WARGA SCP

Selasa, November 08, 2011

MASYAIR : MINA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Kaki bertemu kaki, kepala bertemu kepala, lengan bertemu lengan. Keletihan begitu amat terasa sekali kerana selepas wukuf di Arafah, langsung selepas magrib bergerak ke Mudzalifah pula dan selepas subuh terus ke Mina .

Pada waktu ini,sudah tentunya jutaan jemaah sedang berada di Mina .Aku pernah merasainya yang keseronokan dan kegembiraan tidak terucap tentunya ketika ini kerana akan melakukan lontaran pertama di Jamratul Aqabah atau Big Jamrah , namun sebagai mematuhi jadual yang telah ditetapkan mengikut negara, lontaran hanya akan dilakukan pada pukul 11.00 malam nanti.


Inilah suasana Hari Nahar di Mina dan bagi di negara lain pula tentu sedang merayakan Hari Raya Aidil Adha . Tiada ketupat rendang serta kuah kacang dan lodeh . Perasaan ku masih dalam keadaan teruja walaupun tiada semua itu kerana tumpuan ku hanya untuk melakukan lontaran nanti pada sebelah malamnya tapi sebenarnya perasaan ku meronta2 untuk melakukan lontaran pada waktu afdal , namun akhirnya ku biarkan sahaja demi mematuhi arahan yang ditetapkan.

Kira2 hampir 14 jam lagi untuk melontar di Jamratul Aqabah buat pertama kalinya yang ku rasakan macam 14 tahun lamanya.


semua masih dalam ihram
keletihan lalu tertidur di pagi hari raya aidil adha,
tidak disunatkan bagi jemah haji mengerjakan
solat sunat aidil adha

lorong kecil antara khemah
boleh sesat kalau tak cam bebetul

bekas coach team Trengganu
yg hingga sekarang kami masih saling berhubungan bertanya khabar

Kawasan luar perkhemahan ku

9 ulasan:

  1. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN. TERINGAT MASA DI SANA SUATU KETIKA DULU. ALLAH MAHA BESAR !

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    mengamit memori....

    Wassalam

    BalasPadam
  3. melihat akan keadaan disana dan brjuta rakyat yg mmbanjirinya trasa sayu rasa hati sy.
    entah bila pulak sy akan kesana.

    salam aidil adha.

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam LF

    sama2 tuan , saat2 indah di sana suatu ketika dulu

    BalasPadam
  5. walaikumsalam atuk

    moga kita dapat merasainya lagi

    insyallah

    BalasPadam
  6. salam aidil adha buat zue sekeluarga

    alhamdulillah, insyallah
    tanamkan niat dan insyallah suatu hari nanti pasti dijemput menjadi tetamu Allah dgn limpahan rahmat dan keizinanNYA jua

    BalasPadam
  7. SALAM,

    TERINGATKAN SUASANA YANG SAMA KETIKA SAYA MENGERJAKAN HAJI PADA TAHUN 2002.

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam tuan hj hashim

    pasti kekal dalam ingatan

    BalasPadam
  9. Hanya tinggal kenangan.

    BalasPadam