WARGA SCP

Khamis, November 03, 2011

UJIAN DARI ALLAH : DOA BUAT SAUDARA KU, HANYA KEPADA ALLAH KITA MEMOHON

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Sesungguhnya setiap apa yang datang dari Allah kepada kita sebagai hambaNYA yang kerdil harus kita terima dan redha dan hati yang terbuka .

Ujian yang datang dari Allah pelbagai bentuk

Kesenangan itu ujian
Kesusahan itu juga ujian
Sihat itu ujian
Sakit itu juga ujian
Malah tidur , duduk, bernafas juga ujian sebenarnya

Semuanya Allah dah tentukan

Bercerita tentang ujian,
marilah kita bersama berdoa kehadrat Allah S.W.T agar memberikan kekuatan buat saudara dan sahabat kita Tn Hj Azli kerana kekanda beliau sekarang berada dalam kritikal .

Marilah kita sama2 mendoakan agar kesihatan kekandanya pulih seperti sediakala.

Marilah kita sama2 berdoa agar Tn Hj Azli (CL) tabah menghadapi ujian ni kerana esok lusa akan berangkat ke tanah Arafah untuk berwukuf .

Insyallah .


" Ya Allah Tuhan segala manusia, jauhkanlah kesukaran/penyakit itu dan sembuhkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan,tiada ubat selain ubat-Mu, ubat yang tidak meninggalkan sakit lagi. Hilangkan lah penyakit itu, wahai Tuhan pengurus manusia. Hanya padamulah ubat itu. Tak ada yang dapat menghilangkan penyakit selain Engkau, aku mohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhannya 'arasy yang agung, semoga Dia menyembuhkannya."
(HR. Bukhari dan Muslim)

9 ulasan:

  1. Assalamualaikum....semoga cepat semboh dah tabah menghadapi dugaan ini.

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,

    Kakanda CL ada dimana skrg? kalau dekat mungkin boleh ziarah..

    BalasPadam
  3. salam

    amiiiin ,,atas doa sahabat

    take care pak itam,,,

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam THA

    selamat menunaikan ibadat haji

    kita sama2 doakan yang terbaik

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam bidadarindu

    kakanda cl ada kat ICU hospital serdang

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam cm

    insyallah

    BalasPadam
  7. salam Pak Itam dan semua...

    Jutaan terima kasih atas doa doa anda semua sahabat yamg mulia....ameeennn


    waslam

    BalasPadam