WARGA SCP

Isnin, November 14, 2011

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ku sangka panas sampai ke petang,
rupanya hujan di tengah hari.

Itulah yang berlaku pada sabtu semalam,
takkala azan zohor hampir berkumandang,
cuaca panas tidak berpanjangan.

Langit tiba-tiba menghamburkan hujan yang sungguh lebat berserta kilat dan guruh,
membuatkan ku terpaksa menangguhkan seketika untuk pulang ke rumah lantas sempat beberapa helaian kitab suci Al Quran ku baca .

Hampir setengah jam kemudian setelah tiada tanda-tanda akan reda, aku mengambil keputusan meredah dalam hujan lebat ke motor roda tiga ku dengan langkah berhati2 takut jatuh di tangga masjid. Ku singkap dan ikat kain pelikat ku laksana "chetty".

Setiba ku di rumah, mak itam mengkhabarkan perkhabaran yang agak mendukacitakan.

Nek Som baru menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di KL . Hajat di hati untuk melelapkan mata dan berehat terus dibatalkan . Kami berkemas ala kadar saja dengan membawa hanya sehelai dua pakaian. Jenazah akan di bawa pulang ke rumah peninggalan arwah di Paya Dato, Alor Gajah . Sebenarnya rumah tersebut telah lama tidak diduduki Nek Som yang telah berusia agak lanjut kerana ia sebatang kara dan tinggal di rumah anak2nya secara bergilir-gilir.

Nek Som merupakan nenek disebelah isteri ku . Orangnya kecil dan kurus . Tapi Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepadanya tanpa menghidapi penyakit serius. Kerana terlalu tua, pendengarannya agak terhad dan perlu menggunakan alatan di telinga. Usianya menjejaki angka 90 menyebabkan ada dikalangan anak cucunya sendiri agak sukar untuk diingatinya . Ia telah sampai peringkat pelupa atau nyanyuk. Pernah ia bersolat tak habis2 kerana pasti dia mengalami kesukaran untuk mengingatinya. Ia seupama seorang kanak2 kecil .

Hujan lebat mengiringi kepulangan kami dari HC lagi hingga perjalanan di lebuhraya agak perlahan dan terganggu. Memasuki bandar Muar untuk meninggalkan abang buat sementara waktu di rumah ibu ku kerana abang kurang sihat sedikit akibat "chicken pox" . Hampir seminggu dia bercuti dari sekolah.

Kami sampai di Paya Dato selepas magrib juga . Ketika itu jenazah baru selamat sampai dari KL telah siap dimandikan serta dikafankan.. Di rumah usang inilah menjadi perhentian terakhir Nek Som sebelum dikebumikan nanti selepas isyak nanti . Arwah suaminya yang juga Tok sidang kampung telah meninggal dunia berpuluh tahun sudah .

Wajah Nek Som yang ku ambil hampir setahun yang lalu
hanya tinggal kenangan dalam koleksi ku
Kelihatan garisan2 kedut menandakan usianya
namun semalam, tiada kelihatan kedut di wajahnya
putih berseri seakan2 terlena seketika

Aku dan mak itam terus naik ke rumah untuk menatap jenazah Nek Som yang terbujur kaku telah siap di kafankan. Bahagian mukanya yang dibiarkan terbuka membuatkan hati ku begitu tenang ketika menatapnya.

Wajahnya yang putih bersih dan berseri seakan2 seperti tidur dengan bertelekung sungguh mengasyikkan diri ku. Sungguh tenang menatap wajah Nek Som .Aku tak tahu mengapa tapi aku rasa inilah kurnian buat arwah dari Allah S.W.T.

Tiada kelihatan garisan kedut di wajahnya ketika ini berbanding semasa dia masih hidup kerana umurnya kini 90 tahun.Jika kebiasaannya hati kita hiba menatap jenazah, tapi aku berasa sebaliknya kerana raut wajahnya ketika ini macam ia hanya terlena seketika dalam keadaan tenang dan damai.

Sambil aku menyedekahkan Al Fatehah kepadanya, mata ku terus menatap wajahnya yang tenang itu lagi mendamaikan itu.

Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah kerana Allah mempermudahkan di akhir2 usianya dan hanya demam2 biasa dan sedikit sesak nafas sahaja sebelum ia kembali ke Rahmatullah.

Jenazah Nek Som perlahan2 diusung ke dalam van untuk menuju ke perhentian terakhirnya di Tanah Perkuburan Pegoh. Cuaca di sini sejak dari tadi agak baik berbanding hujan lebat sejak dari Johor Bahru lagi hinggalah ke Muar.

Segala urusan pengkebumian berjalan lancar dihadiri oleh penduduk kampung serta anak, cucu,cicit,piut,oneng sebagai penghormatan terakhir buatnya.

Alhamdulillah, hampir 10.30 malam semuanya selesai dengan bacaan talkin .

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

AL FATEHAH BUAT ALLAHYARHAMAH
HAJJAH SOM BINTI HAJI ABU

10 ulasan:

  1. Assalammu'alaikum.
    Cerita tentang Arwah Nek Som sungguh sayu.
    Wajahnya yang bersih dan tidak berkedut berkemungkinan besar, menandakan orangnya tentu tidak pernah lupa kewajipannya sebagai hamba Allah.Alhamdulillahnya.

    Semoga roh arwah Nek Som bahagia bersama golongan yang beriman dan kuat beramal soleh..Ameen.

    Alangkah untungnya Arwah Nek Som..dia kelihatan bahagia sekali kembali ke Rahmatullah..Ameen.

    Kita ni entahlah macam mana..doa2 biarlah kita pun nanti nampak macam orang yang warak tengah tidur.InsyaAllah.

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum, Al-fatihah buat arwah dan salam takziah buat ahli keluarganya. semoga arwah ditempatkan dikalangan org-org beriman..amin.

    BalasPadam
  3. Salam pak itam

    Al fatihah buat nek som, semoga di tempat kan dikalangan orang2 yang soleh, di sana.

    BalasPadam
  4. Salam, telah kuhadiahkan al-fatihah khusus buatnya. Semoga wajah kita nanti juga sebersihnya.. Insyaallah

    BalasPadam
  5. Hj CR,

    Salam takziah untuk tuan dan keluarga.Moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman.Al Fatihah. Ameen

    BalasPadam
  6. Alfatihah buat Nek Som & takziah kpd sanak saudara & keluarga. "Ya Allah, ketika ajalku telah tiba, KAU wafatkanlah aku dalam keadaan yang mulia di sisiMU, janganlah aku diwafatkan dlam keadaan yang keji & hina...InsyaAllah".

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Pak Itam

    Al Fatihah

    Wassalam

    BalasPadam
  8. salam pak itam,

    salam takziah dan semuga ALLAH juga cucuri rahmat atas nek som. berbahagialah dan damailah nek disana..InysALLAH. Mudahan bersama dikalangan org soleh . Amin

    BalasPadam
  9. alfatihah buat neksom. Semuga rohnya bersama orang yang beriman..

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam rakan2 sekalian

    alhamdulillah

    jutaan terima kasih atas sedekah fatehah dan doa2 kalian

    semoga arwah Nek Som ditempatkan dikalangan golongan yang beriman dan berbahagia di sana

    Moga2 kehidupan kita semua nanti juga dipermudahkan Allah S.W.T

    insyallah

    BalasPadam