بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
Hari ini, 13 Zulhijjah yang merupakan hari terakhir dalam hari2 Tasyrik. Kesemua jemaah di Mina ketika ini pasti sudah dan sedang berangkat meninggalkan bumi Mina yang penuh keberkatan yang kita ketahui hanya berpenghuni hanya 4 malam sahaja iaitu pada hari tarwiyah dan Hari Tasyrik. Selepas ini semua pasti bertumpu ke kota suci Makkah untuk menyelesai ibadat tawaf serta saei haji bagi yang belum melakukannya lagi.
Itulah antara kemuncak musim haji selain dari melakukan wukuf di Padang Arafah ialah Tawaf Ifadah atau Tawaf Haji. Ada jemaah yang selepas wukuf lalu melintasi Mudzalifah dan terus ke Makkah untuk melakukan tawaf dan saei. Ada pula yang selepas melakukan lontaran di Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah lantas berjalan kaki ke Makkah utk melakukan tawaf tersebut. Manakala ada juga yang melakukan Nafar Awal , selepas meninggalkan Mina pada tanggal 12 Zulhijjah lalu pulang ke Makkah dan melakukannya dan terdapat juga yang hanya melakukan selepas berangkat pulang dari Mina pada tanggal 13 Zulhijjah .
Namun yang penting kita masih mematuhi salah satu rukunnya iaitu tertib bagi kebanyakkan rukun.
suasana dirakamkan kalau tak salah selepas 2-3 hari selepas hari Tasyrik
masih padat dan sungguh padat dengan jemaah yang melakukan tawaf
ada yang melakukan tawaf ifadah, ada yang melakukan tawaf sunat atau tawaf nazar
dan ada juga masa tu tengah buat tawaf wada'
Namun bila kita lihat sebalik hikmah Allah membenarkannya dilakukan dengan pelbagai cara, sebenarnya ia memberi ruang kepada jemaah untuk melakukannya mengikut kemampuan masing2. Kalau tidak , maka tentulah 3 atau 4 juta jemaah akan melakukan tawaf tersebut serentak .masih padat dan sungguh padat dengan jemaah yang melakukan tawaf
ada yang melakukan tawaf ifadah, ada yang melakukan tawaf sunat atau tawaf nazar
dan ada juga masa tu tengah buat tawaf wada'
Tapi keadaan jemaah di Masjdil Haram ketika kemuncak 10,11,12,13 Zulhijjah tersangat padat tak kira di laman Kabaah, tingkat 2 atau atas bumbung sekali pun melakukan tawaf tersebut.
Kami ketika itu mengambil keputusan selepas melontar pada 10 Zulhijjah di Jamratul Aqabah lebih kurang 11.15 malam untuk terus berjalan kaki pulang ke Makkah kerana ingin melakukan Tawaf Ifadah. Kalau tak salah , hampir 2 pagi kami sampai ke Makkah selepas berjalan kaki berbelas kilometer juga lantas ke hotel penginapan dahulu untuk membersihkan diri dan berwuduk.
mental dan fizikal kita mesti kuat
walaupun sangat padat
masih ada ruang untuk kita dengan keizinan Allah jua
insyallah
2.30 pagi terus ke laman Kaabah untuk melakukan tawaf Ifadah. Kerana jemaah ketika itu agak sesak juga, kami terpaksa melakukan tawaf secara sendirian kerana nanti jika terpisah dalam ratusan ribu jemaah ditakuti menggangu tumpuan utk bertawaf pula lalu berpesan kepada isteri ku agar bertemu nanti di bawah lampu hijau tangga ke arah bukit Safa.Alhamdulillah , niat kami untuk dipertemukan semula selesai habis tawaf diperkenankan Allah S.W.T.walaupun sangat padat
masih ada ruang untuk kita dengan keizinan Allah jua
insyallah
Suasana semasa tawaf di hening pagi itu macam alunan ombak laut akibat jemaah yang padat yang sama2 sedang bertawaf. Sekejap ke kiri , sekejap ke kanan tanpa di arah kerana hanya menurut sahaja "tolakan dam dorongan" dari jemaah2 yang di belakang. Namun bahu kiri ku sentiasa ku juga agar tidak "berpaling" dari Baitullah. Sekejap nanti tetiba rasa lembut je perut menonjol dari belakang. Sekejap lagi ku rasakan ada tangan yang memang berpaut di bahu kiri dan kanan ku namun ku biarkan sahaja.
Hampir 1 jam lebih juga diperlukan untuk selesai tawaf dan akibat keletihan yang teramat sangat kerana puas berjalan tadi dari Mina ke Makkah , maka kami tangguhkan saei dahulu selepas subuh nanti . Namun sebelum pulang ke hotel penginapan, aku sempat ke kedai gunting untuk mencukur kepala ku kerana dah bertahalul awal tadi selepas melontar di Jamratul Aqabah, cuma belum Tahalul Thani sahaja kerana belum menyempurnakan lagi Saei Haji.
Inilah sedikit gambaran dan perkongsian yang terus kekal terpahat dalam ingatan ku betapa indahnya dapat melakukan segala rukun dan wajib haji di kemuncak musim haji . Sungguh indah sekali ..................
Alhamdulillah
masing2 ingin melakukan tawaf ifadah ketika ini
berhati2 agar tidak terjatuh atau menunduk untuk mencapai sesuatu yang tercicir
kerana dalam keadaan begini, apa2 pun boleh berlaku
tapi semua dgn kehendak Allah jua
berdoa dan bertawakkal kepada Allah
insyallah, semua selamat dgn kehendakNYA jua
berhati2 agar tidak terjatuh atau menunduk untuk mencapai sesuatu yang tercicir
kerana dalam keadaan begini, apa2 pun boleh berlaku
tapi semua dgn kehendak Allah jua
berdoa dan bertawakkal kepada Allah
insyallah, semua selamat dgn kehendakNYA jua
keadaan menjadi sedikit kritikal apabila tiba dipenjuru Hajarul Aswad
kerana ada jemaah berhenti kerana baru nak mulakan tawaf
ada jemaah yang berhenti kerana beristilam
kerana ada jemaah berhenti kerana baru nak mulakan tawaf
ada jemaah yang berhenti kerana beristilam
n3 pak itam ni bawa kembali memori lama.. dan tentunya menggamit semula keinginan untuk ke sana lagi.
BalasPadamHaji kakpah yang lepas, kami menunggu di dataran depan kaabah menanti detik bermulanya tawaf haji. Masa tu jemaah masih belum berpusu-pusu untuk mengerjakan tawaf.
Kabarnya sekarang siapa yang telah mengerjakan haji tak boleh mendaftar untuk haji lagi?
Ibadah haji sentiasa di dlm kenangan. Setiap detik masih segar diingatan walaupun dh 3 thn berlalu.
BalasPadamAssalam ibundo... bukan tak boleh mendaftar lg tp kena tunggu lepas 5 thn baru boleh mendaftar semula. Alhamdullillah saya smpat mndftar semula pd thn 2009 selepas balik dr tanah suci pd thn 2008....dpt giliran thn 2027. Dgr khabar sesipa yg mndftar skrng dpt giliran thn 2041.
Ya kenangan juga tawaf Haji 1430H, bukan setakat tolak lagi kan.? walau dah tahu jalan pun nak kene pimpin kan? kami pun pisah gak masa nak amik seliper je..hi..hi janji jumpa kat jam tapi nak mendapatkan tiang jam tu pun rasa mcm nak berenang selat melaka...
BalasPadamkak pah
BalasPadamperaturan baru tu baru tahun ni rasanya, selepas balik dah 5 tahun baru boleh mendaftar semula
alhamdulillah saya lps balik 2007 , mac 2008 terus daftar semula bersama2 anak2 kerana itulah antara hajatnya nak sama2 sekali dengan anak2 dan dapat giliran 2020
tapi peraturan tu tak terpakai bagi yang dah lebih 5 tahun, cuma giliran perginya agak panjang
tapi semua kerja Allah,
ada yg baru mendaftar terus dapat jemputan Allah
kak ummi
BalasPadamtetap kekal dalam lipatan hati dan rindu nak ke sana lagi
betul tu, giliran menunggu sekarang terlalu lama, tapi semua kerja Allah dan dia Maha Mengetahui
lynn
BalasPadamwalaupun mcm nak berenang selat melaka, tapi seronokkan hehehe
rindu suasana haji bila menatap gambar2 dan menyaksikan salam baitullah dan khabar haji di TV
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadammasa tu...
tawaf pertama didataran Kaabah
oleh kerana bersesak2, kami naik ke tingkat satu, selesa sedikit
Wassalam
waalaikumsalam atuk
BalasPadamalhamdulillah
cuma jarak pusingannya jauh sedikit
Semoga bejaya harungi segala dugaan dan cabaran untuk memperolehi haji yang mabrur. InsyaAllah.
BalasPadamhj hashim
BalasPadammoga kita sentiasa istiqamah melaksanakan yg wajib dan yang sunat
serta dpt menghindari perkara2 yang ditegah
insyallah