ALHAMDULILLAH
Lama rasanya tak rewang . Kebetulan jiran berdekatan teratak aku kat HC buat majlis. Jadi aku pun sama2lah bantu apa yang patut. Dah nama hidup berjiran .Walaupun aku lebih banyak menghabiskan masa di teratak ku di tepi hutan berbanding di sini, tapi aku kenalah juga campur dengan masyarakat dan kejiranan di sini .
Hari ni bapak nak cerita tentang kerja kawin orang dedulu dengan kerja kawin zaman sekarang. Terlalu banyak bezanya . Sekarang semuanya duit berbanding dulu terutama di bandar. Kalau dulu masa aku kat kampung, ada "pakatan" yang akan menyediakan khemah, kerusi meja serta pinggan mangkuk serta budak kompang sekali . Semua dilakukan secara gotong royong tak kira yang tua atau yang muda .
4-5 hari nak majlis, satu hari akan diperuntukkan untuk memasang khemah atap zink tu .Penanggah kat dapur pula dari kayu lantainya. Orang kampung datang ramai2 pasang sementara kaum wanita dan "orang penanggah" pula sibuk menyiapkan hidangan nanti . Yang pasti lemak pucuk pisang, ikan kering , dan nasi putih mesti ada. Semua kerja2 persiapan disiapkan secara bergotong royong dan tanpa upah.

Sekarang pakatan2 ni kat kawasan bandar dah tak jumpa lagi kewujudannya. Sekarang semua dah dikormesilkan dan moden . Tapi bukan percuma kerana kalau tak salah sebuah khemah dengan kerusi meja serta sedikit hiasan mau 200-300 ratus ikut tempat. Kalau dah 5 buah khemah...
Kalau dulu dalam 2-3 ribu dah cukup untuk buat majlis untuk belanja hangus . Masa tu semua barang keperluan tak mahal berbanding sekarang. Sekarang takda 7-8 ribu , jangan haraplah kerana semua keperluan mahal bebeno. Tu belum masuk belanja hantaran lagi.
Pendek kata semuanya duit belaka sekarang ni
Tu belum lagi yang tempah katering yang dia kira pakai kepala . Kekadang satu kepala sampai 7-8 ringgit . Kena 1000 jemputan , kat makan je dah hampir 7-8 ribu . Mana tak pening bapak pengantinnya .
Kalau dulu , tetamu yang pulang pasti akan dibekalkan dengan telur ayam yang telah direbus, sekarang dah tak ramai yang buat begitu .Teringat dedulu , mak aku seminggu sebelum tu dah mula cari daun2 pokok tumbuhan tertentu pasal nak buat telur pindang yang warna coklat tu kulitnya . Kemudian sehari suntuk digunakan untuk masak telur pindang tu .
Memang beza sungguh dulu dan sekarang.
Kalau dulu masa keja kawin , satu kampung turun membantu tak kira tua muda.
Kira semuanya ditanggung beres dan tuan rumah tak perlu risau .
Itulah antara fenomena dulu yang sekarang ni aku lihat semakin lenyap ditelan zaman terutama di kawasan bandar. Mungkin di kampung2 semangat tu masih ada lagi .

Teringat aku dulu masa akak abang aku kawin. Sehari sebelumnya dah sibuk kat penanggah. Orang perempuan ramai2 dah datang buat keja. Ada yang kopek bawang dan macam2 lagi. Malamnya yang pasti aku kena tidur kat penanggah di luar rumah bersama2 bahan2 makanan yang dah siap digoreng seperti ayam dan sebagainya .
Pepagi lagi , arwah ayah dah suruh pegi ke kilang papan cari habuk kayu . Habuk kayu tu nanti nak diletakkan kat air batu yang segi empat macam bongkah tu supaya dapat tahan dari cair . Sekarang semua dah main air batu kuib je . Yang pasti sediakan je duit .
Lepas sahaja majlis, periuk2 besar dah menunggu dengan hitam pekatnya pasal semua dulu pakai kayu api . Jenuh le juga nak cuci . Sekarang dah tak susah pasal semua pakai gas .
Lepas tu satu bab lagi nak mengira pinggan mangkuk dan gelas yang diambil . Jumlah yang dipulangkan mesti sama dengan yang diambil dari stor penanggah. Kalau pecah dan sumpek , yang pasti kena ganti semula kerana harta tu kira kepunyaan bersama orang kampung .
Zaman sekarang nak lihat anak2 muda membantu sama2 kat majlis kawin kira dah susah nak jumpa . Tu yang kita nampak muka2 org tua je . Kerana dah takde budak2 muda ni dan takde orang tukang basuh pinggan dan gelas, maka sekarang kebanyakkannya pakai pinggan polyfoam pakai buang je .
Lepas tu bila pengantin sampai,
yang pasti silat bunga pengantin akan dipersembahkan sebagai menyambut kedatangan kedua mempelai.
Sekarang bebudak ni jangan kata bunga silat,
bunga taik ayam pun ada yang dah tak kenal hehehe
Aku tak tahulah esok lusa masa anak2 aku kawin nanti ,
bagaimana situasi dan keadaannya .......

Jangan pula nanti paluan kompang pun pakai cd je
Salam.. eh.. sekarang pun dah ada kompang pakai cd je la...dah tak ori kan..
BalasPadamsebelum anak pak itam kawin pastikan orang dah buat cd jidor, baru syok bukak base kuat², hehe
BalasPadamsalam pak itam
BalasPadamTeringat balik, ada satu ruang kat rumah kg saya tu dijadikan stor pinggan orang kg, kerna arwah atuk tukang jaga, beli, ganti pinggan mangkuk buat kenduri kawin orng kg,
lagi pulak ayah saya ada lori jadi mudah nak dibawa barang2, ke rumah kenduri, pembantu sambilan ketika itu adalah saya hehehe tukang angkat pinggan, merangkap tukang kira..sampai la duk kira pinggan heheh..
waalaikumsalam che mid
BalasPadamlaaaa saya ingat belum ada lagi hehehe
kog
BalasPadamhahaha
rindu nak pukul jidor pasal last sekali entah berpuluh tahun dulu kat parit amal darat hehehe
waalaikumsalam shami
BalasPadamsekarang semua dah tinggal kenangan je terutama di kawasan bandar
nanti kat kg2 pun esok lusa dah takde pakatan lagi
salam pak itam,
BalasPadamada ker gulai pucuk pisang..akak terbaca kat sini, atau pak itam tersilap..atau akak tersilap baca ker..
waalaikumsalam kak sidah
BalasPadamhehehe
gulai lemak kak