waktu Singapore, kami selamat mendarat . Terus ke ke tempat mengambil bagasi , aku nampak dah tempat tu becak semacam je, apa hal laa pulak

Biasa tak mcm gini

rupa2nya hampir kesemua tong air zam yang dibawa berjumlah ratusan tong juga mengalami "nyah mampatan udara' semasa penerbangan begitu teruk sekali hingga tong jadi kecut pula hingga menumpahkan isi yang sangat berharga di dalamnya.

Alhamdulillah , 3 tong air zam2 kami hanya terjejas sedikit sahaja dan satu lagi dah hilang suku . Kesemua yang tumpah tu kira terperangkap dalam bungkusan plastik keselamatan tong2 tersebut.

Manakan tidak, tong2 tu dari Jeddah ke Istanbul dan tukar pulak kapalterbang lain ke singapore pula dan berejam2 lamanya .

Takpelah , nak buat mcmmana .

itu semua kerja Allah.
Kesian pulak lihat ada yang tong dia tinggal suku je pun ada.

Pemandu airport transfer telah sedia menunggu di balai ketibaan.Terpampang besar nama aku dia pegang kad sekeping kotak Itam bin Utih. Tak mau lengah2 kerana takut berlaku kesesakkan di pintu masuk sempadan di CIQ Woodlands dan CIQ Tambak Johor kerana hari ni hari sabtu. Biasalah kalau hari sabtu petang dengan kesesakkan lalulintas pekerja2 yang kerja di Singapore dan juga rakyat singapura yang masuk ke JB.

Alhamdulillah , kami sampai juga ke teratak kami di HC dalam pukul 6 petang juga . Apa2 hal rehat2 dulu sebelum pulang semula ke tepi hutan ahad nanti.



3 jam lagi nak mendarat
aku dah mula resah

Sebelum aku mengakhiri episod SCP ku di bawah label ISTANBUL MADINAH MAKKAH UMRAH DAN ZIARAH 2011, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan2 sekalian yang sudi mendoakan kesejahteraan kami sepanjang kami di sana pergi dan balik.

Juga kepada pembaca2 sekalian yang mengikuti siri ini dari awal hingga ke titik noktahnya hari ini sebanyak 114 entry juga selama beberapa bulan. Pengkongsian aku ini tidak sekali-kali berniat untuk berasa riak ,bangga diri atau nak kata aku ni bagus ke atau sebaliknya.

Tetapi niat ku untuk berkongsi pengalaman , berkongsi suasana dan kegembiraan di sana, berkongsi koleksi foto2 peribadi ku dan paling penting sebagai satu cara aku berdakwah dengan cara ku sendiri melalui foto2 yang diselitkan sekali penceritaan serta iktibar dan pengajaran yang aku lalui sendiri .

Semuanya ini dengan izin Allah jua .
Ribuan ampun dan maaf sekiranya sepanjang siri pengembaraan ku kali ini, andai terdapat kata2 atau penulisan ku yang menyinggung hati dan perasaan kalian semua.

Aku tidak berniat mengajar kalian semua kerana aku bukan guru besar atau ustaz

Aku hanya insan biasa yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan

Aku gembira sekali kerana dapat berkongsi cerita dan pengalaman dengan kalian semua.

Yang baik kita ambil sebagai iktibar dan pengajaran
Yang buruk kita jadikan sempadan dan teladan

Insyallah
ALHAMDULILLAH
SEMUA DALAM PERLINDUNGAN DAN KERAHMATAN ALLAH JUA

The End


16 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tn Hj,

    Alhamdullilah..dah pun sampai dengan selamat setelah beribadah di MH......

    BalasPadam
  2. CR,

    Alhamdulillah,satu penceritaan yang begitu menarik dan perjalanan umrah yang dipermudahkan Allah. Moga mendapat umrah yang mabror. Ameen

    BalasPadam
  3. Salam...InsyaAllah semoga bertemu lagi di dalam Catatan Perjalanan Hajiku pula pada 2010...cuma 9 tahun je lagi..atau mungkin lebih awal dari itu..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Pak Itam

    Alhamdulillah
    moga Allah menjemput Pak Itam sekeluarga sekali lagi menjadi tetamuNya
    Insyaallah

    Wassalam

    BalasPadam
  5. pang² alang, haha, lama dah orang tak guna phrase tu... apatah lagi pada gambar asam pedas kat skrin!

    BalasPadam
  6. cerita umrah trip ni saja dah buleh buat buku.....excellent penceritaan...saya mesti ikut cerita ni...

    BalasPadam
  7. dah bebulan balik duk makan asam pedas, tak teringin pulak ke nak makan aiskrim mekah lagi pak itam...hehe..
    satu catatan yang menarik pak itam. tk kerana berkongsi bersama kami walaupun banyak juga episod yang kpah termiss.
    err.. kat turki brg2 mrah ke mahal pak itam. rasa macam nak pergi je.

    BalasPadam
  8. terima kasih yer pak itam...seronok akak baca tiap2 entri...banyak info..banyak gambar yang cun2...kenkadang akak tersongeh2 dek kelucuan citer pak itam nii...marbeles sungguh your stori :)
    syukran..

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam hj pesona

    alhamdulillah

    terima kasih krn selalu mendoakan kesejahteraan kami dan mengikuti SCP

    BalasPadam
  10. en rosli

    alhamdulillah

    moga tuan suami isteri juga dijemput menjadi tetamu Allah dalam masa terdekat

    insyallah

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam zali

    alhamdulillah

    moga hajat kami ini dimakbulkan Allah

    insyallah

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam atuk

    moga kita semua dijemput menjadi tetamuNYA lagi

    insyallah

    BalasPadam
  13. kog

    hehehe

    bapak org kampung yang banyak campor dgn pelbagai golongan, tu yang bahasa2 santai ni selalu terpacul keluar hehehe

    bebudak muda sekrg tak tahu bahasa2 slanga tu hehehe

    BalasPadam
  14. uncle

    mungkin 10 -15 tahun lagi boleh dibukukan hehehe

    BalasPadam
  15. kak pah

    saya dah kidnap pak arab jual ais cream tu dgn tong2nya sekali hehehe

    barangan kat turki harga ok juga dan sedang2, nak kata murah tak juga , dan kata mahal tak juga.

    byk pilihan utk home decoration hasilan tangan penduduknya , yg pasti bukan made in cina hehehe

    seronok tau kat istanbul, dah boleh masuk wishlist kak pah

    BalasPadam
  16. kak nab

    sama2 krn kak nab setia mengikuti SCP

    saya gumbira dpt berkongsi pengalaman dgn yg lain

    moga SCP dapat menceriakan kehidupan saya dan pembaca semua

    insyallah

    BalasPadam