WARGA SCP

Jumaat, November 11, 2011

SAAT-SAAT INDAH KE JAMRAH

senang hati goyang kaki dok atas van
dalam perjalanan menuju ke Mina untuk melontar


Apabila ku lihat gambaran di atas, teringat kembali ku pada 11 Zulhijjah masa tu semasa kami menuju ke Mina semula selepas semalamnya selesai mengerjakan Tawaf Ifadah dan saei haji serta dah Bertahalul Thani kiranya. sebelum zohor dalam lebih kurang pukul 10.00 pagi , aku dah sibuk cari van sapu yang nak menghala ke Mina lalu terjumpalah van ni yang sedang parking kat depan hotel . Bincang punya bincang , sorang dia "charge" 20 SR untuk ke Mina, kami dalam 10 orang pun setuju. Ingat terus pergi, rupanya drebar tu berlegar2 pula kat tepi Masjidil Haram cari penumpang. Laaaa, mana dia nak letak.

Rupa2nya penumpang lain duduk "first class " punya kat atas bumbung hehehe
Tapi reganya murah sikit dalam 10 SR hehehe
Itulah antara pengalaman lucu dan indah yang aku ingat sampai sekarang. Sampai Mina ada 4-5 orang penumpang atas bumbung van tu hehehe

OK, aku masuk sikit bab hukum-hakam salah satu pekerjaan wajib haji ni ,
Melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari Tasyriq, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

Pada hari-hari tasyrik diwajibkan pula melontar ketiga-tiga jamrah iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah. Lagi satu bukan boleh suka2 je nak lontar. kena ikut waktu dan waktu melontar adalah seperti di bawah :

1. 11 dan 12 Zulhijjah mulai dari gelincir matahari hingga terbit fajar hari berikutnya.

2. 13 Zulhijjah mulai dari gelincir matahari hingga jatuh matahari atau diharuskan melontar selepas fajar subuh hari tersebut.

3. Bagi orang yang luput melontar pada hari 11 dan 12 Zulhijjah hendaklah melontar pada hari ke 13 Zulhijjah sebelum masuk matahari.

Melontar pun ada syarat2nya juga, karang ada yang main suka je apa dia nak lontar . Syarat2nya seperti berikut:

1. Hendaklah melontar 7 kali pada tiap-tiap Jamrah .

Jadi jangan ada rasa was2 masa lontar cukup ke tidak. Yakin dalam hati .

2. Melontar dengan tertib dimulai dari Jamrahtul Ula kemudian Jamrahtul Wusta dan diakhiri dengan melontar di Jamrahtul Aqabah.

Jadi pastikan kita kenal mana satu jamrahnya dan terpampang besar "signboard"nya. Tapi kalau Allah dah tutup penglihatan kita sampai tak nampak mana satu jamrah, istigfar banyak2 kerana dia Maha berkuasa dan berdoalah :

رَبَّنََآ إنَّنَآ ءَاَمنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَ قِنَا عَذَابَ النَّارِ
(Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan selamatkanlah kami dari api neraka)

3. Melontar hendaklah tidak terpesong daripada tujuan-tujuan lain.

Aku pernah menasihat seseorang yang katanya dia nak melontar sambil membayangkan seseorang yang dia sangat benci dan marah kerana menganiaya dirinya lalu aku bagitahunya salah satu syarat sah melontar ni, baru dia padamkan niatnya itu.

4. Melontar dengan batu atau jenis-jenisnya

Tapi ada yang kasut , payung habis dilontarnya.

5. Batu lontaran hendaklah masuk di dalam Jamrah dengan yakin.

Kalau lagi dekat jamrah depan mata tentu kita lebih yakin .

6. Hendaklah melontar dengan gaya melontar

7. Hendaklah melontar dengan tangan bagi yang cukup sifatnya

8. Tertib hari melontar bermakna tidak sah melontar hari ke 11, melainkan setelah melontar Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah dan tidak sah melontar hari ke 12, melainkan sudah melontar bagi hari ke 11, begitu juga tidak sah melontar hari ke 13 kecuali setelah melontar untuk hari ke 12.

9. Dilarang melontar untuk orang lain kecuali setelah melontar ketiga-tiga Jamrah untuk dirinya sendiri.

Jadi kalau orang yang uzur syarie minta kita wakilkan, pastikan kita lontar dulu untuk diri kita di ketiga2 jamrah, baru pusing semula ke Jamratul Ula dan diikuti dengan jamrahtul Wusta dan Aqabah untuk orang yang kita wakilkan tadi .

dari pinggir Mina kena jalan kaki beberapa km untuk ke Jamrah
untuk kami melakukan lontaran pada hari 11 Zulhijjah

Bagi jemaah yang tidak berdaya melontar jamrah kerana uzur syarie , bolehlah ia mewakilkan penggantinya untuk melontar bagi pihak dirinya dengan syarat orang yang diwakilkan itu sudah menyempurnakan lontaran ketiga-tiga jumrah bagi dirinya pada hari itu sama ada hari 11 atau 12 atau 13 Zulhijjah.

Yang dimaksudkan dengan uzur syarie ialah uzurnya atau sakitnya menghalang ia daripada melakukan kerja-kerja umrah/haji. Jika ia melakukannya, maka mendatangkan kemudharatan kepada dirinya atau ditegah oleh syarak.

Lagi satu , uzur kerana datang bulan bukan syarat untuk kita wakilkan orang lain buat lontaran kerana ia bukan syarat yang terkandung dalam sah lontaran.

Jangan kerana kita malas nak melontar atau kita rasa takut pasal jemaah penuh kat jamrah, kita sesuka hati je wakilkan pada orang lain . Memang betul boleh bayar dam kerana melontar dalam perkara wajib haji dan bukan rukun haji, tapi "tak cantiklah pekerjaan haji kita " kerana kita sengaja sedangkan kita tidak dikategorikan dalam "uzur syarie".

Nanti Allah bagi kita uzur syarie betul2 .........

Perbandingan paling mudahlah , kalau kita jadi ketua atau majikan, kita nak anak buah kita buat kerja baik2 agar "nampak cantik".Kita pula sebagai pekerja juga nak tunjukan yang kita boleh buat dengan baik segala arahan boss agar "nampak cantik" hasil pekerjaan kita tadi

Kalau kita masak kuih ke atau kek, kita nak kuih atau kek kita tu sempurna agar "nampak cantik"

Ni perkerjaan kita dengan Tuhan kita iaitu Allah S.W.T. kita nak buat cincai je, tentu "tak cantik" atau "tak molek"

Sekian serba sedikit perkongsian ku hari ini sempena kemuncak musim haji ni yang bakal berlalu dari ku insan yang masih serba kekurangan dan lemah ini dan sentiasa mencari keredhaan ilahi dalam memperbaiki kehidupan ku yang sementara ini di dunia yang fana'.

Ya Allah, ampunilah dosa2 ku ini samada aku sedari atau tidak .

Wallahualam


dah dekat jamrah untuk kami melontar hari 11 Zulhijjah
batu 21 bijik dah dok standby dalam uncang di beg galas

lepas lontar, terus lontarkan kaki menapak ke perkhemahan kami di Mina Muassim
dalam beberapa kilometer juga untuk mabit dan esoknya aktiviti melontar hari 12 Zulhijjah pula
tu sebab fizikal dan mental mesti kuat dan kental dan doa serta doa banyak2 pada Allah
agar dipermudahkan segala2nya di sini

Insyallah

10 ulasan:

  1. SALAM,
    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN. BILA MEMBACA N3 INI, TERINGAT MASA MENJADI TETAMIU ALLAH PADA TAHUN 1987 DULU.

    BalasPadam
  2. boleh tu dok goyang kaki, tak takut melayang kan...

    BalasPadam
  3. Umrah sudah, haji belum... Insyaallah

    BalasPadam
  4. As Salam Pak Menakan,

    teng kieu diatas perkongsian.. teringat kenangan dolu2, first taim naik pick-up bayaq saploh riyal, melayang2 telekung.. ngan org2 pun melayang skali.. la nie kalu naik pick-up dah tak melayang kot.. he he..

    doakan ye pak menakan.. biaq anak menakan bleh p lagi..

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam tuan hj LF

    alhamdulillah, tentu masa 1987 dulu keadaannya lebih mencabar dari sekarang krn dulu kemudahan agak terbatas di sana

    BalasPadam
  6. kog

    hehehe senang hati pasal dah selesai tawaf rukun dan saei haji tu rasanya

    BalasPadam
  7. che mid

    alhamdulillah

    moga hasrat akak nanti dimakbulkan Allah

    insyallah

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam anak menakan

    hehehe jgn mau senget pick up tu hehehe

    insyallah , kita doa sama2 agar dijemput lagi menjadi tetamuNYA

    insyallah

    BalasPadam
  9. kak nab

    hehehe salah satu kenangan indah di sana

    BalasPadam