WARGA SCP

Khamis, November 24, 2011

SEKADAR INGIN BERKONGSI

ALHAMDULILLAH

Malam ni , aku sekadar nak berkongsi cerita yang langsung takda kaitan dengan foto2 di n3 ini. Sebenarnya hari ni terasa letih sungguh kerana banyak kerja yang perlu disiapkan .

Ceritanya begini.

4-5 hari lalu masa solat di masjid jamek HC , terdengar di teliga ku selepas setiap kali selepas imam mengucapkan Allahuakhbar masa mengangkat Takbiratul Ihram atau nak rokok atau nak sujud , kedengaran juga ucapan yang sama seolah2 bilal yang mengucapkannya.


Tapi gaya pengucapannya agak begitu berat seperti menanggung kesakitan dan kepayahan yang amat berat serta kurang jelas dan yang pasti pada ku tentu bukan bilal yang mengucapkan . Kekusyukan ku sedikit terganggu namun aku cuba juga menumpukan sepenuh perhatian terhadap solat ku.

Perkara tersebut berulangkali berlaku juga . Akhirnya aku mendapat jawapan ketika waktu zohor beberapa hari sudah. Ketika aku sampai , solat berjemaah belum lagi dimulakan. Kelihatan seorang yang agak berumurnya dalam lingkungan 50 puluhan sedang solat sunat sebelum zohor, tapi kelihatan dada dan badannya serta kaki dan tangan agak senget dan tidak menghadap ke arah kiblat .

Akhirnya persoalan aku terjawab yang suara itu datang dari insan ini yang mana kalau dilihat dari keadaannya, ia telah diserang penyakit stroke yang mengakibatkan separuh badannya kelihatan mengalami gangguan yang amat serius.Segala pergerakkannya dalam solat agak terbatas sekali.Sesekali kedengaran suara yang kurang jelas darinya.


Apa yang nak aku kongsikan di sini ialah, walaupun dalam keadaan kepayahan sebegitu yang pasti amat berat, namun semuanya diketepikan demi memakmurkan masjid dengan solat berjemaah dan ia tetap menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang islam .

Kejadian dan situasi ini sebenarnya memberikan peringatan , kesedaran dan banyak lagi terhadap diri ku yang aku perlu rebut dan rebut dan rebut seperti sabda Rasulullah untuk memperbaiki diri ku dan mempersiapkan dengan segala kemungkinan . 5 perkara tersebut tentu sangat penting kerana ia disebutkan oleh Rasulullah dan 5 perkara itu ialah :

1.MUDA SEBELUM TUA
2.SIHAT SEBELUM SAKIT
3.KAYA SEBELUM MISKIN
4.LAPANG SEBELUM SIBUK
5.HIDUP SEBELUM MATI


Mata hati ku berkata , situasi dan peristiwa itu adalah petunjuk dari Allah untuk diambil iktibar dan pengajaran daripadanya yang kalau dilihat pada mata kasar macam takda apa2 pun, tapi sebenarnya tidak ...

Moga kita semua sentiasa diberi kekuatan, petunjuk serta hidayah oleh Allah S.W.T

Sekadar berkongsi cerita dari ku insan yang lemah serba kekurangan .


12 ulasan:

  1. Salam,

    Terima kasih tuan di atas perkongsian cerita yang memberi keinsafan pada pagi ini. Syukur Alhamdulillah masih ada 5 perkara yang pertama dan cerita tuan mengingatkan saya utk bersedia menghadapi 5 perkara yang seterusnya...

    BalasPadam
  2. Salam Rezeki.
    Peringatan untuk semua umat manusia. Termasuk dan tak terkecuali Uncle sendiri...terimakasih diatas peringatan pada Uncle yang selalu lupa ni...

    BalasPadam
  3. Salam Pak Itam,

    Betul dan memang benar sangat phrase tu..jgn tangguh2 dalam membuat sesuatu kebaikan..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Pak Itam

    semoga pak itam sekeluarga sihat...supaya dapat menjalankan ibadah dgn sempurna
    amin

    Wassalam

    BalasPadam
  5. yang masih muda dan sehat sering kelihatan ke hulu kehilir dalam shopping compleks pada masa orang bersolat jummat.

    BalasPadam
  6. Salam pak itam...

    Sentiasa berdoa utk ingatkan diri sendiri..insyallah terima kasih...atas ingatan

    kekadang off day pun kalut nak p solat heheh lupo ...sampai kat paip air baru sodar...hehhe

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam TN

    alhamdulillah

    semoga perkongsian ini saling memberi manafaat kepada kita semua

    insyallah , saling ingat mengingati sesama islam dan terutamanya mengingatkan diri saya sendiri

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam uncle

    peringatan utk diri saya sendiri agar tak leka

    insyallah

    BalasPadam
  9. waalaikumslaam kak sidah

    peringatan kerana kita tak tahu esok lusa apa yg Allah dah suratkan buat diri kita

    BalasPadam
  10. kak pah

    5 perkara terkemudian tu tak mengenal usia , takut tak sempat nanti

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam atuk

    terima kassih mendoakan kami

    doa saya juga buat atuk sekeluarga

    BalasPadam
  12. waalaikumsalam shami

    semoga kita sentiasa muhasabah diri dalam menjadikan lebih biak dari semalam

    BalasPadam