WARGA SCP

Jumaat, November 04, 2011

MENGIMBAS KEMBALI

Apabila menatap kembali gambaran di atas yang masih kekal dalam simpanan ku, lantas keseluruhan hati dan jiwa ku merasa sayu, sedih dan gembira . Saat foto ini dirakamkan merupakan jumaat terakhir sebelum tiba 8 Zulhijjah yang dikenali sebagai Hari Tarwiyyah di mana kesemua yang telah berniat mengerjakan haji akan ke Mina dengan pakaian ihram sementara kami jemaah Malaysia terus saja ke bumi Arafah sehari lebih awal.

Itulah saat yang ditunggu oleh jutaan jemaah haji melebihi dari segala emas dan intan kerana "Haji itu Arafah". Semua tinggal kenangan yang akan ku kenang sampai ke akhir hayat ku , namun Allah Maha Penyayang lagi Maha Pemurah. Bagi kita umat islam yang tidak mengerjakan haji, diberi kita peluang dan kesempatan untuk beribadat kepadanya mencari keredhaannya iaitu diberi kita peluang kepada kita untuk melakukan puasa sunat hari arafah yang ganjarannya sungguh besar sekali.


GANJARAN BERPUASA PADA 9 ZULHIJJAH BERSAMAAN HARI WUKUF

Sebagai meraikan jemaah yang akan berwukuf di padang Arafah , marilah kita di sini merebut peluang berpuasa pada tanggal 9 zulhijjah ini bersamaan hari sabtu ni iaitu hari esok.

Puasa hari Arafah ialah puasa sunat pada hari kesembilan Dzulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari ra:

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah.
Maka Baginda bersabda:

“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Depan hotel penginapan ku

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu berdasarkan apa yang diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari ‘Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di ‘Arafah lantas Baginda meminumnya. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra:

Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari ‘Arafah bagi mereka yang berada di ‘Arafah.

(Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah rha)

Jom rakan2 ku sekalian.
Bagi yang tiada keuzuran, marilah kita rebut peluang ini yang hanya datang sehari dalam setahun yang jatuhnya pada hari wukuf bersamaan 9 Zulhijjah .

Semoga kehidupan kita semua akan sentiasa dalam keberkatan Allah S.W.T

Insyallah

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
    Semoga Amalan Kita Diterima Oleh Allah

    berbuka nanti dgn asam pedas ke...he he

    Wassalam

    BalasPadam
  2. InsyaAllah,jom kita sama2 rebut ganjaran yang Allah berikan kan ini...janji Allah bukan mcm janji manusia..belum tentu kita dapat bertemu dengannya tahun depan...

    p/s : hospital serdang dekat juga dgn saya..mcm mana sy nak dapat info lanjut pasal kekanda CL?nama?wad?(kalau boleh emailkan pada bidadarindu@gmail.com)

    CL pernah datang kerumah kami sekali masa dia pulang ke Malaysia tahun ni...

    Terima Kasih Pak Itam...

    BalasPadam
  3. Pak Itam - alhamdullilah selamat menjalani ibadah puasa hari ni...terasa seperti sambut raya aidil-fitri bila berpuasa ni...

    selamat hari raya diucapkan kepada Pak Itam sekeluarga - maaf zahir batin

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Tn Hj,

    Melihat kepada gambar di N3 Tn Hj ini mengingatkan kembali kenangan ketika menunaikan haji 1431 dimana di saat-saat inilah yang ditunggu oleh para jemaah yang menunaikan haji untuk berangkat ke Arafah, Muzalifah dan seterusnya ke Mina utk melakukan ibadah melontar di Jamrah yang telah dibangunkan utk kesenangan para jemaah.....

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam atuk

    SELAMAT AIDIL ADHA juga buat atuk sekeluarga

    betul atuk teka, buka asam pedas senangin hehehe

    BalasPadam
  6. bidadarindu

    alhamdulillah

    moga segala amalan kita diterima Allah

    dah email no hp cl utk maklumat lanjut

    BalasPadam
  7. cikgu sak

    betul tu kak

    kegembiraan selepas dapat berpuasa melebihi segalanya , nikmat dari Allah yg tak terhingga

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam hj pesona

    kenangan terindah di tanah suci makkah yg sukar dilupakan

    BalasPadam