WARGA SCP

Rabu, November 02, 2011

USS : PART 8 : ANCIENT EGYPT : KISAH NABI MUSA DAN FIR'AUN YANG TERCATAT DALAM KITAB SUCI AL QURAN





















Petikan dari Surah Al Qashash yang menceritakan tentang Nabi Musa pada zaman Fir'aun

Ayat 1 - 10

1. Thaa Siin Miim . (QS. 28:1)

2. Ini adalah ayat-ayat Kitab (Al-Qur’an) yang nyata (dari Allah). (QS. 28:2)

3. Kami membacakan kepadamu sebahagian dari kisah Musa dan Fir’aun dengan benar untuk orang-orang yang beriman. (QS. 28:3)

4. Sesungguhnya Fir’aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka . Sesungguhnya Fir’aun termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan. (QS. 28:4)

5. Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi) , (QS. 28:5)

6. Dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Fir’aun dan Haman beserta tenteranya apa yang selalu mereka khuatirkan dari mereka itu . (QS. 28:6)

7. Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: “Susuilah dia, dan apabila kamu khuatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah kamu khuatir dan jangan (pula) bersedih hati, kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul. (QS. 28:7)

8. Maka dipungutlah ia oleh keluarga Fir’aun yang akibatnya dia menjadi musuh dan kesedihan bagi mereka. Sesungguhnya Fir’aun dan Haman beserta tentaranya adalah orang-orang yang bersalah. (QS. 28:8)

9. Dan berkatalah isteri Fir’aun: “(Ia) adalah penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya, mudah-mudahan ia bermanfa’at kepada kita atau kita ambil ia menjadi anak”, sedangkan mereka tiada menyedari. (QS. 28:9)

10. Dan menjadi kosonglah hati ibu Musa. Sesungguhnya hampir saja ia menyatakan rahsia tentang Musa, seandainya tidak Kami teguhkan hatinya, supaya ia termasuk orang-orang yang percaya (kepada janji Allah). (QS. 28:10)


7 ulasan:

  1. realiti sekarang pun ramai yang jadi macam piraun kan pak itam?...

    BalasPadam
  2. Hj CR,

    Saya suka pokok kurma tu....memang dah macam kat padang pasir mereka decorate tmpt tu

    BalasPadam
  3. Negara kaya boleh buat apa saja...

    BalasPadam
  4. kak pah

    mmg banyak sekarang piraun dan banyak juga perangai mcm piraun

    cuma mereka tak pakai topeng piraun je kak hehehe

    BalasPadam
  5. en rosli

    mmg kreatif sungguh

    BalasPadam
  6. che mid

    yg bangunkan ni syarikat malaysia

    BalasPadam
  7. asu bajingan

    BalasPadam